8/21/2011

Doakan aku sepertinya…

Assalamualaikum…

Apa khabar semua? Iman pula bagaimana? Semoga sihat semuanya. Ahamdulillah, kita sudah sampai ke penghujung Ramadhan yang terakhir iaitu pembebasan dari api neraka.

Hati saya tergerak untuk mencoretkan kata-kata di sini hari ini. Setelah sekian lama menyepikan diri dek kesibukan duniawi yang tidak terkata. Alhamdulillah, pada jumaat yang lalu berakhirnya program Ihya’ Ramadhan yang saya handle. Majlis penutupnya, walaupun jumlah tetamu yang hadir tidak memuaskan, Alhamdulillah makanan tiada yang dibazirkan. Mungkin ada, tetapi jumlahnya tidak banyak. Yang pasti makanan itu dipulangkan kepada empunya duit.

Sejak akhir-akhir ni, saya rasa sesuatu kekosongan di hati. Ya, memang benar, I’m a muslim and I practice all what islam thought. InsyaAllah. Kebanyakan kawan-kawan saya, memang mempunyai usrah mereka yang tersendiri. Memandangkan tempat pengajian yang saya duduki sekarang ini mempunyai pelbagai jenis usrah. Dan kebanyakan kawan-kawan yang saya agak rapat dengan mereka semuanya mempunyai usrah mereka. Even, my organization committee pun ada usrah. Dan kebanyakan mereka menganggap saya turut mempunyai usrah sepertimana mereka. Tetapi, hakikatnya….tidak. Saya adalah saya. Seorang.

Saya tidak menafikan bahawa memang ada antara kawan-kawan yang mengajak saya menyertai mereka. Terima kasih kerana mengajak. Maafkan saya kerana tidak menyertai bukan kerana saya tidak berminat tetapi saya takut andai tidak dapat memberi komitmen yang baik.

Saya jeles melihat mereka. Benar, ini merupakan satu kenyataan datang dari hati saya sendiri. Tetapi, saya ego. Benar, ego saya memang agak tinggi. Saya cuma berharap agar suatu hari nanti, saya dapat mengisi kekosongan hati saya ini. Doakan saya kawan-kawan…

~Doakan  saya dapat menjadi seperti wanita sufi Rabiatul Adawiah. Insan yang hatinya hanya untuk Allah, untuk akhirat…tidak bernafsu terhadap jantina lain..~

Maaf, coretan kali ini mungkin hanya seekadar luahan hati penulis…dan mungkin juga tidak memberi manfaat kepada semua…

8/12/2011

Alhamdulilllah..

Assalamualaikum semua!!

Dah lama tak menjengah ke blog sendiri…sibuk benar update blog lain sampai blog sendiri bukan setakat ada sarang labah-labah, semua jenis sarang pun ada…^_^

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan buat semua pembaca yang muslim. Alhamdulillah, sekarang sudah masuk Ramadhan fasa 2, iaitu fasa maghfirah ataupun pengampunan. Jadi, kawan2 mari kita banyakkan bertaubat, beristighfar dan menyerah diri kepadaNya. Semoga taubat kita semua diterimaNya…aamiiin…

Alhamdulillah, tahun ini banyak mematangkan saya..Terima kasih ya Allah.. Okla, sampai sini sahaja ye. Terima kasih!!