3/10/2012

Think YOU can.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum…

Walaupun di kesibukan dengan kuiz yang banyak, assignment yang perlu disiapkan, dan report bio yang perlu dihantar, kerja tu kerja ni, saya tetap nak menulis jugk kat blog ni.

okeh, yang kat atas tu sebelum exam punya cerita. sekarang mid-sem exam dah habis. Alhamdulillah. Saya selalu je ulang ayat ni, selalu je nak tulis blog tapi tak terjumpa2 masa yang sesuai. Kadang2 masa ada tapi line tenet tak berapa nak bagus. Teros malas nak menaip. Boleh je kalau nak dijadikan draft dulu. Tapi that’s not my style. Saya suka lepas tulis terus post. Baru boleh sampai isihati tu.

Semenjak 2 3 menjak ni selalu fikir benda2 yang pelik. Sampai merapu pun ada juga. Dunia dah semakin hampir ke penghujungnya. Kita tak tau bila masa tu akan tiba kan? Setiap kali tamatnya peperiksaan, saya selalu teringat akan kata2 ni, ‘peperiksaan dunia dah tamat, peperiksaan akhirat plak macam mana?’

Kalau kita tahu bila tarikhnya, mungkin sekarang lagi kita dah bersedia kan?

Ok, saya nak tanya, pernah tak anda rasa DOWN yang teramat sangat? Apa yang anda buat apabila menghadapi situasi macam ni? Update berjuta status di FB? Bercerita dengan semua kenalan rapat keliling anda? menangis seorang diri kerana tidak mampu lagi?

Mari saya bagi jalan penyelesaian. Dari mana kita datang? Siapa yang ciptakan kita? Siapa yang ciptakan masalah tu untuk kita? Senang kan jawapan dia? Allah. Menangislah di hadapan Allah nescaya hati anda akan menadi tenang. Serious! Lepas solat, time nak baca doa tu, ceritalah SEMUA masalah anda sampai berderai air mata. Sebaik doa anda tamat u will experience EXTRA calm from before.

Percaya tak, adakalanya ujian yang kita terima tu adakalanya TEGURAN dari Allah. Nampak tak betapa Allah SANGAT menyayangi hambaNya…Tapi sayang…adakalanya kita sebagai hamba tak perasan / tak nampak ujian itu sebagai teguran. Sampai ada yang boleh menyalahkan takdir. Astaghfirullah…

Sejak 2 menjak ni, banyak yang saya dengar orang sebut perkataan SABAR. The hard time had come eh? Be strong dear. Especially to those yang dah nak last2 semester, last2 year ke kat universiti; serabot otak eh nak kena jaga pointer? Ada orang cakap 4 rata la, 4 leper la, tak kesahla 4 apa pun kan, yang penting 4. Tiba2 saya terfikir, kenapa 4 eh? kenapa boleh jadi 4? kenapa bukan 5 ke 1 ke? Ok, kalau siapa2 yang boleh jawab, sila jawab kat bawah ye. Saya nak tahu juga.

Ok, keyboard-off. One question to ponder, did u get something from this post? Hope your answer is ‘yes’. If not, you can stop read my blog.

But, before i forget, i wanna share this sentence,

“Jadilah seorang Muslim seperti resting membrane potential. Walaupun dalamnya negatif belaka, tapi luarannya positif sokmo.”

Maksudnya di sini, walau macam mana banyak sekalipun masalah kita (negative), kita masih mampu tersenyum terhadap orang lain, masih mampu untuk membantu mereka yang memerlukan (positive).

“If you still think you can’t, just keep on trying because the ‘keep on’ is forever be counted as an effort toward can.”

~makabersasteralahsayapadamalamhari~

Thanks for keep on reading.

A smile for your effort ^_^, hope you feel it.

Wassalam. Ma’assalamah, wa ilal liqo’.

10032012   Saturday

23:49

Petaling Jaya.