12/30/2011

Failure vs Success

Assalamualaikum buat pembaca yang budiman sekalian.

Lama dah tak menjenguk blog ni. Hampir 2 bulan rasanya. My mom pun tanya, tak update blog ke? Sebab i always tell her whenever i update my blog. Haha..broken grammar..

Umi: kamu tak update blog dah ke?

Me: Dah lama dah tak update. malasla…nak kena letak gamba lagi..macam buang masa plak

Umi: tak payahla letak gamba. Tulis blog pun nak kena letak gambar ke?

Me:………hahaha…..

___________________________________________________________

Ok, tamat perbualan. Alhamdulillah, hari ni berakhirnya kelas memandu saya yang hampir sebulan lebih. Pagi tadi ada test JPJ. Bukanlah kerana saya lulus dan gembira lalu ingin memberitahu satu dunia melalui penulisan saya bahawa I DID IT!!!

No! I don’t get it! Ye, saya fail! For what reason agaknya saya fail? I think this is the best answer.”Saya fail sebab Allah nak bagi pengajaran terhadap saya. Allah nak menegur saya mengenai dosa yang yang terlampau banyak. Saya akui, cuti 3 bulan ni lagi banyak dosa yang saya lakukan jika nak dibandingkan dengan pahala yang dicari.” That’s what i’m thinking. Air mata bertakung…mengakui kebenaran kata hati…

I’m not being modest, but i want to tell that sometimes kita tak tahu kenapa kita gagal dalam sesuatu perkara sedangkan kita dah banyak berusaha. Let’s say time exam2la kan. Kita dah baca buku, kita dengar apa yang lecturer cakap, kelas kita tak ponteng, assignment kita buat, senang cerita, kita memang dah cukup readyla nak jawab exam kan. Tapi, result gempak yang kita harapkan jadi result yang kita tak pernah fikirkan.

Pernah dengar kan pepatah arab, من جد وجد ?nampak tak? “man jadda wajad” sesiapa yang berusaha dia pasti akan dapat. TAPI! Kita mungkin tak pernah terfikir yang kita gagal kerana SOLAT kita tak sempurna. Kita mungkin solat, tapi bila kita solat? Awal waktu? akhir? Kalau kita solat awal waktu, masa solat apa yang kita fikir? cerita yang kita tengok tadi?hmmm…

Ok, got it? Now, saya nak beritahu buat mereka yang pernah merasai kegagalan dalam hidup. tak kiralah dalam bentuk apa jua sekalipun. Ingat, kejayaan di dunia tak memberi makna pun di akhirat kelak. Kenapa kita nak berjaya? kerana itu kepuasan manusia di dunia. Berjaya dalam semua bidang. Puas kan kalau kita berjaya? Kalau gagal rasa macam nak bunuh diri pun ada..nauzubillah…Jangan macam tu. Walaupun kita gagal kat dunia, JANGAN sesekali putus asa! teruskan…Allah pandang usaha kita.

Tapi, ingat benda yang wajib, benda yang Allah pandang, benda yang Allah kira, benda yang menentukan kejayaan itu milik kita atau tak, Solat. Lihat mutu solat kita. Lihat cara kita berkomunikasa dengan Allah. Lihat berapa banyak doa kita yang Allah dah makbulkan. Allah minta kita tunaikan solat di awal waktu je. Tupun payah kita nak tunaikan. Kita mintak itu ini, Allah dengar dan tunaikan permintaan kita.

Ayuh, koreksi diri! Bersempena dengan masuknya tahun baru 2012 ni, mari tunaikan azam lama dan tambah azam baru. Tanam dalam minda, DUNIA SEMAKIN HAMPIR DENGAN KEMATIANNYA. Berusaha pisahkan diri dari dunia sedikit demi sedikit…bukan bermakna meninggalkan dunia secara terus tetapi seimbangkan keduanya.

Selamat tahun baru!