6/21/2016

Domestic Engineering a.k.a Surirumah

Bismillahirrahmanirrahim

Post ni merupakan sambungan dari post sebelum ni

Kalau surirumah (sepenuh masa) ni, meh aku list kan apa kerja dia (ni untuk yang dah ada anakla);

Kejut anak awal pagi suruh diorang pergi mandi.
Nak kejut ni pun satu hal. Kalau anak jenis yang senang bangun, memang takde masalah. Kalau anak yang gerak sekali, tidur balik, gerak lagi, tidur lagi. Haishh memang kena banyak sabarla. Sampai dia bangun siap pakai baju sekolah.

Sediakan sarapan.
Nampak macam senang kan. Tapi nak sarapan apa kena make sure anak-anak boleh terima. Kalau tak kena tekak diorang, sape pulak nak habiskan makanan?

Hantar anak pergi sekolah.
Kalau sekolah belakang rumah, hantar anak depan pintu pagar jela. Tak payah hantar pun takpe sebab dekat. Kalau budak baru nak pergi sekolah, hantarlah dulu untuk minggu pertama ke bulan pertama ke. Kalau sekolah jauh, suruh je anak belajar naik bas. Kalau bas memang tak lalu situ, barulah kita yang kena menghantarnya. Kalau sekali jalan dengan tempat kerja suami, haaa si suamilah yang tolong hantarkan. Tu pun kalau tak jem la.

Sapu, mop rumah.
Kalau terlebih rajin, kena sapu and mop hari-hari. Kurang rajin, buat selang sehari, terlebih kurang rajin, semiggu sekali. Malas yang amat sebulan sekali. Kalau rumah kecik mungkin cepatla siap. Buatnye rumah besar, 2 tingkat ke 3 tingkat ke bertingkat-tingkat, 4 ke 5 ke 6 bilik ada ruang depan belakang atas bawah lagi. Boleh patah pinggang.

Basuh baju, jemur baju, angkat baju, lipat baju.
Yang ni suka ke tak suka ke memang daily routine. Kalau tinggal sehari, esoknye dah berbumbung baju yang tak settle. Kalau family kecik takde anak mungkin boleh nak longgok baju sampai seminggu baru basuh. Kalau ada 4 5 anak? Kanak-kanak ni sehari dia boleh tukar baju 3 4 kali.

Gosok baju.
Baju bukan sehelai dua helai nak kena gosok. Baju budak sekolah je untuk sorang anak dah ada paling banyak 3 pasang. Kalau 3 orang anak yang sekolah? Ha, sorang darabla 3. Campur dengan baju husband lagi. Hari-hari tukar. Paling pantas pun boleh siap gosok semua baju untuk seminggu adalah dalam sejam. Tu pun buat-buat tak nampak je kedutan-kedutan yang degil. Kalau yang jenis cerewet nak kena nampak side sana sini atas bawah tu, tambahla lagi sejam. Biasanya gosok baju ni better buat sekali seminggu je. Tak perlula nak mengadap seterika tu hari-hari. Kalau ada anak kecik lagilaaaaa.

MASAK MASAK MASAK
Bab ni aku tak boleh nak komen sangatla. Sebab aku memang bukan kaki dapur. Jadi secara jujurnya aku pun tak tahu berapa lama masa habis dekat dapur untuk masak sahaja. Tapi seriously, kalau kat dapur ada orang tolong memang rasa lega sikit. Walaupun orang tu takdela tolong manapun sekadar berborak je. But, still kalau ada peneman di dapur lagi best (pada akula).

Kemas rumah.
Termasukla buang habuk-habuk, sawang-sawang, lap frame-frame yang bergantungan (kalau ada), Susun buku dekat rak. Simpan barang mainan budak-budak. Buang barang-barang yang dah tak digunakan. Kemas almari elok-elok. Cuci tandas. Kemas rumah ni kalau dah teruk sangat mungkin boleh buat weekly. Kalau dapat maintain kan bolehla buat monthly.

Menjahit.
Ni depends pada keadaan. Kalau dah banyak sangat yang terkoyaknya, nak taknak kenala cari masa untuk jahit baju-baju yang berkaitan.

 Mengajar anak.
Waktu malam kena suruh anak siapkan kerja sekolah. Kalau takde kerja sekolah kena suruh diorang bacala buku ke buat ulang kaji ke. Tak kisahla ada ke tak peperiksaan atau ujian. Jadi kenala uptodate dengan pembelajaran anak-anak pulak. Kena tau style soalan macam mana. Kena update plak dengan group whatsapp kelas anak. Setiap sorang anak ada group whatsapp masing-masing. Memang bole pengsanla nak update dengan semua group.

Update stok barang dapur.
Barang dapur kadang-kadang cepat habis. Tapi ni depends pada style masing-masing suka nak update berapa kali sebulan or maybe sebulan sekali. Kalau barang basah tu mungkin seminggu sekali atau selang 3 hari.

Yang aku list kat atas tu tak masuk lagi kalau ada anak yang masih bayi. Which we know baby needs full attention for 1 or 2 years macam tu. Baby-baby pulak kadang-kadang muntah, cepat lapar, senang menangis, waktu tido tak menentu, tak boleh berpisah sikit menangisla dia. Mintak tolong orang lain jagakan pun memang dia menangis. Even nak masuk tandas pun, memang menangis!

Ok, dah boleh bayang dah? Kenapa aku cerita semua benda ni. Sebab I am part of it, currently. Aku tulis ni based on my own experience. Aku takde anak lagi (dah laki pun takde lagi..). Tapi aku ada ramai adik. 4 orang yang bersekolah; 2 sekolah menengah, 2 sekolah rendah; 3 daripada 4 ni ada peperiksaan besar tahun ni (mohon doa kalian untuk mereka). Sorang budak kecik comel yang suka bercakap setiap hari. 2 adik lagi dah lepas sekolah. Mungkin jugak lain orang lain style dia.

Siapa yang nak jadi surirumah; eh tak, perempuan memang kena jadi surirumah whether you work or not. Whether you like it or not. Tapi kita belajarlah perlahan-lahan. Mula-mula mungkin susah. Tapi lama-lama dah terbiasa.

Aku percaya sebenarnya banyak lagi kerja surirumah ni. Tapi yang kat atas ni setakat yang terlintas dalam fikiran aku buat masa ni.

Sebab tu kadang-kadang boleh sampai jadi stress. Lagi-lagi kalau bekerja. Balik rumah penat tak hilang kena setelkan rumah pulak. Aku pernah terbaca, perempuan ni (i mean yang dah berkeluarga) kena ada ME TIME. Maksudnya personal time untuk diri sendiri. Mungkin kena cari dalam 2 3 bulan sekali ke, escape dari rutin seharian and do what you would always want to do.

But, when I said this to my mom, she told me;

"tulah kena baca Qur'an. Kalau baca Qur'an takdenye nak stress. Buat kerja ni kena enjoy."

Sebab aku selalu tanya mak aku;

"macam mana umi boleh bersabar eh?"

Sebab aku kadang-kadang atau mungkin selalu mengadu, mengeluh bila buat kerja. Kalau tak mengeluh pun, ada terdetik dalam hati. Kadang-kadang tengah buat kerja, dalam hati asyik membebellll je. Sampai aku sendiri kena nasihatkan diri sendiri;

"sabarlah.. cuba ikhlas sikit buat kerja. Kenapa nak mengamok je ni?"

At one point bila aku rasa serabut sangat, semua adik-adik aku jadi mangsa.

"Berapa kali kakngah nak kena cakap....simpan baju ni."
 "Tolonglah kemas ni..."
"Kakngah taknak tengok dah ada barang-barang kat sini...."
"Dah siap main, kemas balik..."
"Kalau kakngah tak cakap nanti takde orang buat.."
"Korang suka ke tengok rumah bersepah?"

Yes, kata-kata ni akan keluar bila aku dah tak larat nak buat sorang-sorang. Memang gaya mengarah je tak sudah. Tapi kalau aku rasa words aku agak melampau, senyap-senyap aku pergi mintak maaf kat adik-adik aku. Kalau aku sekadar membebel, diorang dah cukup arif.

"Kakngah mintak maafla. Kakngah memang macam ni. Suka benar membebel."
"Kakngah ni memang suka membebel kan?"

Adik aku akan jawab;

"Takpe kitorang dah faham dah. Kakngah memang macam tu."

Marilah kita meneladani kisah puteri Baginda Rasulullah (s.a.w), Sayyidatina Fatimah (r.anha) yang meminta pembantu rumah dari ayahnya. Lalu kata Nabi Muhammad (s.a.w.);

Maukah kutunjukkan kalian kepada sesuatu yang lebih baik dari apa yang kalian minta?” tanya beliau. “Jika kalian berbaring di atas tempat tidur, maka ucapkanlah takbir (Allahu akbar) 34 kali, tahmid (alhamdulillah) 33 kali, dan tasbih (subhanallah) 33 kali. Itulah yang lebih baik bagi kalian daripada pembantu yang kalian minta.” lanjut Nabi (HR. Bukhari dan Muslim).

Untuk mengetahui kisah ini dengan lebih lanjut boleh rujuk di link ini. https://konsultasisyariah.com/15007-dzikir-pelepas-lelah.html


Banyak lagi aku kena belajar. Seriously tabik springg aku dekat semua surirumah sedunia. Thanks mommy. Thanks daddy. I learnt a lot from both of you. Many more i need to learn. Happy parents day!! (suka hati aku la nak sambut bila-bila pun)

Kalau hang lelaki yang baca ni, lepas baca masih takde perasaan kat mak/isteri hang, cek taktau nak cakap apa dah. 


Oh ye, post ni mungkin nampak macam bias to one gender je. Tapi aku tidak menafikan penat lelah seorang lelaki dalam mencari nafkah untuk keluarganya. InsyaAllah jika diizinkan Allah, dan jika diberi super kerajinan untuk terus menulis, nanti aku tulis pulak pasal jerih payah seorang ayah. Aku kena study dulu nih.


Sekian terima kasih :)

21062016
16 Ramadhan 1437
Selasa
Bangi
01:04

*****************************************************************
Sebelum tu, nak buat iklan sikit;

Single?
Married?
Family?

Nahh.. Jangan risau!

Pilih je yang mana berkenan di hati.
Terpulang nak buat baju raya ke, baju kerja ke, baju pergi majlis-majlis korporat ke, baju basahan dekat rumah ke, baju harian ke, baju jalan-jalan ke baju tidur (??) ke










Sebenarnya ada baaaanyak lagi pilihan... Anda klik sahaja link di bawah untuk info lebih lanjut. Semuaaa adaaa. 

Harga
Saiz baju
Pelbagai pilihan warna
Material kain

https://goo.gl/hyLLxh

‪#‎projekrayafelinnaboutique2016‬
‪#‎felinnaaffiliates‬
‪#‎onlinesalepromoters‬
‪#‎sayapromoteandapilihdanbeli‬