1/31/2011

anDAi IaNya TidAK WujuD

assalamualaikum semua ^__^ 
alhamdulillah masih sihat hendaknya dengan izin ALLAH untuk kita bertemu kembali. Pada kali lepas akulah manusia yang tak sempat nak habiskan blog bertaipkan keyboard handphone,,hahaha(gelak jahat!)  tak sempat aku nak habiskan kisah foods heaven yang ada banyak giler kat kg.baru tuh! memang sedap dan lazat dan enak dan mahal belaka,,tapi pandai cari kedai dapatla yang murahkan,hohoho=P 


tapi untuk kali ni, aku takde minatla plak nak crite pasal makanan2 ni,,fokus aku masa ni adalah crite hangat kat paper skarang ni yang melanda mesir. mentang2 aku baru start cuti, dapatla aku menghabiskan masa berjam2 baca paper tu kalau tak,memang tengok topik utama jela kat kedai pastu blah tak beli langsung paper! dasat2..


andai ianya tidak wujud. topik yang agak menarik untuk aku bincangkan pada post kali ni berdasarkan pembacaan aku terhadap topik hangat pada paper. Kisah mesir yang agak menyedihkan bagi aku.. aku ni takdela pakar sejarah ke apeke tapi apa yang aku paham, rakyat mesir nak pembaharuan, dahla dorang hidup dalam kemiskinan, 3 dekad tu pada aku sangat lama dan macam2 sepatutnya pembangunan yang negara mesir dapat tapi apakan daya, rakyat terus dibelenggu kemiskinan dan pihak atasan berterusan kaya. sedihkan? T__T pada aku malaysia sendiri masih banyak lagi yang berada di takuk kemiskinan tapi sekurang2nya mereka mendapat bantuan daripada mana2 pihak yang baik hati,mungkin ada yang terlepas pandang tapi apa yang mampu kita lakukan adalah dengan mendoakan agar mereka sentiasa dimurahkan rezeki oleh ALLAH dan buat umat islam janganla sesekali lupa nak bayar zakat. wah! masuk bab zakat la plak..hehe tapi betul apa! Dengan duit zakat tula dapat membantu mereka yang miskin...


berbalik pada cerita mesir, andai ianya tidak wujud, andai rakyat dapat menikmati pembangunan dan kekayaan bersama2, aku yakin rusuhan atau sebarang demonstrasi yang akhirnya bawa kepada banyak kematian tak mungkin akan berlaku ke hari ni. Sehinggakan pada pelajar2 malaysia yang berada kat sana pun mungkin takkan pernah membayangkan kejadian macam ni akan berlaku. Sebabnya alhamdulillah malaysia masih sebuah negara selamat pada aku walaupun sebenarnya banyak lagi perkara lain yang tak terkawal. contohnya harga gula yang tak terkawal..hehehehe =P isu ni tetap hangat ape! =D


aku sendiri sebagai pelajar,jika belajar di mesir kala ini, mungkin akan menganggap ini situasi yang menakutkan dan mendebarkan,saat dimana bekalan makanan mungkin tidak mencukupi,talian komunikasi dipotong, berkurung di rumah, merindui keluarga di negara sendiri dan risau akan keselamatan diri sendiri walaupun banyak pihak cuba menenangkan hati dengan mengatakan semuanya selamat. tipula kalau takde mak ayah yang tak risau akan anak2 mereka kan, aku sendiri baca paper ni pun risau dengan keadaan dorang yang ada kat sana, dengan kematiannya,dengan macam2nyela..


kalau tak silap sekarang ni da masuk hari ke5 kot perkara ni berlaku kat sana dan semakin worst aku rasa, mungkin ya mungkin juga tak... nak kata aku ada banyak kawan kat sana, takdela banyak mana pun,adala dalam 2 3 orang macam tu,tp still sebagai sahabat mestila kita risau dengan keselamatan kawan2 kite kan, even kalau takde sahabat pun kat sana,still perasaan kesian simpati semuanya ada dengan melihat keadaan orang2 kat sana,, tak taula perkara ni akan tamat bila tapi sebagai sahabat yang berada kat malaysia ni, sama2la kita ramai2 mendoakan keselamatan kawan2 kita yang berada di mesir kala ini,, semoga mereka semua sentiasa dilindungi ALLAH, memohon agar dikuatkan hati mereka dalam menempuh dugaan yang hebat ini. hanya ALLAH yang maha mengetahui..

bilamana situasi begini muncul, 
ALLAH sebenarnya sedang menguji hati hambaNYA,
hambaNYA yang taat denganNYA, 
hambaNYA yang selalu memohon kepadaNYA,
tanpa lalai walau sedetik, 
dan saat ujian ini didatangkan pada hambaNYA, 
adakah mereka benar2 kuat dan bersedia?
 adakah mereka benar2 beriman denganNYA? 
tepuk dada, tanya iman...

kala ini, 
ALLAH ingin sekali mendengar rintihan dari hambaNYA,
rintihan memohon pertolongan,
rintihan memohon perlindungan,
memohon dijauhkan dari bencana,rusuhan mahupun malapetaka

kala ini, 
sedarkah kita?
bila susah memohon padaNYA,
bila senang melupakanNYA,
bila susah kita mula mengingatiNYA,
bila senang???



sahabat sekalian, marila kita sama2 mengambil iktibar dari setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan hanya ALLAH sahaja yang mengetahui setiap perkara yang berlaku di muka bumi ini. Janganlah kita leka dan lalai dengan duniawi kerana bila tiba saat bumi dilanda musibah, takkan masa tu baru kita hendak meminta padaNYA?? renung2kan wahai sahabat..



p/s: aku juga manusia biasa yang leka dengan duniawi tapi mohon agar sentiasa diri mengingatiNYA.. kawan2, smoga kita dapat saling ingat mengingati antara satu sama lain.. Buat sahabat2 di mesir, smoga kalian berada dalam keadaan selamat, mohonlah padaNYA selalu agar sentiasa dilindungiNYA..aku sayang sahabat2ku,,dan smoga kalian dapat menjalani kehidupan dengan baik seperti sedia kala...

1/24/2011

assalamualaikum semua! Have a nice day to all my friendsss! For the first time using my phone i can get through this blog and siap taip lagi dalam blog kesayangan ni,,huhu,,sgt lama da x jot down kat blog ni, ni sume gara2 internet xde dan schedule yang sangat pack for this year. Plus da rasa kurang sangat nak tgk internet sem ni,,sedih btol T_T tahun ni jugak kebetulan duduk kolej luar area kg.baru. Foods heaven!
Memang sgt byk gile kedai makan! Pegi jela depan,belakang,kiri or kanan, the choice is in your hand,pilih mane nak! Hahaha,and aku plak jenis yang suke cube kedai baru tapi bile mintak menu,makanan tetap sama yang aku mintak,apela! Neslo ais tetap jadi pujaan hati! ada 1 kedai tu cendawan goreng tepung die sgtla sedap korang! Nak letak gambar xdela plak pic die.. Okla korang, henpon ni buat hal r, kite jumpe hari lain ye korang,nnt further story i tell more about foods! Selamat maju jaya my friends!