1/21/2012

CGPA akhirat…

Bismillahirrahmannirrahim.

Asslamualaikum.

Alhamdulillah, hari ini tergerak hati saya untuk menulis mengenai satu isu yang pada saya agak perlu diberi perhatian. Isu ni takdela hangat sangat. Cumanya, adakalanya kita terlupa dan leka.

Dunia sekarang makin maju. Mahasiswa/siswi, para pelajar, tak lupa juga para pekerja. Baik penjawat awam mahupun swasta. Kebanyakan kita berusaha menegejar ke arah kemajuan, kejayaan, kekayaan. Berlumba-lumba kita nak mengejar ke arah menjadikan negara kita sebagai negara maju. Kononnya dengan menjadi negara maju, negara kita tak kan ketinggalan. Sentiasa di hadapan sebaris dengan negara maju yang lain.

Saya tidak mengatakan perkara itu salah, tetapi adalah lebih baik dan cantik kalau kita turut berlumba-lumba memperbaiki akhlak dan tingkah laku kita. Seiring dengan negara maju, akhlak dan peribadi kita juga maju di sisi Allah.

Mungkin ada antara kita yang lupa, yang dibawa ke akhirat kelak, bukanlah CGPA yang tinggi, bukanlah negara yang paling maju, harta yang paling banyak, gelaran yang menggunung tinggi, siapa yang paling banyak pegang jawatan. Tetapi, yang dibawa adalah kecantikan akhlak, kekayaan budi pekerti, ketinggian peribadi, amalan kebaikan yang sentiasa diperbaiki. Itulah yang akan dibawa, itulah yang akan dinilai, dilihat dan dibandingkan olehNya.

Alangkah indahnya dalam sebuah universiti itu ada pemarkahan untuk akhlak, tingkahlaku, penjagaan aurat, hubungan antara lelaki dan perempuan, adab sesama makhluk. Semuanya diberi CGPA. Siapa CGPA paling tinggi, ganjarannya di akhirat kelak. Siapa yang tak lepas  requirement, kena ulang semester. Kalau ada universiti sebegini di negara Malaysia, saya yakin kemajuan yang kita idamkan, kita mampu kecapi. Malah, lebih dari itu kita dapat…

InsyaAllah setakat ini sahaja post kali ni.

Syukran jazilan. Ma’assalamah.

Saturday  21012012

Kajang

12:58

1/20/2012

Menangislah duhai mata…

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam sejahtera ke atas anda semua. Semoga dilimpahi dan diberkati kehidupanmu dengan rahmat dan rahumNya. InsyaAllah.

Hari ini sekadar ingin berkongsi perasaan. Pernah tak anda belajar sesuatu yang anda tidak ingin belajar? Tetapi anda harus wajib dan perlu juga belajar atas sebab nak kejar CGPA. Or university requirement ke or whatsoever la. Perit tak bila time belajar? Sakit? Rasa tak mampu? Nak menangis?

Mari saya bagi jawapan. Jika anda pernah merasai begitu atau sedang ke atau mana tahu akan datang ke kan, menangislah jika rasa tak mampu. Jangan malu untuk menangis. Sukatila nak menangis kat mana2 pun. Time belajar tu nak menangis pun takpe. 

Normallah anda  jika rasa tak mampu. Saya bukanlah menggalakkan anda untuk putus asa. Tetapi, dalam masa anda menangis tu fikirlah mengapa agaknya Allah meletakkan anda di situ. Boleh jadi kerana Allah mahu anda lebih dekat denganNya, (melalui berdoa kepadanya saban hari), merintih dan merayu kerana anda tak mampu. Meminta diringankan beban dan sebagainya.

Percayalah bahawa Allah tidak akan sekali2 membebani diri anda dengan sesuatu yang anda tidak mampu untuk bawa atau pikul. Jadi, jangan malu untuk menangis. Menangis bukan kerana itulah cara terakhir kita, tetapi menangis kerana selepas itu kita akan jadi lebih kuat untuk mengharungi segala.

Jika anda rajin membaca buku mengenai kisah2 nabi, saya yakin anda pasti akan berjumpa dengan pelbagai kisah suka duka mereka. Suka untuk saya bagi contoh mengenai kisah nabi yusuf. Kisahnya dari Baginda masih kecil sehingga Baginda dewasa. Cukup penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan.

Mungkin sangat jauh untuk kita buat perbandingan antara diri sendiri dengan para Nabi. Baiklah, cuba anda lihat senior2 anda atau kawan2 anda yang sama bidang dengan anda yang telah berjaya melepasi halangan2. Tanya pada diri anda. “mengapa mereka boleh berjaya? Menagapa tidak aku? Bidang aku dan dia sama je.” Katakan pada diri anda, “Kau BOleh!!!”

Biarpun setiap kali kelas bagi subjek tersebut anda rasa down, nak menangis, nak berenti dan sebagainya, katakan pada diri, bisik pada hati, “Kau Mampu……” Kau Boleh!!! Allah kan ada…

Sebagai penutup, cuba anda renungkan lirik lagu HambaMu, nyanyia Mawi dan Akhil Hayy..

“Ke arah satu perjalanan

Dalam sebuah kehidupan

Demi untuk mengecapi

Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa

Masanya akan tiba

Dengan restu ilahi

Kelak pasti akan ditemui…

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)

Tunjukkan jalan seandainya hilang

Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh

Tekadkan semangat bila runtuh

Setibanya di sisiMu kuberserah

Terimalah ku

HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji

Cekalkanlah hasrat di hati

 

………………………………………………………………………………………

Berdasarkan lirik lagu ni, sebagai hamba kita sememangnya sangat2 perlu bergantung kepada Allah.

Allah beri kita ujian berat2, bukan kerana Allah benci kita. tetapi, kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah percaya kita mampu lakukan, jadi, seharusnya kita juga perlu percaya pada diri kita.

Semoga dengan coretan ini mampu memberikan anda inspirasi dan kekuatan. Jangan putus asa. Teruskan usaha. InsyaAllah berjaya.

Sekian. Wassalam.

20012012, Friday.

KL Sentral

18:12

1/16/2012

Something new…

Assalamualaikum.

MasyaAllah!!! Sudah lama ana tidak menjenguk blog ini! Sungguh cepat masa berlalu! Mood: mestliah happy sebab baru balek dari kem.hehe.

Kenapa nak tulis kat blog? mestila sebab ada benda dari kem yang seronok untuk dikongsi. Ok, mungkin tak teratur. Jadi, be careful la ye ketika membaca. ^_^

Kem tu diberi nama FASTRAIN. Senang cite, training untuk fasilitatorla. kat cfsiium. Alhamdulillah macam-macam yang saya dapat. Sirrul Asrar. Kalau salah betolkan ye. Rahsia bagi segala rahsia. Kenapa saya tulis? Sebab tak nak bagi lupa. Seriously, this is the best camp ever that i’ve ever came! Why? Because, banyak kata-kata yang memukul diri saya. Alhamdulillah, saya yakin Allah menegur saya untuk menjadi lebih baik. Jazakallahu khairan kathir.

Baiklah, kembali pada rahsia. Perkara ini disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Mohadir pada sesi tazkirah maghrib. Rugilah saya kerana tidak mencatit apa yang disampaikan oleh murobbi saya ketika itu. Setakat apa yang saya ingat, ustaz ada berkata tentang hikmah di sebalik bismillahirrahmannirrahim. MasyaAllah! Indeed, Allah is The Greatest! Apa yang saya ingat mim itu merujuk kepada mahabbatullah.

Ustaz juga ada menyebut tentang syaitan serang dari 4 arah iaitu depan, belakang, kiri dan kanan. Saya terfikir, kenapa atas dengan bawah takde? Ustaz meneruskan kata-katanya, kerana di bawah terdapatnya kekotoran. Manakala di atas…saya tak berapa ingat. Kalau tak silap kerana letaknya ilmu. Harap dapat betulkan. Ok, apa kaitan serangan syaitan dengan kalimah bismillah. Kalau anda perasan, kalimah bismillah terdapat 4 patah perkataan. 4 patah perkataan merujuk kepada 4 arah serangan syaitan. Subhanallah…i’ve never think of that! Kata-kata ustaz membuatkan saya lebih menghayati kalimah bismillah itu. Alhamdulillah…

Selain dari ustaz, ada konsultan luar yang dipanggil untuk memberi motivasi kepada kami para faci. Perkataan yang saya-memang-tak-nak-lupakan ialah…PROSES @ HASIL…haha. Sebab bro. Sham tu tanya saya. Mana lagi penting? Dengan penuh keraguan saya pun jawabla, proses…berkali-kali dia tanya ditambah lagi dengan segala provokasi, rgu2 juga saya jawab. Proses ke? Tapi, kini saya yakin, mestilah PROSES kan? Dalam mencapai sesuatu, segala usaha ke arah mencapai perkara tersebut mestilah dari sumber yang halal maksud saya proses tersebut mestilah proses yang baik. mengikut syariat bukan? Kalau setakat HASIL berjaya dicapai, tetapi prosesnya terselit kebatilan, HASIL itu secara batinnya sudah tidak cantik lagi. Sudah berkarat…

Ok, lepastu saya berjaya mencipta rekod tiup belon sampai pecah! Kelakar bunyik dia kan? Tiup belon je pon kan? Biarlah this is my record ok! Sebelum tiup tu, saya bagitau kawan saya yang saya takut sangat nak tiup. Berkali-kali saya cakap, bukan ke kalau tiup sampai pecah nanti mulut sakit? Saya bisik dalam hati, ‘takpe mulut sakit sekejap je bukannye lama pon…’ Maka bermulalah peniupan belon…

Sekali saya tiup, terasa belon tu yang sedut nafas saya. Boleh lelah jadinya! Tiup sikit, berenti sikit. Tiba2, POM!!! Berdegup jantung saya! Selang beberapa saat, POM…POM…POM… lagi banyak kot! Saya semakin takot. Lebih2 lagi kawan sebelah saya punya belon dah meletup. Saya bergegas ke bahagian tepi dewan. Tiup lagi dan lagi dan lagi…Tak cukup nafas saya berenti. Saya pegang muncung belon tu. Tiba2 POM! Ya Allah belon aku dah meletup!!! Memang saya tak sangka. Allah mendengar permintaan saya. Syukur ya Allah…

Kawan saya memberitahu tentang pendapat dia. Dia cakap Bro. tu nak latih keyakinan diri kita. Kalau ada yang tak dapat letupkan, sedikit sebanyak ada kaitan dengan keyakinan diri kita. Ada benarnya kata kawan saya tu.

Lepastu ada debat. I really hate debate. coz i don’t have the skill. Plus, i don’t like to talk in front of soooo many people. Padahal bukannya banyak pun orang kat situ. Then, after dah bincang2 dengan ahli grup, and sesi debat antara grup pun mula. Mula2 tu yela memang semangatla kan. Dah lama2 tu macam malas nak dengar orang sibuk pertahankan hujah. tambah2 lagi time tu dah 6 lebih rasanya. Jadi, saya pun tanyela kawan saya ni. Debat sebenarnya tak elok kan? Dia cakap, “tak elok dalam hal2 agama, tetapi hal2 lain dibenarkan” Pastu dia tambah lagi, debat ni perlu sebab memudahkan untuk kita (umat Islam) mematahkan hujah non-muslim. Nampak tak kepentingan debat? Ok, baru saya faham. Jazakallah sohibati!

“Sayangi orang lain jika anda ingin disayangi. Hargai orang lain jika anda ingin dihargai.” “What you give, you get back".” What goes around comes around.” Ok, yang ni tak perlu huraian. Fahamkan semua?

“jangan fikir apa yang kita dapat, tapi fikir kebaikan apa yang kita boleh bagi kepada orang lain.” I like this quote. Quote ni membuatkan saya berasa kita perlu bantu orang lain yang kurang faham… Balasan dari kebaikan yang kita buat, tak perlu susah2 nak fikir. Ada ganjarannya di sisi Allah. InsyaAllah.

“Hasanatul abrar sayyiatul muqorrobin” Baik pada pandangan manusia, tapi buruk pada pandangan Allah. kecik pada mata manusia tetapi besar pada Allah. Contohnya, kutip sampah. Susah kan tangan kita nak kutip sampah yang mata kita nampak? pada pandangan kita, ‘alah sampah je pun. takpela biar jela. nanti orang lain buangla.’ kalau kita yang kutip, masyaAllah…besar pahala sebab membuang perkara yang boleh menghalang laluan orang.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Matlamat hidup kita ialah Allah. Segala apa yang kita buat pon semuanya kerana Allah jua. Mindset kita perlu tetapkan Allah lah segala2nya. Lantaran, attitude kita mudah mengikut arah mindset kita. Al-hasilnya, result yang dicapai tak terjangkau dek akal fikiran kita. Indah bukan?

Baiklah,, pada pengamatan saya, saya perlu berhenti menaip memandangkan jam pun sudah menunjukkan jam 01:15 a.m. Saya pun sudah tidak dapat memikirkan lagi apa yang hendak ditaip. InsyaAllah, kita berjumpa lagi di post akan datang…

Wassalam…

Semoga bermanfaat…^_^

16012012, Monday

01:18 a.m.