4/28/2011

mari berpesta buku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Setelah mid-sem exam kududuki sabtu yang lalu, akhirnya dapat juga jemariku menari-nari semula atas papan kekunci notebuk kesayanganku ini.

Alhamdulillah, exam ok. Semoga saya dan kawan2 mendapat keputusan yang baik. Exactly after the exam, I went out from the hall 15 minutes early before the exam finished! This is because I need to rush to Putra to met my sister and her friend there. Why? hehe…semuanya sebab nak pergi tengok buku2 yang banyakla. Unfortunately, I didn’t buy any book! hahah…beli buku yang mak saya nak je.

image

Ok, finish membebel. What I want to tell you today is about being a book/sale’s promoter. Have you ever went to book fair before? Honestly, I’ve been there every year if I’m not mistaken since I was 15. Although I didn’t buy much books every year, I just like it to went there. It feels like you went to a chocolate factory! Delicious isn’t it?

image

The first thing that you will see inside the book fair is the promoter. Since there are a lot of book’s producer as well as bookshops that participate in the book fair, so there are also a lot of book sales promoter. These promoter will eventually block your way and ask your times to hear their >5 minutes talking. they say just 5 but actually more than 5!

Ok, from that situation we can see both the good and negative sides from being a promoter. Mereka ini bekerja mencari rezeki yang halal melalui promosi yang mereka lakukan. Benar, mereka tidak bersalah kerana pekerjaan mereka sememangnya begitu. Perlu tarik orang ramai supaya menyukai barang mereka. Ada ketikanya mereka hanya memperoleh wang seandainya mereka berjaya menjual barang tersebut.

Mungkin untuk menjadi seorang sales promoter perlu ada beberapa tip supaya akan sentiasa ada orang yang ingin mendengar ‘ceramah’ anda. Pertama, senyum sentiasa. Walau sudah berjam2 anda berdiri, anda perlu mengekalkan senyuman anda. Ini kerana, setiap pelanggan adalah berbeza. Mereka kali pertama melihat anda di situ. Tetapi, anda mungkin sudah bosan melihat mereka. Ingat ye, emosi perlu dijaga. Kedua, berhikmah. Ya, manusia suka menilai orang melalui kata2. Misalnya,

“cik nak beli tak barang saya ni? barang ni bla…bla…”

“tak nak2 say dah ada kat rumah”

“tapi cik yang ni da upgrade sikit”

“takpe2 saya taknak”

“belila cik”

‘eee mamat sekor ni tak paham2 betol bahasa melayu. aku taknak, taknakla! xpayahla paksa orang! serabot betolla camni!’

image

Lihat, apa yang anda telah lakukan pada pelanggan anda? Apa akan terjadi sekiranya pada masa akan datang pelanggan tersebut terjumpa lagi dengan syarikat berangan anda? Berhati-hatilah dengan setiap patah perkataan anda. Kerana satu patah perkataan anda, Barangan anda boleh rugi selama-lamanya. Takutkan? Oleh itu, utamakan perasaan pelanggan anda. Jangan memaksa mereka untuk membeli. Cukup sekadar beri penerangan secara berhikmah. Seandainya selepas memberi penerangan, pelanggan tetap tidak mahu membeli, just let them go ok? Seriously memang serabot kalau orang memaksa ni.

Ok, sampai sini sahaja post kali ni. Azan sudah berkumandang. Ayuh solat! ^_^…kumao…

4/19/2011

dream2..mimpi..

Assalamualaikum semua. Dah baca post yang lepas? Oh, saya sangat suka post tu!^_^! heheh..masuk bakul angkat sendiri plak saya ni.

Seperti biasa tiada apa2 yang ingin saya perkatakan kali ini. Nampak sangat otak saya tak bergerak? haha..Tajuk kali ni mengenai mimpi.

I totally believe that all of you had confronted this kind of situation before. As for me, I always had a illogical dream. Yeah, sad to say sometimes I get tired of having such a dream like that. I’m always long for logical dream that can make me smile from ear to ear as soon as I open my eyes.

Banyak songeh plak saya ni! Nampak sangatla saya kuat berangan sampai mimpi pon pelik2..

Anda pasti pernah membaca surah yusuf bukan? If you are non-muslim, I would like to suggest to you to read about the meaning of surah Yusuf from the Holy Quran. It is a very100x interesting sorry. Whenever you’re in pain or facing difficulties and obstacles in your life, this surah is really can help you.

image

Baru2 ni saya baru sahaja menamatkan pembacaan buku mengenai ‘Mutiara Wahyu’ karangan Ustaz Shauqi, pensyarah UIA. Saya berasa sangat gembira selepas membaca tafsiran mengenai surah yusuf. Bukanlah bermakna selama ini saya tidak pernah membaca tafsirnya. Tetapi, saya belum pernah memahaminya dengan mendalam.

Selama ini para ibu yang mengandung seringkali membaca surah ini bagi mendapatkan anak2 yang ganteng bangat! Akan tetapi faedah surah ini jauh lebih baik dari pemikiran kita. Just see the greatness of Allah in soothing His Messenger, Prophet Muhammad pbuh through this surah! Sangat cantik percaturan Allah itu! Tiada yang lebih hebat melainkan Dia!

If I’m not mistaken, Surah Yusuf is the only surah that told about the life of Prophet Yusuf ever since he was small until he grew up and became the leader. In this surah we know that there were a lot of obstacles that he had to face. Do you know how he faced it? PATIENT. Yes, just be patient…Do you think you can be like him? SubhanAllah…

Now try to look to ourselves.. If triumph is not in our side, we will question our fate. Betul ke ni ayat bi dia? Mean, kalau kejayaan tidak menyebelahi kita, takdir dipersalahkan. Jika, ada fitnah atau gosip terhadap diri kita, tak sampai sesaat kita dah melenting. Jika berlaku kecurian, segera kita menyalahkan pencuri. Harus kita ingat bahawa segala ketentuan itu berlaku atas kehendak Allah. Mari muhasabah diri!

Selepas beberapa siri ujian yang dilalui oleh Nabi Yusuf, akhirnya Allah telah memberinya ganjaran yang berlipat ganda. Lihat, betapa Allah itu sangat pemurah! Apa yang Nabi Yusuf dapat? Dibebaskan dari penjara, diangkat menjadi nabi, diberi kuasa memerintah dan banyak lagi Ini semua kerana berkat kesabaran Bagginda dalam menempuhi ujian Allah. SubhanAllah…

Apa kaitannya dengan tajuk post ni? Oh ya, diberi kelebihan menakwil mimpi antara ganjaran yang diterima Nabi Yusuf. Berilah segala mimpi anda, Nabi yusuf pasti boleh menakwilnya! Ya, hanya pada zaman itu. Kerana Nabi Yusuf telah tiada.

Selamat membaca Surah Yusuf! Anda pasti terasa kehebatanNya!

4/16/2011

Hari ini hari lahirmu…

Selamat hari lahir duhai sahabat.

Semoga engkau bergembira dan berbahagia di hari lahirmu juga hari2 mendatang.

Semoga umurmu diberkati.

Semoga engkau mendapat manfaat dari usiamu yang telah menjangkau 2 dekad.

Maafkan aku atas segala kesilapan dan keterlanjuran kata2 sepanjang perkenalan kita.

Lupakanlah segala persengketaan yang pernah berlaku antara kita suatu masa dahulu.

Ingin aku menarik balik kata2 pedas yang pernah kulontarkan terhadapmu suatu masa dahulu '”kau tak layak jadi anak ustaz!”

Kau anggap sahajalah aku budak kecil yang tidak berfikir panjang ketika itu. Bercakap mengikut emosi.

Semoga engkau mendapat kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak.

Semoga suatu hari nanti kita akan bertemu semula seperti masa lampau…^_^

kek bpi iqrac 0910

Selamat…hari  lahir…

Hari kegembiraan buatmu…

Selamat…hari lahir…

Hari bermulanya kehidupanmu…

Selamat…panjang umur…

Moga kebahagiaan bersamamu…

Selamat…ulangtahun…

Moga keredhaanNya mengiringimu…

Selamat…selamat…selamat…

Hari…Lahir…

 

4/15/2011

sleep well dear…

Hari ini kelas tiada.

Hari ini semangat tiada.

Hari ini tiada tujuan.

Hari ini tidur berlebihan.

Hari ini study muet…wajiblah pekse nak dekat!

Hari ini tonton televisyen lagi…haish!

Hari ini sama seperti hari selasa..tiada kelas.

Hari ini hari berpuasa.

Hari ini…

Hari ini…

2 beradik keletihan

Hari ini mimpi merepek…lagi??!

Hari ini menulis lagi.

Hari ini diketuk lagi.

Cepatlah hari esok…

Semoga hari esok lebih cerah.

^_^

4/13/2011

cooking``cooking..``

Assalamualaikum semua! semoga ceria dan bergembira selalu. Mesti anda tertanya2, banyaknyelaaa masa lapang saya nak menulis ni…Betol! Memang banyak pon! Tapi tula manusia memang suka mensia2kan masa lapang. Bila dah diberi masa lapang, disia2kan. Bila dah kelam kabut, meminta2 bagai nak rak nak masa lapang…Benarlah seperti sebuah hadis yang menyatakan bahawa 2 nikmat yang manusia tidak pernah hargai dan tak pernah puas ialah nikmat masa lapang dan nikmat sihat…Pandai semua…^_^…

Ok, berbalik pada tajuk di atas. Saya pasti bagi sesiapa yang sangat meminati kumpuan super junior atau juga kipas-susah-mati, anda pasti tahu lagu ni kan? lagu dah lama tapi best!Ok. Saya bukan nak cakap pasal lagu tu. Hari tu masa saya cuti, saya pernah tanya pada umi saya. ‘Umi, dah lama tak tulis blog. Nak tulis, tapi tak tau nak tulis apa…’ Lepas tu umi saya jawab,’tulisla pasal adik2 saya semua pandai masak’…Oleh itu, setelah beberapa minggu delay topik tu hari ni saya nak cerita pasal adik beradik saya yang suka menolong…

Perompak !

Bagos adik2 saya nih..Sape yang dah bosan boleh tutup komputer. pegi tido, takyah baca dah…hahah…Mana tak bagosnye, setiap kali umi saya suruh masak, adik2 saya semua turun ikut saya sekali. Jadi, saya tak perlula masak. Saya mengarah je..

Apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya? heheh….bila saya baca balik dari atas, ni macam dah cerita pasal perihal kehidupan saya je. To be honest, saya pun tak tahu nak cakap pasal apa kali ni. Yang pasti saya tidak mahu blog saya dimasuki kala jengking….

Ok, as a conclusion, as a child we must to lessen our parents’ burden. Whenever they ask us to help them, it is our duty to lend our hand. Why? Because, kita tidak akan berada di dunia kalau bukan kerana mereka. Therefore, we should be grateful and thankful to Allah.

adikku yang baik...^_^

Thanks to all of you! ^_^

4/11/2011

busSane…boared…bringG..borRiNg..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca yang budiman sekalian. Kelakar tak tajuk post kali ni? Hahaha…tajuk tu jelas menunjukkan betapa kebosanan penulis sudah sampai ke tahap tidak dapat dikawal lagi…^o^…

Semuanya bermula pada hujung bulan dua yang lalu. Ketika itu, universiti penulis mengalami cuti semester selama 3 minggu lamanya! Alhamdulillah penulis bertindak bijak dengan mengambil keputusan untuk mengikuti kelas pada semester pendek juga dikenali dengan semester 3. Sepanjang cuti semester, hari-hari yang dilalui kelihatan warnanya sama sahaja dari pagi hingga ke malam. kalau hijau hari tu, maka hijaulah semuanya. Kalau hitam hari tu, maka hitamlah semuanya. Anda fahamkan maksud saya?

Seringkali beberapa minggu sebelum cuti panjang penulis menyemat azam yang tinggi untuk menggunakan masa cuti dengan sebaiknya. Antara aktiviti yang sepatutnya dilakukan ialah, belajar memasak, mengemas rumah, meringankan bebanan ibu dan bapa, membantu adik2 menyelesaikan kerja rumah mereka, mengambil lesen, memperbaiki amalan, mengulang alquran dan aktiviti2 berfaedah yang lain.

TETAPI!!!azam tinggal azam…pahala mungkin ya dapat kerana memasang niat yang baik. Punyala banyak perkara baik yang disenaraikan, perkara yang outlisted pulakla yang menjadi pilihan…ish…ish…ish…perkara apa?? hmmm…WATCHING TELEVISION all the time!! MasyaAllah…even sekarang dalam musim shortsem pun, every weekend pulang ke rumah, masih menghadap tv! Apalah nak jadi dengan penulis ni??

Adakalanya pada suatu masa, sebelum tidur biasanya, ataupun dalam perjalanan pulang ke asrama, seringkali saya memikirkan…’asal aku suka tengok tv ha?’, ‘apa yang aku dapat dari tv tu?’sudahnya saya menemui jalan buntu. Seringkali juga saya mengatakan ‘saja suka tengok cerita kelakar…’tapi…terhibur ke hati ini? Mungkin terhibur, tetapi ia hanyalah dalam jangka masa yang sangat singkat!

Jujur saya katakan, jaooohhh di sudut hati saya, saya tidak terhibur pun. Saya lebih terhibur apabila membaca quran…sungguh menenangkan jiwa dan perasaan. Sekiranya tidak baca, resah gelisah. Tapi itulah…manusia…dalam sehari nak bukak kulit alquran pun bukan senang! Lebih2 lagi kalau berada di rumah. Mintak ampunlah! Ya Allah berikan kami kekuatan…

Mungkin setakat ini sahaja coretan saya hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau tak suka@ tak puas hati, bolehlah komen. Jangan bagi virus sudah! Sehingga bertemu ke coretan akan datang.^_^……

4/07/2011

human transformation

Seringkali kita mendengar perkataan “transformasi” sejak kebelakangan ini bukan? Sampai sudah bosan rasanya memikirkan dan mendengar perkataaan transformasi. Sampai terkejut mengalahkan beruk pun ada selepas mengetahui akan kewujudan Jabatan Transformasi di sesebuah pejabat. Persoalan pertama yang melintas di fikiran pada ketika itu, ‘bagus ke ada jabatan macam ni?’ ‘jabatan ni buat apa?’hmmmm….

Seringkali juga kita mendengar akan perkataan ‘itulah fitrah manusia’ bukan? Bosan dan fed up bukan? Yes, I agree with you!!!^_^. Ya, memang benar tekaanmu itu. Anda akan TERjumpa dengan perkataan ‘fitrah manusia’ beribu2 kali malah berjuta! Biasalah kitakan manusia. Kata orang lagi lama hidup lagi banyak pengalaman. Lagi banyak bergerak lagi banyak pengalaman. Bila dah banyak pengalaman wajiblah ambil pengajaran bukan? Maka, kerana itulah suka saya menulis perkataan ‘FITRAH MANUSIA’ itu…kalau bosan jangan baca blog ni! hahahah…

Transformasi, ya! Itulah tajuk yang akan saya kupas pada hari ini. Suka ingin saya kongsikan pengalaman saya 10 tahun yang lalu…..

Selepas insiden itu, saban hari saya menghitung hari. ‘Cepatlah 10 tahun berlalu.’ Pejam celik celik pejam, dah 10 tahun. Terlebih dahulu ingin saya nyatakan bukanlah niat saya ingin menjaja cerita tetapi lebih kepada perkongsian. Mungkin di sebalik cerita saya, ada yang boleh berubah dan tersedar.

Saya merupakan insan yang suka memberontak secara dalaman. Perkara yang paling saya benci ialah kena marah. Cukup saya benci! Mungkin ada sesetengah guru, caranya mengajar dengan memarahi pelajar. Tetapi, saya cukup benci! Hal ini kerana, bila kena marah, perasaan takut menguasai diri. Bila takut, susah nak concentrate. Jadi kerja yang sedikit pun mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.

Saya paling suka matapelajaran matematik. Walaubagaimana banyak sekalipun latihan yang diberi, saya akan cuba siapkan. Tambahan pula, guru matematik saya ketika itu sangat baik. Nak dijadikan cerita, suatu hari saya berasa amat tertekan dengan bebanan kerja yang saaaangat banyak! Semuanya bermula denga matapelajaran bahasa inggeris. Sudahlah gurunya garang yang amat. Sepatah haram pun saya tak faham apa yang guru saya bebelkan. Seringkali saya meminta kawan saya, Levina Lim menerangkan segala permintaan guru tersebut sebaik selepas kelas tamat.

Bebanan saya bertambah setelah mendapat tahu bahawa kakak saya berjaya memasuki boarding school. Saya begitu tertekan sehingga muncullah idea2 jahat di kepala. LARI SEKOLAH! Saya bertekad. Selain masalah2 tersebut, saya juga tidak suka bersekolah di situ memandangkan kawasan sekelilingnya pada saya keselamatannya berada pada tahap yang kuurang memuaskan. Saya tidak berfikir panjang. Apa yang saya tahu idea saya itu merupakan jalan terbaik. Saat itu, tidak pernah terlintas di kepala saya untuk membincangkan masalah yang saya hadapi  kepada kedua ibu bapa. Keadaan ini bukanlah bermakna saya mempunyai masalah dengan kedua orang tua saya. Saya cuma tidak terfikir kerana  saya sudah  tekad.

blkg msjd dq

Selepas insiden tersebut, saya mendapat pengajaran yang begitu besar saya rasakan pada masa itu. Saya tidak menafikan bahawa sekolah baru saya sangat menyeronokkan dan sungguh menggembirakan. Sejak dari insiden itu, saya menjadi seorang yang saaaangat skema. Saya tak suka langgar peraturan. Kerana pada saya, sekiranya saya langgar, hanya akan menyusahkan hidup saya. Dan sekiranya saya langgar, lambat laun ‘pihak berkuasa’ akan tahu juga.

Sesungguhnya, banyak lagi pengajaran yang saya peroleh kesan dari insiden  tersebut. Harapan saya buat anda yang pernah dibuang sekolah atau mengalami situasi yang lebih teruk dari ini, segeralah ambil pengajaran dan insaflah dengan perbuatan anda. Kerana mungkin kejadian2 sebegini merupakan turning point dalam hidup anda.

Semoga berjaya. Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ni. Maaf kerana tiada gambar menarik yang mampu saya  paparkan…^_^

4/05/2011

M.U.E.T

hype semua!

Alhamdulillah saya berjaya melalui peperiksaan speaking test muet semalam. Cukup nervous di pagi hari. Jantung macam nak terkeluar hampir jam sebelas….sekali 12.30 baru mula. By the way, I got an internet-based question. Not bad! I like it!hehe…

Fitrah manusia perlukan perhatian….daripada sesiapa yang disukai mereka….apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah hakikat sebenar perhatian yang diingini sang manusia ialah hanya dari Allah semata. Tiada yang lain yang mampu menandinginya!

walau bagaimana teruk sekalipun manusia itu,

walau macam binatang sekalipun manusia itu,

hakikatnya Allah sentiasa memerhatikan mereka. Saya mempercayai Allah SANGAT menyayangi hamba2Nya….akan tetapi dek kerana SOMBONG dan EGOnya manusia itu, maka mata hati mereka telah BUTA untuk mengetahui hakikat tersebut!

080809 klmh Agong

Adakalanya kita merasakan ‘teruknya aku ni…’, ‘bila aku nak berubah ni.’..’malunya aku pada Allah..’

Pernah tak kita terfikir akan situasi ini;

kita dengar azan, tahu dah masuk waktu solat. Time tu duduk depan tv. Cerita best pulak tu. Saat itu hati kita akan berbisik, ‘solat pas habis ceritala…nak dekat habis da lagipun…’ ‘eh, dah azan? baik solat sekarang. Jap g cite tu dah nak start.’

Mungkin kita lihat bisikan kedua lebih baik dari bisikan pertama kerana solat tiang agama. Tapi, dalam situasi begitu mampukah kita solat dengan sempurna? Lihat bisikan pertama, mungkin ada yang berpendapat yang pertama lagi baik. Tapi, boleh jamin ke kita akan segera berganjak dari tempat duduk sebaik cerita tamat?

Tahukah anda bahawasanya Allah itu tidak pernah terlewat? Tahukah anda masuknya waktu solat itu menandakan semua orang harus duduk di meja bulat? Saya percaya anda semua pernah menghadiri meeting. Pernah anda terlewat pergi meeting? Anda tahu bukan apa yang akan terjadi sekiranya anda terlewat ke meeting? Paling teruk pun DIBUANG KERJA!! Tahukah anda kalau kita terlewat meeting denga Allah? Paling teruk pun DIBUANG SYURGA!!

Wahai sekalian manusia, ketahuilah syurga itu merupakan tempat yang paling BAIK, MANIS….SANGAT MENYERONOKKAN…mudahnya masuk neraka…mudah juga masuk syurga.. manusia yang dikurniakan akal fikiran, fikirlah tentang hari kesudahan anda..buatlah pilihan dari sekarang. Anda masih diberi peluang..selagi matahari masih muncul dari sebelah timur…berubahlah untuk kebaikan. ingatlah bahawa Allah itu AMAT PENYAYANG!!

DSC00596