10/31/2010

cerita Melayu vs drama Korea

Assalamualaikum semua...
Alhamduillah semangat untuk saya kembali menulis semakin membara-bara setelah post yang lalu. Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran ini.
Ada satu tajuk ni yang saya memang teringin nak tulis kat sini. Tapi sebelum tu saya nak beritahu ni. maaflah blog saya ni memang tak banyak gambar sebab saya memang malas sangat nak upload gambar. Saya tahu ada sesetengah orang dia tak suka baca blog tanpa gambar. macam sayalah tu..^_^.hehe...
Ok, ni cerita dia.

Kenapa filem, drama atau apa2 cerita jela, cerita Melayu tak mampu nak menandingi cerita2 Korea yang sedang hangat sekarang ini dalam kalangan remaja, kanak2 pun ada even orang pertengahan pun ada yang berminat..Tapi bukan semua cerita Melayula..sesetengah je..
Tapi pada saya, saya lebih prefer cerita Korea jika nak dibandingkan cerita Melayu.
Saya rasa antara sebab mengapa keadaan ini berlaku ialah (pada sayalah):-

1) orang Korea, mereka semua adalah non-Muslim. Oleh itu, adalah tidak kisah sekiranya mereka ingin berlakon bagaimana sekalipun...

2) pelakon Melayu adalah beragama Islam, jadi mereka sepatutnya menjaga segala batasan ketika dan sepanjang penggambaran berlangsung.

-adalah menjadi kewajipan kepada para pengarah atau para penerbit ke supaya memastikan tiadanya adegan peluk, pakaian mestilah menutup aurat bagi lelaki dan juga perempuan, tiada berlaku sentuhan tangan antara berlainan jantina.

3) kebanyakan cerita Melayu yang saya lihat banyak memaparkan realiti masyarakat Melayu itu sendiri contohnya adegan merempit yang ditonjolkan dalam cerita Adnan Semp-it yang merupakan sangat popular dalam kalangan anak remaja zaman sekarang.

-cerita2 sebegini sepatutnya lebih difokuskan kepada pengajaran daripada merempit dan bukannya difokuskan kepada kehidupan seorang mat rempit. Seandainya kehidupan mat rempit yang lebih difokuskan, maka kemungkinan mat rempit bertambah adalah sangat besar!

-selain itu, cerita Melayu juga turut memuatkan babak di kelab2 malam.
pada saya ini merupakan satu perkara yang memalukan kerana babak seperti ini seharusnya tiada. Maksud saya babak yang menunjukkan pelakon2 tertentu menari ke, duduk sebelah perempuan ke. kalau babak ada ustaz masuk nak berdakwah saya rasa tidak mengapa kerana setahu saya Ustaz Hassan Al-Banna turut memasuki kelab2 malam untuk menyampaikan dakwahnya.(kalau saya tak silaplah).

Saya mempunyai cadangan di sini mengenai bagaimana reputasi cerita2 Melayu dapat dipulihkan dan InsyaAllah menjadi hebat dan hangat seperti drama2 Korea..antaranya:-

1)Cerita Melayu mestilah menonjolkan ciri2 islam sebenar dalam semua aspek.
-baik dari segi pakaian, tutur kata, dan bermacam lagi
-ini termasuk juga di set penggambaran
-tiada sentuhan antara berlainan jantina
-tiada babak2 yang tidak sepatutnya seperti berpelukan, baring (bagi perempuan), mandi, tukar baju

2) selain itu pelakon yang melakonkan watak tertentu juga turut memainkan peranan yang penting bagi menjayakan sesebuah lakonan itu
-pelakon itu mestilah benar2 menjiwai watak yang dilakonkan agar penonton turut merasai watak yang dilakonkan
-pelakon mestilah niat berlakon untuk menyampaikan dakwah kepada para penonton selain niat untuk mencapai keredhaan Allah.
-setiap pelakon juga mestilah bebas daripada sebarang kontroversi yang buruk dan mampu menggugat sesebuah cerita yang dilakonkan. Bagi mengelakkan daripada sebarang kontroversi, saya rasa benda ini semua artis pun tahu cuma tidak praktikkannya sahaja. perlulah pelihara adab dan kesopanan walau di mana jua berada. Apabila perangai dah baik InsyaAllah takkan ada kontroversi yang kurang enak tu.
Jangan terlalu dedahkan kisah peribadi kepada umum.
Umum mengetahui artis merupakan milik masyarakat dan ini tidak bermakna kisah peribadi mereka juga milik masyarakat. Bukan begitu?
- selain itu segala apa yang dituntut Islam mestilah ditunaikan seperti solat 5 waktu. Seandainya ketika penggambaran sedang berlangsung dan telah masuk waktu zohor, adalah lebih baik beri laluan kepada waktu zohor sebelum sambung semula penggambaran tersebut.
-dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Perkara ini tidak perlulah saya terangkan lagi di sini.

Saya yakin filem, drama Melayu pasti akan menembusi pasaran dunia seandainya ciri2 di atas dapat dipenuhi. Pasti non-Muslim turut jatuh cinta akan keindahan Islam sendiri. Saya juga yakin bahawa saya akan menonton drama2 Melayu seandainya Islam sangat dimuliakan dalam cerita tersebut. Selain dapat pulangan yang memuaskan dan berganda-ganda, saham akhirat juga kita dapat kerana dapat menyebarkan ajaran Islam melalui lakonan. Bukankah itu sudah cukup baik? Dengan itu secara automatiknya akan berkuburlah cerita2 Korea..

WaAllahu 'a'lam...seandainya ada info yang tersalah bolehlah tegur saya ye. sangat dialu-alukan. Saya hanya manusia biasa dan menyampaikan sekadar apa yang saya rasa perlu saya sampaikan.. terima kasih..^_^

10/28/2010

hmm...ehm....nak tulis apa ye...

Syukur ke hadrat ilahi sehingga ke hari ini jiwa ini masih dapat menghirup oksigen2 yang segar. Walaupun pada hakikatnya dah bercampur dengan udara2 yang kurang menyenangkan.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak post sesuatu yang bermanfaat di sini. (selama ni ada manfaat ke post aku ni?)
Sudah lama sebenarnya saya berhajat ingin menurunkan coretan di blog ini. Tapi mood itu asyik pergi dengan segera. Jadi, tiadalah apa2 pun yang up-to-date di blog ini.
Alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat hasil dari pembacaan tulisan2 mereka yang berpengetahuan. Arigato gozaimas saya ucapkan.
Oh..saya benar2 tak tahu nak post apa kali ni.Adakah anda suka sekiranya saya ceritakan mengenai kehidupan saya kebelakangan ini? Hmm..mungkin saya patut cerita. Mana tahu kalau ada yang boleh diambil pengajaran.

Manusia sememangnya sangat terikat dengan nafsu. Kadang2 kita teringin nak sangat buat kebaikan. Tapi, beberapa minit lepas tu perasaan tu hilang. Kita buat balik benda jahat. Tadi, saya ada baca solusi edisi ke 25 the latest punya. Dalam tu dia ada cakap pasal 3 jenis nafsu.

1) Nafsu Ammarah
    -sebelum saya baca solusi ni saya ingatkan nafsu ammarah ni nafsu asyik nak marah tapi rupa2nya nafsu yang sentiasa mendorong kita melakukan kejahatan.
- nafsu ni kira yang palin jahatla sebab dia sentiasa mendorong kita melakukan kejahatan dan tak pernah beri ruang untuk melakukan kebaikan
- kalau kita ada rasa nak buat baik, nafsu ni cepat2 suruh kita buat jahat.
* dahsyat tak? takutkan? moga2 kita semua dijauhkan dari nafsu ini..aamiiin..

2) Nafsu Lawwamah
- boleh dikatakan juga sebagai nafsu pertengahan(ini berdasarkan apa yang saya faham)
-nafsu jenis ni menyedarkan diri kita dari kejahatan yang dilakukan. maksudnya bila kita buat jahat kita rasa berdosa dan seterusnya bertaubat.
- hati kita akan rasa susah hati kalau kita buat dosa.
-mungkin boleh dikatakan ramai manusia yang mempunyai nafsu ini.

3) Nafsu Mutmainnah
- ha! yang ni memang saya pun tak sangka ada ke nafu macam ni? tapi masa saya kat sekolah dulu ada sorang senior ni dia bagitau pasal kadang2 kebaikan yang kita buat jugak boleh disebabkan dorongan nafsu baik ni dan bukannya sebab keikhlasan hati kita. wallahu 'alam.
- seperti yang saya nyatakan di atas nafsu ini merupakan nafsu kebaikan. dia selalu mendorong kita buat kebaikan dan sentiasa dengan kebaikan serta meninggalkan kemungkaran.

Alhamdulillah...akhirnya ada juga maklumat yang nak dikongsi.
Cakap pasal maklumat saya teringat lecturer bio saya. Beliau merupakan seorang revert. Beliau tidak malu langsung untuk menyatakan bahawa beliau masih tidak tahu membaca al-quran. Sememangnya saya cukup kagum dengan pensyarah saya ni. Dia tidak tahu bukan kerana tak mahu tetapi kerana beiau baru saja 4 tahun menjadi saudara kita.
Antara kata2nya yang membuatkan saya berfikir sejenak,
"Information can become  knowledge only if u apply it and it can affect in ur life. But Information is just information if u do not know how to use it."- mungkin beginilah ayatnya saya pun tak berapa pasti.
Esok saya akan bertemu lagi dengan pensyarah yang berbangsa Cina ini. Sehingga ke hari ini saya masih tertanya2 kenapa dia revert ye? DAri sudut mana yang menyebabkan beliau cintakan Islam?
Sama2 kita koreksi diri ye.
Sesungguhnya aku ini hambaMu yang hina.
Sesungguhnya anda berhak menegur penulisan saya. teguran anda amatlah saya hargai bagi memperbaiki penulisan ini.
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhirnya...