5/06/2013

PRU ohh PRU-13...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

Siapa yang anda pilih menetukan masa depan negara anda! Ohh..tidak pernah kurasa sebegini, menunggu keputusan PRU-13 sehingga selesai (sekarang tak selesai lagi). Menghadap laptop, membuka FB group IIUM-RX11 terchenta, mengupdate keputusan pilihan raya kali ini. Sambil-sambil menyiapkan kertas kerja @ laporan teknik subjek Bahasa ibundaku, Bahasa Melayu. Sudah agak lama tidak menulis karangan dengan menggunakan format yang betul. Even buat blog pun, bahasa nya macam huru-hara je. Even buat status kat FB pun, selalu fikir, orang faham ke tak eh? Even taip mesej kat handset pun, berkira2 nak taip ke nak jumpa cakap terus, takut orang tersalah faham...

Ok back to my first intention, PRU oh PRU...PRU is the abbreviation of Pilihan Rakyat Utama (my own meaning). Apabila seseorang itu dipilih untuk menjadi ketua, maka, adalah menjadi tanggungjawab dia untuk mendengar pandangan rakyat jelata, hidupnya untuk rakyatnya, teguran rakyat dia harus dengar and make some improvement. Seseorang ketua seharusnya ada rasa takut untuk memikul amanah menjadi seorang ketua kerana segala perkara yang dilakukannya untuk rakyatnya, negaranya akan ditanya di akhirat kelak. Seorang ketua yang tidak mengamalkan syariah Islam sedangkan rakyatnya Islam, maka dia haruslah bertanggungjawab atas segala tindak tanduk yang dia telah lakukan.

Bukan senang untuk menjadi pemimpin. Banyak dugaan dan cabarannya. Hanya mereka yang pernah bergelar pemimpin yang tahu dugaan menjadi seorang pemimpin. Sebagai rakyat, kalau pemimpin buat salah, kita wajib tegur kerana itu hak kita sebagai rakyat dan pemimpin wajib dengar teguran rakyat selagi mana teguran rakyat itu tidak melanggar syariah Islam. Ok, sangat banyak saya membebel kali ini.

Overall, I really love my country although sometimes when i think about my country, it does make me sick. In whatever we do, we should always back to basic. Always ask ourselves  what is the point i'm doing this or i'm doing that. Adakalanya apabila kita berada di atas, kita berasa kita berkuasa atas segalanya, kita lupa bahawa ada yang lebih berkuasa, itulah Allah. Istighfar selalu memohon keampunan dariNya.



Semangat pergi mengundi pukul 8.15 pagi tapi beratur dah panjang macam ni

curik2 tangkap gambar..

Saluran 1 sebelah kanan, lengang sangat masa ni tapi saluran 2 dah beratur panjang. Semangat Anak Muda!

Mine..

Baru tahu keputusan pilihan raya tadi..nampaknya lain kalilah kan..Mesti adalah hikmah di sebalik apa yang berlaku..Walaupun hati sedih dengan apa yang berlaku, kita serahkan pada Allah kalau ada orang main tipu. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa betul siapa salah..T_______T
Hati geram tak terkata, tak boleh bayang apa yang akan berlaku pada Malaysia in 5 years ahead. Hope everything will be much much much more betttterrrrr than before. Together we pray for a bettttttterrrr government..
Now, let's sleep.

Syukran wa Alhamdulillah
Astaghfirullah wa Aasif jiddan 'ala kulli hal..
Bangi
06052013
01:38