10/29/2012

this world?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh

Sementara masa masih ada, tangan masih rajin untuk menaip, walaupun berjenis-jenis kuiz sedang beratur menunggu hari, lebih baik saya menaip. Betol?

Tadi bertolak dari Bangi dalam jam 12.30. Sampai Puduraya dalam 1.15, sampai terminal Kuantan around 5 p.m. Lastly, sampai bilik tercinta jam 6 petang. Jadi jumlah jam perjalanan hari ini ialah selama 6 jam. Lama tak agak2?

Actually i don’t know what to do right now. I asked my sister what to do, and she told me, make a new post la. Haha. And now i’m in front of my laptop typing and arranging some words to make a very beautiful and meaningful sentences so that all of us can get some benefit from this post.

Oh, suddenly i got some idea on what to write. It’s about scholarships. There are plenty of scholarship out there in Malaysia right? Even pinjaman pun tersangatla banyaknye. However, not all students manage to get it right? I don’t know because of what some students didn’t manage to get it. Ok, i’m not going to talk about why, but i’m going to talk about this particular world.

Ok, why do we live in this world? for what reason actually? In Muslim world, we live in this world is because we want to have a better life in hereafter right? Besides we want to be recognized by our ultimate God, ALLAH. I want to write in Malay, takot tersalah maksud plak nanti. Sebab kita nak mencari redho Allah bukan? Sebab kita ada kehidupan yang kekal abadi dan lebih utama berbanding di dunia ini. Itulah kehidupan akhirat.

Persoalannya, kenapa kita perlu belajar tinggi2? Kenapa perlu sampai ada PhD? Ok, some people might say, ‘sebab nak ada better life’,‘sebab kalau ada PhD gaji lebih tinggi’. Let’s say, kita dah dapat gaji tinggi, and what next? Nak lebih tinggi lagi gaji? Kalau semua anak kita dah berumah tangga, dah ada kehidupan masing2, untuk apa kita kumpul duit banyak2 sebenarnya? ‘Nanti boleh pegi melancong satu dunia’. Ok, semua tempat dah pegi. Then? We can’t go far than that right? Of course after all this DEATH will come! So, what about our preparation?

Ok, mungkin agak pening di sini sebab tak nampak kaitan dengan apa yang cuba saya sampaikan dalam perenggan sebelumnya.

Sebenarnya saya terfikirkan tentang sistem pembelajaran di Malaysia ni. Masih relevankah? UPSR, PMR, SPM makin senang pelajar dapat straight A’s. Lepas tu makin ramai pergi belajar oversea. Makin ramai yang berlumba-lumba nak menjadi seorang doktor. Semakin ramai ibu bapa yang mahukan anak mereka ada title doktor. Semakin ramai ibu bapa merasakan dengan menjadi seorang doktor, masa depan anak2 mereka lebih terjamin. Jadi, anak2 ini belajar umpama ayam putih yang mematuk segala benda yang diberi.

Belajar bukan susah. Baca sahaja segala lecture notes yang diberi, sekarang semua benda boleh di google. Hafal sahaja apa yang diberi. Sampai peperiksaan, muntahkan segala yang dihafal. Dapatlah keputusan yang sangat mantap. 4 flat. Keputusan yang semua orang idam2 kan. 4.00. Masuk alam pekerjaan. Semua tempat mahukan dan utamakan pelajar yang keputusannya mantap2. Kerana pada mereka pelajar yang keputusannya mantap tahu semua benda. Tapi bila dah kerja tak semua pelajar yang mantap ni mampu survive di alam pekerjaan. Kenapa? Kerana mereka tak didedahkan dengan praktikal pekerjaan.

Mungkin apa yang saya tulis ni dah tak berlaku lagi. Saya cuma berharap pada masa akan datang sistem pendidikan di Malaysia berubah 360 darjah. Tidak lagi berdasarkan teori semata-mata. Alam pekerjaan didedahkan sejak dari tadika lagi. Sejak tadika hinggalah tamat belajar, peperiksaan bukan lagi atas kertas semata-mata tetapi lebih bervariasi. Tiada lagi sistem pemarkahan tetapi lebih kepada progression seseorang pelajar itu. Semua mata pelajaran di ajar semasa sekolah rendah lagi. Suasana persekolahan pula sentiasa menggalakkan pelajar ingin tahu dan berani bertanya.

Manakala, sesiapa yang ingin menjadi guru, perlu ada pemantauan dari segi akhlak, pakaian, ibadah mereka. Evaluation on akhlak, appearance. Sebab guru2 merupakan orang yang sentiasa diperhati pelajar. Sepatutnya, sesiapa yang menjadi guru perlu memakai pakaian yang telah ditetapkan Allah.Walaupun selepas waktu sekolah. Kerana pada saya, seorang guru itu tetap akan terus dipandang sebagai seorang guru di mana jua dia berada sekalipun dia telah pencen!

In conclusion, kalau kita rasa hidup kita susah, ketahuilah ada orang yang terlebih susah dari kita. Jangan sesekali pandang orang yang senang ketika kita susah kerana takut kita menyalahkan takdir dan menjadi hambaNya yang tidak bersyukur.

Setiap kali kita dilanda ujian, dugaan, musibah, bencana, selalulah tanya pada diri, untuk apa aku hidup sebenarnya? kenapa Allah memilih aku untuk terima ujian ini?

Ingatlah, kalau kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita. Kalau kita jaga waktu solat, Allah akan jaga waktu kita. Yakinlah pada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Sekian, syukran jazilan.

Semoga mendapat manfaat dan semoga Allah memudahkan urusan kita semua walau di mana jua kita berada.

28102012 @ 12121433

AHAD

Kuantan

00:42

10/27/2012

Beruang….Madu?

Ohayo! Hmm….Hmm…Mood sekarang sangat baik untuk menulis. Tapi, malangnya, tak tahu nak tulis apa da…Petang tadi sedang asyik menonton television bersama bonda tercinta, tiba-tiba terbual pasal madu. Umum mengetahui, binatang apa yang suka makan madu bukan? Ya, tentunya lebah! Tapi, bonda saya memberitahu beruang juga turut makan lebah.

Maka, berlakulah conversation antara saya dan bonda saya mengenai madu, lebah dan beruang…

Saya terfikir, kasihan pada lebah yang kepenatan mencari madu saban hari lalu dibuatnya sarang madu. Tetapi, begitu mudah manusia mengambil madu yang dicari lebah. Saya memberitahu bonda saya akan kemusykilan ini. Lalu bonda saya memberitahu, tak perlu kasihan pada lebah kerana itu memang kerja dia mencari madu dan sememangnya madu itu untuk manusia makan jua. Bonda saya menambah, bukan lebah sahaja yang memakan madu tetapi beruang juga turut makan madu. Maka, bertambah lagi kemusykilan saya.

Saya berasa sungguh pelik. Beruang yang besar makan madu yang manis? Saya pelik bukan kerana saya tidak tahu, akan tetapi perkara ini membuatkan saya terfikir. Kebiasaan yang kita lihat binatang buas yang besar makanannya juga turut besar. Sebagai contoh, singa makanannya rusa, begitu juga harimau, makanannya juga dalam kalangan daging or meats. kan? Tapi, beruang makan madu…Ye, saya tak nafikan, makanannya bukan sahaja madu, tetapi beruang juga turut makan meats kan? Tapi….saya tetap pelik.

Oklah, saya bagi analogi. Dalam kehidupan manusia, selalunya manusia yang garang-garang ni, sifatnya juga turut keras sebagaimana bengisnya dia. Jarang kita dengar manusia tu garang nak mati tapi menangis bila tengok cerita sedih2. Pelik kan?

Summary, indahnya ciptaan Allah…Tak semestinya yang besar tu, makanan dia pun besar. Tak semestinya orang yang gemuk tu, gemuk sebab banyak makan. Tak semestinya orang yang garang tu, garang sehabisnya. Adakalanya, di sebalik kegarangan itu, terselit sifat kelembutan, tapi tiada siapa pun yang tahu..

Revise date: 27102012

23:34

Kuantan

10/20/2012

That kind of life…

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!!

Lama sudah tidak bersua dengan blog ni. Walaupun cuti berduyun-duyun sudah berlalu pergi, tidak pernah jari ini menaip di blog ini dek kerana kemalasan yang melampau untuk membuka laptop. bukan apa, once my laptop is open, habislah benda lain. Tak dan nak buat. Jadi harini gagahkan juga tangan untuk menaip, dah alang-alang connection tengah laju macam jet!

Alhamdulillah tamat sudah pengajian saya di Petaling Jaya, kini sedang menunggu hari kemasukan ke Kuantan pula. Rasa macam tak percaya je dah 2 tahun berlalu.

_________________________________________________________

Post di atas it’s been ages ago I've written but never post it on my blog. And today, i was already in Kuantan pursuing my study in Pharmacy. The truth is, i never thought of being a pharmacist in my life! Mungkin ada hikmah di sebalik kos yang saya dapat ni. Kesian saya rasa pada mereka yang memang sejak azali lagi bercita-cita nak jadi farmasi tapi mendapat kesudahan yang mereka sendiri tak pernah bayangkan!

Tidak dinafikan juga, ada ketikanya saya rasa bahawa saya telah mengambil tempat mereka. Hal ini kerana, semasa saya di CFS, selama dua tahun saya berada di bawah bumbung allied health science. Balik kampung, puas saya menerangkan allied tu apa. Bajet ramai je yang tanya aku amek kos apa..hoho..

Hari saya menulis post ni merupakan hari kedua kuliah saya bermula. Terasa nak tukar kos yang lebih senang pun ada. Kos Math la pada saya. Kos bebas daripada membaca! Bukan tu je, adakalanya mata saya pun bergenang je, mana taknye first time berjauhan dari family tercinta. Selama ni sekolah saya memang very near and so easy to come back home. Wherever i live, there’re always nearby ktm komuterla, lrt la kan. So, nak balik tu, memang setiap minggu la balik kan. Bukan sebab berjauhan je, tapi lebih kepada subjek yang saya kena belajar.

I’m really afraid that i could not make it. Because in my class, i can see the passion in my friend’s eyes. Semua yang jenis hebat-hebat, pointer pun mantap! Memang menakutkan.

I want to share my lecturer’s opinion here. His name is Dr. Abdul Razak. Yesterday and today, in his class I always feel sleepy. Taktaula sebab apakan. Tapi Dr ni memang bestla dia ajar. Seriously saya rasa teramat sangat ruginya sebab menagantuk dalam kelas dia. I’m really sorry Dr. T_T…Mujur kawan saya tak tidur. So, habis kelas terus saya tanya kawan saya. But, please don’t misunderstand ye. Saya takdela tido from the start to the end. Kalau tak takdela saya nak cakap yang dia ajar best kan.

Okeh. Masa dia cakap ni saya betul-beul terjaga dan dengar setiap apa yang dia cakap. He told us that, he don’t mind about our academic. But, the most important thing is our AKHLAK, our ATTITUDE. Yes, i totally agree with him.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang sedar dan mungkin juga ada yang tak sedar. Zaman sekarang ni, ramai yang very excellent in academic. Just ask anything, he or she can answer. But, his or her attitude is the worst of all! Attitude yang pada saya seperti solatnya, adabnya, cara berpakaiannya.

Saya sangat sedih sebab saya pernah berjumpa dengan orang yang macam ni. Lebih sedih kalau tahu background family dia pun tak menitikberatkan tentang kepentingan solat, adab dan sebagainya.

Lagi satu Dr saya berpesan, please be a knowledge-oriented and not exam-oeriented. Memang dari dulu saya cuba untuk menjadi knowledge oriented. Tapi disebabkan suasana di Malaysia ni yang memang sangat exam-oriented menyebabkan saya pun turut terikut. Please change! Kita yang rugi kalau melahirkan pelajar or dalam ertikata lain rakyat yang exam-oriented. Ingat time periksa je, habis exam, habis semua. Astaghfirullah…

Revise time: 201012

Saturday

Bangi

11:47

10/01/2012

Mahar CInta

Andainya

Dapat engkau mendengarkan

Suara di hatiku

Melagukan rindu

Kiranya

Engkau mampu mentafsirkan

Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kanmemahami

Harapan kasih yang terbina

Sekian lama di sudut hatiku

Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja

Melindungi resah di jiwa

Namun bimbang diri kanterleka

Hanyut dibuai mimpi indah

Hingga terabai segala cita

Sedang khayalan tak menjanjikan

Segunung kebahagiaan

Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti

Setiap cinta yang dilafazkan

Bukanlah sekadar mainan

Tetapi sebuah janji

Bukanlah aku sengaja

Melindungi resah di jiwa

Namun bimbang diri kanterleka

Hanyut dibuai mimpi indah

Hingga terabai segala cita

Sedang khayalan tak menjanjikan

Segunung kebahagiaan

Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti

Setiap cinta yang dilafazkan

Bukanlah sekadar mainan

Tetapi sebuah janji

Andainya

Dapat engkau mendengarkan

Suara di hatiku

Melagukan rindu

Kiranya

Engkau mampu mentafsirkan

Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat

Rahsia kasih yang terpendam

Sekian lama di sudut hatiku

Hanyalah untukmu

Selamanya…

Lagu Devotees…tiba-tiba je rasa nak tahu lagu ni pasal apa. Selama ni dengar je..

Monday

01102012 @ 15111433

1:23

Kuantan