2/03/2015

Selamat Hari Lahir Abu!

"Hai kakngah!"
"Kakngah balek bila?"
"Kakngah nak naik 'ubang' tak?"
"Ayub nak naik 'keta tapi'"
"Ayub 'tapala'..."
"Kakngah, da azanla..."
"Ayub nak 'ugi tuwaula'"

Seorang adik yang petah berkata-kata.
Seorang adik yang sentiasa menyampuk percakapan orang tua.
Seorang adik yang sentiasa membuatkan kami tertawa dengan setiap butir perkataannya.
Seorang adik yang sentiasa mengingatkan kami tentang waktu solat setiap kali mendengar azan.
Seorang adik yang sentiasa bersemangat untuk ke surau setiap kali solat maghrib dan isya'.

You've grown up bro.!
Please be cute as always!

Eid Milad ya Aba Ayub Al-Ansari.
3 tahun sudah.


"Kalau ada orang buli kakngah, bagitau Aid. Nanti Aid datang."
"Nanti kalau Aid ada masalah, Aid nak datang rumah kakngah."

Kata-kata seorang adik beberapa tahun yang lalu masih segar di ingatan.
Seorang adik yang merupakan teman gaduh masa kecik.
Seorang adik yang suka menumbuk perut kakaknya masa kecik.
Seorang adik yang pernah dicakar mukanya dan digunting rambutnya oleh kakaknya masa kecik.
Seorang adik yang pernah dibenci oleh kakaknya suatu masa dahulu.
Seorang adik yang sering disangka anak  sulung.

Tak sangka da 21 tahun!
Moga menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab!


Sanah helwah juga buat abangnya Abu Said Al-Qudry.



Dua Abu dilahirkan pada tarikh yang sama.

 Ayub bersama tiga orang abangnya.

Ayub yang tertidur kepenatan kerana tiada siapa yang membawanya ke surau.

03022015
Selasa
Kuantan
01:56