11/26/2010

sakit + dadah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera ke atas pembaca sekalian..

About the topic i mention above, SICK or in Malay known as SAKIT. In Islam we believe that when we got sick, actually it was a test from Allah. Other than that it is known as kaffarah from our sin. Dalam Bahasa Melayunya sakit yang kita dapat merupakan kaffarah dari dosa yang kita lakukan. dan ia juga merupakan ujian dari Allah untuk hamba2nya yang beriman. Because of that we always heard about the Raihan song.

"Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..
SIHAT sebelum SAKIT...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit..
HIDUP sebelum MATI..."

Teringat saya pada sebuah hadis yang mengatakan bahawa
"2 nikmat yang manusia selalu sia2kan ialah nikmat sihat dan nikmat masa lapang"
Saya tak pasti ni hadis apa. Tapi apa yang saya boleh katakan ialah, memang benar perkara ni.
Sememangnya kita manusia selalu sia2kan masa lapang kita dengan perkara tak berfaedah. Saya bagi contoh yang paling popular yang hampir kesemua orang pernah buat. NO DOUBT!

Tensionnya aku!!! banyak lagi tak study ni! Esok da exam!
Masa sekolah dulu, kita semua pernah lalui exam kan? Tak kiralah pekse pertengahan tahun ke final ke UPSR, PMR, SPM atau apa2 pekse jelah. Kita mestila dah tahukan pekse tu bila, hari apa, pukul berapa semua kan? Secara logiknya kita mestila ada banyak masa nak get ready for it kan? Tapi, apa yang kita buat? Study ke time masa lapang yang banyak tu? Takkan... Ha! Dah tu? Mainla, main lagi, gila main.. Bila baru kita start study? Tepuk dada tanya diri sendiri! Tu maksudnya kita banyak buang masa. Banyak sia2kan nikmat masa lapang yang Allah dah bagi! Bila exam dah dekat, masa tak cukup baru kita rasa menyesal sebab tak study dari awal. Jangan jadikan benda ni satu habit ye kawan2! Penulis pun sama gak...

jangan sampai jadi macam ni baru kita nak menyesal!
Ok, sekarang contoh nikmat kesihatan pulak. Pada sayala contoh ni. Tak tau boleh pakai tak. Biasanya kalau time kita sihat banyak tak perkara kebajikan yang kita buat?Contohnya macam bersedeqah ke tolong orang sakit ke solat di awal waktu ke atau apa2 benda yang baikla..Hmmm...susah nak bagi contoh ni...saya takut tersalah bagi pulak...Tapi once we fell sick, barula kita terpikir "nanti kalau aku dah sihat aku taknak buat jahat lagi..aku taknak buli orang lagi, taknak mencuri lagi...bla..bla..." Punyala banyak azam tu kalau time sakit. Tapi bila dah sihat kita buat balik...betul tak? saya tau tak semua orang macam ni...mintak dijauhkan dari kita semua....aamiin..

Saya rasa cukup setakat ni je kot entry hari ni. Walaupun sebenarnya banyak lagi benda yang saya nak cerita. Tapi saya tak mau entry panjang2. Jadi kita jumpa di post akan datang ye!
Terima kasih semua...Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk semua termasuklah diri saya..^_^

11/21/2010

>>delima<<

Jam di telefon bimbitnya tepat menunjukkan 00:20. Kalau ikut waktu sebenar, perlu ditolak 20 minit. Itulah Delima. Kesemua jam miliknya pasti diawalkannya. Tak kiralah 5 minit ke 10 minit ke, paling cepat pun 30 minit awal. Tiada satu jam miliknya yang tepat masanya. Alasannya mudah, dia tidak suka melengah-lengahkan waktu. Katanya, itu sifat syaitan.

Malam itu, seperti biasa Delima akan membaca semua update blog yang ada di blog listnya. Sejak akhir-akhir ini, rajin pula dia membaca cerita-cerita terbaru. Sehingga saat ini, matanya masih belum mengantuk. Malam ini dia tidak keseorangan kerana Kenanga turut menemaninya. Kenangalah yang banyak memperkenalkan blog terbaru kepadanya.

"Delima, kita dah ngantuklah. Kita tidur dulu eh."~Kenanga~

"Ok. Kita nak habiskan baca blog ni dulu. Pastu baru kita tidur."~Delima~

Sedang asyik membaca blog, tiba-tiba 'pop'! Delima segera mencari punca bunyi tersebut. Rupa-rupanya ada orang menghantar mesej kepadanya melalui fb yang turut dibukanya pada malam itu. Tapi dia berasa hairan apabila melihat nama yang tertera. 'Ish, kura-kura ni rupanya! Tapi…kenapa ya?' bisik hati kecilnya. Setahu Delima, dia tidak pernah menghantar sebarang mesej kepada Kura-kura tu. Apa yang dia lakukan hanyalah add dia sebagai kawan. Itupun kerana mereka pernah berjiran suatu masa dahulu. Tanpa berlengah Delima segera membalas sembangan Kura-kura.

-Ish, tekejot orang! Salam pon takde.-

-Ok, ok. Salam-

Saat itu, seluruh badan Delima menggeletar kerana tidak pernah seumur hidupnya bersembang di tengah malam dengan lelaki ajnabi. Dia sedar tidak sepatutnya dia melayan lelaki itu. Tetapi, oleh sebab dia juga mempunyai perasaan ingin tahu dia meneruskan bicaranya. Mereka berbual-bual sehingga jam menunjukkan 01:30. Perbualan ditamatkan kerana mata sudah terlalu mengantuk dan dia tidak boleh tidur terlalu lewat. Walaupun perbualan mereka agak lama, tetapi tidak banyak perkara yang mereka sembangkan. Ini kerana, masing-masing membalas lambat. Mahu menjaga hati dan tidak mahu menunjukkan perasaan terlalu 'excited'.

Sejak malam itu, Delima sentiasa terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Dia akui bahawa dia pernah mempunyai perasaan terhadap Kura-kura itu. Tetapi dia sangat takut kalau dia terlalu banyak mengingati lelaki itu. Itu semua kerja syaitan! Bisik hatinya. Ya, Delima tidak menafikan bahawa apabila sesuatu dosa yang kita dah selalu melakukannya, lama kelamaan kita tidak akan merasa dosa itu lagi kerana syaitan telah memperindahkan segala-galanya. Kerana itulah padanya, terlalu banyak maksiat yang berlaku sekarang. Tidak pernah menurun bilangan yang melakukan maksiat malah sentiasa meningkat pada setiap saat!

Beberapa hari kemudian, Delima mengikuti satu ceramah di tempatnya. Usai ceramah itu dia berasa sangat kesal dengan dirinya. Dia memasang tekad untuk membuang semua kaum adam dalam senarai kawannya di fb. Malam itu, sekali lagi dia membuka blog dan fbnya pada waktu yang sama. Sedang asyik dia membaca blog penceramah sebentar tadi, dia terdengar bunyi 'pop' di notebooknya. Jantungnya berdegup, badannya menggeletar apabila dia membaca nama penghantar. 'Kura-kura'…seperti kali lepas, si Kura-kura itu menegurnya dengan ayat yang sama.

-G tido la-

-tengah cari ilmu ni- -berblogging-

-ok, suggest satu-

Delima pantas menyalin laman web penceramah tersebut dan memberikannya kepada si Kura-kura. Sejurus selepas itu, perbualan tamat. Hati Delima berbelah bahagi kini.

'nak delete ke taknak delete?..hmm…'

'tunggu dulula. Nak berubah tak boleh terburu-buru.'-bisik hati kecilnya.

Seminggu kemudian Delima bertekad untuk delete. Akhirnya, dia berjaya. Padanya, biarlah kerana dia percaya bahawa andai ada jodoh antara mereka Delima yakin mereka pasti bertemu semula…


 

Cerita di atas hanya rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena antara yang hidup atau yang mati. By the way, I just feel like want to write a story so, this is it! I know this story is not so good enough. To be honest, there is no draft before I write the story. It's just came out from my mind. Hope you enjoy it. If you think I need to improve or I can do better than this or whatsoever, you're kindly invited to write your comment, ok?

Thank you for reading! ^_^

11/13/2010

Hidup di zaman FITNAH!!!?

Alhamdulillah we could meet again today.
Actually, this time I really want to write in English since I haven’t do this for a long long time..i just want to polish my English back so that my English wouldn’t be bad. However, today I have a very good story or knowledge that I really want to share with you so I couldn’t write in English because maybe I will express it in wrong expression. Do you mind?

Ok ni baru edit hari ni. Yang atas tu hari khamis malam punya. Tak sempat nak habiskan. Hari Khamis hari tu, saya ada pergi dengar talk yang bertajuk “It’s all about Adam and Eve.” Bestkan tajuk ni? Tambah2 lagi penceramah dia Ustaz Sya’ari. Sape tak gi memang rugila saya cakap..memang…

Alhamdulillah saya telah dipilih Allah untuk sama2 mendengar talk tu. Talk yang dijangka bermula pada jam 8.30 malam bertukar menjadi 9 malam. Takpela kan, xkesah pon. Asalkan dapat gi. Ye tak? Post kali ni intro dia agak panjang sebab saya sangat excited nak menceritakan situasi masa tu. Saya pergi lepas solat Isya’. Saya memang dah agak da mesti ramai giler punye orang yang pergi. Asalnya saya bercadang nak pergi pas maghrib sebab nak dapatkan tempat duduk. Tapi pas saya piker 2 3 jenak

‘baik aku solat dulu nanti xdela tergesa-gesa sangat. Kalau aku memang dipilih untuk menjadi tetamu malam tu aku mesti dapat dengar punya’ bisik hati kecilku.

Sekali pas saya pergi dalam pukul 8.45 camtu, orang memang dah pack habisla. Even brothers pon same. Masa tu saya memang dah putus asa da. Tapi bila saya tengok kesungguhan sisters yang semakin menolak orang di hadapan saya pun gagahkan kaki untuk berada di belakang mereka.

‘takpela kalau tak dapat tempat duduk pun. Asalkan aku dapat dengar dah memadai. Mungkin kalau aku dapat tempat duduk, mata aku meliar-liar ke kan? Yelah syaitan tu kan tak pernah putus asa..’

At last, saya dapat duduk kat belakang dan  terpaksa berhimpit-himpit. ‘kan bagus kalau setiap kali ada talk ke ceramah ke forum ke penuh macam ikan sardine cam ni.’ Saya bermonolog sambil terkejut melihat suasana di dalam lecture hall A tu. Ok dah habis intro.
beginilah gamaknya keadaan kat lecture hall A time tu. Ramaikan?

Overall, ustaz tu banyak cakap pasal remaja perempuan masa kini. Banyakla slide2 pasal pembuangan bayi yang sangat berleluasa kat Malaysia ni yang ditunjukkan. Ustaz ada gak bagi statistik pasal mende2 ni. Saya rasa saya tak perlu bagitau kat sini. Kamu pun tau kan? TERlalu BANYAK!!! seperti kata ustaz, meningkatnya kes pembuangan bayi/ maksiat di Malaysia ni seiring dengan bertambahnya jumlah pelajar2 cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM pada tiap2 tahun. Bergegar LHA tu dengar statement ustaz ni. Tapi, sedar tak sedar memang ada betulnya apa yang ustaz tu cakap. 

Inilah fitnah yang berlaku di akhir zaman. Saya merasakan pada masa akan datang walaupun kita mempunyai rakyat yang berIQ tinggi, masyarakat yang genius2 belaka tapi, malangnya...spiritual mereka mungkin hampir kosong! Na'uzubillah....kenapa saya cakap macam ni? Sebab propaganda yang diwujudkan Barat. Kita terlalu mengagung2kan western..
Kenapa kita tidak bangga dengan agama kita? Islam...ingatlah sesungguhnya Islam itu PALING TERtinggi dan tiada yang lebih tinggi...bersyukurlah kerana kita dilahirkan dalam agama yang suci ini..

Bagaimana mahu bersyukur? Soalan yang bijak! Kita bersyukur dengan menurut segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang dilarang..ingat ye, SEGALA bermakna KESEMUA bukan separuh2..
Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
                                                     
Oleh itu wahai para pembaca yang budiman dan setia, marilah kita sama2 ambil pengajaran dari apa yang dibaca. Peringatan ini bukanlah untuk dirimu tetapi untuk diriku jua. Semoga penulisan saya ini dapat memberikan manfaat kepada semua. Aamiin..

Last but not least, as usual, THANK YOU for reading!!

11/11/2010

hatiku kosong....

Assalamualaikum semua....
Hari ni alhamdulillah mood saya baik dari semalam..
Hari ni jugak alhamdulillah saya tak tido dalam kelas. even Bio!!hoho...semakin maju saya ni..
Petang tadi, saya tergerak hati untuk menghantar mesej kepada naqibah saya. Saya memintanya sedikit nasihat dek kerana kekosongan hati.
Beberapa minit kemudian masuk satu mesej di inbox. Saya segera membacanya.
    "Wahai diri, 
jangan jadi da'ie yang malang
 yang hanya tahu berdakwah 
tetapi tidak melaksanakan.

Wahai diri, 
jangan jadi 'abid yang tertipu,
terasa banyak sudah amalan
tetapi tidak sedar pahala itu kuasa tuhan.

Wahai diri,
jangan jadi 'alim yang tertipu
disangka ilmu telah banyak
tetapi tiada yang terkesan di jiwa.

Wahai diri,
jangan jadi mujahid yang tertipu
disangka perjuangannya itu yang terbaik
tetapi ternyata Islam tidak memerlukannya
tetapi dia yang memerlukan Islam..."    

Saya begitu terkesan dengan kata-kata ni...dalam hati saya berbisik "nasihat ni da cukup buat aku".
Jauh di sudut hatiku, aku berasa sungguh sebak...tak tahu kenapa...hatiku kosong...lopong...

gambar sem lepas...otak dipenuhi nombor...tiada huruf...

Semester ni, banyak perubahan yang berlaku dalam diri ni..
yang paling ketara ialah, i want something more!!
mungkin yang terbaik ialah pengisian rohani.. tak dinafikan saya bukanlah seorang yang suka pergi dengar ceramah2 ni. Tak suka bukan bermakna TAK PERNAH ye..jarang2la..ikut mood jugak..
Saya selalu ingat akan maksud surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud;

".....boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Saya pasti ramai yang arif mengenai ayat ni kan?
Andai esok masih ada jodoh antara kita dan masih ada kekuatan dalam diri ini untuk menulis, insyaAllah saya akan menurunkan catatan saya di sini..
Have a good time for reading this..^_^
Arigato' gozaimas...

11/09/2010

biology is not my subject!!! yeke??

Assalamualaikum semua! ^_^
Hehe...saya mengambil kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di blog kesayangan saya ni. Selepas berjam-jam membelek buku biology yang tebal tu bagi mendapatkan jawapan, saya membuat keputusan untuk berhenti seketika bagi merehatkan otak ni.
Saya berasa pelik kerana, lagi banyak saya belek lagi banyak benda baru bagi saya. Seriously, i try harder not to hate this subject but when it comes to answer the question, i really hate to find it! Adakalanya saya berasa saya mahu tukar kos. Saya tidak mahu mengambil Biology. Saya sangat takut kalau result saya teruk kerana subjek ni.. Tapi, when i think back, i can't live without Biology because it's all about our life actually...Mean here, i really have to struggle am i right?

Ketakutan ini bukan baru bagi diriku tetapi sejak aku mengenali matapelajaran Sains ketika di sekolah rendah lagi telah menyebabkan aku berasa takut untuk menghadapi sebarang soalan berkaitan subjek ini. Bagaimana harusku mengatasi masalah ini??

Sejak akhir2 ni pun benda yang saya benci untuk buat tapi saya buat jugak ialah melihat2 facebook saya.. Saya pun tak faham kenapalah saya harus bukak fb tu, sedangkan xd pape pon yang saya boleh buat. Saya nak matikan je fb tu xmahu deactivate tapi teros matikan!! Tapi saya bukak jugak...apala nak jadi...ish3...

Maaflah post kali ni xbrapa elok utk dibaca sekadar luahan perasaan.. I want to be alone..My feeling right now is xtau-nk-ckp-mcm-mana....hehe..saje tulis kat sini..tapapetah! berenti la wei! tutorial bio xsiap lagi!!