10/13/2011

KALAU…

Sejak akhir-akhir ni, selalu je bukak blog orang. Tengok-tengok mana tau kalau dapat idea nak tulis blog sendiri kan? Kalau boleh memang nak update blog ni tiap2 hari. Tapi tula, takot banyak merapu je.. Merapu tiap-tiap hari meeemang boleh sangat!heheh…

Pernah dengar tak perkataan SBA? Tak pernah? Bagus…Saya yang merekacipta perkataan tu…Sijil Buang Anak…hoho…scarynye kalau betul SBA tu wujud…KALAU wujud, berlambak dah agaknya orang yang dapat kan?

Macam mana nak bendung?

Bendung sendirila wei!

Kau buat kau punya dosa!

Kau mati kau punya kubur!

Kau kandung 9 bulan sanggup pulak kau!

9 hari kau jaga pun tak sanggup ke?

Bukan 9 hari, 9 jam pun agaknya tak sempat budak tu nak bernafas!

9 minit mungkin possible lagi.

Masa kau bercinta ngan budak laki tu tak pikir plak kau kan?

“Takpe yang, esok kalau kau ada anak, abang sanggup tanggung!”

Tula kau percaya lagi cakap buaya tu!

Kau dah bersalin dalam toilet supermarket mana-mana pun, gigi buaya tu pun kau tak nampak!

Silap-silap kau nampak ‘geli’ baru dia agaknya jalan sebelah dia!

Apa, sekarang kau naklah silapkan mak bapak kau lahirkan kau?

Tiap2 hari parents kau hantar g skolah kau melencong!

Kalau kau g sekolah pun, time rehat kau lari…nak jumpa buaya kau kan?

Tula…aku nasihatkan kau, kau taknak dengar! Sekarang kecoh masuk paper pasal kau BUANG anak…

KALAU kau dengar cakap aku dulukan senang!

Kau bahagia aku gembira…InsyaAllah syurga kita dapat…

Sekarang, tengok apa dah jadi? Syurga? Kena usaha lagi!

Buat remaja di luar sana, yang mempunyai kekasih kini, berhentilah dari menagih kasih dari yang bukan mahram. Tiada kemanisan yang kita dapat…Mungkin ada di kalangan anda yang merancang hingga ke pelamin. Tapi, sedarkah anda tentang kematian yang menanti? Anda ada jaminan untuk hidup sampai anda berumah tangga?

Mungkin semasa anda membaca puisi di atas, anda boleh mengukir senyum dan mengatakan ‘ganasnya puisi ni’…atau apa-apa saja. Tapi, bila anda mula membaca tulisan di bawahnya, anda semakin fed-up dengan nasihat-nasihat begini.

“Balik-balik mende ni jugak orang nak tulis kat blog! Takde mende lain dah ke?”

Macam mana semua orang tak tulis benda yang sama selagi kemungkaran yang sama masih berlaku? Di manakah hati dan perasaan anda sebagai seorang manusia? Mungkin anda yang membaca tidak terlibat dalam gejala berpacaran ini, tetapi saya mohon sampaikan kepada mereka yang berkenaan. Adakalanya yang tidak terlibat juga perlu baca walaupun dah jemu. Biar nasihat ini sentiasa mengHANTUI hidup anda supaya apabila ada yang mengajak, kata-kata ini terNGIANG-NGIANG di telinga anda…

 

10/08/2011

Kanak-kanak & Solat…

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Apa khabar anda hari ini? Iman anda pula bagaimana? Semoga sihat semua hendaknya. Macam tulis surat pulak rasanya.

Alhamdulillah, bermulanya cuti semester pertama bagi sesi kali ini. Sebelum cuti, pergi bergumbira terlebih dahulu bersama rakan-rakan baru dan lama. Di Ulu Yam. Pengalaman berlakon sebagai kanak-kanak berusia 5-7 tahun secara spontan meeeemanglah tak boleh nak dilupakan. Dahlah main hentam keromo je. Buat dialog pun masa kat depan. Jantung berdebar hanya Allah je yang tahu. Memang rasa nak terkeluar!

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah saya berjaya melakukannya tanpa ada yang perasan akan kegugupan saya. Ye ke? haha…Wallahua’lam…

Sampai di rumah, saya bertanyakan adik saya yang berumur 7 tahun tentang solat. Sengaja nak tahu tahap curiosity dia and nak tahu boleh ke dia jawab soalan saya.

Anak (1)

“Dina, kakngah mengantuklah…”

“Tak boleh…dah masuk maghrib. Kena solat dulu.”

“Tapi, kakngah nak tido dulu tak boleh ke?”

“Tak boleh. Solat tu kan tiang agama. Kalau tak solat nanti tiang tu runtuh.” Terang Dina.

“Dina, kenapa kita kena solat?” Sengaja saya tanya.

“Sebab solat dapat bagi kita tenaga. Lagipun mu’allimah Dina cakap solat tu kan macam pokok. Pokok, ada 5 batang. Kalau kita tak solat, nanti batang dia tercabut. Nanti pokok tu pun takde tempat nak gantung.” Dia memberitahu sambil melukis gambar pokok atas angin. Bersemangat!pokok saya

Pokok gambaran Dina…

“Pokok ada satu batang jela. Mana ada pokok 5 batang. Maksud Dina dahan dia kan ada 5? Dina ni…Cuba Dina tengok manusia. Ada 5. 1 kepala, 2 tangan dengan 2 kaki. Kalau tak solat subuh, takde kepala. Kalau takde kepala, takdela mata. Macam mana kita nak tengok kalau takde mata kan?

Ok, kalau tak solat zohor, takde tangan kanan. Macam mana kita nak makan? Kalau tak solat isya’, takde satu kaki. Macam mana kita nak jalan? Kalau kita tak solat langsung, takdela kepala, 2 tangan ngan 2 kaki. Manusia boleh hidup ke?” Saya cuba memudahkan perumpamaan adik saya.

human

Sempurnanya manusia kerana solatnya…

Berfikir sejenak…

“Tak boleh…” Dina terkesima mendengar perumpamaan saya.

“Ha, macam tula perumpamaan dia. Kalau Dina tak dapat terangkan pasal pokok tu, cakap pasal manusia je. Takpun, tengok je jari kita. Ada 5 batang kan? Kalau tak solat subuh, takdela ibu jari. Macam mana nak pegang pensel? Betul tak? Sebab tula kita kena solat…”

Dia mengangguk…

Saya beritahu dia bahawa ada ayat Quran mengenai perumpamaan berkaitan solat. Pantas dia tanya, “Apa ayat dia? Surah mana?”

Saya cuba mengingati…akhirnya…”Kakngah tak ingatlah Dina. Nanti kakngah cari.”

Saya cukup kagum dengan kesungguhan adik saya dalam menerangkan tentang kepentingan solat. Sehainggakan dia berusaha untuk menyampaikan apa yang gurunya ajar di sekolah. Walaupun mungkin ada kesilapan sedikit, tetapi semangatnya sangat tinggi.

Itulah kanak-kanak. Mereka mudah mengingati apa orang di sekeliling mereka kata.

Jika anda masih mempunyai adik-adik kecil, tunjukkanlah teladan yang baik kepada mereka.

Jika anda seorang perokok, janganlah merokok di hadapan mereka. Jika anda seorang yang suka meludah merata-rata, janganlah meludah di hadapan mereka.

Jika sudah masuk waktu solat, janganlah melewat-lewatkan di hadapan mereka.

Kerana, mereka akan beratnya, “Kenapa tak solat lagi?”

Jika mereka bertanya, berikan mereka fakta dan bukan dusta. Kelak mereka dewasa mereka akan kembali bertanya dan mempersoalkan kebenaran kata-kata kita suatu masa dahulu.

10/04/2011

IKHLAS…

Assalamualaikum semua!! Hope all of you are in the pink of health. Alhamdulillah…hanya kata-kata itu yang mampu terucap di bibir seusai paper chemistry 2 petang tadi. Alhamdulillah…berakhirnya semester ini dengan jayanya dengan izinNya juga. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah… syukur di atas nikmat yang Allah berikan hingga ke hari ini.

Hari ini kembali menulis dan berkarya seperti biasa! Semangat yang luar biasa menguasai diri! Ok, stop dearself…

Cerita untuk hari ini…

“Berhenti jela kerja kat situ kak. Gaji dala ciput! Buat penat je…”

‘Betul jugak cakap bapak aku ni ea…buat penat aku je tiap-tiap hari bangun awal gi kerja tapi, gajinya sikit…baik aku cari kerja lain…’

Baik, cuba anda perhatikan dialog di atas. Pernah dengar? Atau anda pernah mengalami situasi di atas? Sekali kita berfikir, ada betulnya kalau kita berhenti kerana gajinya yang tidak seberapa. Tetapi, berkali-kali kita fikir, untuk apa kita kerja sebenarnya? Duit? Cari pengalaman? Atau mengisi masa lapang? Untuk siapa kita bekerja? Untuk Allah? Diri sendiri? Umat Islam?

Pada pendapat saya, walaupun saya tiada pengalaman bekerja, adalah lebih baik kita meletakkan keutamaan bekerja untuk mencari pengalaman dan bukan untuk mencari duit. Apabila kita meletakkan keutamaan mencari pengalaman, InsyaAllah kita akan merasakan gaji yang sedikit itu menjadi saaangat berbaloi! Kerana dengan banyaknya pengalaman kita, maka bertambahlah ilmu kita.

Saya berikan contoh, kerja sapu sampah. Mungkin ada sesetengah daripada kalangan kita merasakan pekerjaan sapu sampah ini adalah pekerjaan yang remeh. Sebenarnya, TIDAK! Mengapa? Kerana, melalui pekerjaan ini, kesabaran kita diuji. Setiap hari manusia akan membuang sampah. Pastinya ada sampah yang bertaburan, ditambah lagi dengan daun-daun yang berterbangan. Dan sebagai tukang sapu, mereka perlu menyapu dengan ikhlas bukan? Bukan setakat kesabaran diuji, kita juga dapat berjumpa dengan pelbaaagai jenis orang. Kalau kita seorang yang ramah, it is very possible to us to meet new person everyday right? And, when you meet people, there’s new knowledge for you. You even can spread the words of Allah right? Indah bukan?Akhlak (47)

Ok, mengapa saya meletakkan mencari pengalaman sebagai satu keutamaan? Kerana dari situ IKHLAS mudah dicapai. Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan IKHLAS, maka kerja yang susah jadi mudah. Suasana negatif jadi positif. Hari yang mendung jadi cerah. Indah bukan? Hanya dengan mengIKHLASkan diri.

Saya pernah bertanya umi saya,

“Umi, tak bosan ke kerja jadi surirumah? Tiap-tiap hari buat kerja yang sama je?”

Lalu umi menjawab sambil tergelak dan mencubit telinga saya,

“Buat kerja kenala enjoy barulah rasa best dan tak bosan. Kalau tiap-tiap hari buat kerja asyik nak tarik muka empatbelas je, macam mana tak bosan?…”

Ada kebenaran di sebalik kata-kata umi saya. Mungkin kerana dia IKHLAS menjadi seorang surirumah, maka, semua kerja menjadi mudah baginya. Tidaklah seperti saya yang asyik merungut dan mengelat acapkali disuruh melakukan kerja rumah. Barangkali IKHLAS masih belum dicapai oleh saya!

Lihat kawan-kawan, betapa besarnya makna enam huruf itu. IKHLAS. Belajarlah mencari keikhlasan. Pada peringkat awal, mungkin agak susah. Tetapi, by practices, you can get it and then you should keep it and maintain it.

Ma’assalamah, wa ilalliqo’.Hot smile