11/25/2016

Amanah & Appreciation Post

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu sebelum grad pernah berangan (bercita-cita?) nanti lepas ambil jubah konvo nak ambil gambar depan kulliyyah sendiri (KOP) dengan depan pagar UIA Kuantan. Masa tu macam berangan jela sambil terfikir-fikir, macam manala nak datang Kuantan balik semata-mata nak ambil gambar kan? Macam tak berbaloi pulak. Tapi angan-angan tu macam harapanla jugak...

And now.....



Atas: Gambar depan pagar UIAMK
Bawah: Gambar depan KOP

Lepas dah habis degree, masih belum terasa beratnya amanah pemegang degree in Pharmacy. Macam sambil lewa je. Tak terasa pun sayangnya pada pharmacy. Tapi, bila nak dekat hari konvo, bila nak kena pergi ambil jubah. Perasaan tu tiba-tiba datang. Rasa macam tak layak pun nak berkonvo. Macam, "apalah yang aku belajar selama ni..". Berat..

Masa kali pertama sarung jubah tu, walaupun belum hari konvo pun lagi, tapi dah rasa beratnya amanah pemegang ijazah. Rasa macam ada tanggungjawab yang aku perlu selesaikan. Pakai jubah nak berkonvo bukan sesuatu yang perlu digembirakan dengan hati kosong. Tapi perlu berisi.

Saya masuk UIA Kuantan tahun 2012, dan pada tahun yang sama adik bongsu saya lahir ke dunia. Alhamdulillah pada tahun 2016, saya berjaya tamatkan ijazah saya dalam bidang farmasi. 4 tahun saya di Kuantan bersamaan 4 tahun jugalah umur adik saya.


Tak sempat pun tengok budak ni membesar. Asal balik rumah je, dah besar. Haha. Banyak pulak tu keletah dia.


Dia ada cakap, nanti dia dah belajar dia nak pakai baju konvo jugak. Agak-agak berapalah umur aku masa tu...


Kalau pergi mana-mana berdua dengan budak ni, memang orang selalu cakap he is my son.

4 tahun kalau dilihat pada seorang anak, jelas perubahan yang kita nampak. Tapi 4 tahun jika dilihat pada ilmu yang diperolehi, sungguh sangat sedikit. Belajar mana-mana ilmu pun, 4 tahun takkan pernah cukup. Bak kata pepatah arab;

"اطلب العلم من المهد الى الهد"

Maksudnya; Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sampai ke liang lahad.

Pepatah ni membawa maksud, ilmu itu perlu dituntut sedari kecil sampailah kita mati. Perlu sentiasa rasa ilmu yang kita ada ni tak pernah cukup. Perlu rasa tamak/tak pernah cukup untuk menuntut ilmu. Sentiasa dahagakan ilmu.

Ibarat resmi padi, makin berisi makin tunduk. Tidak merasa bangga dengan ilmu yang kita ada dan lagi banyak ilmu yang kita pelajari, lagi kita merasa tawadhu'.




Masa ambil gambar ni ayah saya cakap, macam anak kamu 3 orang. Haha. Hakikatnya, 2 orang adik, sorang anak sedara.


With my lovely sistah... yang banyak sharing is caringgg gitu.

 

Bersama dua kanak-kanak riang ria remaja. Kakak diorang ni memang tak cukup ketinggian sikit. Apa boleh buat. 


Hari konvo 6 Nov which was his birthday. Tinggi dia pun...Hmmmm...


My backbone...
Gambar ni kawan saya yang tolong ambilkan. Thanks.


Lepas ni InsyaAllah turn dia pulak. My sister currently in IIUMK.

Dua orang lagi hero yang tidak dapat bersama. Terima kasih semua teman ambil jubah, melayan ambil gambar, teman pergi konvo. Terima kasih sebab sabar menunggu majlis sampai habis. Terima kasih sebab sabar dengan kerenah saya yang pelbagai ragam. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.


Special thanks to all my teachers and friends from;
Tadika/taska
SKLA  MGS (2)  SKBP  SRA Al-Hidayah
SMKAKL  KISAS
DQ
CFSIIUM  IIUMK

25112016
19:50