2/10/2012

…KePENTINGan…

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum buat pembaca sekalian. Semoga kalian berada pada tahap kesihatan yang memuaskan…

Students; busy ke kehidupan students ni?

Hmmmm….

study…study…pointer kena jaga…study je tak cukup…kena ada pengisian tambahan…kena aktif dalam society jugak…hmmm…

Mana satu yang aku patut utamakan???study? society? masalah ummat?

 

Di atas merupakan antara dialog2 yang sering bermain dan berlegar2 dalam minda seorang manusia yang bergelar pelajar. Seringkali kita tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam ertikata lain zalim terhadap diri sendiri.

Pernah dengar tentang fiqh aulawiyyat? Saya bukanlah ‘arif dalam bab2 feqah ni. Saya sendiri masih tercari2 cara yang paling mudah untuk membezakan perkara mana yang patut didahulukan. Adakalanya, kita mungkin mendahulukan perkara yang tidak sepatutnya didahulukan lantas berlakunya ketidakadilan terhadap perkara yang sepatunya diutamakan. Faham tak?

Ok, pernah dengar frasa pentingkan apa yang lebih penting? Pernah apply dalam kehidupan anda sebagai pelajar? 

Ok, buat hamlatul quran pula, khususnya yang mengikuti kelas tasmi’ di tempat pengajian anda. Pernah menghadapi situasi di mana pada malam kelas tasmi’ anda, guru biologi anda juga ingin mengambil masa malam anda bagi menghabiskan silibus yang belum selesai. Kelas mana yang patut anda pergi? Kelas tasmi’kah? Kelas biologi kah? atau kedua2 sekali?

Ok, situasi lain pula, meeting society anda jatuh pada hari anda mempunyai kelas tasmi’.

Situasi lain, terdapat majlis ilmu yang anda sememangnya ikuti pada hari kelas tasmi’ anda…

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda renung2kan dan fikir2kan. Sejauh mana kita meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.

Satu perkara yang suka saya ingatkan buat diri sendiri dan anda, jika anda seorang hamlatul quran, quran itu akan dipersoalkan kelak di akhirat. Sejauh mana usaha anda untuk menjaga ayat2 suci itu. Quran juga akan turut menuntut haknya di akhirat…

Ya Allah permudahkan urusan kami dunia dan akhirat…

Mendung DQ

Jazakallah…wassalam…

Petaling Jaya

Khamis          09022012

17 Rabiulawal 1433

19:34

2/06/2012

Muhammad al-Amin

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Hijjaz

tiba2 teringat lagu ni.terus cari lirik sebab dah tak berapa ingat lirik dia. Mari kita hayati bersama lagu ni!!

Photo0063

 

adik kami…lahir sehari sebelum tarikh kelahiran nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. pada pagi jumaat. Alhamdulillah..

Photo0069

gembira di pangkuan kakanda terchenta…

Photo0071

kek yang dibuat pagi tadi bersempena dengan kelahiran insan2 tersayang…^_^kek coklat pisang oreo!!

 

Kajang

06022012     Isnin

21:02