11/11/2012

My Study Life 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mengurniakan saya kekuatan untuk terus menulis di blog ini.

Post kali ini saya nak bercerita mengenai perjalanan pengajian saya bermula dari tadika hingga kini. Mengapa saya nak cerita kisah ni? Sebab semenjak 2 menjak ni saya selalu rasa hilang semangat untuk terus belajar menyebabkan saya seringkali melihat ke belakang. Sejak dari tadika bagaimana saya boleh terus bertahan untuk terus belajar walaupun pada hakikatnya saya buakanlah seorang yang suka belajar.

TADIKA

Saya memulakan pengajian saya di salah sebuah tadika swasta di Sabah. Saya masuk tadika seawal 4 tahun kalau tak silap saya. Terus terang saya katakan bahawa saya tak enjoy langsung hidup sebagai seorang kanak-kanak tadika. Saya sendiri tak ingat saya ada kawan ke tak masa saya tadika. Apa yang saya ingat hanyalah ayah saya hantar saya masuk tadika, saya keseorangan tanpa ditemani sesiapa. Sepanjang persekolahan saya hanya menangis dan meronta meminta untuk balik ke rumah. Disebabkan perangai saya yang begitu jadi pada keesokan harinya, ayah saya meminta kakak saya untuk menemani saya. Keesokan harinya, kakak saya menemani saya. Setakat itu sahaja memori tadika 4 tahun saya. Saya tak ingat adakah saya belajar dekat situ ataupun saya hanya duduk diam-diam je. Seriously masa tu saya tak rasa pun mempunyai kawan walau seorang itu satu perkara yang menyeronokkan.

Semasa saya 5 tahun, saya bertadika di rumah nenek saya di Sungai Koyan, Pahang. Kedatangan saya takdela memuaskan. Selalu tak datang. Biasalah, sebab rumah saya bukan dekat situ. Rumah saya masa tu dekat Perak ke Kajang tah. Jadi saya hanya pergi tadika masa mak saya ada sahaja. Saya masih belum reti membaca, mengeja, mengira dan sebagainya. Saya sendiri tak ingat saya belajar membaca dari siapa. Saya sendiri tak ingat apa yang saya belajar dekat tadika tu. Tadika tu dekat Sungai Koyan 1. Saya takde kawan lagi masa tu.

6 tahun. Tiba-tiba je saya dah reti membaca, mengira dan sebagainya sebelum saya masuk tadika lagi. Saya dah siapkan semua latihan dalam buku sebelum hari persekolahan tiba lagi. Tapi yang uniknya bukan saya yang buat sebenarnya. Kakak saya yang takde kerja tu yang buat. Dahla buat guna pensil warna hitam pulak tu. Semua buku pulak tu. Perkara yang paling saya ingat ialah, my mummy teach me how to write my very own name. Dia tulis nama saya atas kertas lepas tu saya selitkan kertas tu di celah-celah buku saya. Saya rasa saya belajar membaca dari kakak saya. Sebab masa saya masuk kelas tu, saya dah pandai membaca dah pun. Saya pun tak ingat apa yang saya belajar. Adalah main-main banyak. Main-main tu pun dalam waktu kelas tau. Saya tak taula best ke tak pergi tadika ni. Sebab saya banyak tak datang kelas. Yelah rumah kat negeri lain, tadika kat negeri lain, mana taknye kan. Tapi saya ingat, makcik yang masak makanan untuk kitorang tu merangkap mak kawan saya, saaaaaaaaaaaangat garang!. Dia tak kasi makan selagi tak beratur dengan lurus. Tadika tu tadika Kemas. Campur laki perempuan. Even masa beratur tu saya kena beratur belakang lelaki. Susunan beratur tu memang kekal tak berubah. Jadi tempat saya memang belakang lelaki tu jela. Masa ni saya tak rasa kepentingan belajar lagi, saya tak rasa pressure untuk belajar atau pressure untuk compete dengan orang lain. Saya takde apa-apa perasaan.

SEKOLAH RENDAH

Secara overall sekolah rendah, saya just belajar ikut flow. Takde turun naik. Just flat. Saya tak rasa kepentingan dapat markah tinggi, top scorer, dapat nombor satu setiap kali peperiksaan, dapat A dan sebagainya. Saya belajar je. Ada kerja sekolah, saya buat. Tetapi, saya rasa puas kalau saya dapat nombor satu. Tapi saya tak rasa saya compete dengan orang lain. Saya cuma belajar dengan gembira. But, everything change bila saya masuk darjah 4. Umur 10 tahun. Saya mula rasa pressure.

1) Sebab pertama, subjek mula bertambah. Ada Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup and the worst is ada Sains!

2) My English teacher, teach in English. Every word she uttered was in English since she’s not Malay and she’s not a Muslim. And she doesn’t even ask whether we understand or not what she said! Because of this, setiap kali habis kelas, saya akan tanya kawan saya yang non-Malay segala apa yang cikgu tu cakap dalam kelas tadi. Walaupun masa tu saya perlu kejar bas untuk pulang ke rumah.

3) Subjek kegemaran saya, matematik menjadi makin payah pada saya.

Disebabkan 3 perkara di atas, pressure saya makin bertambah. Ditambah lagi pada masa tu kakak saya duduk asrama, maka tinggallah saya seorang dekat sekolah Methodist tu. Saya rasa semakin malas untuk belajar, banyak kerja sekolah saya tak buat, saya tak beri tumpuan dalam kelas and I think I should do something. And…I end up with transferring to my brother’s school. Sekolah campur laki perempuan macam biasa.

Disebabkan hal yang saya buat, mestila saya kena marah dengan ayah saya kaw-kaw punya kan. Walaupun masa tu saya hanya berumur 10 tahun. Tetapi, saya tak pernah bagitau sesiapa the exact reason why I would do that ridiculous thing.

Sekolah baru. Saya belajar macam biasa. Masa tu saya fikir, kenapalah sekolah suka asingkan kelas pelajar pandai dengan pelajar kurang pandai. Apa yang saya tau, belajar jela macam biasa. Saya belajar seperti biasa tanpa ada tekanan. Tekanan saya masa tu cuma pada subjek yang saya cukup tidak gemar, Sains. Disebabkan saya tak suka subjek ni, jadi saya banyak meniru kawan saya punya jawapan. Saya tiru membabi buta tanpa memahami sebarang perkara dek kerana ketidak sukaan saya pada matapelajaran tersebut. Sebab pada saya, saya bukanlah budak otak sains, tapi saya budak otak Math. Sampaila masa saya darjah 6, saya terfikir, sampai bilala aku nak tiru jawapan kawan. Nanti nak UPSR takkan nak tiru jugak kan? Jadi, saya mula fahamkan apa itu pembolehubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas. Dah 2 tahun lebih belajar, masa darjah 6 baru saya faham.

Saya tak berapa nak perform dekat sekolah kebangsaan, tapi Alhamdulillah saya cukup suka sekolah agama. Saya suka semua matapelajaran dekat sekolah agama walaupun kebanyakan subjek dia hanyalah membaca. Walaupun ada antara kawan-kawan saya yang kurang suka dengan ustazah sebab ustazah garang, tapi saya suka seeeeeeeemuaaaa ustazah dan ustaz saya.

Saya tak kisah markah saya dapat berapa, tapi saya belajar je dengan gembira. Saya tak rasa burden pun kalau markah saya tak tinggi mana sebab saya suka je belajar. Saya takde pun nak pergi tuisyen ke kelas tambahan ke. Saya belajar sendiri. Saya gembira belajar.

SEKOLAH MENENGAH

Subjek makin banyak. Ada tambahan subjek baru yang saya turut tak suka. SEJARAH. Saya cukup tak suka. Saya jarang dapat A dalam subjek ni. Cuma masa saya form 3 saya asyik study Sejarah je. Saya mula rasa penat menghafal. Naik upper form. Ada subjek BIOLOGY pulak. Bertambah pressure saya sebab kena belajar benda yang saya tak suka. Saya mula mempersoalkan kewujudan peperiksaan. Berkali-kali saya fikir, kenapalah kena ada exam? Kalau belajar je kan best. Saya selalu nasihatkan diri saya, bersabar, bersabar dan terus bersabar. Sikit je lagi. 2 tahun je kena tahan. Saya sabar. Saya tahan.

Masa saya form 5, saya tak faham langsung apa yang saya belajar pasal Chemistry. Saya jadi takut. Bila takut, kalau rajin datang takpe. Tapi saya, kalau takut, malas yang muncul. Saya jadi mula malas nak study. Tambah-tambah lagi saya bersekolah di KISAS. Siapa tak kenal KISAS @ KIK? Semua pelajar dia rajin. Kecuali saya. Tapi saya kuatkan diri. Saya paksa untuk rajin. Saya sabar dan saya bertahan. Saya selalu cakap, sekejap je lagi. Akhirnya saya berjaya menempuhi alam persekolahan. Tetapi sebaik habis SPM, saya rasa nak ambil SPM lagi sekali sebab saya tak puas hati. Menghadapi peperiksaan tanpa kafahaman mengenai subjek tersebut. Saya tak suka. Saya mula rasa kurang efektif system di Malaysia. Saya mula rasa saya tidak mampu untuk meneruskan dalam bidang ini.

FOUNDATION---DEGREE

Saya rasa saya hanya belajar ikut flow. Pergi kelas, dengar lecture, balik bilik, rehat, study sikit. Tapi, saya tak pasti apa yang saya faham dalam lecture. Dalam lecture, saya faham. Bila mula nak buat revision, saya jadi tak faham. Hati saya makin rimas dengan system macam ni. Saya semakin lagi rasa tak efektif. Tapi, saya tak tau apa tindakan yang saya patut buat. Jadi, saya belajar sahaja ikut flow. Takde lagi perasaan gembira masa belajar. Hanyalah burden dan pressure. Macam biasa, saya paksa diri saya untuk terus belajar dan kuatkan semangat saya. Saya pressure bila ada kuiz, exam. Saya hanya gembira apabila saya dapat belajar perkara baru, dapat tahu ilmu baru.

Masuk degree. To be honest, saya takut dengan kehidupan saya sekarang. Macam tadi saya cakap, saya gembira bila saya dapat tahu sesuatu perkara yang saya tak pernah tahu dalam hidup saya. Saya kagum dengan semua lecturer saya. Adakalanya saya rasa, saya tak tahu matlamat hidup saya. Seringkali saya mengalirkan air mata. Saya mula merasakan memory saya makin berkurangan. Tidak lagi efektif speprti dahulu. Saya tak tahu silap saya di mana. Orang sekeliling mungkin merasakan ‘wow, dia ambil bidang farmasi!’ tapi, saya tak tahu adakah itu satu perkara yang boleh dibanggakan. Kini, saya seringkali berbisik pada diri setiap kali saya rasa ingin berhenti dan pusing kehidupan saya 360 darjah, mengenai apa yang ingin saya capai sebagai seorang graduan farmasi nanti.

1) Saya ingin bekerja di bidang pharmaceutical industry walaupun ramai yang cakap bidang ni agak tough. Saya suka kerana saya tahu communication skill saya agak kurang.

2) Saya ingin mencipta ubat berdasarkan makanan sunnah seperti habbatus sauda’.

3) Saya ingin mencipta makanan yang sihat dan semestinya halal.

4) Saya ingin membuat majoring dalam bidang psychopharmacology kerana saya sangat suka belajar mengenai human behavioral.

5) If ‘gila’ @ ‘craziness’ is a disease, I want to cure it. Biiznillah... saya ingin mencipta ubat bagi pesakit gila bukanlah kerana saya mempunyai ahli keluarga yang kurang siuman ke apa ke, tapi I just want to. Because I believe mereka yang kurang siuman itu dilahirkan as a normal human being but maybe because they have develop kecelaruan identity atau kerana tekanan dari masyarakat sekeliling menyebabkan mereka jadi begitu.

Kerana saya sering berfikir mengenai 5 perkara ini, menyebabkan semangat saya naik semula untuk meneruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar farmasi. Walaupun markah saya sangat rendah ketika ini, saya hanya perlu berfikir, markah rendah tak semestinya kita kurang faham tetapi it is as a symbol that we need to learn more. Macam lebih kurang kan? But it is different.

Saya juga ada terfikir kenapa sekarang saya agak susah untuk ingat. And I found out that, sebab sekarang I learn in English. Totally English! Kalau dulu semua Bahasa Melayu. And my mother tongue pun Bahasa Melayu kan. Jadi dia senang nak masuk. But now, it is different. I find it difficult because of the language. Even kalau saya baca notes pun, saya dah faham. Tapi faham dalam BM. Bila nak translate ke BI dah tak tahu macam mana nak buat. And I end up dengan terpaksa hafal sentences yang diberi. Pelik kan?

Lagi satu saya nak beritahu, kebanyakan orang fikir bahawa mereka yang sangat rajin membaca buku ni adalah orang yang sangat pandai and well-prepared untuk exam. Tetapi pada saya, kerana saya mempunyai masalah sukar untuk faham satu2 sentence, saya perlu baca berkali-kali dan perlu focus betul-betul dan ini menyebabkan orang melihat saya sebagai seorang yang kuat study. Hakikatnya saya tidaklah kuat study. Saya Cuma perlu membaca lebih daripada orang lain. Because I’m a unique person. Unfortunately, I’m not that kind of rajin. I need to use some force to myself…

Tak sangka karangan saya sampai 4 page. Sometimes I need to write all these things so that I can regained my energy back. Lagi satu, setiap orang ada cara tersendiri untuk memotivasikan diri mereka dan ini cara saya to motivate myself.

As a conclusion,

1) To make something clearer, sometimes you should jot it down

2) Hidup ini ibarat roda. Kadangkala kita di atas dan kadangkala kita di bawah. Ketahuilah bahawa Allah telah merancang dan menulis perjalanan hidup kita. Jadi, jangan mempersoalkan tentang apa yang berlaku tetapi bermuhasabahlah kenapa sesuatu perkara itu boleh berlaku.

3) Adakalanya kerana dosa kita yang lampau, kita diuji pada hari ini tetapi jarang daripada kita yang sedar akan hakikat ini.

4) Apabila kita rasa sudah tidak mampu lagi, maka carilah masa untuk kita merenung kembali kepada kehidupan kita. Andai tangisan itu mampu meredakan masalah, maka menangislah semahunya.

5) Walaupun word “jangan cepat berputus asa” sometimes really annoying us, tapi kita tetap perlu agree with this quote. Sebab kerana word inilah syaitan berjaya menumbangkan manusia. Kalau syaitan berjaya because of this, sepatutnya kita dulu yang berjaya sebab kita ada akal.

Enough with this. I hope you can get something from this post. This post is actually to motivate myself. Semoga Allah memudahkan urusan kita semua di dunia mahupun di akhirat. InsyaAllah.

26121433 @ 11112012

Sunday

Kuantan

20:36