3/30/2013

Heart break ====> ‘Sweet break’

~Bismillahirrahmanirrahim~

~Alhamdulillah~

Cuti pertengahan semester hampir sampai ke penghujungnya. Tetapi perasaanku tidak seperti selalu semasa di Matrikulasi dan sekolah menengah. Perasaan ‘normalla’ kena balik asrama dah. Maybe sebab dah lama duduk asrama and jarang pulang ke rumah menyebabkanku ‘alah bisa tegal biasa’. Walaupun pada awal cuti aku telah memberitahu ibuku bahawa aku perlu study cuti ni dan ibuku juga telah mengesyorkanku agar berkurung di bilik bawah untuk study, tetapi akhirnya aku study benda lain.

Bukan taknak bukak buku, tapi bila bukak rasa bersalah sebab kat hostel dah bukak buku takkan kat rumah pun asyik dok ngadap buku je kan, balik pun dala satu semester 2 kali (midsem and final sem) takkanla balik pun nak ngadap buku lagi. Macam tula perasaan dia. Takut bila cuti habis, balik asrama rasa menyesal sebab asyik study kat rumah. That’s what exactly i feel. Mungkin anda yang kurang adik beradik tak rasala perasaan begini. Sebab adik saya ramai, jadi setiap kali balik mesti rasa nak main je dengan diorang walaupun hakikatnya kita ni dah boleh naik taraf mak orang dah.

Throughout this break, I discover my new hobby! Which is mengait. Sangat seronok bila mengait and sangat seronok bila kita buat benda yang kita suka. Balik asrama saya memang perlu dan wajib untuk belajar lebih bersungguh sebab haritu dah pergi melawat uitm puncak alam. Sangat luas rupanya bidang farmasi ni.

2

Topik agak melompat-lompat kali ni. Nak cepatla katakan… Dalam kita belajar, sangat berbeza masa kita sekolah and masa dekat universiti. Semangat belajar tu sangat lain. Masa sekolah perasaan to be the best tu memang sangat kuat. Tapi bila dah masuk universiti, perasaan to be the best tu memang ada tapi tak sekuat dulu. Perasaan Beat yourself tu lagi kuat. Mungkin bagi anda yang sememangnya minat untuk belajar bidang yang anda ceburi sekarang ini, segala bentuk halangan sangat mudah bagi anda. Tetapi bagi mereka yang sememangnya tak berminat dengan bidang yang diambil, setiap halangan yang datang walau sekecil halangan pun, bukan mudah untuk diatasi. Kerapkali halangan tu diatasi diiringi dengan airmata..Walau tak nampak oleh mata kasar, tapi dalamnya dah banjir….

Jadi, jika anda orang kedua, jangan sesekali compare diri anda dengan orang lain. Compare dengan kemampuan diri sendiri. Sesekali puji diri sendiri bagi menaikkan semangat kita untuk terus maju ke hadapan. Selalunya, orang sekeliling tidak memahami diri kita, jadi apa jua perkataan yang mereka ucapkan, yang mana bertentangan dengan diri kita, abaikan sahaja. Because only you know yourself better than others!! Mungkin orang sekeliling anda fikir anda sangat berkebolehan dalam bidang tertentu, tetapi hakikatnya anda tiada minat pun dalam bidang tersebut, sebolehnya, jangan menidakkan atau mengiyakan. Anggaplah itu sebagai satu doa untuk anda. Ohhh, mungkin pada masa akan datang aku akan berkebolehan dalam bidang ni.

Always keep in mind that, for every thing that happen, there’s always reason behind it. Always think that “Allah nak uji aku ni, jadi aku kena kuat.” In my opinionla kan, lagi besar ujian yang kita hadapi, lagi kuatlah iman kita. Maksudnya tingkatan iman kita. Bila satu ujian yang Allah bagi ni kita dapat atasi dengan baik, iman kita akan naik satu level. Selagi kita diuji dengan perkara yang sama selagi tu iman kita tak naik2 and actually Allah memang nak iman kita naik and that’s why He keep on giving us ujian yang sama. This is what i thinkla , tak tahulah betul ke tak and depends on my experience jugak.

Why I write about this, because it is one of my ways on how to encourage myself to be on this path. If, i ever encounter some problems related to this, I’ll just read this post and ponder. Because human nature, always need to some advices. Betul ke? Manusia tu memang perlu pada peringatan supaya kita sentiasa sedar.

Okeyh, untill we meet again, I don’t know when I will write again after this. Maybe after final? Tengokla macam mana. Benda nak ditulis tu sentiasa ada, tapi sebab malas nak bukak laptop and line pun takdela macam BMW, setakat jalan kaki je. Setakat draft jela. Tupun draft dalam kepala otak je. Tak tertaip lagi.

You can always share your thoughts or maybe wonderful words to me so that saya jadi lagi semangat nak mengahadapi hari2 degree saya. ^___^

Ok, saya bagi jadual kuiz kelas kat bawah ni ye.

salam..ni tarikh quizzes , insyaAllah :
1) 3/4 = Organic Chem
2) 5/4 = Pharmaco (Dr.Wan)
3)  3/4 = UNGS
4) Dr. Mokhles = undecided yet, maybe 2nd week after midbreak..

Baru perasan, Pharmaco punya kuiz minggu yang sama…=_=’’..

Syukran.

Bangi

300313

01:40

 

3/24/2013

A beginning of my so-called “Heart-Break”

-Bismillahirrahmanirrahim-

Alhamdulillah…setelah beberapa hari tidak mengasah bakat penulisan..berbulan mungkin?

Alhamdulillah…setelah tujuh minggu tidak menjejakkan kaki ke rumah….akhirnya kupulang jua pada 22 Mac yang lalu..sejuk rasa hati ini saat pulang ke rumah berjumpa dengan bonda dan ayahanda tercinta. Sebak pun ada…

Kepada anak2 yang masih mempunyai ibu dan ayah, pulanglah selalu menjenguk kedua orang tuamu. Terutamanya yang mempunyai kenderaan sendiri. Rentasilah traffic light yang menggila untuk bertemu kedua orang tuamu walaupun untuk sehari!

Sebelum saya berangkat ke Kuantan Spetember yang lalu, saya ada memberitahu kepada umi saya bahawa saya hanya mahu pulang jika cuti panjang sahaja. Alasannya, saya tak suka naik bas dan pada saya, macam tak berbaloi balik sekejap sahaja. Umi saya akur dengan keputusan saya.

Oh, this is not a sad story. My mom gelak tau bila saya cakap macam tu. Plus, schedule kelas saya memang super duper hectic jadi, memang weekend jela saya rehat. Even, kelas hari Jumaat pun kadang2 sampai petang. Memang takla saya nak balik rumah kan.

Seriously i told u, if you got any problem, even the biggest issue ever you got pun, pulanglah ke rumah dan jenguklah parents kita. Because, the moment you see them, you will get the strength to overcome your problem. If  you’re a student kan, maybe you macam dah hilang semangat nak belajar kan, tapi bila you tengok muka parents you, you akan rasa macam you have no reason to be lazy! Serious!!

Note to all readers: bajet macam ramai je readers…huu….the pattern of my blog maybe dah tak sama dengan post2 yang dulu. Sekarang ni, memang saya akan tulis mengikut apa yang saya rasa nak tulis. So, more or less, it just like my diaryla but more appropriate diary. And mungkin lebih kepada my experience, my feeling and others my lagi…Jadi, i’m really sorry about that. I’ll try my best to always write here but masa adakalanya tidak mengizinkan. One more thing, pictures mungkin berkurangan…That’s all.

Thank you everyone! Wassalam.

Bangi

24032013 @ Sunday

02:29