5/26/2015

Life as 24. Woman.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.

Setiap orang pasti ada sahaja perkara yang dirinduinya.
Jika dia menyukai bermain di padang, selepas 3 hari bercuti pasti muncul rasa rindu untuk beraksi di padang.
Jika suami isteri yang jarang sekali berenggang, selepas sehari berpisah atau mungkin setelah si suami pergi kerja, pasti sudah timbul rasa rindu.
Jika, seorang penghafaz Qur’an, pasti sahaja boleh menangis jika tidak menyelak Qur’an dalam sehari. Hati menjerit mungkin.

Aku? Pasti blog ini yang aku rindui untuk memuntahkan segala isi-isi yang bermain-main di benak fikiranku. Andai dalam sehari aku tidak punya kerja lain dan andai aku hanya punya laptop tika itu, pasti akan aku cuba menarikan jemariku di atasnya sambil otak ligat berfikir.

Ya, aku ingin perbaiki corak tulisanku agar mudah kalian baca, fahami dan hayati. Agar sampai maksudku pada kalian. Aku merupakan seorang manusia yang dilahirkan atas muka bumi ini melalui keturunan Melayu. Tetapi, sejak akhir-akhir ini aku banyak baca artikel indonesia. Dan aku mula jatuh cinta pada bahasa Indonesia. Bahasa sasteranya sangat indah dan mudah. Tetapi aku harus back to reality. Aku juga ingin mengangkat martabat bahasa Melayu dan dalam masa yang sama pelajari juga bahasa-bahasa lain. Sebab pada aku, bahasa kaum lain sangat unik dan menarik untuk dipelajari. Bahasa Melayu juga mudah dipelajari tetapi sayang kerana sudah kurang mereka yang minat sastera Melayu atau mungkin aku yang tidak tahu?

Ok, enough with long introduction. (See? aku pun campur bahasa da…) Kali ni sebenarnya aku berniat nak tulis mengenai life as a 24 year old woman. Sebab tahun ni insyaAllah aku masuk 24. Tengok nombor 24 ni macam tak percaya je. Kalau dulu 12 tahun, 10 tahun, rasa muda je. Even 20 pun rasa muda. Tapi bila nak masuk 24 ni terus rasa tua dan banyak tanggungjawab. Tak tau dari mana datangnya perasaan dah tua tu, tapi it was so sudden. Perasaan tu macam kena baling dengan batu besar or kena hempap dengan batu besar dari atas. Toinkk! Auchh!

Sakit. Berat. Tak mampu nak tolak batu tu sorang-sorang.
Aku tak pernah rasa aku sudah dewasa. Aku tak pernah terfikir pun yang satu hari nanti aku akan masuk umur ni, and aku dah kena start fikir nak cari duit, nak sara hidup sendiri, aku dah kena fikir nak cari rumah, kereta. Aku memang tak percaya. Sebab aku fikir lepas ni aku nak belajar lagi, belajar dan terus belajar. Belajar dengan senang hati tanpa perlu fikir sebarang tanggungjawab yang berat. Balik rumah jumpa mak bapak aku macam biasa, tengok tv, goyang kaki, basuh baju, angkat baju, jemur baju, lipat baju, masak air, habiskan makanan, tak keluar rumah berminggu-minggu, pergi pasar beli ikan sayur ayam, layan adik-adik aku, bergelak ketawa dengan mereka.

Tapi bila umur aku dah meningkat ke 24 ni, aku macam tersedar banyak perkara. Aku kena tukar mindset aku dan sedarkan diri aku yang aku dah dewasa, jadi aku kena buat keputusan sendiri, kena keluar rumah, kena jumpa orang, kena kerja?? Jasad aku masih belum boleh terima perubahan ni. Aku masih dalam fasa penerimaan dan persediaan. Fasa yang banyak kena berfikir.

Tahun ni jugak aku mengalami perubahan hormone yang ketara aku rasa. Tahun yang aku banyak menangis tak bersebab, marah melampau, emosi turun naik, ketawa terbahak-bahak, berat badan pun menaik, kemalasan berganda. And actually it become worse with PMS. Menurut kebanyakan orang, biasanya umur 25 baru alami perubahan hormone ni. Tapi aku alaminya lebih awal. Mungkin dalaman aku lebih matang tanpa aku sedari menyebabkan aku di luar kawalan.
Tapi alhamdulillah aku berjaya atasinya buat masa ni. Disebabkan terlampau emosi, aku tak mampu nak bercakap dengan sesiapa selama beberapa hari. Segala kenangan-kenangan pahit aku, aku ungkit semula, lepastu menangis tiba-tiba. Mujur duduk bilik seorang diri. Kalau ada roommate diorang pun boleh pelik tengok aku kejap ok kejap tak. Disebabkan tidak tertahan lagi maka aku pun post status ni,

What will happen when you have to do something that you don't like?
While struggling to achieve the momentum, unconsciously you will waste more time.
You become stress without you notice it.
Lastly, you tend to forget what is actually you like to do in the beginning.
That's the moment where you will question yourself and....rebel mode will be activated.
Sememangnya aku post status ni untuk tarik perhatian ayah aku. Sebab dah lama aku tak dengar nasihat dari dia. Dan akhirnya dia membalas begini di ruangan komen;
Kena ingat balik..perjalanan hidup kita diputuskan oleh Allah swt. Manusia hanya merancang tapi Allah tahu apa kemampuan kita sebenarnya. Dia juga tahu apa yang terbaik utk diri seseorang. Pada zahirnya seseorang itu tidak nampak apa rahsia yg Allah sembunyikan utk dia tetapi suatu hari nanti Allah akan buka kan rahsia kenapa Allah berikan sesuatu yg kita rasa kita tak suka kepada kita. Seseorang yg ada al quran dalam diri dia sebenarnya tiada istilah stress atau rebel dlm kamus dia. Take care..all d best!
Kata-kata ni benar-benar menusuk kalbu. Terima kasih abah! Esok harinya aku cuba hayati kata-kata ayah aku ni. Dan akhirnya Alhamdulillah mood aku kembali normal.

Alhamdulillah kerana Allah pilih aku untuk ujian ni. Kerana Dia Maha Mengetahui yang aku sebenarnya sangat mampu untuk atasi dugaan ni. Jadi, aku banyak muhasabah diri, banyak memujuk diri. Banyak positifkan diri semula. Banyak sabarkan diri. Sememangnya semua tu bukan perkara yang mudah kerana ia tidak boleh dilakukan dalam sehari tapi berhari-hari. Dan sememangnya banyak perkara yang terkena tempias ketidakseimbangan hormon aku ni. Assignment aku, bilik aku yang bersepah, kemalasan nak study untuk kuiz, kemalasan nak pergi discussion, kemalasan nak pergi usrah, kemalasan untuk bangkit dari tempat tidur di siang hari, kemalasan nak pergi kelas pagi ke petang ke, tidak melayan rumet-rumetku dengan baik, sampai kakak aku pun kena gara-gara aku tidak dapat kawal lagi.

Bagi kalian yang pernah merasainya dan sudah melaluinya pasti memahami apa yang aku rasa. Tapi bagi kalian yang mungkin akan melalui fasa ni, aku nasihatkan jaga solat, banyakkan berdoa, banyakkan baca Qur’an, banyakkan muhasabah diri. Jangan harapkan kawan untuk dengar dan faham semua masalah yang kalian lalui kerana mereka juga punyai masalah tersendiri. Tetapi tidak menjadi masalah kalau nak cerita sikit-sikit. Kenapa aku cakap macam ni sebab kalau kita mengharap pada manusia, kita memang akan kecewa. Sebab kita ada kemungkinan untuk meletakkan expectation dekat kawan kita ni supaya dia dengar dengan bersungguh-sungguh dan faham masalah kita. Tapi, bila kawan kita tu tak seperti yang diharapkan, kita bertambah kecewa DUA KALI GANDA!! Sudahlah ada masalah, kawan pun buat macam nak tak nak dengar je. Macam tula kiranya.
Jadi, adalah lebih baik dan menggembirakan hati kita kalau cerita sahaja segala masalah pada Dia. Menangis sahaja atas tikar sejadahmu biar basah sejadah dan telekungmu! Baru hatimu puas!
Seterusnya, aku nak bercerita mengenai persediaan ke arah alam rumah tangga yang belum pasti sempat ke tak. Umur macam aku ni, adalah beberapa kawan aku yang dah berkahwin, yang dah beranak seorang, yang mungkin sedang merancang anak kedua ke? yang dah dicoppp ke yang dah berpunya ke apa ke apa-apa jela. Tapi ramai je lagi kawan-kawan yang sebaya aku yang tak berkahwin lagi, tak berpunya lagi, gaya je macam dah berpunya padahal takde sape-sape lagi sebab takde orang berani tanya kan sebab yang berani tu tak datang-datang lagi. Gaya yang macam tak berpunya tapi sebenarnya tinggal nak nikah je pun ada. Ha…Macam-macam…

Tapi aku tak kisah, sebab tu jodoh mereka. Setiap orang ada jodoh masing-masing kan? Cepat atau lambat je. Jadi buat apa nak sedih. Cuma tipula kalau takde rasa nak kawen tu bila dah duduk dekat dengan kawan-kawan yang dah ada keluarga sendiri. Rasa jela boleh. Kadang-kadang tu aku rasa pelik bila tengok kawan aku kawen. Aku macam tertanya-tanya, macam mana diorang boleh begitu berkeyakinan untuk ke alam itu? Apa yang mendorong mereka untuk ke arah itu? Bagaimana mereka boleh berkenalan dan akhirnya setuju untuk membina masjid bersama? Apa yang mereka harapkan dari sebuah perkahwinan sebenarnya? Sebab aku belum melaluinya lagi dan dalam keluarga aku tiada lagi yang pernah melaluinya jadi aku rasa semacam pelik dan ingin tahu.

Memandangkan aku dah masuk 24 ni, aku rasa aku kenala belajar sikit-sikit pasal selok belok rumah tangga ni. Pasal didikan anak-anak kalau sempat nak beranakla. Aku akan lebih banyak memerhati sekeliling aku macam mana. Perangai aku pun kenalah perbaiki sebab kalau nak anak-anak yang baik, kita kenalah baik dulu. Kalau nak pasangan yang baik pun, kita kenala perbaiki diri dulu. Tapi tak bolehla nak perbaiki sebab manusia kan. Tapi sebab kesedaran yang kematian kita semakin hampir.

Aku ni sebenarnya bukanlah manusia yang baik sangat pun. Aku masih bertatih dalam perbaiki diri, mungkin perbaiki hati. Kalau kalian yang mengenali aku merasakan yang aku ni baik, alhamdulillah syukur pada Allah yang menutup aib aku pada kalian. Semoga aku juga terlindung dari melihat aib kalian.

Oh ye lagi satu. Esok aku ada exam OSPE CNS sebenarnya. Tapi suka-suka je aku nak tulis kat sini. sebab once rasa nak menulis tu datang, aku kena tulis jugak, kalau tak nanti terbayang-bayang. Open-mouthed smile. Jadi, mohon doanya dari kalian yang terbaca/membaca/scroll terus sampai bawah artikel? ni.

Dan lagi, semoga adalah sesuatu yang kalian pelajari dari artikel kali ini. Jangan kalian salah faham, artikel ini bukan bertujuan untuk mendedahkan atau berbangga dengan diri sendiri, tetapi lebih kepada supaya kalian yang lebih kurang macam aku akan berfikir "aku tidak keseorangan" atau "oh..patutlah..." atau yang memiliki kakak ke anak ke adik ke yang sebaya aku bersiap sedia atau lebih memahami mereka? :)

Buat sesiapa yang terlibat secara langsung atau tak langsung, aku mintak maaf siap-siap. Terima kasih jugak buat kalian yang memahami. Lagi satu, mintak maafla kalau penggunaan bahasa “aku” ni agak kasar. tapi sebab artikel ni macam santai je gaya penulisannya, jadi rasa macam nak guna “aku”.
Sekian. Terima kasih.

Before


 After

26052015
Selasa
Kuantan
17:05