11/11/2012

My Study Life 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengurniakan saya kekuatan untuk terus menulis di blog ini.

Post kali ini saya nak bercerita mengenai perjalanan pengajian saya bermula dari tadika hingga kini. Mengapa saya nak cerita kisah ni? Sebab semenjak 2 menjak ni saya selalu rasa hilang semangat untuk terus belajar menyebabkan saya seringkali melihat ke belakang. Sejak dari tadika bagaimana saya boleh terus bertahan untuk terus belajar walaupun pada hakikatnya saya buakanlah seorang yang suka belajar.

TADIKA

Saya memulakan pengajian saya di salah sebuah tadika swasta di Sabah. Saya masuk tadika seawal 4 tahun kalau tak silap saya. Terus terang saya katakan bahawa saya tak enjoy langsung hidup sebagai seorang kanak-kanak tadika. Saya sendiri tak ingat saya ada kawan ke tak masa saya tadika. Apa yang saya ingat hanyalah ayah saya hantar saya masuk tadika, saya keseorangan tanpa ditemani sesiapa. Sepanjang persekolahan saya hanya menangis dan meronta meminta untuk balik ke rumah. Disebabkan perangai saya yang begitu jadi pada keesokan harinya, ayah saya meminta kakak saya untuk menemani saya. Keesokan harinya, kakak saya menemani saya. Setakat itu sahaja memori tadika 4 tahun saya. Saya tak ingat adakah saya belajar dekat situ ataupun saya hanya duduk diam-diam je. Seriously masa tu saya tak rasa pun mempunyai kawan walau seorang itu satu perkara yang menyeronokkan.

Semasa saya 5 tahun, saya bertadika di rumah nenek saya di Sungai Koyan, Pahang. Kedatangan saya takdela memuaskan. Selalu tak datang. Biasalah, sebab rumah saya bukan dekat situ. Rumah saya masa tu dekat Perak ke Kajang tah. Jadi saya hanya pergi tadika masa mak saya ada sahaja. Saya masih belum reti membaca, mengeja, mengira dan sebagainya. Saya sendiri tak ingat saya belajar membaca dari siapa. Saya sendiri tak ingat apa yang saya belajar dekat tadika tu. Tadika tu dekat Sungai Koyan 1. Saya takde kawan lagi masa tu.

6 tahun. Tiba-tiba je saya dah reti membaca, mengira dan sebagainya sebelum saya masuk tadika lagi. Saya dah siapkan semua latihan dalam buku sebelum hari persekolahan tiba lagi. Tapi yang uniknya bukan saya yang buat sebenarnya. Kakak saya yang takde kerja tu yang buat. Dahla buat guna pensil warna hitam pulak tu. Semua buku pulak tu. Perkara yang paling saya ingat ialah, my mummy teach me how to write my very own name. Dia tulis nama saya atas kertas lepas tu saya selitkan kertas tu di celah-celah buku saya. Saya rasa saya belajar membaca dari kakak saya. Sebab masa saya masuk kelas tu, saya dah pandai membaca dah pun. Saya pun tak ingat apa yang saya belajar. Adalah main-main banyak. Main-main tu pun dalam waktu kelas tau. Saya tak taula best ke tak pergi tadika ni. Sebab saya banyak tak datang kelas. Yelah rumah kat negeri lain, tadika kat negeri lain, mana taknye kan. Tapi saya ingat, makcik yang masak makanan untuk kitorang tu merangkap mak kawan saya, saaaaaaaaaaaangat garang!. Dia tak kasi makan selagi tak beratur dengan lurus. Tadika tu tadika Kemas. Campur laki perempuan. Even masa beratur tu saya kena beratur belakang lelaki. Susunan beratur tu memang kekal tak berubah. Jadi tempat saya memang belakang lelaki tu jela. Masa ni saya tak rasa kepentingan belajar lagi, saya tak rasa pressure untuk belajar atau pressure untuk compete dengan orang lain. Saya takde apa-apa perasaan.

SEKOLAH RENDAH

Secara overall sekolah rendah, saya just belajar ikut flow. Takde turun naik. Just flat. Saya tak rasa kepentingan dapat markah tinggi, top scorer, dapat nombor satu setiap kali peperiksaan, dapat A dan sebagainya. Saya belajar je. Ada kerja sekolah, saya buat. Tetapi, saya rasa puas kalau saya dapat nombor satu. Tapi saya tak rasa saya compete dengan orang lain. Saya cuma belajar dengan gembira. But, everything change bila saya masuk darjah 4. Umur 10 tahun. Saya mula rasa pressure.

1) Sebab pertama, subjek mula bertambah. Ada Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup and the worst is ada Sains!

2) My English teacher, teach in English. Every word she uttered was in English since she’s not Malay and she’s not a Muslim. And she doesn’t even ask whether we understand or not what she said! Because of this, setiap kali habis kelas, saya akan tanya kawan saya yang non-Malay segala apa yang cikgu tu cakap dalam kelas tadi. Walaupun masa tu saya perlu kejar bas untuk pulang ke rumah.

3) Subjek kegemaran saya, matematik menjadi makin payah pada saya.

Disebabkan 3 perkara di atas, pressure saya makin bertambah. Ditambah lagi pada masa tu kakak saya duduk asrama, maka tinggallah saya seorang dekat sekolah Methodist tu. Saya rasa semakin malas untuk belajar, banyak kerja sekolah saya tak buat, saya tak beri tumpuan dalam kelas and I think I should do something. And…I end up with transferring to my brother’s school. Sekolah campur laki perempuan macam biasa.

Disebabkan hal yang saya buat, mestila saya kena marah dengan ayah saya kaw-kaw punya kan. Walaupun masa tu saya hanya berumur 10 tahun. Tetapi, saya tak pernah bagitau sesiapa the exact reason why I would do that ridiculous thing.

Sekolah baru. Saya belajar macam biasa. Masa tu saya fikir, kenapalah sekolah suka asingkan kelas pelajar pandai dengan pelajar kurang pandai. Apa yang saya tau, belajar jela macam biasa. Saya belajar seperti biasa tanpa ada tekanan. Tekanan saya masa tu cuma pada subjek yang saya cukup tidak gemar, Sains. Disebabkan saya tak suka subjek ni, jadi saya banyak meniru kawan saya punya jawapan. Saya tiru membabi buta tanpa memahami sebarang perkara dek kerana ketidak sukaan saya pada matapelajaran tersebut. Sebab pada saya, saya bukanlah budak otak sains, tapi saya budak otak Math. Sampaila masa saya darjah 6, saya terfikir, sampai bilala aku nak tiru jawapan kawan. Nanti nak UPSR takkan nak tiru jugak kan? Jadi, saya mula fahamkan apa itu pembolehubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas. Dah 2 tahun lebih belajar, masa darjah 6 baru saya faham.

Saya tak berapa nak perform dekat sekolah kebangsaan, tapi Alhamdulillah saya cukup suka sekolah agama. Saya suka semua matapelajaran dekat sekolah agama walaupun kebanyakan subjek dia hanyalah membaca. Walaupun ada antara kawan-kawan saya yang kurang suka dengan ustazah sebab ustazah garang, tapi saya suka seeeeeeeemuaaaa ustazah dan ustaz saya.

Saya tak kisah markah saya dapat berapa, tapi saya belajar je dengan gembira. Saya tak rasa burden pun kalau markah saya tak tinggi mana sebab saya suka je belajar. Saya takde pun nak pergi tuisyen ke kelas tambahan ke. Saya belajar sendiri. Saya gembira belajar.

SEKOLAH MENENGAH

Subjek makin banyak. Ada tambahan subjek baru yang saya turut tak suka. SEJARAH. Saya cukup tak suka. Saya jarang dapat A dalam subjek ni. Cuma masa saya form 3 saya asyik study Sejarah je. Saya mula rasa penat menghafal. Naik upper form. Ada subjek BIOLOGY pulak. Bertambah pressure saya sebab kena belajar benda yang saya tak suka. Saya mula mempersoalkan kewujudan peperiksaan. Berkali-kali saya fikir, kenapalah kena ada exam? Kalau belajar je kan best. Saya selalu nasihatkan diri saya, bersabar, bersabar dan terus bersabar. Sikit je lagi. 2 tahun je kena tahan. Saya sabar. Saya tahan.

Masa saya form 5, saya tak faham langsung apa yang saya belajar pasal Chemistry. Saya jadi takut. Bila takut, kalau rajin datang takpe. Tapi saya, kalau takut, malas yang muncul. Saya jadi mula malas nak study. Tambah-tambah lagi saya bersekolah di KISAS. Siapa tak kenal KISAS @ KIK? Semua pelajar dia rajin. Kecuali saya. Tapi saya kuatkan diri. Saya paksa untuk rajin. Saya sabar dan saya bertahan. Saya selalu cakap, sekejap je lagi. Akhirnya saya berjaya menempuhi alam persekolahan. Tetapi sebaik habis SPM, saya rasa nak ambil SPM lagi sekali sebab saya tak puas hati. Menghadapi peperiksaan tanpa kafahaman mengenai subjek tersebut. Saya tak suka. Saya mula rasa kurang efektif system di Malaysia. Saya mula rasa saya tidak mampu untuk meneruskan dalam bidang ini.

FOUNDATION---DEGREE

Saya rasa saya hanya belajar ikut flow. Pergi kelas, dengar lecture, balik bilik, rehat, study sikit. Tapi, saya tak pasti apa yang saya faham dalam lecture. Dalam lecture, saya faham. Bila mula nak buat revision, saya jadi tak faham. Hati saya makin rimas dengan system macam ni. Saya semakin lagi rasa tak efektif. Tapi, saya tak tau apa tindakan yang saya patut buat. Jadi, saya belajar sahaja ikut flow. Takde lagi perasaan gembira masa belajar. Hanyalah burden dan pressure. Macam biasa, saya paksa diri saya untuk terus belajar dan kuatkan semangat saya. Saya pressure bila ada kuiz, exam. Saya hanya gembira apabila saya dapat belajar perkara baru, dapat tahu ilmu baru.

Masuk degree. To be honest, saya takut dengan kehidupan saya sekarang. Macam tadi saya cakap, saya gembira bila saya dapat tahu sesuatu perkara yang saya tak pernah tahu dalam hidup saya. Saya kagum dengan semua lecturer saya. Adakalanya saya rasa, saya tak tahu matlamat hidup saya. Seringkali saya mengalirkan air mata. Saya mula merasakan memory saya makin berkurangan. Tidak lagi efektif speprti dahulu. Saya tak tahu silap saya di mana. Orang sekeliling mungkin merasakan ‘wow, dia ambil bidang farmasi!’ tapi, saya tak tahu adakah itu satu perkara yang boleh dibanggakan. Kini, saya seringkali berbisik pada diri setiap kali saya rasa ingin berhenti dan pusing kehidupan saya 360 darjah, mengenai apa yang ingin saya capai sebagai seorang graduan farmasi nanti.

1) Saya ingin bekerja di bidang pharmaceutical industry walaupun ramai yang cakap bidang ni agak tough. Saya suka kerana saya tahu communication skill saya agak kurang.

2) Saya ingin mencipta ubat berdasarkan makanan sunnah seperti habbatus sauda’.

3) Saya ingin mencipta makanan yang sihat dan semestinya halal.

4) Saya ingin membuat majoring dalam bidang psychopharmacology kerana saya sangat suka belajar mengenai human behavioral.

5) If ‘gila’ @ ‘craziness’ is a disease, I want to cure it. Biiznillah... saya ingin mencipta ubat bagi pesakit gila bukanlah kerana saya mempunyai ahli keluarga yang kurang siuman ke apa ke, tapi I just want to. Because I believe mereka yang kurang siuman itu dilahirkan as a normal human being but maybe because they have develop kecelaruan identity atau kerana tekanan dari masyarakat sekeliling menyebabkan mereka jadi begitu.

Kerana saya sering berfikir mengenai 5 perkara ini, menyebabkan semangat saya naik semula untuk meneruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar farmasi. Walaupun markah saya sangat rendah ketika ini, saya hanya perlu berfikir, markah rendah tak semestinya kita kurang faham tetapi it is as a symbol that we need to learn more. Macam lebih kurang kan? But it is different.

Saya juga ada terfikir kenapa sekarang saya agak susah untuk ingat. And I found out that, sebab sekarang I learn in English. Totally English! Kalau dulu semua Bahasa Melayu. And my mother tongue pun Bahasa Melayu kan. Jadi dia senang nak masuk. But now, it is different. I find it difficult because of the language. Even kalau saya baca notes pun, saya dah faham. Tapi faham dalam BM. Bila nak translate ke BI dah tak tahu macam mana nak buat. And I end up dengan terpaksa hafal sentences yang diberi. Pelik kan?

Lagi satu saya nak beritahu, kebanyakan orang fikir bahawa mereka yang sangat rajin membaca buku ni adalah orang yang sangat pandai and well-prepared untuk exam. Tetapi pada saya, kerana saya mempunyai masalah sukar untuk faham satu2 sentence, saya perlu baca berkali-kali dan perlu focus betul-betul dan ini menyebabkan orang melihat saya sebagai seorang yang kuat study. Hakikatnya saya tidaklah kuat study. Saya Cuma perlu membaca lebih daripada orang lain. Because I’m a unique person. Unfortunately, I’m not that kind of rajin. I need to use some force to myself…

Tak sangka karangan saya sampai 4 page. Sometimes I need to write all these things so that I can regained my energy back. Lagi satu, setiap orang ada cara tersendiri untuk memotivasikan diri mereka dan ini cara saya to motivate myself.

As a conclusion,

1) To make something clearer, sometimes you should jot it down

2) Hidup ini ibarat roda. Kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah. Ketahuilah bahawa Allah telah merancang dan menulis perjalanan hidup kita. Jadi, jangan mempersoalkan tentang apa yang berlaku tetapi bermuhasabahlah kenapa sesuatu perkara itu boleh berlaku.

3) Adakalanya kerana dosa kita yang lampau, kita diuji pada hari ini tetapi jarang daripada kita yang sedar akan hakikat ini.

4) Apabila kita rasa sudah tidak mampu lagi, maka carilah masa untuk kita merenung kembali kepada kehidupan kita. Andai tangisan itu mampu meredakan masalah, maka menangislah semahunya.

5) Walaupun word “jangan cepat berputus asa” sometimes really annoying us, tapi kita tetap perlu agree with this quote. Sebab kerana word inilah syaitan berjaya menumbangkan manusia. Kalau syaitan berjaya because of this, sepatutnya kita dulu yang berjaya sebab kita ada akal.

Enough with this. I hope you can get something from this post. This post is actually to motivate myself. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.

26121433 @ 11112012

Sunday

Kuantan

20:36

10/29/2012

this world?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh

Sementara masa masih ada, tangan masih rajin untuk menaip, walaupun berjenis-jenis kuiz sedang beratur menunggu hari, lebih baik saya menaip. Betol?

Tadi bertolak dari Bangi dalam jam 12.30. Sampai Puduraya dalam 1.15, sampai terminal Kuantan around 5 p.m. Lastly, sampai bilik tercinta jam 6 petang. Jadi jumlah jam perjalanan hari ini ialah selama 6 jam. Lama tak agak2?

Actually i don’t know what to do right now. I asked my sister what to do, and she told me, make a new post la. Haha. And now i’m in front of my laptop typing and arranging some words to make a very beautiful and meaningful sentences so that all of us can get some benefit from this post.

Oh, suddenly i got some idea on what to write. It’s about scholarships. There are plenty of scholarship out there in Malaysia right? Even pinjaman pun tersangatla banyaknye. However, not all students manage to get it right? I don’t know because of what some students didn’t manage to get it. Ok, i’m not going to talk about why, but i’m going to talk about this particular world.

Ok, why do we live in this world? for what reason actually? In Muslim world, we live in this world is because we want to have a better life in hereafter right? Besides we want to be recognized by our ultimate God, ALLAH. I want to write in Malay, takot tersalah maksud plak nanti. Sebab kita nak mencari redho Allah bukan? Sebab kita ada kehidupan yang kekal abadi dan lebih utama berbanding di dunia ini. Itulah kehidupan akhirat.

Persoalannya, kenapa kita perlu belajar tinggi2? Kenapa perlu sampai ada PhD? Ok, some people might say, ‘sebab nak ada better life’,‘sebab kalau ada PhD gaji lebih tinggi’. Let’s say, kita dah dapat gaji tinggi, and what next? Nak lebih tinggi lagi gaji? Kalau semua anak kita dah berumah tangga, dah ada kehidupan masing2, untuk apa kita kumpul duit banyak2 sebenarnya? ‘Nanti boleh pegi melancong satu dunia’. Ok, semua tempat dah pegi. Then? We can’t go far than that right? Of course after all this DEATH will come! So, what about our preparation?

Ok, mungkin agak pening di sini sebab tak nampak kaitan dengan apa yang cuba saya sampaikan dalam perenggan sebelumnya.

Sebenarnya saya terfikirkan tentang sistem pembelajaran di Malaysia ni. Masih relevankah? UPSR, PMR, SPM makin senang pelajar dapat straight A’s. Lepas tu makin ramai pergi belajar oversea. Makin ramai yang berlumba-lumba nak menjadi seorang doktor. Semakin ramai ibu bapa yang mahukan anak mereka ada title doktor. Semakin ramai ibu bapa merasakan dengan menjadi seorang doktor, masa depan anak2 mereka lebih terjamin. Jadi, anak2 ini belajar umpama ayam putih yang mematuk segala benda yang diberi.

Belajar bukan susah. Baca sahaja segala lecture notes yang diberi, sekarang semua benda boleh di google. Hafal sahaja apa yang diberi. Sampai peperiksaan, muntahkan segala yang dihafal. Dapatlah keputusan yang sangat mantap. 4 flat. Keputusan yang semua orang idam2 kan. 4.00. Masuk alam pekerjaan. Semua tempat mahukan dan utamakan pelajar yang keputusannya mantap2. Kerana pada mereka pelajar yang keputusannya mantap tahu semua benda. Tapi bila dah kerja tak semua pelajar yang mantap ni mampu survive di alam pekerjaan. Kenapa? Kerana mereka tak didedahkan dengan praktikal pekerjaan.

Mungkin apa yang saya tulis ni dah tak berlaku lagi. Saya cuma berharap pada masa akan datang sistem pendidikan di Malaysia berubah 360 darjah. Tidak lagi berdasarkan teori semata-mata. Alam pekerjaan didedahkan sejak dari tadika lagi. Sejak tadika hinggalah tamat belajar, peperiksaan bukan lagi atas kertas semata-mata tetapi lebih bervariasi. Tiada lagi sistem pemarkahan tetapi lebih kepada progression seseorang pelajar itu. Semua mata pelajaran di ajar semasa sekolah rendah lagi. Suasana persekolahan pula sentiasa menggalakkan pelajar ingin tahu dan berani bertanya.

Manakala, sesiapa yang ingin menjadi guru, perlu ada pemantauan dari segi akhlak, pakaian, ibadah mereka. Evaluation on akhlak, appearance. Sebab guru2 merupakan orang yang sentiasa diperhati pelajar. Sepatutnya, sesiapa yang menjadi guru perlu memakai pakaian yang telah ditetapkan Allah.Walaupun selepas waktu sekolah. Kerana pada saya, seorang guru itu tetap akan terus dipandang sebagai seorang guru di mana jua dia berada sekalipun dia telah pencen!

In conclusion, kalau kita rasa hidup kita susah, ketahuilah ada orang yang terlebih susah dari kita. Jangan sesekali pandang orang yang senang ketika kita susah kerana takut kita menyalahkan takdir dan menjadi hambaNya yang tidak bersyukur.

Setiap kali kita dilanda ujian, dugaan, musibah, bencana, selalulah tanya pada diri, untuk apa aku hidup sebenarnya? kenapa Allah memilih aku untuk terima ujian ini?

Ingatlah, kalau kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. Kalau kita jaga waktu solat, Allah akan jaga waktu kita. Yakinlah pada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Sekian, syukran jazilan.

Semoga mendapat manfaat dan semoga Allah memudahkan urusan kita semua walau di mana jua kita berada.

28102012 @ 12121433

AHAD

Kuantan

00:42

10/27/2012

Beruang….Madu?

Ohayo! Hmm….Hmm…Mood sekarang sangat baik untuk menulis. Tapi, malangnya, tak tahu nak tulis apa da…Petang tadi sedang asyik menonton television bersama bonda tercinta, tiba-tiba terbual pasal madu. Umum mengetahui, binatang apa yang suka makan madu bukan? Ya, tentunya lebah! Tapi, bonda saya memberitahu beruang juga turut makan lebah.

Maka, berlakulah conversation antara saya dan bonda saya mengenai madu, lebah dan beruang…

Saya terfikir, kasihan pada lebah yang kepenatan mencari madu saban hari lalu dibuatnya sarang madu. Tetapi, begitu mudah manusia mengambil madu yang dicari lebah. Saya memberitahu bonda saya akan kemusykilan ini. Lalu bonda saya memberitahu, tak perlu kasihan pada lebah kerana itu memang kerja dia mencari madu dan sememangnya madu itu untuk manusia makan jua. Bonda saya menambah, bukan lebah sahaja yang memakan madu tetapi beruang juga turut makan madu. Maka, bertambah lagi kemusykilan saya.

Saya berasa sungguh pelik. Beruang yang besar makan madu yang manis? Saya pelik bukan kerana saya tidak tahu, akan tetapi perkara ini membuatkan saya terfikir. Kebiasaan yang kita lihat binatang buas yang besar makanannya juga turut besar. Sebagai contoh, singa makanannya rusa, begitu juga harimau, makanannya juga dalam kalangan daging or meats. kan? Tapi, beruang makan madu…Ye, saya tak nafikan, makanannya bukan sahaja madu, tetapi beruang juga turut makan meats kan? Tapi….saya tetap pelik.

Oklah, saya bagi analogi. Dalam kehidupan manusia, selalunya manusia yang garang-garang ni, sifatnya juga turut keras sebagaimana bengisnya dia. Jarang kita dengar manusia tu garang nak mati tapi menangis bila tengok cerita sedih2. Pelik kan?

Summary, indahnya ciptaan Allah…Tak semestinya yang besar tu, makanan dia pun besar. Tak semestinya orang yang gemuk tu, gemuk sebab banyak makan. Tak semestinya orang yang garang tu, garang sehabisnya. Adakalanya, di sebalik kegarangan itu, terselit sifat kelembutan, tapi tiada siapa pun yang tahu..

Revise date: 27102012

23:34

Kuantan

10/20/2012

That kind of life…

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Lama sudah tidak bersua dengan blog ni. Walaupun cuti berduyun-duyun sudah berlalu pergi, tidak pernah jari ini menaip di blog ini dek kerana kemalasan yang melampau untuk membuka laptop. bukan apa, once my laptop is open, habislah benda lain. Tak dan nak buat. Jadi harini gagahkan juga tangan untuk menaip, dah alang-alang connection tengah laju macam jet!

Alhamdulillah tamat sudah pengajian saya di Petaling Jaya, kini sedang menunggu hari kemasukan ke Kuantan pula. Rasa macam tak percaya je dah 2 tahun berlalu.

_________________________________________________________

Post di atas it’s been ages ago I've written but never post it on my blog. And today, i was already in Kuantan pursuing my study in Pharmacy. The truth is, i never thought of being a pharmacist in my life! Mungkin ada hikmah di sebalik kos yang saya dapat ni. Kesian saya rasa pada mereka yang memang sejak azali lagi bercita-cita nak jadi farmasi tapi mendapat kesudahan yang mereka sendiri tak pernah bayangkan!

Tidak dinafikan juga, ada ketikanya saya rasa bahawa saya telah mengambil tempat mereka. Hal ini kerana, semasa saya di CFS, selama dua tahun saya berada di bawah bumbung allied health science. Balik kampung, puas saya menerangkan allied tu apa. Bajet ramai je yang tanya aku amek kos apa..hoho..

Hari saya menulis post ni merupakan hari kedua kuliah saya bermula. Terasa nak tukar kos yang lebih senang pun ada. Kos Math la pada saya. Kos bebas daripada membaca! Bukan tu je, adakalanya mata saya pun bergenang je, mana taknye first time berjauhan dari family tercinta. Selama ni sekolah saya memang very near and so easy to come back home. Wherever i live, there’re always nearby ktm komuterla, lrt la kan. So, nak balik tu, memang setiap minggu la balik kan. Bukan sebab berjauhan je, tapi lebih kepada subjek yang saya kena belajar.

I’m really afraid that i could not make it. Because in my class, i can see the passion in my friend’s eyes. Semua yang jenis hebat-hebat, pointer pun mantap! Memang menakutkan.

I want to share my lecturer’s opinion here. His name is Dr. Abdul Razak. Yesterday and today, in his class I always feel sleepy. Taktaula sebab apakan. Tapi Dr ni memang bestla dia ajar. Seriously saya rasa teramat sangat ruginya sebab menagantuk dalam kelas dia. I’m really sorry Dr. T_T…Mujur kawan saya tak tidur. So, habis kelas terus saya tanya kawan saya. But, please don’t misunderstand ye. Saya takdela tido from the start to the end. Kalau tak takdela saya nak cakap yang dia ajar best kan.

Okeh. Masa dia cakap ni saya betul-beul terjaga dan dengar setiap apa yang dia cakap. He told us that, he don’t mind about our academic. But, the most important thing is our AKHLAK, our ATTITUDE. Yes, i totally agree with him.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang sedar dan mungkin juga ada yang tak sedar. Zaman sekarang ni, ramai yang very excellent in academic. Just ask anything, he or she can answer. But, his or her attitude is the worst of all! Attitude yang pada saya seperti solatnya, adabnya, cara berpakaiannya.

Saya sangat sedih sebab saya pernah berjumpa dengan orang yang macam ni. Lebih sedih kalau tahu background family dia pun tak menitikberatkan tentang kepentingan solat, adab dan sebagainya.

Lagi satu Dr saya berpesan, please be a knowledge-oriented and not exam-oeriented. Memang dari dulu saya cuba untuk menjadi knowledge oriented. Tapi disebabkan suasana di Malaysia ni yang memang sangat exam-oriented menyebabkan saya pun turut terikut. Please change! Kita yang rugi kalau melahirkan pelajar or dalam ertikata lain rakyat yang exam-oriented. Ingat time periksa je, habis exam, habis semua. Astaghfirullah…

Revise time: 201012

Saturday

Bangi

11:47

10/01/2012

Mahar CInta

Andainya

Dapat engkau mendengarkan

Suara di hatiku

Melagukan rindu

Kiranya

Engkau mampu mentafsirkan

Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kanmemahami

Harapan kasih yang terbina

Sekian lama di sudut hatiku

Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja

Melindungi resah di jiwa

Namun bimbang diri kanterleka

Hanyut dibuai mimpi indah

Hingga terabai segala cita

Sedang khayalan tak menjanjikan

Segunung kebahagiaan

Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti

Setiap cinta yang dilafazkan

Bukanlah sekadar mainan

Tetapi sebuah janji

Bukanlah aku sengaja

Melindungi resah di jiwa

Namun bimbang diri kanterleka

Hanyut dibuai mimpi indah

Hingga terabai segala cita

Sedang khayalan tak menjanjikan

Segunung kebahagiaan

Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti

Setiap cinta yang dilafazkan

Bukanlah sekadar mainan

Tetapi sebuah janji

Andainya

Dapat engkau mendengarkan

Suara di hatiku

Melagukan rindu

Kiranya

Engkau mampu mentafsirkan

Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat

Rahsia kasih yang terpendam

Sekian lama di sudut hatiku

Hanyalah untukmu

Selamanya…

Lagu Devotees…tiba-tiba je rasa nak tahu lagu ni pasal apa. Selama ni dengar je..

Monday

01102012 @ 15111433

1:23

Kuantan

9/25/2012

extra knowledge

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah…a word that we should always say. As today I only had one class, very fortunate right? I would like to use this very rarely opportunity to write down whatever I got yesterday. Oh, before that, I want to let you know, why I keep on writing in English. I know there might be some grammatical error in my writing but, I don’t really care about that. I’m very grateful if you let me know where is/are my fault/s. That is because, I want to be familiar with English word, sentences and whatever related to it since I’m from international university. Bukan nak berlagak ye. Dah sebab in everyday life tak cakap bi pon. Dalam blog jela boleh nak apply English kan. Because if I’m not used to it, macam manala nak jawab exam kan…

Ok, actually yesterday, Allah gave me opportunity to go for a kuliyyah fiqh sirah. It was mainly about kehidupan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam (s.a.w). Memang ini yang saya cari and Alhamdulillah Allah memberinya kepada saya. If you had read my previous posts, if I’m not mistaken I’ve already told that I don’t really like to read but I like to hear the story from others. Of course from people that I can believe their source of story. Semalam, ustaz tu ada Tanya, berapa ramai isteri Rasulullah (s.a.w)? ada yang jawab 11, 12, 13, 9. Setakat yang saya tahu 11 je. Lepastu ustaz tu Tanya lagi soalan yang sama berulang kali. Semua macam dah ragu-ragu dengan jawapan masing2.

At last, he told us that, Rasulullah (s.a.w) ada 15 isteri kesemuanya. 2 orang daripadanya merupakan hadiah kepada Baginda. Rasulullah (s.a.w) tidak kahwin kesemuanya secara serentak tetapi one at a time. Baginda juga tidak berkahwin kerana nafsu tetapi kerana ingin menyebarkan dakwah dengan lebih mudah dan juga untuk tujuan perlindungan terhadap isteri2 Baginda. Allah hanya memberi keistimewaan ini (berkahwin lebih dari 4) kepada Rasulullah (s.a.w) sahaja dan bukan terhadap kaum lelaki yang lain.

Ustaz juga ada memberitahu mengenai al-Quran itu merupakan sirah @ sejarah. Kenapa? Kerana perkara yang diceritakan dalam al-Quran sehingga kini masih berlaku. Sebagai contoh, dalam surah al-Baqarah muka surat 10 & 11, ada menceritakan mengenai anak yang membunuh ibu bapanya hanya untuk mendapatkan harta. Pelik, tapi inilah yang berlaku pada zaman teknologi canggih ni.

Perkara mengenai adat zaman sekarang dan juga sunnah Nabi juga turut ustaz cerita. For example, selepas 7 hari bayi dilahirkan, orang sekarang akan buat majlis cukur jambul kan? Tetapi kalau ikut sunnah, bukan cukur jambul, cukur habis rambut bayi tu. Lagi satu adat belah mulut @ tahnik. Mengikut sunnah Nabi, orang yang menghafal al-Quran, alim ulama’ yang digalakkan untuk melakukan tahnik ni. By using kurma atau kismis yang sudah digigit oleh mereka (alim ulama’ tadi) lalu diradak di lelangit bayi dengan menggunakan jari kelingking.

Lagi satu mengenai kahwin zaman sekarang. Saya tak nafikan perkahwinan di Malaysia banyak yang dah lari dari sunnah yang sepatutnya diamalkan. Antaranya hantaran yang melampau, majlis yang penuh pembaziran dan hutang. Ustaz tu ada cakap, sebaik-baik wanita ialah yang mempermudahkan mas kahwin. Betulla tu kan? laki bini Kahwin bukannya sehari. Nak mintak lebih2 pun mintakla lepas kahwin kan. Dah nama kan.

Saya rasa setakat ni sahaja perkongsian saya. Saya minta maaf kalau saya ada melakukan kesalahan atau ada yang terasa dengan tulisan saya. Kalau ada maklumat yang salah di atas harap dapat betulkan. Saya tidak mahu menyebarkan perkara yang salah. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua.

Syukran ‘ala kulli hal.

Semoga Allah memudahkan urusan kita semua.

Tuesday

25092012 @ 09111433

Kuantan

11:31

9/24/2012

my new student’s life

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Everything starts here. I never thought of becoming a pharmacist one day. It is just like out of the blue I got a call from DOSP that day. He asked me whether I want to accept the offer or not. I was puzzled to hear the news. That time I asked him a lot of questions. Really. That time I thought I wanted to reject the offer. Because I really want to pursue in allied health sciences hoping that I will get optometry course. Then the uncle (maybe) told me if I need some time to think about this matter. So, I told him tomorrow I will call him back to let he know what my decision was.

And now, here I am. You surely know what my decision is right? I’m not a good person and I’m not so good in sciences. Actually, I really wanted to take account class during my secondary school but my father told me not to do so. So, I end up entering science classes. I tried my very hard to understand the hard ever science subject which is biology. I like to know about our body but I really hate the exam! But now, whether I like it or not I really have to like it by hook or by crook!

There are really a lot of differences in style of learning during degree from foundation. During my foundation, it was more or less like secondary school style. You have your own textbook, the teacher will explain very detail until you understand, give some exercises and you can easily meet them anytime. However, it is very and totally different in university! You don’t have the textbook, you have to find the book by your own, the lecturers speak extremely very fast, you have to do some exercises by your own, you have to make an appointment with the lecturer’s PA if you want to meet them and you never know how the exam question is! Totally different right?

Since I’m from international university, the feeling and situation here is just like you went to overseas. The lecturers itself are from various country. Nigeria, Bangladesh, Myanmar, Yemen, and Indonesia. The first class with them was, what are they trying to say? Especially lecturer from Yemen. But after I had several classes with them, finally I can understand their words.

For you guys who will be a degree student next year or anytime, at first maybe you will think about changing your own course or your subject is too tough, or your schedule is too pack, you have no time to have some fun, you will suddenly worry if you don’t get a job after you finish your degree and so many other worrisome. But, I believe that, time will change everything. You just have to enjoy your study time. Enjoy your study time doesn’t mean you can neglect your study and always having some fun. You know what I mean right? Use and manage your time wisely. And always seek forgiveness and help from Allah. Believe in Him.

Thanks for reading and hope you get some benefit from it. ^___^

Until we meet again.

 

Monday

24092012 @ 08111433

19:06

Kuantan

5/05/2012

:: Healing ::


Healing-Sami Yusuf 


It's so hard to explain
What I'm feeling
But I guess it's ok
Cause I'll keep believing
There's something deep inside

Something that's calling
It's calling you and I
It's taking us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing

Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It's Nature's order

There is a hidden force
Pulling us closer
It's pulling you and I
It's pulling us up high

Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let's start believing
And feeling, let's start healing

Hearts in the hand of another heart and in God's hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God's eye nothing hides
Seek only to give and you'll receive
So, heal and you wïll be healed





p/s: Lagu ini berpusing pusing di minda kebelakangan ini and now i made it as my phone message ringtone :)Muhasabah sejenak tatkala tiba lirik   'Something that's calling..It's calling you and i..It's taking us up high'.. Sama-sama hayati lagu ini dan moga memberi manfaat pada yang mendengar ^^

Become one of my fav song^^ 

Sg.Tangkas, Bangi
05052012
4.39pm

4/30/2012

Pertarungan Separa Akhir

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Musim exam la plak sekarang. And this will be the very last exam in CFS. InsyaAllah. Do pray for me! ^_^

03052012

14:30- english for academic writing

10052012

09:00-biology 2

11052012

09:00-mathematics 2

12052012

going back home!!! holiday for 3 months to become a better muslimah. InsyaAllah.

Just to drop by here cause i miss my blog.

~Never being independent from Allah cause we are always depend on HIM~

Wassalam

Jazakumullahu khairan kathira..

Library CFSIIUM

Petaling Jaya

Monday

30042012

17:14

4/17/2012

rEsembLAnCE<----- us!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabat semua ^^


Bertemu kembali bersama saya yang sudah addicted untuk menaip dan menge'post' dengan menumpang di blog adik kesayangan sendiri ^^ Baru kelmarin saya post pasal one of my fav song,today saya nak cerita mende lain pulak. hehhehe :D


Sebagai kakak sulung yang sedang bercuti seminggu dan pandai bawa kereta(tak perlula nak inform pandai bawak kereta kan:p) So pagi semalam saya telah diberi amanah oleh umi kesayangan saya untuk menemani my lovely younger sis, Mariah, sempena hari sukannya di German Malaysian Institute. Mariah umurnya sudah 6 tahun dan ini tahun terakhir dia di sekolah tadika area rumah kami.


Memandangkan my dad ada kerja,so me and my dear Dina went together with Mariah to the GMI, only 3 of us, other siblings takmau ikut and my mom plak ade ayub yang comel kene jage..huhu,,ayubi sangat comel sekarang! mami kate muka die ade iras muka2 saya masa baby,hehe:D Ayub is our last siblings yang baru lahir 03022012 lepas. Click here for : Abu Ayub Al-Ansari yang comel!


Ok back to the original story, rasanya before this macam dah pernah pergi sports day adik2 lain tapi yang ni sebab sukannya buat dalam stadium,and the environment sangat lain....sangat tenang, sangat supportive to each other, sangat semangat kesukanannya, dan setiap family yang datang masing2 nampak tenang je muka masing2, dengan niqab,dengan jilbab labuh,dengan jubah,dengan kopiah, masyaallah nampak kelainannya! Disini, tiada istilah 'dunia yang asing'!


Since we moved here last 2009, the environment here is different as compared to the previous taman perumahan. Saya pernah terdengar tapi tak pasti dari mana berkenaan nak pilih rumah pun kena tengok jiran tetangga juga, we can sense the difference!  Adik2 saya dapat kesempatan bersekolah di sekolah al-amin, yang saya rasa cukup untung bagi siapa2 yang dapat masukkan anak2 mereka ke sini,persekitaran,suasana islamik, pembelajaran, even sometimes i tot dat one day I should send my son/daughter here..


Cakap pasal sports day Mariah, alhamdulillah rumah sukan dia menang no.1! RUMAH BIRU menang besar! Takde pon main lari 100meter bagai,lompat galah ke,baling cakera padat ke,hapeke kan, just sukaneka basic2 je tapi sangat meriah!! Mariah sangat eksaited even da duduk lama dalam rumah pon still sibuk naaa pakai medal kat leher dia, almaklumla menang besar kan! dah bangun tidur pon pergi gagahkan diri turun bawah ambik medal,naik balik atas tengok tv.ish3...dasat2


Itulah penangan Hari Sukan Tadika Khalifah Bestari! congratulation Mariah ^^


Lebih kurang beginilah rupa Mariah bila rumah sukan dia menang besar! hahaha =D By the way, sorry tak letak pic sebenar sebab tak upload lagi pic nye^^



P/S: Today, she still wore that medal and my mom said that she's that kind of person who really appreciate things given by others.ok fine Mariah :) 

*********************************************************************************

Today's conversation with my dear Dina :) If you guys do not know who's Dina, check this out my sweet Dina :)

Dina  : Abu Ubaidah Al-Jarrah!
Me    : Siapa tu Dina?
Dina  : Abu Ubaidah adalah sahabat nabi, nabi kita tak pernah panggil orang dengan "hoi"                      
Me    : Habis tu nabi panggil cemane Dina?
Dina : Nabi panggil dengan panggilan ' Ya Abu Ubaidah ' ataupun   ' Wahai Abu Ubaidah '.
Me   : Kalau cenggitu Dina kena panggil akak dengan apa?
Dina : HOI !
Me   : @_@ **pengsan**
Dina : saje je..hahahhaha

Act this is one of the many other conversations that i had with Dina. She's a very good girl with good heart. Recently.she talked about dead, hari kiamat, on one fine sunday morning,when i talked to her that we'll be late to Mariah's sport day, and her sport's day will be only once in a year, then only next year we can come again..then she said "hari sukan tu jauhhh lagi,hari kiamat lagi dekat" then saya pun " you are right Dina T__T" **terasa malu bila adik sendiri yang mengingatkan tentang hari kiamat,huhu **

Even petang pada hari yang sama juga, but with heavy rainy day, with guruh and petir berdentum2, then she said to me " hujan lebatnyeee akak, entah entah kita semua akan mati hari ni" again, this time i felt like really ashamed with my self mengenangkan she's just a tiny little kid yang masih suci hatinya nak dibandingkan dengan hati saya sekarang ni, yang dah lama hidup dimuka bumi ni.. 

That's why i really like to talk with her:) She's the one yang bila once azan masuk,akan terus ajak saya solat, then we will solat together,doa together, salam and cium tangan saya after solat, how sweet she is! 
Semoga Dina menjadi seorang hamba Allah yang solehah,aminn... ^^
.
.
.
.... So,, ape kaitannya dengan topic hari ni pasal resemblance?? There's two stories above with two different people..My dear Dina and my lovely Mariah..They are the next generation in my siblings generation. Their relationship resemble me with my dearest second adik, "Incik Tuan Velog ni" hagagaha :p 



Mereka sangat rapat sepertimana saya rapat dengan adik nombor 2 saya,walaupun selalu je gadoh, biasala tu, adat dalam sesuatu perhubungan kan,, tapi seriously masa kecik dulu, i'm the one yang sangat kuat sakat adik, even now still sakat lagi but not over over la kan macam masa kecik dulu..

Bila da besar ni, jauh sikit, tak balik ruma ke, mule la mesej mesej, tipon tipon, webkam webkam, macamla sorang kat Egypt sorang kat China kannn,, padahal dekattt je la hai.. tu la namanya ghindu a.k.a missing someone :) Biasalah tu kan! 


hello dear! selamat berbaik,hehhe:p



As conclusion, formula untuk hari ini : Dina + Mariah = Me + Incik Velog ^_^

Ok semua, hope terhibur dan dapat ambil sedikit info berguna dalam penceritaan kali ni, insyaallah bertemu lagi dalam pena akan datang :)

0319 am,
Bangi


4/15/2012

nUmBer oNE For mE ^__^

Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamualaikum kawan2 :)


Buat kesekian kalinya, alhamdulillah dengan izin Tuhan dapat juga saya menaip sesuatu hari ini,pada saat ini setelah minta izin pada adik kesayangan saya, hehe, syukran adikku :) 


Actually, rasa dah terlalu lama sangat tak dapat menaip, tapi sebab da ketagih sangat and dengan internet yang sangat ok plus dapat pinjam laptop adik,kire tercapai jugakla hajat nak menge'post' kan :D dah lama tak taip ni rasa pelik plak sebab tak tau nak taip bahasa rasmi ejaan panjang2 ke, kontot2 ke, tapi tak kesahla, yg penting taip! rase macam dah bertaon2 tak taip padahal hari tu adik kesayangan ni baru je post topik baru, kahwin awal: keperluan atau kehendak? latest topik about kahwin ni memang saya sangat bersetuju dengan opinion my sis,maybe sebab kami memang ada opinion yang sama and telepati yang sangat hebat! hehehe :)


ok, taknak bebel panjang, actually just nak share one lyric from one song yang i really really like to listen lately through my handphone. its about our mother, lovely mom, sangat seronok dengar lirik lagu ni and rasa mcm my mom sgt dekat dihati.oh i really love my mom! 


Syukran Ya Allah for giving me the best mom ever i had in this world :) 

Number One For Me - Maher Zain

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do 

You know you are the number one for me 
Oh, oh, number one for me 
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me


You know you are the number one for me :)





chomel dok mak saye? mak saye memang comel sentiasa sebab muke mak saye awet muda :)


P/S: Sayangilah ibu anda selagi mereka masih ada. I Love my Ummi soooooo much! Alhamdulillah, thank you Allah :) (sambil taip sambil dengar lagu ni,berulang kali dengar tetap tak bosan^^) oh before i forgot, my interest to korean story or any korean music semakin berkurangan lately, dunno why but alhamdulillah,try to improve myself lil bit, jom sama2 perbaiki diri :)



With love,
Your lovely daughter :)
0140am
15042012
Bangi

4/13/2012

Kahwin awal: Keperluan atau Kehendak?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera buat kalian.

Hari ini tergerak hati saya untuk menulis. Petang tadi sibuk bermesej dengan kakak. Mengenai tajuk hangat buat remaja baya kami. Haha. Post sebelum ni dah cakap dah pasal ni. Post kali ni nak cakap lagi? Atas permintaan kakak saya, dia mahu saya menulis satu post berkaitan kahwin muda @ kahwin awal ni.

Saya sekadar memberikan pendapat saya mengenai topik hangat ni. Saya bukanlah sesiapa yang anda harus dan wajib untuk bersetuju dengan pendapat saya. Saya sangat faham bahawa keadaan dan situasi setiap orang adalah tidak sama, sama sekali. Jadi, sekiranya anda benar-benar tidak berpuas hati dengan pendapat saya, it’s ok. It’s only my opinion by the way.

Sebelum itu ingin saya nyatakan di sini saya juga manusia biasa yang turut mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Baru-baru ini, saya berpeluang berhadapan dengan pelbagai keadaan. Berdasarkan keadaan-keadaan yang saya hadapi, dengari dan sebagainya, saya rasa bersyukur kerana Allah memilih saya untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Mungkin ada sesuatu yang ingin Allah samapaikan pada saya.

Ok, baru masuk isi. Sejak akhir-akhir ni, saya selalu terfikir akan persoalan ini,

Mengapa kita perlu berkahwin?

Setelah saya berdebat dengan diri sendiri, akhirnya saya tidak mendapat jawapan yang konkrit untuk persoalan tersebut. Atau mungkin saya perlu tukar soalan?

Perlu ke kita berkahwin sekarang? Maksud saya pada usia yang muda?Ketika masih belajar.

Semalam saya menghadiri satu ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Isfadiah. Ada seorang pelajar bertanya,

“Ustazah, boleh ke kalau kita kahwin kerana nak elak maksiat?”

Kalau tak silap saya, lebih kurang macam tulah persolan dia. And my ustazah said, NO. Kalau ikutkan memang tak boleh sebab kita masih belum matang and tidak berkemampuan untuk mananggung keluarga yang bakal dibina. Ok, ustazah jawab berdasarkan hadis yang dia baca. Saya tak ingat apa. kalau bukan hadis pun, mungkin berdasarkan pendapat-pendapat ulama. Tapi, ustazah cakap kalau dalam konteks sekarang, kalau kedua-dua belah pihak punya ibu bapa dah bersetuju and boleh nak support, itu tak mengapa. Ok.

Ok, berbalik pada persoalan yang saya timbulkan. Perlu ke kita kahwin sekarang (time belajar ni @ umur muda)? Jawapan saya, TAK PERLU SAMA SEKALI. Kenapa?

Aku nak kahwin sebab ramai kawan-kawan aku dah kahwin.

-Biar jelah kawan aku tu nak kahwin. Yang aku sibuk nak kahwin tu kenapa. Dah jodoh diorang tu dah sampai. Lagipun diorang memang dah bersedia.

Nak kahwin sebab kitorang dah suka sama suka jadi tak nak tunggu lama-lama.

-Betul ke boleh tanggung and mampu nak laksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri, pelajar lagi? Ingat, kahwin bukan sehari. Tapi sampai akhirat.

Sebab nak halalkan hubungan?

-Dah tau belajar tak habis lagi, buat apa cari kawan lelaki. Kawan dengan satu jantina sudah. Kalau nak ada kawan laki @ perempuan jugak, kawanla dengan bapak @ mak sendiri. Ingat ye, kawan dengan yang berlainan jantina ni, kadang-kadang lagi banyak masalah timbul.

Sebab nak ikut sunnah Nabi?

-Masa Nabi kahwin, Baginda sudah mempunyai pendapatan sendiri dan mampu untuk tanggung Khadijah. Tambahan pula Khadijah juga ada pendapatan sendiri. Jadi, fikir-fikirkanlah ye.

Dah tak boleh tahan…

-haha..cubalah puasa betul-betul. Kalau memang tak boleh puasa, elakkan diri dari berjumpa dengan jantina berlainan. Kalau time pergi kelas tu berselisih dengan jantina berlainan, jangan pandang! Ha, pandang bawah je…jadi zuhud jap. Kalau anda bukan jenis yang jalan tunduk, takpe, pusing je kepala tu ke tempat lain.

Bukan apa, sebab adakalanya, syaitan yang ada di sekeliling kita ni yang cuba menimbulkan alasan-alasan sebegitu. Padahal kita memang tidak mahu berfikir mengenai hal ini kan? Tapi sebab syaitan tu yang suka nak ganggu fikiran kita. Nah, cuba lihat ayat ni!

“Dia Allah ingin menjadikan godaan yang ditimbulkan syaitan itu sebagai cubaan bagi orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit dan orang yang berhati keras. Dan orang-orang yang zalim itu benar-benar dalam permusuhan yang jauh.”

(Al-Hajj 22:53)

Yang paling dan sering berlaku…

Kami selalu berjumpa dalam meeting. Boleh dikatakan agak selalu bermesej…sampai boleh timbul masalah hati…dan akhirnya kami bercadang nak menikah…

-Hmmm…yang ni memang bahaya. Meeting tu untuk apa ye sampai berhari-hari? Follow-up ke? Pada saya, meeting yang efektif ialah meeting apabila semua orang perlu ada untuk kelancaran majlis keesokan harinya. Kalau sekadar nak tau progress, mesej atau jumpa orang tertentu je dah memadai. Tak perlu nak meeting berhari-hari! Kalau mesej pun perlu tegas. Cakap benda yang perlu je. Tak perlu nak merewang-rewang nak tanya pendapat tu pendapat ni cadangan tu cadangan ni…

Kalau rasa perlu juga berbuat demikian (bermesej-mesej) atas urusan kerja, and bila dah sampai tahap ada perasaan, saya nasihatkan, berhenti bermesej.  Kalau salah seorang nak mesej jugak, yang sorang lagi harus dan wajib abaikan. Takpun, suruh orang lain reply bagi pihak kita. Kalau boleh jugak, berhenti terus dari melibatkan kerja bersama dengan orang tersebut. Carilah alasan untuk tidak berjumpa dengan orang tersebut lagi walaupun hati anda meronta-ronta nak berjumpa dengan orang tersebut.

Saya tidak menafikan adakalanya persekitaran kita yang menggalakkan kita untuk kahwin awal. Yelah sebab rata-rata kawan kahwin time belajar. Tapi, fikir-fikirkanlah soalan-soalan kat atas tu. Banyak benda lagi kita perlu fikir sebelum nak fikir kahwin awal. Bila anda dah berfikir seperti di atas, even if you already have your own money pun, you akan fikir for what reason you need to get married?

Adakalanya manisnya berkahwin tu pada hari pertama je. The next day, you already have to take care of everything! You are by yourself without your parents! Just imagine!

Bagi mereka yang ibu bapanya sudah aturkan perkahwinan time anda masih belajar, sila abaikan semua pendapat saya. Pendapat ni valid bagi mereka yang nak berkahwin tapi takde support ye. Sebab kalau parents dah suruh tu, ikut jelah nasihat mereka walaupun hati kita berkeras tak nak. Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sometimes our parents know ourselves better than ours kan? Faham tak? Kadang-kadang tu ibu bapa yang lebih memahami kita berbanding diri kita sendiri.

Baiklah setakat ni sahaja coretan saya. segala ketidakpuasan hati bolehlah dikemukan pada saluran yang betul. Ini hanya sekadar pendapat…

~semogaAllahmemudahkanurusankitasemua~

Wassalam & Syukran jazilan

Jazakumullahu khairan kathira..

 

Petaling Jaya

20 Jamadil Awwal 1433

12042012

23:59

4/11/2012

Ummi Abah & Kahwin?

Bismillahirrahmanirrahim.

-ustaz saya cakap, setiap kali nak memulakan sesuatu perkara, atau nak menulis sesuatu yang baik, perlu didahului dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

-doa saya buat kalian yang membaca dan beragama Islam

Salam sejahtera

-buat kalian yang bukan beragama islam.

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, hari ini saya dapat jua kembali menaip.

Saya baru sahaja menelefon ummi tercinta sebentar tadi. Sekadar melepaskan perasaan rindu di hati. Almaklumla sudah dua minggu tidak menjejakkan kaki ke rumah. Pelik bukan? Baru 2 minggu dah rindu. Barangkali anda terfikir begini. Biasalah saya memang tak boleh berpisah dari rumah lama2. Perasaan nak balik tiap2 minggu sememangnya membuak2. Tapi kali ni, saya terpaksa tahan. Tahan kerana final exam semakin hampir. Tambah2 lagi result midsem saya kurang memuaskan. Bertambahla kerisauan di hati. Lebih2 lagi sekarang saya berada di semester terakhir. Doakan saya semoga dipermudahkan segala!

Seringkali saya terfikir, macam manalah nanti aku belajar kat Kuantan? Kat sini at least bolehla balik tiap2 minggu. Kat Kuantan tu nak balik tiap2 minggu jugak ke? Alamatnya kena cari jutawanla lepas ni. Boleh naik flight tiap2 minggu. ^____^

Setiap kali saya mengalami dilema nak balik rumah ke tak nak, saya selalu teringat kata2 ni. Saya tak pasti ni hadis or apa. Katanya, dengan melihat wajah ibu bapa tu, kita akan mendapat pahala. Anda mesti setuju dengan kata2 saya, walau banyak macam manapun masalah kita, the moment we see our parents’ face, kita akan rasa tenang kan? Betul tak? Kalau sekadar bermesej pun tak cukup kan? Rasa macam kena call je sebab boleh dengar suara pun dah cukup. Walau takde apa pun nak bagitahu, cuma memang nak dengar suara je kan. Imissbothmymummyandmydaddy…

Jadi, nasihat saya buat anda yang masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka selagi hayat dikandung badan. Kerana merekalah anda berada di dunia sekarang. Kena ingat ye, bukan mudah untuk menjadi seorang ibu dan bapa. Jadi, sekiranya ada perbuatan ibu dan ayah kita yang mengguris hati atau buat kita terasa, segera memaafkan. Jangan simpan dalam hati. Kelak bila kita bergelar ibu dan ayah nanti, belum tentu kita boleh jadi ibu bapa yang sesempurna ibu dan ayah kita.

Buat anda yang ibu dan ayahnya sudah tiada lagi di muka bumi ni, sentiasa dan selalulah berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana. Walau anda dah bekerja sesibuk manapun, jangan sesekali lupa akan ibu bapa anda. Sedih hati mereka kalau mereka masih hidup dan melihat anak mereka berjaya tetapi lupa akan mereka ibu bapa anda.

majlis khatam

___________________________________________________________

Hari ini saya menemani seorang kawan saya menyampaikan hajatnya. Perkara yang berada di luar jangkauan pemikiran saya. Saya menjadi ‘orang tengah’. Apa yang boleh saya katakan di sini, orang yang kita suka tak semestinya kita mampu miliki. Mungkin kita sememangnya suka akan orang itu, tetapi hakikatnya orang tu sudah ditakdirkan untuk orang lain. Jadi kita harus akur dengan ketentuan Allah. Kerana Allah sememangnya tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dalam masa yang sama, kita juga perlu ingat apa yang ada di dunia ni semuanya milik Allah. Jadi, bagi sesiapa yang sudah bekeluarga, sepatutnya perlu sentiasa bersedia menghadapi ujian ‘kematian orang tersayang’.

Sebab adakalanya apabila kita sudah bekeluarga, tambah2 lagi kalau dapat pasangan hidup yang sememangya kita cintai dari kecik kan, kita lupa bahawa dunia ni sementara. Hidup kita bahagia je…Kalau boleh nak nilah syurga kan…Jangan begitu…kerana ujian Allah tu datang bila2 masa je. Kadang2 tu time kita berada pada tahap paling gembira, masa tulah Allah nak uji kita kan. Masa tu, kita memang kena kuat…

Who..

Tiba-tiba je nak tulis pasal kahwin ni. Bukan apa, umur macam saya ni, fikir pasal kahwin tu perkara biasa. Tak logiklah kalau ada yang sebaya saya memang berhajat tak nak kahwin langsung kan. Ada je kawan saya yang dah berumahtangga. Yang dah selamat melahirkan anak pun ada. Yang sedang menunggu masa lagi beberapa tahun lagi pun ada, yang menghitung hari bahagia, yang sedang menunggu jawapan, yang sedang mencari, tercari dan dicari…hahha…semua ada.

Buat kawan2 saya yang berhajat nak membina masjid cuti ni, jangan lupa bagitau ye. Jangan senyap2 je. Saya doakan kebahagiaan dunia akhirat buat anda semua…Aamiiin…^___________^

~semogaAllahmemudahkanurusankitasemua~

Wassalam & syukran jazilan.

Jazakumullahu khairan kathira…

 

Petaling Jaya

18 Jamadil Awwal 1433

10042012 

23:42   

3/10/2012

Think YOU can.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum…

Walaupun di kesibukan dengan kuiz yang banyak, assignment yang perlu disiapkan, dan report bio yang perlu dihantar, kerja tu kerja ni, saya tetap nak menulis jugk kat blog ni.

okeh, yang kat atas tu sebelum exam punya cerita. sekarang mid-sem exam dah habis. Alhamdulillah. Saya selalu je ulang ayat ni, selalu je nak tulis blog tapi tak terjumpa2 masa yang sesuai. Kadang2 masa ada tapi line tenet tak berapa nak bagus. Teros malas nak menaip. Boleh je kalau nak dijadikan draft dulu. Tapi that’s not my style. Saya suka lepas tulis terus post. Baru boleh sampai isihati tu.

Semenjak 2 3 menjak ni selalu fikir benda2 yang pelik. Sampai merapu pun ada juga. Dunia dah semakin hampir ke penghujungnya. Kita tak tau bila masa tu akan tiba kan? Setiap kali tamatnya peperiksaan, saya selalu teringat akan kata2 ni, ‘peperiksaan dunia dah tamat, peperiksaan akhirat plak macam mana?’

Kalau kita tahu bila tarikhnya, mungkin sekarang lagi kita dah bersedia kan?

Ok, saya nak tanya, pernah tak anda rasa DOWN yang teramat sangat? Apa yang anda buat apabila menghadapi situasi macam ni? Update berjuta status di FB? Bercerita dengan semua kenalan rapat keliling anda? menangis seorang diri kerana tidak mampu lagi?

Mari saya bagi jalan penyelesaian. Dari mana kita datang? Siapa yang ciptakan kita? Siapa yang ciptakan masalah tu untuk kita? Senang kan jawapan dia? Allah. Menangislah di hadapan Allah nescaya hati anda akan menadi tenang. Serious! Lepas solat, time nak baca doa tu, ceritalah SEMUA masalah anda sampai berderai air mata. Sebaik doa anda tamat u will experience EXTRA calm from before.

Percaya tak, adakalanya ujian yang kita terima tu adakalanya TEGURAN dari Allah. Nampak tak betapa Allah SANGAT menyayangi hambaNya…Tapi sayang…adakalanya kita sebagai hamba tak perasan / tak nampak ujian itu sebagai teguran. Sampai ada yang boleh menyalahkan takdir. Astaghfirullah…

Sejak 2 menjak ni, banyak yang saya dengar orang sebut perkataan SABAR. The hard time had come eh? Be strong dear. Especially to those yang dah nak last2 semester, last2 year ke kat universiti; serabot otak eh nak kena jaga pointer? Ada orang cakap 4 rata la, 4 leper la, tak kesahla 4 apa pun kan, yang penting 4. Tiba2 saya terfikir, kenapa 4 eh? kenapa boleh jadi 4? kenapa bukan 5 ke 1 ke? Ok, kalau siapa2 yang boleh jawab, sila jawab kat bawah ye. Saya nak tahu juga.

Ok, keyboard-off. One question to ponder, did u get something from this post? Hope your answer is ‘yes’. If not, you can stop read my blog.

But, before i forget, i wanna share this sentence,

“Jadilah seorang Muslim seperti resting membrane potential. Walaupun dalamnya negatif belaka, tapi luarannya positif sokmo.”

Maksudnya di sini, walau macam mana banyak sekalipun masalah kita (negative), kita masih mampu tersenyum terhadap orang lain, masih mampu untuk membantu mereka yang memerlukan (positive).

“If you still think you can’t, just keep on trying because the ‘keep on’ is forever be counted as an effort toward can.”

~makabersasteralahsayapadamalamhari~

Thanks for keep on reading.

A smile for your effort ^_^, hope you feel it.

Wassalam. Ma’assalamah, wa ilal liqo’.

10032012   Saturday

23:49

Petaling Jaya.

2/10/2012

…KePENTINGan…

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum buat pembaca sekalian. Semoga kalian berada pada tahap kesihatan yang memuaskan…

Students; busy ke kehidupan students ni?

Hmmmm….

study…study…pointer kena jaga…study je tak cukup…kena ada pengisian tambahan…kena aktif dalam society jugak…hmmm…

Mana satu yang aku patut utamakan???study? society? masalah ummat?

 

Di atas merupakan antara dialog2 yang sering bermain dan berlegar2 dalam minda seorang manusia yang bergelar pelajar. Seringkali kita tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam ertikata lain zalim terhadap diri sendiri.

Pernah dengar tentang fiqh aulawiyyat? Saya bukanlah ‘arif dalam bab2 feqah ni. Saya sendiri masih tercari2 cara yang paling mudah untuk membezakan perkara mana yang patut didahulukan. Adakalanya, kita mungkin mendahulukan perkara yang tidak sepatutnya didahulukan lantas berlakunya ketidakadilan terhadap perkara yang sepatunya diutamakan. Faham tak?

Ok, pernah dengar frasa pentingkan apa yang lebih penting? Pernah apply dalam kehidupan anda sebagai pelajar? 

Ok, buat hamlatul quran pula, khususnya yang mengikuti kelas tasmi’ di tempat pengajian anda. Pernah menghadapi situasi di mana pada malam kelas tasmi’ anda, guru biologi anda juga ingin mengambil masa malam anda bagi menghabiskan silibus yang belum selesai. Kelas mana yang patut anda pergi? Kelas tasmi’kah? Kelas biologi kah? atau kedua2 sekali?

Ok, situasi lain pula, meeting society anda jatuh pada hari anda mempunyai kelas tasmi’.

Situasi lain, terdapat majlis ilmu yang anda sememangnya ikuti pada hari kelas tasmi’ anda…

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda renung2kan dan fikir2kan. Sejauh mana kita meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.

Satu perkara yang suka saya ingatkan buat diri sendiri dan anda, jika anda seorang hamlatul quran, quran itu akan dipersoalkan kelak di akhirat. Sejauh mana usaha anda untuk menjaga ayat2 suci itu. Quran juga akan turut menuntut haknya di akhirat…

Ya Allah permudahkan urusan kami dunia dan akhirat…

Mendung DQ

Jazakallah…wassalam…

Petaling Jaya

Khamis          09022012

17 Rabiulawal 1433

19:34

2/06/2012

Muhammad al-Amin

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Hijjaz

tiba2 teringat lagu ni.terus cari lirik sebab dah tak berapa ingat lirik dia. Mari kita hayati bersama lagu ni!!

Photo0063

 

adik kami…lahir sehari sebelum tarikh kelahiran nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. pada pagi jumaat. Alhamdulillah..

Photo0069

gembira di pangkuan kakanda terchenta…

Photo0071

kek yang dibuat pagi tadi bersempena dengan kelahiran insan2 tersayang…^_^kek coklat pisang oreo!!

 

Kajang

06022012     Isnin

21:02

1/21/2012

CGPA akhirat…

Bismillahirrahmannirrahim.

Asslamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini tergerak hati saya untuk menulis mengenai satu isu yang pada saya agak perlu diberi perhatian. Isu ni takdela hangat sangat. Cumanya, adakalanya kita terlupa dan leka.

Dunia sekarang makin maju. Mahasiswa/siswi, para pelajar, tak lupa juga para pekerja. Baik penjawat awam mahupun swasta. Kebanyakan kita berusaha menegejar ke arah kemajuan, kejayaan, kekayaan. Berlumba-lumba kita nak mengejar ke arah menjadikan negara kita sebagai negara maju. Kononnya dengan menjadi negara maju, negara kita tak kan ketinggalan. Sentiasa di hadapan sebaris dengan negara maju yang lain.

Saya tidak mengatakan perkara itu salah, tetapi adalah lebih baik dan cantik kalau kita turut berlumba-lumba memperbaiki akhlak dan tingkah laku kita. Seiring dengan negara maju, akhlak dan peribadi kita juga maju di sisi Allah.

Mungkin ada antara kita yang lupa, yang dibawa ke akhirat kelak, bukanlah CGPA yang tinggi, bukanlah negara yang paling maju, harta yang paling banyak, gelaran yang menggunung tinggi, siapa yang paling banyak pegang jawatan. Tetapi, yang dibawa adalah kecantikan akhlak, kekayaan budi pekerti, ketinggian peribadi, amalan kebaikan yang sentiasa diperbaiki. Itulah yang akan dibawa, itulah yang akan dinilai, dilihat dan dibandingkan olehNya.

Alangkah indahnya dalam sebuah universiti itu ada pemarkahan untuk akhlak, tingkahlaku, penjagaan aurat, hubungan antara lelaki dan perempuan, adab sesama makhluk. Semuanya diberi CGPA. Siapa CGPA paling tinggi, ganjarannya di akhirat kelak. Siapa yang tak lepas  requirement, kena ulang semester. Kalau ada universiti sebegini di negara Malaysia, saya yakin kemajuan yang kita idamkan, kita mampu kecapi. Malah, lebih dari itu kita dapat…

InsyaAllah setakat ini sahaja post kali ni.

Syukran jazilan. Ma’assalamah.

Saturday  21012012

Kajang

12:58

1/20/2012

Menangislah duhai mata…

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam sejahtera ke atas anda semua. Semoga dilimpahi dan diberkati kehidupanmu dengan rahmat dan rahumNya. InsyaAllah.

Hari ini sekadar ingin berkongsi perasaan. Pernah tak anda belajar sesuatu yang anda tidak ingin belajar? Tetapi anda harus wajib dan perlu juga belajar atas sebab nak kejar CGPA. Or university requirement ke or whatsoever la. Perit tak bila time belajar? Sakit? Rasa tak mampu? Nak menangis?

Mari saya bagi jawapan. Jika anda pernah merasai begitu atau sedang ke atau mana tahu akan datang ke kan, menangislah jika rasa tak mampu. Jangan malu untuk menangis. Sukatila nak menangis kat mana2 pun. Time belajar tu nak menangis pun takpe. 

Normallah anda  jika rasa tak mampu. Saya bukanlah menggalakkan anda untuk putus asa. Tetapi, dalam masa anda menangis tu fikirlah mengapa agaknya Allah meletakkan anda di situ. Boleh jadi kerana Allah mahu anda lebih dekat denganNya, (melalui berdoa kepadanya saban hari), merintih dan merayu kerana anda tak mampu. Meminta diringankan beban dan sebagainya.

Percayalah bahawa Allah tidak akan sekali2 membebani diri anda dengan sesuatu yang anda tidak mampu untuk bawa atau pikul. Jadi, jangan malu untuk menangis. Menangis bukan kerana itulah cara terakhir kita, tetapi menangis kerana selepas itu kita akan jadi lebih kuat untuk mengharungi segala.

Jika anda rajin membaca buku mengenai kisah2 nabi, saya yakin anda pasti akan berjumpa dengan pelbagai kisah suka duka mereka. Suka untuk saya bagi contoh mengenai kisah nabi yusuf. Kisahnya dari Baginda masih kecil sehingga Baginda dewasa. Cukup penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan.

Mungkin sangat jauh untuk kita buat perbandingan antara diri sendiri dengan para Nabi. Baiklah, cuba anda lihat senior2 anda atau kawan2 anda yang sama bidang dengan anda yang telah berjaya melepasi halangan2. Tanya pada diri anda. “mengapa mereka boleh berjaya? Menagapa tidak aku? Bidang aku dan dia sama je.” Katakan pada diri anda, “Kau BOleh!!!”

Biarpun setiap kali kelas bagi subjek tersebut anda rasa down, nak menangis, nak berenti dan sebagainya, katakan pada diri, bisik pada hati, “Kau Mampu……” Kau Boleh!!! Allah kan ada…

Sebagai penutup, cuba anda renungkan lirik lagu HambaMu, nyanyia Mawi dan Akhil Hayy..

“Ke arah satu perjalanan

Dalam sebuah kehidupan

Demi untuk mengecapi

Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa

Masanya akan tiba

Dengan restu ilahi

Kelak pasti akan ditemui…

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)

Tunjukkan jalan seandainya hilang

Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh

Tekadkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu kuberserah

Terimalah ku

HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji

Cekalkanlah hasrat di hati

 

………………………………………………………………………………………

Berdasarkan lirik lagu ni, sebagai hamba kita sememangnya sangat2 perlu bergantung kepada Allah.

Allah beri kita ujian berat2, bukan kerana Allah benci kita. tetapi, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah percaya kita mampu lakukan, jadi, seharusnya kita juga perlu percaya pada diri kita.

Semoga dengan coretan ini mampu memberikan anda inspirasi dan kekuatan. Jangan putus asa. Teruskan usaha. InsyaAllah berjaya.

Sekian. Wassalam.

20012012, Friday.

KL Sentral

18:12