4/10/2013

Siapa kahwin???

-Bismillahirrahmanirrahim-

Selalu terngiang lagu ni sejak dua tiga hari ni…

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang diimpi
Menjadi satu realiti

Kasih kusedari kekurangan ini
Kasih kuinsafi kelemahan diri
Kuingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

( 1 )
Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

( 2 )
Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

( ulang 2 )
( ulang 1 2X )

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Kupasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Biasala mode jiwang sekarang ni..huhu..Maklumla, hampir setiap hari dapat berita orang tu nak kahwin, orang ni nak kahwin..Hampir kerap jugak orang tanya, “akak bila nak kahwin?” alahai soalan cepu cemas betolla budak2 ni tanya. Kalaula ada dalam pilihan jawapan, memang dapat A+++ setiap kali orang tanya.

Ok tu je nak tulis…Kerja berlambak tak siap, masih ada masa nak tulis blog nampak?? Biasala, one of way to release stress..Really?? hoh..

Sebelum mengakhiri pertemuan kita pada kali ini, saya ingin meninggalkan satu persoalan buat anda. What will you do if you like someone and that someone does not know the fact that you like him or her? Faham? Maksudnya, apa yang awak akan buat kalau awak sukakan seseorang tetapi orang tu tak tahu yang awak suka dia. Ha…macam tulah soalan dia. Ok, jawab jangan tak jawab..

Until we meet again bi iznillah..

Alhamdulillah…

Wednesday

10042013

Kuantan

01:05