8/29/2014

New Stage in Life

-Bismillahirrahmanirrahim-

Harapnya short sweet and simple but beneficial. =)

Petang tadi saya tanya mak saya mengenai tanggungjawab seorang emak. Mak saya jawab, mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab seorang emak. Manakala tanggungjawab seorang ayah merupakan menyara keluarga. Tetapi apabila seorang ayah pulang ke rumah, dia perlu menguruskan rumah seperti membasuh pinggan dan sebagainya. Dan ketika itu, tugas seorang emak ialah meringankan bebanan suami. Ayah juga perlu melayan kerenah anak-anaknya setiba di rumah.

Emak saya menambah, ini bermakna seorang emak itu perlu ada ilmu dalam mendidik anak-anaknya.

Pada saya, zaman dahulu (zaman mak-mak kita) cabaran untuk memulakan sebuah rumah tangga itu mungkin tidak seberat atau sedahsyat zaman sekarang. Maksud saya dari segi membesarkan anak-anak. Kerana zaman sekarang merupakan zaman teknologi bersepah. Zaman di mana teknologi merupakan raja segala. Ada televisyen siap astro lagi, ada internet, jaringan tanpa henti atau tiada batas lagi, ada telefon pintar, ilmu di hujung jari kononnya. Budak tak perlu keluar rumah berinteraksi pun dah boleh tahu semua benda. Itulah realiti zaman sekarang.

Ibu bapa muda sememangnya perlukan persediaan menghadapi segala cabaran-cabaran ini.

Saya menulis supaya saya ingat apa yang saya bualkan dengan mak saya. Saya pasti anda mempunyai pendapat dan input yang pelbagai. Lebih dari itu, di akhir perbualan petang (perbualan harian) bersama mak saya hari ini, emak saya dapat menangkap kerisauan dan ketakutan yang bermain di benak pemikiran saya melalui mimik muka yang saya pamerkan. Ya, sememangnya saya risau!

Risau untuk menggalas tanggungjawab sebegitu.

Risau untuk menjadi lebih dewasa.

Emak saya berkata spontan, kan dah dewasa sekarang?? Dewasa mengikut teori manusia mungkin dah. Dewasa pada pandangan saya, masih belum cukup dewasa lagi.

Apa-apa pun saya percaya apabila tiba masanya saya akan ‘dewasa’ juga.

Sebab Allah lagi tahu bila masa yang sesuai untuk saya dan anda.
For the time being,
perbaiki diri setiap hari
tambah ilmu walau sedikit setiap hari
dan yang paling penting keep on praying..
~esok kawan saya naik satu stage lagi dalam kehidupan beliau!
Barakallahulakuma syaza & naim.
May both of you having a blessing and beautiful marriage life!

Ma’as salamah wa ilal liqo’.
Bangi
29082014 @ 3 zulqaedah 1435
20:20

8/18/2014

Mom & Dad

-Bismillahirrahmanirrahim-

Beberapa hari yang lalu saya mendapat idea untuk menulis tentang seorang insan yang menjadi asbab kelahiran manusia di bumi ini iaitu ibu, mak, umi, mama, mummy, mom, mother, omma, okasan dan segala panggilan yang sama waktu dengannya. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf dan salam takziah andai anda sudah ketiadaan insan ini.

Secara jujurnya, jika ditanya antara emak dan ayah, siapa yang paling saya sayang. Semestinya emak. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak sayang akan ayah. Sebab saya yakin kebanyakan orang akan memberi jawapan yang sama dan saya juga yakin ayah saya juga lebih menyayangi emaknya berbanding ayahnya. Right dad? =)
Jika diberi pen dan kertas dan diminta senaraikan segala kebaikan dan jasa ibu terhadap kita, pastinya kita akan merenung kertas tersebut dengan lama. Bukan sebab kita tak tahu tetapi sebab terlalu banyak sampai tak tahu nak tulis apa.

Abu Huraira reported that a person said:
Allah's Messenger, who amongst the people is most deserving of my good treatment? He said: Your mother, again your mother, again your mother, then your father, then your nearest relatives according to the order (of nearness).
Hadith di atas merupakan hadith berkenaan Being Dutiful To One's Parents, And Which Of Them Is More Entitled To It diambil dari laman web http://sunnah.com/muslim/45/2. Maaflah dalam english pulak hadith dia.
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ibu kamu.”Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu.

Apabila bercakap tentang ibu, rasanya macam tak cukup satu post. Macam-macam nak cerita kalau boleh. Kenapa ibu lebih dekat dengan anak berbanding ayah?  Ok, mari kita fikirkan sama-sama.

Siapa yang telah mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari?

Selama tempoh itu, melalui siapa kita diberi makan oleh Allah?

Selepas dilahirkan, siapa yang telah memandikan kita?

menukar pakaian kita?

Memastikan kita kenyang?

Memastikan kita sentiasa terpelihara dari gigitan nyamuk?

Siapa yang telah berjaga malam kerana tangisan kita?

Siapa yang tidak teratur masa tidurnya kerana melayan segala kerenah kita?

Sudah tentu jawapan dia umi kita kan?

Tetapi kita juga perlu ingat, seorang ibu mampu untuk melayan kerenah anaknya kerana adanya seorang lelaki di belakangnya. Lelaki itulah yang setia mendengar segala keluhan isterinya. Lelaki itu jugalah yang sentiasa memberikan semangat, sokongan dan dorongan kepada isterinya. Lelaki tu juga yang banyak memberi tunjuk ajar kepada isterinya. Dan lelaki itu juga merupakan ayah kita. Jadi, in order you love your mom, don’t forget to love your dad too.

Kita seringkali mendengar kata-kata ni, ibu bapa berasa gembira apabila melihat anak-anaknya berjaya. Betul ke ayat dia? Tapi lebih kurangla kan? Pada saya, saya gembira apabila melihat mak ayah saya gembira. Dan saya sedih apabila melihat mereka sedih dan sakit. Saya gembira apabila mak saya berjalan ke rumah kawan-kawannya sebab sekurang-kurangnya mak saya takdelah bosan duduk kat rumah je. Kerana pada saya, seorang manusia tu, dia perlukan komunikasi. Perlu ada yang bercakap dan ada yang mendengar. Apabila kita berkumpul dengan kawan-kawan, semua gembira kan? Macam-macam nak cerita. Jadi, we cherish them, each and everyone because we are human. Human nature can never live alone.
Pesan saya kepada para suami, berilah sedikit kebebasan kepada isteri. Kebebasan yang masih dalam batasnya dan bukan kebebasan yang tidak terbatas. Maksudnya, beri mereka peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan mereka tetapi perlu ada syaratnya.
Kepada yang masih single dan masih mencari, carilah seorang ayah kepada anak-anak anda dan bukan sekadar seorang suami. Kerana anak lebih memerlukan ayah daripada isteri memerlukan suami. Kerana Allah mencipta kita bukan untuk sekadar menikmati kehidupan seorang diri tetapi untuk memberikan kehidupan kepada insan lain. Maksudnya, lahirnya kita ke dunia ini merupakan asbab lahirnya pemimpin di masa hadapan.
Sebagai penutupnya, kita mungkin seorang insan yang banyak melakukan kejahatan. Mungkin juga amalan yang kita lakukan tidak mampu untuk menampung dosa-dosa yang menggunung. Tetapi, dengan rahmat dan rahimnya Allah, Dia mengurniakan kita anak, cahaya penyejuk mata yang menjadi asbab terhapusnya dosa kita. Buat anda yang bergelar anak dan sememangnya kita semua adalah anak, marilah kita bersama-sama sentiasa mendoakan kedua ibu bapa kita walau di mana jua mereka berada, walau sebenci mana pun kita terhadap mereka (atas sebab-sebab tertentu), sama-samalah kita maafkan mereka dan doakan segala kebaikan untuk mereka. Semoga kita mampu untuk menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kita. Amin..

اَللَّهُمَّ اغْفِرَلِيْ وَلِوَالِدَىَّ وَٰرْحَمْهُمَا كَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orangtuaku, dan sayangilah keduanya sebagaimana keduanya menyayangi aku di waktu kecil.

Syukran umi dan abah kerana memberi erti kehidupan kepada insan ini!

                                                  


Ma’as salamah wa ilal liqo’.

Bangi
18082014
01:20










8/12/2014

Episod 1: Bagaimana Menyentuh Hati

-Bismillahirrahmanirrahim-

Hari ini in sha Allah saya nak tulis mengenai sebuah buku yang saya wajib baca semasa saya sedang melalui fasa cuti semester kali ini. Cuti berbaki kurang sebulan, dan saya baru sahaja hendak memulakan pembacaan buku ini bermula malam ini.

Bukunya bertajuk “Bagaimana Menyentuh Hati” tulisan Abbas as-Sisi. Menurut buku ini, Abbas as-Sisi merupakan generasi pertama hasil didikan Imam Hassan al-Banna. Saya tidak layak untuk mengupas dengan lebih lanjut mengenai buku ini memandangkan saya kurang ‘arif dalam bidang-bidang sebegini. Akan tetapi saya hanya akan mengambil kata-kata dari buku ini yang mampu menyentap hati saya dan mungkin juga anda.

Secara jujurnya, pada saya untuk memahami buku sebegini, kita perlu ada kesediaan hati yang tinggi. Andai kita baca sambil lewa, kita hanya mampu menghabiskan bacaan tetapi tidak melekat di  hati. Moga-moga kita mampu menghadam isi buku ini dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Biiznillah…

bagaimana-menyentuh-hati-abbas-assisi-1-638

Wasiat Hasan Al-Banna


Saudaraku,
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidup-nya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

“Maka perbaikilah dirimu terlebih dahulu, kemudian serulah orang lain ke jalan kebaikan.”

“Tugas kita adalah meluruskan pendapat umum yang salah terhadap Islam.”

“Umat yang mengerti betul akan hakikat kehidupan, mereka tidak akan
pernah mati.”

Hasan Al-Banna memberikan perumpamaan dengan perkataannya,

"Di setiap kota terdapat pusat pembangkit tenaga elektrik. Para pegawai memasang instalasinya di seluruh penjuru kota, memasang tiang dan kabel, setelah itu aliran elektrik masuk ke pabrik-pabrik, rumah-rumah, dan tempat-tempat lain. Jika aliran elektrik tersebut kita matikan dari pusat pembangkitnya, nescaya seluruh penjuru kota akan gelap gelita. Padahal saat itu tenaga elektrik ada dan tersimpan di pusat pembangkit elektrik, hanya saja tenaga elektrik yang ada itu tidak dimanfaatkan."

Tugas kita sebagai da'i adalah seperti tugas para pegawai elektrik, mengalirkan kekuatan ini dan sumbernya ke setiap hati orang-orang muslim agar senantiasa bersinar dan menerangi sekelilingnya.

image

[al-An’am: 122]

Tatkala Anda ingin memikat hati mad'u, Anda harus ingat bahawa Anda adalah seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala Anda berdakwah, Anda harus ingat bahawa Anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka Anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang sekiranya patut diberikan dan bagaimana cara memberikannya.

In sha Allah, artikel ini akan disambung hingga ke akhir pembacaan. Untuk pengetahuan, bermula dari wasiat Imam Hassan al-Banna sehinggalah perenggan di atas merupakan 100% diambil dari buku yang tertera dalam gambar.

Ma’as salamah wa ilal liqo’

Bangi

Selasa

00:27

8/10/2014

HAPPY: Reality or Fantasy??

-Bismillahirrahmanirrahim-

Pagi tadi saya terfikir, apabila melihat pada gambar-gambar yang dirakam, tidak kiralah mana-mana gambar pun, pasti terlihat kegembiraan jelas terpancar dari wajah-wajah yang ada dalam gambar tu. Setiap kali kita ingin bergambar, semestinya kita mahu saat-saat manis itu terpancar dalam sebuah gambar. Kita akan pastikan gambar yang diambil menunjukkan bahawa kita sangat gembira pada masa itu. Walaupun adakalanya tidak semestinya.

Apabila melihat kepada gambar-gambar lampau, kita mula akan terkenangkan kejadian yang berlaku di sebalik gambar yang dirakam itu. Alangkah indahnya andai kehidupan kita umpama gambar yang diambil. Gembira sentiasa. Tetapi, ada juga gambar yang diambil dengan wajah yang bermuram durja atau dengan penuh kesedihan. Mungkin tika itu, belum bersedia lagi untuk bergambar?

Pernah tak anda menangis tanpa sebab? Atau rasa nak menangis tiba-tiba? Pernah dengar tak atau baca mengenai mengapa bayi menangis saat dilahirkan? Sebab… tanggungjawab. Kerana tanggungjawab menjadi seorang manusia di muka bumi amatlah sangat berat… Mungkin juga mengapa kita rasa sedih tiba-tiba kerana ada tanggungjawab yang belum dilaksanakan atau tidak terlaksana atau kita merasakan terlalu berat untuk melaksanakannya.

image
[al-Ahzab: 72] Even, langit, bumi, gunung-ganang pun tak sanggup nak pikul…

Berbalik kepada isu gambar tadi, apa yang ingin saya simpulkan ialah, jangan menilai seseorang melalui hanya sekeping gambar kerana semua orang mahu kelihatan hebat, baik, gembira, rajin dalam gambar. Hakikatnya, semua manusia suka akan kebaikan akan tetapi berat dan adakalanya sukar untuk mencapai kebaikan yang diingini.
  Kita sebagai manusia yang telah bersetuju denganNya untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNya seharusnya sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik, melaksanakan yang terbaik. Dan ingatlah setiap kebaikan yang ingin kita capai itu, pasti terselit ujian dan cabaran dariNya.
Mudah-mudahan kita semua mampu mengharungi segala ujian dan dugaan yang telah tertulis untuk kita. Akhir kata, you may see me in picture as a good person, but you wouldn’t believe once you know me.

Ma’as salamah wa ilal liqo’

Ahad
Bangi
23:58

How I end up being a pharmacist…

-Bismillahirrahmanirrahim-
Saya terfikir-fikir, entry apa yang saya mahu tulis hari ini ya? Mungkin saya akan berkongsi bagaimana akhirnya saya berada di bidang farmasi.
Secara jujurnya, saya tidak meminati bidang sains. Saya telah mendoktrin minda saya dengan kata-kata itu sejak saya di sekolah rendah lagi. Asal matapelajaran sains sahaja, markah saya pasti rendah berbanding subjek-subjek yang lain. Dan saya akui saya sememangnya tidak pernah berusaha untuk menyukai matapelajaran tersebut. Bayangkan, saya hanya faham apa itu pembolehubah dimanipulasi dan bergerakbalas kerana saya perlu menghadapi UPSR!
Masuk sekolah menengah saya bertekad untuk ambil bidang akaun dan saya menyuarakan hasrat hati saya kepada ayah saya. Dan ayah saya menghalang niat saya kerana padanya, bidang akaun sudah terlalu ramai yang ambil. Jadi, oleh sebab ayah saya makan garam terlebih dahulu, saya pun mengikut kehendaknya. Selama dua tahun saya belajar biologi, fizik dan kimia di tingkatan 4 dan 5, saya tak tahu pun apa yang saya perlu faham. Walaupun SPM kian menghampiri tika itu. Sepanjang dua tahun saya belajar tiga subjek itu, saya seringkali berkata pada diri, wahai Rabiyah, sabarlah…dua tahun je belajar subjek ni. Tahanlah untuk dua tahun.
Akhirnya, alhamdulillah SPM saya ok, cuma keputusan bagi ketiga-tiga subjek tersebut tidaklah memberangsangkan seperti keputusan bagi matapelajaran matematik tambahan dan bahasa arab tinggi yang cukup saya minati. Selepas SPM saya mula meminati bidang agama kerana persekitaran saya pada masa itu sangatlah tenangnya…Agak kelakar apabila difikirkan semula kerana saya memasuki DQ tanpa mengetahui bahawa program persijilan itu merupakan program kerjasama DQ-UIA yang bermaksud selesai sahaja program di DQ automatik akan diserap ke UIA. Seriously, I don’t have any idea about that! Funny isn’t it?
Jadi, bermula saat saya berada di UIA bermakna kaki saya sememangnya terikat dengan subjek yang paaaaling saya tidak gemari iaitu Biologi. Jadi, saya mula belajar macam ala kadar sahaja. Belajar sebab kena belajar. Tanpa berfikir kenapa kena belajar. Dan perkara ini berterusan sampai ke Kuantan. Hati saya mula berbolak-balik. Saya mula rasa rebel dari dalam. Saya seringkali terfikir, why?? why?? WHYYY????? Saya seakan-akan tidak boleh terima apa yang saya harus pelajari. Segala perasaaan suka untuk belajar itu hilang. Yang ada hanyalah perasaan cepatlah habisss semua-semua ni. Kira macam belajar bukan dari hati.
Dan sememangnya keputusan peperiksaan saya was the worst ever sepanjang saya bergelar seorang pelajar. Saya tidak pernah mendapat keputusan seteruk yang saya dapat dekat Kuantan. Saya tidak pernah menghadapi kuiz dalam keadaan yang tidak faham apa yang saya belajar melainkan di Kuantan. Dan menariknya, kebanyakan kawan saya berfikir bahawa saya mendapat keputusan cemerlang. Sepanjang dua tahun saya bergelar pelajar farmasi, sedikit pun saya tidak rasa saya layak untuk bergelar ahli farmasi suatu hari nanti. Kalau orang tanya pun, saya hanya cakap sekadar menjawab soalan. Dalam hati saya, “betul ke jadi farmasi?”
Selepas dua tahun saya berada dalam bidang farmasi [pelajar], banyak kata-kata yang saya temui mengenai belajar. Kata-kata yang paling saya ingat, “belajar kalau tak minat, lebih baik berhenti sebab kita takkan dapat memberi faedah kepada orang lain.” Lebih kurang macam tula ayat dia. Saya tak ingat siapa punya kata-kata. Ditambah dengan isu semasa yang berlaku di Gaza sekarang dan juga isu-isu lain yang berkenaan ubat, saya rasa saya perlu sedarkan diri saya.
I really need to learn with passion. Bukan sekadar belajar untuk dapatkan flying colours. Bukan sekadar lulus semata. Tetapi belajar dengan kesungguhan hati, belajar kerana saya sedar akan tanggungjawab saya kepada dunia, kepada Islam. Dengan izin Allah, saya mampu untuk belajar bersungguh-sungguh keranaNya. Because I’m a Muslim. And I’m proud to be one. =)
Doakan semoga saya mampu untuk mengubah keputusan saya untuk dua tahun lagi baki pengajian saya di Kuantan. Doakan juga agar saya mampu untuk menjadi ahli farmasi yang very passionate and diligent with her job. Doakan juga agar saya bukan sekadar menulis tetapi melaksanakan apa yang saya tulis. Mudah-mudahan dengan izin Allah disertai dengan usaha, saya yakin saya mampu…..kerana Allah bersama kita.
Ma’as salamah wa ilal liqo’.
Pharmacist-to-be (insyaAllah)
Ahad
13 Syawal 1435
01:08
Bangi.

8/08/2014

Welcome Back!

-Bismillahirrahmanirrahim-

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang budiman sekalian.

Alhamdulillah, saya kembali lagi menekan papan kekunci bagi mencoretkan sesuatu di laman ini setelah beberapa bulan tidak meninggalkan apa-apa kesan. Yes, as you can see, this is the new look for my blog. Seiring dengan pertambahan usia saya, maka berubah jugalah dinding blog saya juga gaya penulisan saya.

Semalam saya berkesempatan untuk membaca secara rambang post-post terdahulu saya pada tahun-tahun sudah. Sungguh banyak perbezaan dari awal penulisan saya hingga kini. Sampaikan ada satu entry tu, I was like, betul ke aku yang tulis ni? Rasa macam pernah baca kat blog orang. Hehe. Tajuk blog pun kali ni dah kali keempat if I’m not mistaken. Saya kena tulis semua tajuk tu supaya saya ingat.

Tajuk pertama: Zalilun Mahinun

Kedua: Two is better than one

Ketiga: Make a first step!

and now: Life.

Why life? Sebab saya suka memerhatikan sekeliling saya. Apa yang sedang berlaku kepada orang sekeliling saya. Saya melihat bagaimana seseorang itu mengharungi kehidupan mereka, pandangan mereka terhadap kehidupan itu sendiri. Saya suka menganalisa. Tetapi, sayang sebab saya tidak mencatit apa yang saya lihat. Jadi, dengan berbekalkan kerajinan yang perlu dipupuk dalam diri ini, ditambah lagi dengan kewujudan blog ini yang telah menjangkau usia 5 ke 6 tahun, saya memilih untuk mengukir segala memori saya mengenai kehidupan dalam laman ini. Kerana, saya yakin dan pasti, ada antara kita yang suka untuk mengetahui bagaimana seseorang itu mampu mengharungi hidupnya.

Harapan saya, semoga anda mendapat sesuatu (manfaat) dari blog ini. Andai ada yang terasa seperti “terkena kutuk” ke atau apa ke, dijemput untuk menghubungi saya melalui cara-cara yang sewajarnya. Saya perlukan teguran untuk berubah walaupun adakalanya saya takkan berubah serta merta.

Ma’as salamah wa ilal liqo’.

23:49

Bangi