8/22/2009

aku rindu kamu.....T_T

assalamualaikum
maybe ni post terakhr tok bln 8 ni
esok da kene blk asrama
xdpt nk post blog lagi
kalo nk post pon mybe time raye nanti kot
sbb mase tu blk umah.

xd pape nk ckp
td br je abs bace blog kwn2 lame
kt kisas dlu
rindula kt korg
rmi nk fly da 14 sep ni
dala hari isnin
camanela nk mnx kuar nk htr korg

ingt nk ziarah
tapi memandgkn skrg buln pose
ofkosla korg plg ke rmh stp hjg minggu kn?
sdgkn mase hjg minggu jela bole nk jenguk korg kt shah alam tu

korg nk exam da kan?
buat elok2 tau
walopon korg memg da kompem nk g
tp exam 2 still ptg
buat yg terbaik
kat sane nanti
tunjukkn kehebatan org malaysia
(bole ke cm ni?)

nanti korg da smpi sane
htrla gamba time raye kt paper
jgn lupe wish kt saye n kwn d cni
ltk skali name skola dlu
bole tunjuk kt org
'ni kwn aku!'
xkishla walopon br smpi sane
tp bole je kn?

kla, gudluck utk korg sume
fly nanti, ingt2 jela org kt cni
mybe xdpt anta
nk ziarah pon xpasti smpt x

T_T
T_T
T_T
.
.
.
.

8/21/2009

kenape ye....

jariku laju menekan pad kekunci komputer ribaku
seronokku rasa apabila dapat membaca perkembangan mengenai rakan2ku
lebar senyumanku

hatiku tiba2 rasa terkilan
apabila membaca artikel mengenai reunion
'bila pulakla diorg buat reunion ni?'
'asal aku xtau pape pon?'
sedihnye....T_T

aku cuba membisikkan kpd diriku
'diorg lupe kot..'
'biasela bz...xd mase...'
'diorg kn byk asgnment'

aku masih tidak berpuas hati
'nape aku bole je ingt diorg?' (yeke??)
'biasela tu, ko kan duduk kt c2 sorg2'
'lgpn mase skola dlu ko bukannye rpt sgt ngan diorg'

smpi satu prgkt aku rase bahawa aku tidak pernah bersekolah dgn mereka
mereka kelihatan sgt gembira
dapat blaja dgn schoolmate sendiri
sdgkn aku di sini
walaupun ada je schoolmate
aku dgn dia seolah2 tidak pernah mengenali
'yela ko kan rakyat biase je kt skola dlu'
'org pon xingt ko sgt'
'watak xptg...'

aku menyedari kekhilafan diri ini
siapela aku
di pandangan mereka.....

moral of the story: hargailah rakan anda, ingatilah mereka (^_^)

b/h: ni luahan hati semata2. jgn ada yg terase plak.

8/20/2009

wahai diri.....

wahai diri
insaflah kamu
bangkitlah kamu
dari lena yang panjang

wahai diri
dunia ini hanya sementara cuma
akhirat sana kekal selamanya

wahai diri
sudah berapa lamakah kau di dunia ini
20 tahun? 40 tahun? 63 tahun?
sudah banyakkah amal kebajikanmu?
mampukah amal kebajikanmu itu menghapuskan semua dosamu?
pastikah kamu dapat berjumpa dengan Ridhuan?
bersediakah kamu untuk bertemu dengan Maalik?

wahai diri
sedarkah engkau bahawa Allah itu sentiasa memerhatikanmu?
sedarkah engkau bahawa malaikat Raqib dan 'Atid tidak pernah lalai dari mencatat setiap tingkah lakumu?

wahai diri
ingatlah
ingatlah bahawa setiap hari kubur akan memanggilmu
bumi akan sentiasa menghalaumu
syaitan tidak akan pernah putus asa dari mengganggu hidupmu
nafsumu akan sentiasa berperang dengan imanmu

wahai diri
bangkitlah kamu
dari mimpi yang panjang
dari angan2 yang tak berkesudahan
dari impian yang belum tentu tercapai

wahai diri
masih ada waktu untukmu bertaubat
masih ada peluang untuk kau mencari redhaNya
selagi matahari tidak terbit dari Barat
selagi Izrail tidak datang menjemputmu pulang
serahkanlah dirimu kepadaNya
serahkanlah seikhlas hatimu
setulus jiwamu
sesunggunya Dia masih menanti taubat darimu

Selagi nyawa masih dikandung badan.....

8/18/2009

malaysia vs oversea

petang tadi, aku terfikir 1 benda.....
pasal study....
aku heran, kenapa skrg raaaaaamai org nak study kt oversea.
contohnya kat timo tgh.
siap ada kawasan utk pelajar melayu lagi.
cuba tgk kt malaysia plak.
ramai gak pelajar dari oversea dtg blaja kat cni.
mgkn nanti bakal ada perkampungan indonesia kt cni.
ke dah ada? (padang jawa, chowkit road?)
teringat kata2 Puan Norhizan...chowkit road 2 mcm Indonesia ke-2.
aku sering tertanya2.
sebab apa diorang naaaak sgt blaja kat oversea.
sbb nk timba pglmn ke? (jwpn kebiasaan yg ak tahu)
sedar x sedar,
ramai pljr malaysia yg berpelajaran blaja di luar negara..
jadi yg hanya blaja di dlm negara mereka yg krg berpljrn...
(ni skdr pandgn saya, mgkn salah mgkn betul)
tp bukanke kalau blaja di negara sendiri lebih selamat?
pas abs blaja tros dpt keje..biarlah keje bwh kerajaan sekalipun..at least dpt keje drpd menganggur...
yg blaja kat oversea pn slamat gak tp kurgla..
sbb kene biasekn dlu dgn cara kt malaysia...
sbb 2la kdg2 org yg blaja kt oversea ni brkhdmt kt ngra yg dia blaja..
mcm dlm novel panas salju...(kalo xsilapla)
guruku pernah berkata, kalo nk study oversea kene hati2
sbb ada universiti yg diorg trime je plaja2 walaupon result xbagos
bcoz they only want ur money!
suddenly i feel afraid 2 study there.
tp, insyaAllah plaja malaysia slmt.
mcm mane ek?
oversea ke malaysia?

nasihatku buat teman2 yg nk fly da,
1) niat btol2 dlm diri, utk apa sebenarnya korg nk g oversea?
kalo ada terpk sbb nk g shopping ke, saje nk tgk ngra ke, betolkan niat tu balik.
ingt, korg gune duit sape g sane....duit rakyat...
gunekan sebaiknye...
2) kalo korg ad mase, cubela rpt2kn diri dgn org bukn islam.
tunjukkn islam tu mcm mane.. jgn pakse diorg msk islam
korg just tunjukkn prgi yg baik je dan niat dlm hati korg nk diorg msk islam
dapt pahala.
3) kalau korg tension kat sane, bykkn bace quran.
muhasabah diri....ym ngan parents korg...
wujudkn usrah kat sane...
bykkn mintak pertolongan dari Allah..
4) jgn lupe daratan..
nk berkapel sana sini... tension sikit cari pakwe/makwe
ngadu kat diorg...
xde maknenye korg wat camtu...
memg jauh dari parents...
tapi Allah Maha Melihat..Dia x pernah ttp mata...
ingt pesanan cikgu...
5) blaja rajin2..
ingt family korg..bwk gamba family korg, kwn2 kat sane
jgn sesekali pun berputus asa..
memang blaja bukan senang..
sampai satu tahap kita akan rasa nk give-up, da xnk blaja, benci blaja, nk blk malaysia, nk kawen skrg, nk keje teros,
ble da smpi tahap ni, ambk mase skjp, pk dlm2 ap jadi kalau korg berenti blaja.
'nanti blk malaysia, malu..., xd duit nk sara family sbb xdpt nk keje sbb xd ijazah..., nanti sape nak bagonkan islam??...
b/h: andai diri ini tercampak ke oversea juga, nasihatilah diri ini, ingtknlah diri ini..
insan itu asalnya nisyan...lupa..
marilah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain
krn kita adalah bersaudara
islam itu bersaudara.

KUCING=MANUSIA???

hari ini aku ingin berbicara mengenai kucing.

situasi 1;
di rumahku terdapat 5 ekor kucing.
1 ekor ibu dan 4 ekor anaknya.
anaknya sangat nakal.
manakala ibunya saaaaaaaangatla baik.
cuba anda bayangkan, apabila kami memberi ibunya seekor ikan, ibunya akan memberi ikan itu kepada anak2nya yg nakal dulu. lepas anaknya makan barulah si ibu makan.
kenakalan anak2nya sehingga ke tahap menakutkan ibu mereka sendiri.
nak tahu sebab apa, apabila si ibu nak keluar dari rumah kami, anak2nya yang ada dalam sangkar di luar rumah memandangnya seperti mahu menelan ibunya sehingga ibunya mengiau2 ketakutan.

situasi 2;
"ambik kucing ni cepat!!!! die nak main kaki orang! cepatla ambk!"
"haha takot kucing, takot kucing.... apala, da besar pon takot kucing.."
dialog ni merupakan dialog harian di rumahku.
ye, ibu kucing itu saaaaangat manja.
selalu nak suruh org belai die.
kesemua adk beradikku berani berhadapan dgn kucing.
adkku yg bongsu yg baru berumur 3 tahun pon siap bole main lagi dgn kucing2 tu
teman sepermainanla katakan.
hanya aku saje yg sampai skrg xbrani nk pegang kucing.
bukannya takot apa, cuma takot die cakar je.
termenungku sendirian memikirkan bila aagaknya aku akan berani memegang kucing.

situasi 3;
"eeeeee kucing ni berak lagi! dala kat tengah jalan plak tu!"
"busuknye bauuuuu.."
"eh, baik2 kat dpn tu ada taik kucing"
"ish kucing ni, xd tmpt lain ke nk berak. bilik air kan ada! berakla dalam bilik air! apalah.."
rase2nye dialog ni berlaku di mana?
kesian kucing kan?
sentiasa dipersalahkan.
kucing tu manela faham apa yg manusia cakap.
yg die bole ingt, lepas die berak mesti ada bunyi bising macam siren polis.

persoalan: wajarkah sekiranya kita mandulkan semua kucing yang ada di bumi ini memandangkan jumlahnya yang semakin bertambah dari sehari ke sehari, sehingga dah xd sape lagi yg larat nk bela kucing yg terlalu byk??
b/h: bilangan manusia pon bertambah dari sehari kesehari tanpa disedari.
bilangan anak luar nikah pon lagila bertambah2.
mati=hidup
wajarkah anak2 luar nikah dibuang merata2?


8/17/2009

sahabatku tika susah dan senang...

apabila berbicara mengenai sahabat,
kita pasti akan membayangkan wajah sahabat karib kita,
segala memori indah ketika bersamanya,
saat-saat pertemuan pertama kita dengannya,
dan bermacam lagi imej yang terpapar di ruang mata.

Aku ingin mencoretkan di sini mengenai sahabat karib aku yang sehingga kini usia persahabatan kami telah mencecah angka 11 tahun.

Kami telah ditakdirkan untuk bertemu ketika kami masih berumur 7 tahun. Tahun itu, ketika bulan April. Kami sekelas. Dia ketua kelas dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kelas tersebut. Setiap arahan yang dikeluarkan pasti dipatuhi rakan kelasnya. Memandangkan aku pendatang baru, jadi aku belum lagi merasa berada di bawah 'penaklukannya'. Dia pelajar pintar, kreatif, pandai melukis... Kami sekelas sehingga darjah tiga.

Semasa darjah 4, sepatutnya kami sekelas lagi. Akan tetapi, pada hari pertama aku datang ke sekolah aku dapat tahu bahawa dia tidak lagi bersekolah di situ. Aku tidak tahu dia berpindah ke mana. Pada fikiranku, mungkin aku tidak berpeluang untuk bertemu dengannya lagi. Sehinggalah satu hari apabila aku ditakdirkan untuk berpindah sekolah juga. Sebaik sahaja kaki aku melangkah ke kelas yang baru di sekolah yang berlainan, aku terpandang satu wajah yang semirip dengannya. Setelah duduk, aku pergi ke mejanya. Betapa kecil dunia ini! Dialah kawanku! Pertengahan tahun itu, kami bersama2 ditempatkan ke kelas pertama. Kami sekelas sehinggalah tamat sekolah rendah.

Satu perkara sepanjang darjah 4 hingga 6, dia banyak mengajarku subjek Sains yang cukup aku benci. Sehinggakan dalam peperiksaan pun adakalanya aku bertanya kepadanya mengenai soalan yang aku tidak pasti jawapannya. Bukan peperiksaan besar ye. Sepanjang 3 tahun itu aku duduk di meja bersebelahan dengannya. Malah, setiap kali peperiksaan pun kami akan duduk berdekatan. Begitu juga ketika peperiksaan UPSR. Aku duduk di hadapannya. Alhamdulillah, kami sama2 berjaya mendapatkan keputusan terbaik dalam UPSR. Kami begitu rapat sehinggakan markah kami hampir sama. Ya, persaingan sengit yang baik. =)

Berbekalkan keputusan yang baik dalam UPSR, kami mencuba nasib mengisi borang SBP. Nasib tak menyebelahi kami. Kami gagal mendapatkannya. Sudah takdir kami untuk bersama, kami dapat meneruskan pelajaran menengah di sekolah yang sama dan kelas yang sama juga. Dorm sahaja yang bebeza tetapi masih bersebelahan.

Awal tingkatan 1, persahabatan kami, ok lagi. Persahabatan kami mula diuji pada pertengahan tingkatan 1. Aku mula menjauhkan diri daripadanya. Seperti di sekolah rendah dahulu, pegaruhnya sangat ramai. Terlalu ramai orang yang suka berkawan dengannya sehingga membuatkan aku berasa jealous dan cemburu dengannya. Dia berasa pelik dengan perubahanku secara tiba2. Rakan sekelas kami turut perasan mengenai perkara ini. Ya, sehingga kini dia tidak tahu mengapa ketika itu aku berubah. Aku berubah kerana, aku tidak boleh tengok orang yang aku rapat dengannya, rapat dengan orang lain. Aku sukar untuk terima kenyataan bahawa aku perlu berkongsi rakan karibku dengan orang lain. Akhirnya, awal form 2 kami berbaik setelah didesak oleh rakan2 yang lain.

Itu merupakan pergaduhan terbesar antara aku dan dia. Selain dari pergaduhan itu, terdapat juga beberapa pergaduhan kecil yang lain. Semuanya kerana aku tidak reti nak mengawal emosi aku yang terlalu melampau. Sejak dari pergaduahan itu, hubungan kami tidak lagi seperti dahulu. Kami tidak lagi duduk bersebelahan. Aku lebih selesa bersendirian. Dengan erti kata lain, aku takut untuk mengadakan kawan rapat lagi.

Ketika tingakatan 3, kami bersaing dalam pelajaran seperti biasa. Alhamdulillah, ketika di sekolah menengah aku berjaya atasi dia. Tidak lagi seperti di sekolah rendah dahulu. Dia sentiasa mengatasi aku. Benarlah pepatah, "hidup ini ibarat roda. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah." Dengan izin Allah, kami sama2 berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR. Aku berasa saaaangat gembira.

Suatu hari, kami berborak di bilik prep. Aku mengatakan kepadanya bahawa kami tidak boleh ada peluang bersama. Sekiranya kami bersama pasti akan berborak dan terus berborak tanpa henti seperti murai tercabut ekornya. Rakan kami turut meng'eya'kan. Lagak kami berborak seolah2 kawan yang dah lama x berjumpa. Akhirnya, kata2ku menjadi kenyataan. Bulan 3 ketika kami tingkatan 4, kami berpisah. Kami sama2 memohon SBP berbekalkan result PMR kami yang baik. Kami sama2 2nd intake di sekolah baru kami. Dia di Negeri 9 dan aku di Selangor.

Walaupun kami dah jarang jumpa ketika itu, kami masih berkesempatan berutus surat. Sekiranya cuti sekolah, pasti kami akan berjumpa. Setiap kali kami berutus surat kami pasti akan menceritakan tentang sekolah kami. Sehingga kini... Cuma sekarang teknologi dah canggih, kami hanya ber'sms' sahaja sebagai pengubat rindu. Aku sentiasa berhajat nak bertandang ke rumahnya buat kali yang kedua seandainya aku mempunyai masa lapang. Sehingga saat aku menaip coretan ini aku tetap merinduinya... Ya, aku tidak menafikan perpisahan yang berlaku antara aku dan dia banyak mengajar aku mengenai erti sebuah persahabatan yang sebenar. Benarlah bahawa, setiap sesuatu kejadian yang Allah tetapkan itu pasti ada hikmah disebaliknya...


Selama ini
kumencari-cari
teman yang sejati
buat menemani
perjuangan suci

Bersyukur kini
padamu Ilahi
teman yang dicari
selama ini
telah kutemui

Dengannya di sisi
perjuangan ini
senang diharungi
bertambah murni
kasih Ilahi

Kepadamu Allah
kupanjatkan doa
agar berkekalan
kasih sayang kita

Kepadamu teman
teruskan perjuangan
pengorbanan
dan kesetiaan

Telah kuungkapkan
segala-galanya
itulah tandanya
kejujuran kita...

B/h: buat sahabat karibku, maafkan diri ini andai tulisan ini tidak menyenangkan hatimu dan ketahuilah bahawa tiada niat jahat dalam diri ini disebalik coretan ini dan andai ada tersilap fakta dalam cerita ni maafkan diri ini and lastly, YOU'RE SUCH A VERY GOOD FRIEND TO ME AND I'LL ALWAYS REMEMBER U AS MY BEST FRIEND AND THANK U 4 BEING MY FRIEND!!

8/16/2009

i am sam

setelah beberapa lama tangan ini tidak menaip, alhamdulillah akhirnya dapat jugak taip hari ni walaupun mata dah mengantuk bangat sih!

hari ini mata saya telah menonton sebuah cerita yang begitu menyayat hati saya. cerita ini merupakan cerita barat yang julung2 kalinya mampu membuatkan mata ini mengalirkan air mata. mana tidaknya, cerita ni dari barat. tidak dinafikan ada terselit rasa kagum dalam diri ini terhadap cerita ini kerana saya rasa jarang orang barat buat cerita yang mampu membuatkan hati orang lain tersentuh.

cerita bertemakan keluarga. seorang budak perempuan yang berumur 7 tahun yang mempunyai seorang ayah yang berfikiran seprti kanak-kanak yang berumur 7 tahun. lebih tepat lagi, ayahnya terencat akal. Lucy lebih pintar dari bapanya, Dawson, yang turut bersekolah dengannya. Dia tidak pernah malu untuk memiliki seorang bapa seperti Dawson.

Cerita ini sampai ke konflik apabila Mr.Dawson ditangkap kerana menghadapi tuduhan. Dia perlu dipisahkan daripada Lucy kerana dikhuatiri tidak mampu menguruskan anaknya dengan baik dan ditakuti juga dia akan mencederakan Lucy.

Just imagine, masa dia kena tangkap tu, dia sedang menantikan kepulangan anaknya kerana ingin memberikan kejutan birthday party kepadanya. Then, bila anak dia pulang, dia kena tangkap. it's really sad!

After that, anaknya diserahkan kepada keluarga angkat atas arahan mahkamah. Mr.Dawson @ Sam perlu mencari kerja bagi mendapatkan duit sekiranya dia ingin menjaga anaknya semula. Dengan bantuan seorang peguam perempuan yang cukup berpengalaman, dia berjaya dapatkan duit hanya dengan menjaga beberapa ekor anjing kepunyaan orang. Dalam masa yang sama dia sering melawat anaknya dan setelah duitnya cukup, dia berpindah ke rumah yang berdekatan dengan rumah keluarga angkat anaknya. Lucy, setelah mendapat tahu bapanya tinggal berdekatan dengannya, pada setiap malam dia akan keluar dari biliknya secara senyap2 dan menuju ke rumah bapanya. Tujuannya hanyalah untuk mendengar bapanya bercerita sehingga dia tertidur. At last, Mr.Dawson berjaya menjaga anaknya semula.

Mungkin anda tidak berasa sedih apabila membaca cerita ini, tapi saya pasti anda akan sedih apabila menonton sendiri ceritanya.

Terdapat beberapa pengajaran di sebalik cerita ini.
1) setiap manusia itu dikurniakan hati dan perasaan. Even org tu cacat sekalipun, dia tetap ada perasaan sayang, suka, marah, benci dsbgnya.
2) kasih sayang dari ibubapa kandung tidak akan pernah sama dengan kasih sayang dari ibubapa angkat.
3) hargailah dengan parents yang kita ada sekarang. Even kalau diorang jahat sekalipun, they're still our parents and we can change them. Sebab, there're lots of people yg dah xde parents, yg dahagakan kasih sayang...
4) ibubapa dinasihatkan supaya tidak terlalu mementingkan kerja. Just think 4 a minute, u work 4 who? of course 4 ur family rite? So, kalau keje memanjang and abaikan anak2 di rumah, baik xperlu bekerja. ketahuilah, kalau benda ni terjadi, anak2 bole tension and sampai satu tahap they will said, "parents aku ada ke xde ke same je..xde maknenye.." do u want it 2 b like this??

di sini ada sedikit pesanan @ pandangan peribadi; kebiasaannya, remaja masa kini lebih suka menonton cerita yang bertemakan cinta kepada jantina yang berlawanan berbanding dengan cerita bertemakan keluarga.
perkara ini saya baru terfikirkan semasa menonton cerita i am sam ni tadi. Dalam masa yang sama saya turut menonton cerita yang bertemakan cinta. Tiba2 saya terfikir, memandangkan menonton tv ni adakalanya membuang masa, lebih baik kita tengok cerita yang mampu membuatkan kita terfikir tentang kekuasaan Allah, penderitaan yang dialami masyarakat sekeliling kita supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. At least, xdela masa kita terbuang macam tu je.
Pendapat anda, bagaimana? this is just my opinion. u can critizise me if u want to do so.

8/01/2009

kehidupan hari ini merupakan persediaan untuk masa akan datang....

Tahukah anda?
Setiap kali anda bangun dari tidur, anda telah meninggalkan kehidupan dunia ini setapak ke belakang...
Sebaliknya anda melangkah maju setapak ke hadapan menuju ke hari kematian anda....

Tahukah anda?
Mereka-mereka yang hidup dalam kekayaan yang melimpah ruah di bumi ini belum tentu akan dapat hidup seperti itu di kehidupan mereka di akhirat kelak....
Manakala mereka-mereka yang hidup dalam kemiskinan yang melampau di dunia belum tentu akan terus-menerus merasai kemiskinan mereka di akhirat kelak...

Tahukah anda?
Mereka yang mempunyai rumah yang besar, barang-barang yang banyak, harta benda yang banyak di dunia ini akan menunggu giliran untuk dihisab di akhirat lebih lama berbanding dengan mereka yang hanya mempunyai rumah yang kecil, perabot yang sedikit...
Hal ini kerana setiap barang yang kita miliki di dunia ini pasti akan dihisab termasuklah setiap helai pakaian yang kita miliki...
Cuba anda pergi ke almari baju anda sekarang dan kira berapa helai baju yang anda miliki....

Wahai sekalian manusia...
Janganlah anda sesekali memandang mereka yang miskin papa kedana itu dengan pandangan yang hina lagi dina...
Boleh jadi di akhirat kelak, mereka hidup dikelilingi harta yang melimpah ruah...
Janganlah anda sesekali memandang mereka yang kaya raya tetapi sombong dan bongkak itu dengan pandangan yang mulia...
Boleh jadi mereka di akhirat kelak, menjadi orang yang paling hina lagi dina....

Marilah kita sama-sama bermuhasabah....
Sudah cukupkah amalan kita untuk menempah JANNATUL FIRDAUS??
Sudah banyakkah kebajikan yang kita lakukan supaya dapat meraih pandangan dari ALLAH???
Sudah banyakkah amalan kita untuk meutup segala dosa kita??
Sudah pastikah segala dosa kita diampunkan oleh ALLAH??

Ingatlah rakan-rakan...
Sebelum tidur pastikan anda..
1) mengambil air wudhu'
2) beristighfar 10 kali
3) mengucap dua kalimah syahadah
4) membaca doa tidur
5) membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas 3 kali
6) tidurlah menghadap ke kiblat
7) berdoalah agar hari esok sentiasa lebih baik daripada hari ini
kerana kita tidak pernah akan tahu bilakah masanya malaikat IZRA'IL akan menjemput kita...
boleh jadi pada hari esok setelah kita membuka mata kita hanya mampu melihat di sekeliling kita hanyalah TANAH semata-mata...
Tiada lagi batu, lampu, kipas, keluarga, kawan, anak......
Yang ada hanyalah TANAH MERAH yang masih lembap, malaikat yang bengis....

Ingatlah rakan....
Pesanku buatmu...
Sesungguhnya aku menyayangimu...
Aku tidak mahu engkau disiksa....
Aku menasihatimu di dunia ini kerana kelak kubur kita berbeza...
Aku tidak bisa menjengukmu....
Melihat mukamu...
Bertanya khabarmu....