9/28/2011

still exam mood

Assalamualaikum.

Terasa diri ini sudah banyak berubah…begitu juga pengisian dalam blog ini..Menyusuri perjalanan blog ini sejak 2 tahun yang lalu, pelbagai ragam diluahkan di blog ini.Tujuan asalnya untuk berkongsi pengalaman adakalanya terlari juga. Maaf saya pohon.

Terasa dulu lebih bersastera, tetapi kini tidak lagi dek kesibukan kelas2 dan kemalasan diri untuk mengemaskini blog ini.

Jamuan kelas yang baru selesai jam 11.30 malam tadi cukup menggembirakan hati kerana itulah satu-satunya kelas saya bersama dengan orang yang tidak saya kenali. Senarai nama untuk kelas semester akan datang sedikit sebanyak agak mengecewakan diri. Berpaksikan kepada alasan ‘sudah kenal mereka itu’ menyebabkan saya kurang gemar. Pantas hati saya berbisik, mungkin ada hikmah mengapa saya sekelas dengan mereka. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Tak gitu?

Tersenyum melihat hadiah dari jamuan kelas tadi…’Beduk diketuk’. Tulisan Ustaz Pahrol Juoi, penulis yang amat saya suka. Halaman pertama yang akan saya baca acapkali terbitnya isu solusi yang baru, pastinya halaman Ustaz Pahrol. Tulisannya ringan dan padat. Mudah difahami pada saya. Buku yang selalu je mata saya lihat tiap2 kali ada orang datang jual buku depan STAD kini berada di sebelah saya! Terima kasih kepada yang memberi. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Exam…satu paper dah berlalu. alhamduillah…Akan datang satu paper lagi untuk sem ni. Semoga Allah mempermudahkan segala…Semoga berjaya juga untuk anda yang membaca.

Bercakap mengenai peperiksaan, cuba bayangkan kalau dekat akhirat nanti, hisab itu dibuat seperti dalam dewan peperiksaan. Bertulis. Agak-agaknya soalan apa yang keluar ye? Dapat ke kita jawab? Boleh ke dapat 4.00, Allah’s List? Jannah’s List? Rasa-rasanya soalan dia dah lama bocor, cuma kita je yang tak pernah cuba untuk mencari skema jawapan dia. Betol tak?

Baiklah, saya tinggalkan persoalan ini di sini agar ada semangat untuk saya menaip di lain post. Syukran Jazilan, Ma’assalamah wa ilaliqo’…^_^Laughing out loud

9/16/2011

Suka?

Assalamualaikum semua..dah lama tak menjenguk blog ni..bulan ramadhan langsung tiada post rasanya..di ketika mereka2 sibuk post pelbagai bentuk tazkirah di blog masing2, saya menyepi..hehe..orang puasa, blog pun puasa jugak ke?haha..takdela, mungkin kerana kekangan masa dan kekurangan idea? hmm...kekurangan idea tu tak rasanya...dalam pikiran ni ada je benda yang nak dipost tapi tatkala memikirkan masa yang agak sempit, niat terus mati. Panjang pulak celoteh saya kali ni. Maaf ya.Post kali ni mungkin banyak gambar…biasala riang ria syawal

DSC05664

my son? guess..

DSC05682

DSC05718

SAM_1579

my masterpieces…wanna try? you are welcome to my house!

SAM_1563

macho tak? teruna hangat masa kiniaha. sengaja besarkan gambar…^o^.

 

SAM_1617

firecrackers..contengan jalanan depan rumah…seronok! nak buat bintang and bulan tapi tak berapa jelas..

ok, maassalamah..