4/17/2015

Drug Abuse: Casa Villa Impian & Harapan

Bismillahirrahmanirrahim.

Tergerak hati ingin berkarya di sini hari ini.

Alhamdulillah, hari ini saya dan rakan-rakan berkesempatan meluangkan masa bersama dengan bekas penagih dadah. Kami seramai 30 orang telah terpilih untuk pergi ke DIC Pahang yang terletak bersebelahan KIPSAS Kuantan. DIC ni ada banyak cawangan. Cawangan yang kami pergi ni diberi nama Casa Villa. Sedap kan nama dia? Casa Villa ni boleh menempatkan seramai 40 orang dalam satu masa. Semuanya lelaki. Dan menariknya, semua staff di sini juga merupakan bekas penagih. 

Bekas penagih bantu bekas penagih. Menarik kan? Kerana hanya yang pernah berada di situasi yang sama sahaja yang mampu memahami penderitaan, ujian dan cabaran yang mereka alami. Jadi, amat baguslah pendekatan yang dibuat oleh DIC ni. Okeh, apemende DIC ni kan?

Komuniti Intervensi Dadah Malaysia (KOMITED Malaysia) atau Drugs intervention Community Malaysia (DiC Malaysia) adalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar tidak berorientasikan keuntungan ditubuhkan bagi menanggani permasalahan berkaitan penagihan dadah dan HIV/AIDS.

Nak tahu lebih lanjut, bolehlah lawat  laman web mereka. http://dicpahang.org/v4/mengenai-kami.html

Sepanjang lawatan kami di sana, para penghuni DIC ni sangat bagus, berkelakuan sopan, berpakaian kemas. Macam takde gaya bekas penagih pun ada. Banyak perkara menarik di Casa Villa ni yang sangat menarik perhatian saya. Antaranya ialah, mereka tidak membekalkan sebarang ubat atau lebih tepat methadone kepada bekas penagih berkenaan. (kalau ikutkan hati, berat hati saya sebenarnya nak menggelar mereka sebagai bekas penagih, tapi saya tak berjumpa dengan term yang lebih baik untuk describe mereka dalam blog ni.)

Maksudnya, mengikut apa yang saya belajar, DIC ni dia tak menggunakan konsep “harm reduction” seperti pemberian syringe kepada golongan istimewa ni. Mereka hanya menggunakan kaedah “cold turkey”. Bagi sesiapa yang tidak tahu, nama kaedah ni je yang bombastic, sebenarnya ianya hanyalah kaedah mandi je. Maksudnya, bagi mereka yang berazam untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan, mereka akan mengalami '”withdrawal symptoms”, dan sepanjang tempoh symptom ni, mereka akan adakalanya merasa gian yang amat untuk mengambil semula “barang” berkenaan. Jadi, bagi menghilangkan atau “melupakan” perasaan tu mereka akan duduk dalam bilik mandi dan mandilah atau siramlah diri mereka dengan air sebanyak mungkin ke sesejuk mungkin ke sampai hilang rasa gian mereka. Dekat Casa Villa ni hanya merokok sahaja mereka tidak halang. Tetapi, ada regimen mereka yang tersendiri untuk merokok. Mereka hanya dibenarkan merokok pada waktu-waktu tertentu sahaja di tempat yang dibenarkan sahaja. Rokok pun, bukan rokok dunhill beb, rokok kertas tembakau je!

Bacalah di laman web ni untuk tahu lebih lanjut mengenai “harm reduction” program di Malaysia tercinta ni. http://www.aidsmap.com/Malaysias-harm-reduction-programmes-are-preventing-infections-and-saving-money-but-reaching-far-too-few-people-who-inject-drugs/page/2696995/. Bahasa omputeh la tapi.

Selain dari tidak menggunakan konsep “harm reduction”, Casa Villa ni menyediakan pelbagai aktiviti kerohanian termasuklah bacaan asma’ul husna pada setiap hari jam 7 petang, bacaan Yaa Siiin pada hari Khamis dan Jumaat, bacaan ta’lim selepas asar dan banyak lagi aktiviti kerohanian lain. Oh ya, mereka di sini juga belajar cara-cara nak mandikan jenazah. Program ni diberi nama “Pasukan Urusan Jenazah Insaniah”. Bagus kan? Mereka juga sering dipanggil untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan sekitar kawasan mereka seperti gotong royong, kenduri kawen. Jika ada program di luar, mereka akan sentiasa dipantau oleh warden mereka.

Disiplin mereka sangat terjaga. Kami diberi peluang untuk berjalan sekitar Casa Villa berkenaan dan lihat sendiri tempat tidur mereka, almari, bilik bacaan, tempat makan dan “sickbay” mereka. Maaflah, gambar tak disediakan di sini. Tapi mereka benarkan untuk mengambil gambar sebenarnya. Kalau nak tengok, jemputlah ke Casa Villa untuk menyantuni dan memberi semangat dan kekuatan kepada mereka. Saya sangat terkejut melihat bilik tidur mereka kerana sebijik macam masa saya duduk asrama dulu. Cadar kena kasi tegang, baju kena lipat kemas-kemas kasi cantik. Jangan lupa ye, mereka semua lelaki! Warden dekat situ siap tunjuk lagi cara nak lipat baju yang sangat jimat space. Boleh apply dekat rumah ni! hehe.

Bukan setakat cadar tegang, almari kemas je, mereka di sini di latih untuk bangun pukul 5 pagi setiap hari! Terasa diri ini ditumbuk bertubi-tubi semasa mendengarnya. Mengenai “sickbay” pula, mereka ada 2 sickbay. Sickbay inilah yang menempatkan mereka-mereka yang baru daftar masuk. Sepanjang berada di sickbay ni, mereka tidak dibenarkan keluar sama sekali melainkan dengan pengawasan warden. Itupun mungkin sekali seminggu je. Sebab dalam sickbay tu ada bilik mandi sekali untuk proses “cold turkey” mereka. Berapa lama mereka dalam sickbay ni bergantung kepada tahap perubahan yang mereka tunjukkan. Paling kurang kena 2 minggu dalam tu.

Mereka di Casa Villa ni memang macam satu keluarga. Staff-staff pun dah macam abang ke bapak diorang sendiri. Even sesama mereka pun memang macam adik beradik. Saling menguatkan, saling mendengar, saling memahami. Oh ye, memandangkan disiplin mereka sangat terjaga, jika ada antara mereka yang melanggar peraturan Casa Villa tu akan didenda. Tapi takdela denda macam dalam penjara tu. (aku pun tak tau dalam penjara denda macam mana…)Denda yang baik-baiklah macam cuci toilet ke, kemaskan katil orang lain ke. Sahsiah, yes!

Lepas megelilingi rumah berkenaan, akhirnya kami diberi kesempatan untuk interview golongan istimewa ni. Kami seramai 30 orang tadi dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecik, 1 mereka 2 kami nisbahnya (1:2). Maksudnya hampir semua la kami dapat bertanya.

Dari soalan basic mengenai keluarga, sampailah bagaimana boleh terjebak, halangan, cara nak atasi dan macam-macam soalan kami tanya Alhamdulillah mereka dapat jawab dengan tenang. Kira sesi interview tu Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Mengikut apa yang kami nampakla, semuanya tenang kan, dalam hati mereka kalau ada yang bergelora tu teringat-teringat tu taktaula kan. Dan soalan kumpulan saya yang terakhir,

“ada tak nasihat nak bagi untuk masyarakat dekat luar sana yang seperti kami ni (masayarakat normal) terhadap golongan macam kalian?” (lebih kurang macam tula soalan kami).

Dia terdiam sejenak.

“Jangan pandang hina kepada golongan seperti kami. Jangan sisih kami. Kesalahan kami yang lepas tu, lepaslah.”

“ada tak cadangan cara untuk tarik lagi golongan macam encik dekat luar sana yang masih lagi tidak mendapat kesedaran untuk sertai program macam ni?”

“untuk berubah ni, atas diri sendiri, tak boleh paksa-paksa. Kena buat pendekatan psikologi baru boleh. Kalau paksa tula yang lagi bahaya.”

Encik yang kami interview ni sangat bagus pada pandangan saya. Sebab dia sendiri yang datang ke Casa Villa tu secara sukarela. In fact, mereka yang datang ke situ mostly volunteer, takde paksaan. Boleh nampak dari air muka dia, dia sangat menyesal dengan apa yang dia pernah buat sebelum ni atas pilihan dia sendiri. Saya berani untuk menulis di sini bahawa dia sangat sayangkan mak dia. Dia cakap walaupun dia tak nampak tapi dia tahu mak dia pernah menangis sebab dia. Apa yang dia paling geram ialah apabila orang kampungnya menyalahkan mak dia apabila dia terjebak dalam aktiviti tersebut. Sedangkan dia berkeras nyatakan pada kami bahawa, jalan itu dia sendiri yang pilih! Tiada paksaan dari mana-mana pihak!

Terlalu banyak cerita yang ingin saya kongsikan di sini. Dan terlalu banyak pengajaran yang saya dapat hari ini. Antara perkara menarik yang saya tahu hari ini ialah, “penagih ni, perangai dia, apa yang dia nak, kena ada kat depan mata dia, masa tu jugak! Tak sabar.” Jadi, DIC ni melatih mereka untuk bersabar dengan tidak memberikan kemahuan mereka setiap kali mereka minta sesuatu. Contohnya, mereka tidak dibenarkan untuk menelefon ahli keluarga mereka seandainya mereka sangat berhajat atau rindu pada keluarga mereka. Bukan kejam ye, tapi ni merupakan sebahagian dari terapi yang mereka sediakan.

Kita, masyarakat normal, tidak berada dalam situasi mereka. Tidak pernah merasai apa yang mereka lalui dan rasai. Ujian yang mereka terima sangat berat pada pandangan mata kita, tetapi itulah yang terbaik buat mereka. Mereka sangat kuat untuk teruskan kehidupan. Mereka sangat kuat untuk bangkit semula setelah jatuh merudum dalam kehidupan. Bukan senang untuk mereka buat keputusan untuk berhenti secara total dari dadah. Jadi, bantulah mereka, sokonglah mereka. Hentikan prejudis kita. Saya tak nafikan, bukan mudah untuk membuang prasangka buruk dalam diri terhadap golongan yang sebegini. memang bukan senang. Adakalanya kita perlu lawat mereka dan selami kehidupan mereka supaya kita sedar yang mereka juga manusia seperti kita dan inginkan kehidupan yang lebih baik.

Kepada pihak berkuasa, saya mohon sekatlah segala pengahantaran dadah ke negara Malaysia tercinta ni. Kalau dadah takde, gerenti takkan ada penagih. Tolonglah…

Tukarlah sistem di pusat serenti walaupun saya tak tau sistem apa yang digunakan di situ. Tapi menurut apa yang saya dapat dari mereka, sistem paksaan ni sangatlah tak bagus. Selami hati mereka, tegur secara hikmah. Masalah datang dari hati, jadi hatilah yang perlu dirawat.

Kepada ibu bapa, saya mintak janganlah bertekak atau bergaduh depan anak-anak. Tunjukkan yang baik-baik je depan mereka. Kalau memang dah rasa menyampah dekat satu sama lain, tolonglah berpura-pura depan anak. Anak-anak ini akan membesar dan sedikit sebanyak mencontohi apa yang mereka pernah nampak dari mak ayah mereka. Walaupun saya tak berjaya menemukan masalah keluarga penyebab mereka terjebak, tapi saya yakin, institusi keluarga memainkan peranan yang teramat penting dalam kehidupan seseorang individu.

Doa dari seorang ibu dan ayah teramat sangatlahhhh penting dalam kehidupan anak. Kerana doa ibulah, kita berada di mana kita sekarang. Kepada mak-mak ibu-ibu umi-umi mama-mama dan segala macam panggilan lagi, kalau rasa menyampah sangat tengok muka anak tu, tolonglah jangan doa ynag buruk untuk anak. Tak payah doa langsung lagi baik dari doa yang buruk untuk anak. Sebab doa ibu untuk anaknya teramatlah mudah untuk dimakbulkan. Saya yakin, walau teruk macam mana pun perangai anak tu, seorang mak tu takkan sampai hati nak doakan yang buruk untuk anak dia. Sebab “power of love” yang ada dalam diri mak ni teramatlah sangat kuatnya.

Kepada yang rasa nak berubah ke arah yang lebih baik. Tak kiralah dari jenis kejahatan apa sekalipun yang anda lakukan, banyak-banyaklah amalkan doa ni,

gambar ni saya kutip dari link ni, https://muzir.files.wordpress.com/2012/03/416897_128724130586421_100003465055006_119165_1319823972_n1.jpg

Kita semua insan berdosa.

Kita semua hamba hina.

Kita semua ada ujian masing-masing.

Adatlah manusia biasa melakukan kesalahan.

Baik kecik atau besar.

Tapi ingatlah Allah Maha Besar.

Tak terjangkau fikiran akan segala kehebatanNya

Pujilah Allah dalam hidupmu

Kerana segala pujian tu hanya layak bagiNya

Kemudian, mintalah padanya

Sebanyak mana yang kamu mahu

Takkan kurang walau sedikit dari kuasaNya

Atas jutaan pintaan hambaNya yang berjuta.

Alhamdulillah.

Kuantan

Mahallah Fatimah Az-Zahrah

Jumaat

17042015 @ 28061436

20:31