6/23/2011

ke mana hilangnya pemimpin2 itu….

Assalamualaikum w.b.t.

Jika sebelum ini saya pernah berkata mengenai u-turn dalam hidup, kali ini saya ingin mengajak anda sekalian bersama-sama merasai u-turn dalam hidup. Post kali ini bukanlah berbentuk cerita tetapi lebih kepada motivasi diri. Semoga terkesan.

Anda juga mungkin mempunyai impian seperti saya. Ingin mengubah dunia menjadi lebih baik. Tetapi sebelum itu, cuba kita lihat ke dalam diri kita terlebih dahulu. Cukup ke amalan kita? Perangai kita yang sekarang ni boleh dikira cukup baik ke? Mampu ke kita?

Pepatah mengatakan, nobody is perfect. Benar. Tiada satu pun makhluk di muka bumi ini yang sempurna. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. Bagaimana mahu mengatasi kekurangan2 tersebut? Bukankah manusia itu ramai bilangannya? Melalui kerjasama antara manusialah kekurangan itu dapat diperbaiki. InsyaAllah.

Jangan berkata pada diri “aku tak layaklah pegang jawatan tu. aku takde pengalaman. Orang lain lagi layak”, “aku bukannya baik sangat nak dibandingkan dengan si fulan”.

Kasihan pada diri anda! Tahukah anda bahawa dengan berkata begitu anda telah memandang rendah terhadap kemampuan diri! Bagaimana hendak memiliki pengalaman andai semua jawatan yang dihulur ditolak mentah2 atas alasan TIADA PENGALAMAN! Bagaimana anda tahu status kelayakan anda sebelum anda mencuba?

Jika anda rasa tidak cukup baik maka, berubahlah ke arah lebih baik. Adakalanya, manusia berubah kerana jawatan yang disandang. Boleh jadi mereka menjadi lebih baik daripada sebelum itu atau lebih teruk daripada sebelumnya.

Lihat saja pada kisah Qorun. Kerana memegang amanah berkaitan harta, menjadi tamakkan harta, syirik kepada Allah lalu, matilah dia ditelan bumi…Sebaliknya yang terjadi kepada presiden Iran yang cukup terkenal dengan sifat zuhudnya, Mahmoud Ahmadinejad. Hidupnya serba sederhana. Memegang title ‘Presiden’ bukanlah sesuatu yang dimegahinya. Harta yang diamanahkan dijaga dengan rapi. Hasilnya, makmurlah bumi Iran.

Sahabat2 sekalian, marilah kita bersama2 berganding bahu melakukan perubahan dalam diri, keluarga, masyarakat, negara seterusnya dunia. InsyaAllah. Saya yakin dan percaya bahawa setiap dari kita pernah terdetik di hati walau sekali untuk mengubah kemungkaran yang berlaku depan mata. Tetapi, dek kerana kurangnya keyakinan, hasrat tersebut dikuburkan.

Yakinlah pada diri, tanamkan dalam hati, sematkan di fikiran,

‘Andai orang lain mampu dan boleh melakukannya, maka mengapa tidak aku?’

‘Andai aku tidak memulakannya (perkara yang baik) maka siapa lagi?’

Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah nak menepuk dahi menyalahkan diri sendiri. Seterusnya mennyesal seumur hidup! Nauzubillah…

Renung-renungkan dan selamat beramal! ^_^

P/s: Sebarang ketidakpuasan hati, bolehlah dinyatakan.

Andai terdapat kesalahan fakta, mohon dibetulkan.

Sama-samalah kita saling menegur demi kebaikan bersama…

PERUBAHAN DUNIA PADA MASA AKAN DATANG BERMULANYA DENGAN PERUBAHAN ANDA HARI INI.

….u-turn in life…

Assalamualaikum semua! Ohayo! tengok sket tajok tu…gempakz tak? Hehe…saje je nak tulis camtu. Sashiren, saya pun tak tahu nak tulis pasal apa. Kende, praise to Allah for giving a good intention to me.

Saya pasti anda semua pernah mengalami satu titik perubahan dalam diri anda. Sama ada berubah dari baik ke buruk or vice versa. Mungkin juga anda sedang mengalaminya sekarang? Chigum yo? Atau belum pernah melaluinya? Apapun saya pernah melaluinya. Ye, saya tahu awak tak tanya. Sukati sayala nak cakap. Ni blog saya! Hahaha…Maaf ye..Just kidding..^_^

pernah tak anda merasskan bahawa orang sekeliling anda tidak lagi menyayangi anda? Maksudnya, anda buatlah apa2 pun, takde sorang pun yang peduli. Anda keluar lewat malam ke, tak tunaikan solat ke, nak merokok ke, nak hisap dadah ke, nak ponteng sekolah ke, tiada sesiapa pun kisah dan ambil peduli.

Baiklah, sekiranya anda pernah mengalaminya saya nasihatkan BERHENTI! STOP! KEMANE! YAMERO!! hoho..semua bahasa keluar. berhentilah dari berfikir begitu. Seandainya benarlah tekaan anda tiada sesiapa lagi yang menyayangi anda ingatlah bahawa anda masih mempunyai DIA! Siapa? Dugu? HIM! Of course ALLAH. Kerana Dia yang menciptakan kita semua, kerana Dia yang menciptakan dugaan demi dugaan untuk kita, kerana itu kita harus berserah diri kepadaNya. Hanya Dia yang memiliki jalan penyelesaian bagi setiap masalah kita. Saya yakin Allah tidak akan meninggalkan kita terkapai2 mencari jawapan. Yakinlah!Thumbs up

Wahai manusia! Jangan kamu berasa lemah! Ingatlah bahawa manusia itu merupakan sebaik2 penciptaan. Oleh itu, bergembiralah!

Okies, up until now! Till we meet again! Nomu2 kumasmida! Thanks a lot! ^_^..