5/23/2014

Ibrah dari “Flappy Bird”

Bismillahirrahmanirrahim…

Salam sejahtera buat para pembaca budiman sekalian.

Take a rest between the exam though only one paper past. Hehe. 6 more to go. Cadangnya nak update beberapa hari yang lalu. Tetapi kerana dek kemalasan yang menggunung tinggi mengalahkan gunung everest nak on laptop, jadi postpone lah ke hari ni.

Today’s topic is very related to one of my interest which is about playing games. Kalau ikutkan takdela suka sangat main game sebab cepat rasa bosan dengan game tu. But!! Except for these games….

1) Zuma

2) Scissors & Button

3) Flappy bird!!

2 games kat atas tu dah successfully win all the levels. Yang zuma tu tak ingat dah berapa level dia ada. Tapi playing that game like crazy within a week. 6 hari je rasanya. Boleh bayangkan kehidupan masa tu macam mana. The second game baru install this year tu pun sebab my roommate suggest. Bila start play, within 4 months? Habis 800 levels. Tu pun ingat nak main another extra 800 level tapi berbayar, membazir je kena bayar2 ni. Ok, currently playing the third game and maybe sooner or later will stop playing that game sebab the flabby bird has NO END! Therefore, I’m the one should END IT!

Game ke 3 pun orang yang sama jugak suggest. Tula sape suruh suggest, kan orang dah tak boleh nak stop.. This game memang saya totally play in her Ipad. Record sekarang baru 72. Every day main mesti nak dapatkan 10 levels more than before. Tapi tak bermakna 72 tu dalam seminggu je. Dengan Quizzess nye esainmen nya…mampula main dalam seminggu kan? Memang takla…Everyday before sleep singgah bilik rumet, terus amek Ipad macam barang sendiri. Pastu main tak ingat dunia, dengan penuh ketenangan. Patotnye before sleep bacala buku berfaedah ke apake. Ni gi main game pulakk. 

zuma

Part ni memang tak senang duduk.

juma

Enough playing this! No more please!

button

Mengambil bidang pharmacy membuatkan saya rasa semacam perlu main game ni sebelum tidur agar sel-sel otak dapat bersambung. =)

get-ready

Please activate your patience button!

flabby bird

My target, cukupla 200, nak muntah tunggu 200. Entah bila nak dapat sampai level ni.

Semua gambar di atas bukan dari koleksi saya, semuanya atuk google yang punya. I do have my own collection of pictures and actually I planning to put in this blog also, but all the pictures not with me right now. What to do…

Enough reading the santai writing? Tu baru opening speech je, bawah ni yang main topic yang nak discuss hari ni sebenarnya. About the flabby or flappy? bird itself. Disebabkan hampir setiap hari saya akan masuk compartment rumet saya dan berteleku atas katil dia sambil menekan-nekan screen Ipadnya hampir selama satu jam untuk mencapai aim saya pada hari tersebut, maka tibalah pada suatu hari…

“Abam, tau tak apa signifikan game flabby bird ni?”

Tiba-tiba terpacul perkataan tu dari benak fikiran saya, masa tu dalam fikiran saya, jawapan lain yang saya fikir.

Unconsciously kawan saya jawab, “Kematian tu datang bila-bila”. Sambil tergelak dia jawab sebab melihatkan saya yang begitu khusyuk mengadap screen Ipad dia.

Saya pun “Haah, betulla tu. Game ni macam kehidupan kita. Setiap umur kita ada je halangan (ujian cabaran) dia yang tersendiri. Lepas satu stage maksudnya kita dah berjaya mengatasi ujian yang ditetapkan.” Tambah saya sambil jari telunjuk terus-terusan menekan Ipad screen dan kepala yang terus tertunduk. Mulut je kumat-kamit.

Kami berdua pun macam….WAHHHH… Secara jujurnya selama saya bermain game tu, saya tak pernah terfikir pun. Tapi lepas je rumet saya kaitkan dengan kematian, saya terus rasa macam ohh selama ni aku main, mainnnn je. Tapi tiba-tiba hari tu Allah menggerakkan hati kami untuk mencari ibrah dari game yang acapkali main tu. Dan secara tak langsung banyak sangat perkara yang saya boleh kaitkan dengan game tu.

Dengan hanya berlatarbelakangkan tunnel hijau dan hanya menukar kaler burung dan suasana pagi dan malam dan juga tunnnel yang disusun tidak mengikut ketinggiannya tetapi sama kelebarannya, game flabby bird tu pada saya adalah game yang saya sendiri pun tak pasti apa yang menariknya. Uniknya, game ni tak perlu menggunakan otak pun seperti game button & scissors dan tak menguji kelajuan pun seperti dalam game zuma. Tetapi menariknya, game ni menguji kesabaran pemain tu. Sebab hidupnya si burung berbibir tebal tu bergantung pada kesabaran pemain tu. Kalau kurang sabar si pemain tu maka tak sampai satu stage pun matila burung tu.

game over

Maka…tersembamla muka burung ala-ala angry bird ni dek kerana kerakusan pemainnya…

Macam kehidupanla kan? Perasan tak? Allah dah susunkan setiap ujian untuk kita dalam kehidupan ni. Setiap peringkat umur kita ada je ujian-ujian yang tertentu. Allah dah pesan melalui firmannya;

image

Bersabarlah kerana kesabaran itu adalah kunci kejayaan. Bersabarlah kerana Allah bersama dengan orang yang sabar.

Adakalanya bila main game ni, kita akan keep on mati, keep on jatuh. Tapi setiap kali game bermula, ada satu azam untuk taknak mati dekat tempat yang sama tapi nak keep on moving lebih jauh lagi. Begitu juga kehidupan. Adakalanya kita melakukan dosa yang sama. Kita “terjatuh” pada tempat yang sama. Kemudian kita insaf, bertaubat dan lebih berhati-hati menghadapi hari-hari seterusnya.

Semoga bermanfaat.

Take home message: Tak salah kalau suka main game apa2 pun, tapi jangan main sampai zalim. Maksudnya jangan main sampai mengambil hak orang lain. Sebagai contoh, main game, tapi dah masuk watu solat. Berhenti, solat dulu. Lepastu boleh sambung balik. Takpun, main ketika guru sedang mengajar. Kita yang rugi nanti sebab tak fokus dalam kelas.

23052014 @ 23 Rejab 1435

Jumaat

Kuantan

23:26