3/22/2011

berakhirnya sebuah penantian…..

Assalamualaikum semua!! heheh…long time no see right?

memang dah agak lama jugakla saya tak mengasah bakat dalam bidang penulisan ni…hmm teringin nak tulis dalam bahasa omputih..almaklumla muet nak dekat..so I have to practice to get perfect score!! yeah!!

actually, memang da lama da berhajat nak tulis. Idea, tajuk apa semua memang dah ada. It just, when I sit in front of my notebook, suddenly the laziness come. So, all the semangat gone just like that. ok, enough for merepek.

last week, I watched a very best story. it was about a factory in Japan. it was a crayon factory. what the most surprising me that almost all the workers there were disable people! mentally retarded! of course not crazy people la kan. just they are not like a normal human beingla…From the physical side, of course they are like us, normal people. cuma mentally nya, immatured.

Can you all imagine how diorang bekerja? Amazing right? At first I want to just go sleep because it was already past midnight that time. But, bila tengok lama sikit cite tu, wow!! macam mana kilang tu boleh berjaya sampai ke tahap sekarang ni? One of their workers has been worked there ever since the factory was open! Umur dia more than 60 if I not mistakenla..Memang dah berkerut2 kulit jari dia!

Saya sangat kagum dengan pengurus kllang tersebut. Dia menekankan konsep saling membantu antara satu sama lain tanpa memandang rendah terhadap kelemahan pekerja lain. Misalnya, kalau ada pekerja yang tak tahu nak membezakan mana satu krayon yang buruk, pekerja yang normal kena buat sesuatu yang membolehkan pekerja tadi membezakan krayon buruk dan krayon cantik.

Terdapat beberapa kriteria yang diperlukan oleh para pekerja yang membolehkan mereka diterima bekerja di situ. Antara yang saya ingat ialah, mereka mesti pandai menguruskan diri sendiri, tidak mendatangkan masalah kepada pekerja lain dan satu lagi kriteria.

Nampak tak apa yang ingin saya sampaikan ni? Betapa orang Jepun sangat prihatin terhadap rakyatnya! Semua mereka seboleh2nya diberikan pekerjaan tidak kira sebarang kelemahan yang mereka miliki. selain itu, lihat orang kelainan upaya sangat bersungguh2 dengan pekerjaan mereka. apa yang saya lihat, para pekerja kilang itu datang awal pagi ke kilang dan begitu bersemangat dan penuh positif pemikiran mereka. cuba kita lihat pada diri kita yang serba lengkap ni.

Mampukah kita bersemangat seperti mereka? Kita yang ada otak dan akal yang bijak boleh berfikir dengan baik, kenapa masih lambat datang ke tempat kerja? Kenapa masih bermasam muka di pagi hari ke tempat kerja? kenapa masih memikirkan gaji yang tidak setimpal dengan kerja yang kita lakukan?