8/23/2015

Anak-anak kecil.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni saya nak cerita mengenai pengalaman saya pergi ke conference di PWTC yang berlangsung selama dua hari which was from 20th August to 21st August. Yes, today. The first question that probably pop-up in your mind is, how did I know such programme? And maybe why?

Saya tak pasti hari apa saya tergerak hati nak tengok rancangan Assalamualaikum dekat TV Al-HIjrah. Yang pastinya minggu lepas kot. Tapi, masa saya bukak tu dah nak dekat pukul 10 dah. Lagi beberapa minit dah nak habis. Ada tetamu dari Felcra ni dia promote pasal International Conference on the Professionalism & Entrepreneurship in Early Childhood Care and Education. Panjang betul tajuk dia…

Saya tertarik dengan Early Childhood Education tu sebenarnya. Jadi habis je cerita tu, gigih saya cari pasal program tu dekat laman web yang diberi, www.ftc.my. Saya tengok fees dia RM250 for 2 days. Saya rasa macam okla kot harga dia, standard conference. But, the problem is, mana nak cari duit? And then I told my mom that I was interested to join that conference and asked her about the fees. Days went by, and saya pun macam dah tak berapa nak kisah sangat pasal program tu and start to think nak buat benda lain. Suddenly, beberapa hari sebelum hari kejadian, my mom told me to just go. And I told her that takpelah tahun depan kalau ada boleh pergi. And she said that, pergi jelah, tak tahu tahun depan ada ke tak. And, here I am, guna duit JPA sikit, duit my mom sikit.

Why I was very keen to go? Sebab saya ada sedikit minat dalam bidang psikologi kanak-kanak ni. Sebab saya rasa kanak-kanak ni sangat penting untuk kita fahamkan mereka tentang tujuan hidup yang sebenar and benda tu memang kena mula dari kecik. Dan sebab saya rasa sangat kasihan dengan perkara-perkara negative yang berlaku atas kanak-kanak sekarang. Saya takde anak lagi sebab kahwin pun tak lagi. Tapi saya risau what will happen kalau saya dah ada anak? Jauh sangat aku pikir ni…

Baru saya tahu dekat Malaysia ni dah start implement yang mana-mana guru taska/tadika perlu ada at least diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mana nak dapat diploma ni? Pengajian ni boleh dapat di Open University Malaysia, UniTAR and any IPGs. Mungkin ada lagi tempat lain, tapi 3 tempat ni yang mereka sebutkan.

Saya jugak baru tahu yang kalau mengikut guideline yang kementerian tetapkan, ratio antara kanak-kanak dengan pengasuh ialah;

0 – 1 year old baby –> (1:3)

1 year – 3 years old –> (1:5)

3 years – 4 years old –> (1:10)

Memang benar dekat Malaysia ni dah terlalu banyak taska (private). Memandangkan saya bukanlah dari jurusan pendidikan awal kanak-kanak atau yang seangkatan dengannya, maka, saya banyak memerhati dan menjadi pendengar yang setia sepanjang conference tu. Ada seorang pengusaha taska/tadika ni cakap; cabaran kalau bukak taska ialah nak memilih pengasuh-pengasuh. Sebab kita tak tau sejauh mana mereka ni berkemampuan untuk menjadi pengasuh, cara mereka mengasuh, tahap kesabaran mereka. Manakala cabaran untuk bukak tadika pula ialah, dari segi modul yang disediakan. Sejauh mana modul yang dihasilkan dapat menggarap bakat kanak-kanak. Jadi, ibu bapa akan memilih taska/tadika berdasarkan perkara-perkara tersebut. Dan, sebelum menghantar dan membuat pilihan, ibu bapa akan membuat kajian (google) terlebih dahulu.

Finland yang begitu terkenal dengan best education system (kalau tak silapla); mereka memberi kebebasan kepada pre-school teachers untuk menghasilkan sendiri modul pembelajaran bagi taska masing-masing. They do have national curricular syllabus but it depends on the school whether to follow or not. Because they believe that everyone will do their best in their work. And, teachers merupakan pekerjaan yang the most respected di Finland, not because of their salary but the works itself. Prof. tersebut menyatakan sendiri yang gaji teachers takdelah besar mana. Mereka juga tiada system “nazir” untuk assess the quality of the syllabus that developed by their own pre-school. Mereka tiada istilah competition between sekolah/tadika/taska tertentu. Sebaliknya mereka menerapkan pemikiran bahawa setiap sekolah adalah terbaik. Ibu bapa di Finland, mereka lebih suka untuk hantar anak-anak mereka di nearby pre-school dan bukan di taska/tadika yang hebat. Kerana tidak wujud taska/tadika paling hebat.

Manakala di Indonesia pula, mereka akan mengadakan ujian terlebih dahulu atas pengasuh-pengasuh tersebut sebelum mempraktikkannya kepada kanak-kanak. Mereka tidak mengenakan ujian terhadap kanak-kanak tetapi ujian hanya diberi kepada pengasuh sebelum mereka benar-benar menjadi pengasuh.

System di Malaysia berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak tidak diterangkan dengan begitu detail (berdasarkan apa yang saya dengarlah, mungkin ada tapi saya tak focus kot?). jadi, saya tidak dapat nak mengulas dengan lebih lanjut. Cuma, suka saya nak kongsikan di sini apa yang saya sendiri dengar dari beberapa pengusaha taska/tadika. Ada sorang pengusaha ni komplen mengenai attitude students yang buat practical dekat taskanya. Dari perbualan tu dapatlah saya simpulkan yang attitude “willingly to help or to do any job” sangat penting. Tak kisahlah kalau apa yang kita kena buat tu kita tak pernah belajar pun dekat kelas, tapi kita willing to learn the new job/task. Jangan mengeluh. Sambil saya dengar sambil saya compare dengan masa saya praktikal dekat hospital baru-baru ni. And my mom pun ada pesan;

“buat je kerja tu. Belajar. Jangan mengeluh.”

Lagi satu, jangan komplen benda yang bukan focus utama kita. Sebagai contoh, saya pergi conference untuk dapatkan ilmu. Maka, focus saya sepatutnya kepada pengisian conference. Tapi, saya pergi bagi komen yang dewan yang disediakan terlalu kecik ke, terlalu panas ke, peserta buat bising ke. Nampak tak? Jadi sepatutnya saya perlu bagi komen/cadangan mengenai pengisian seperti, mungkin lepas ni boleh tekankan isu kanak-kanak tak dapat hak yang sepatutnya ke. Macam tu…Dalam kes ni, bila kita pergi praktikal kat mana-mana, kalau kita nak komplen pun kena tengok dulu kita nak komplen dekat skop mana. Pengusaha taska/tadika tu dia cakap student tu komplen pasal pengusaha tak bagi kerjasama ke or something like that. And pengusaha tu cakap takut nanti student tu pergi praktikal untuk cari kesalahan orang lain dan bukannya untuk belajar.

I learn something la dari pengusaha tu. Sebab selama ni memang saya suka je nak komen apa-apa, tapi saya tak pernah pun nak fikir yang it would be even nicer kalau komen tu focus on the important things. Mungkin nila yang dimaksudkan dengan “komen yang membina.”

Yang ketiga, pengusaha tu ada cakap yang student yang amek diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak ni sepatutnya belajar teori sekejap je then praktikal tu yang kena lama. Belajar directly dekat taska/tadika untuk tengok macam mana students ni boleh tak bersabar dengan budak-budak. Lagi, sekarang ni dah tak boleh cakap yang saya takde adik kecik, takde anak buah, takde anak lagi sebagai alasan untuk mengatakan tidak tahu, sebab internet di hujung jari. Benda ni dekat mana-mana jurusan pun sama saya rasa. Kena jadi lebih rajin lepas ni untuk tingkatkan ilmu pengetahuan.

Ada seorang pengusaha ni dia bagitau betapa dia sangat geram dengan remaja zaman sekarang ni. Ignorant sangat mungkin. Dan saya begitu sentap mendengarnya walaupun kalau ikut umur saya ni dah kategori dewasa bukan remaja lagi.

Memandangkan saya pergi ke sana sendiri dan willingly maka, saya datang dan duduk sahaja di mana-mana meja yang masih kosong. Semasa mendengar talk, saya duduk bersama pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Semasa makan saya duduk dengan pengusaha-pengusaha tadika/taska. Apabila saya memberitahu saya mengambil jurusan farmasi, mereka terkejut. Ada jugak yang gelak. Mungkin sebab saya benar berminat nak tahu dan learn something new from the conference. Berkali-kali saya fikir, patut ke saya pergi conference ni? Berbaloi ke bayar mahal-mahal? It was worth.

To sum up, saya rasa betapa pentingnya untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak sedari mereka kecil lagi. Suka saya nak kongsi di sini, kata-kata dari penganjur program;

“it’s not the issue of working parents, tapi Nabi (s.a.w.) sendiri dihantar kepada pengasuh/ibu susuan di awal kelahiran Baginda.” 

Anak-anak merupakan saham kita di akhirat kelak. Betapa pentingnya kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkan mereka. Sebelum bercita-cita untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan taat, cerminlah dulu diri sendiri sejauh mana kita sebagai anak terhadap ibu bapa kita, sebagai hamba kepadaNya. Perbaikilah diri, timbalah ilmu sebanyak mungkin.

Untuk bergelar ibu dan bapa juga perlu ada persiapan. Bukan hanya sekadar persiapan material tetapi persiapan rohani, persiapan mental itu lebih-lebih lagi. Tuntutlah ilmu agama dari orang selayaknya agar nanti tatkala anak kita tanya mengenai persoalan agama bolehlah kita jawab dengan yakin dan bukan hanya sekadar memberi jawapan sebegini;

“pergilah google. google kan ada.”

Saya tiada pengalaman dalam membesarkan anak dan saya tidak layak untuk berbicara dengan lebih mendalam akan hal ini. Tetapi saya sangat amat mementingkan pendidikan awal kanak-kanak dan saya menggesa agar anda juga turut memandang perkara ini sebagai sesuatu yang serius kerana anak-anak adalah amanah, jambatan anda ke syurga kelak.

Maaflah takde gambar yang menarik untuk dikongsi memandangkan resolution kamera tak berapa nak menarik.

23082015

Bangi

1:47

8/17/2015

Touch & Go dan TV

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni aku nak cerita pasal adik aku yang sorang ni. Adik bongsu. Baru 3 tahun. Dia sangat kelakar dan banyak celotehnya.

Jam masa tu dalam pukul 9 lebih-lebih malam. Sedang aku rancak menaip, tiba-tiba Ayub pun masuk bilik aku. Maka bermulalah perbualan kami;

Ayub: Kakngah ada touch and go tak?

Aku: Ada. Nape Ayub?

Ayub: Nak tengok touch and go kakngah boleh tak?

Aku: Nak buat apa?

Sambil tangan aku menunjuk ke arah beg aku yang ketika itu berada di atas lantai. Dek kerana aku tidak mahu terus disoal dengan soalan yang sama, aku pun hulurkan je touch and go aku.

Aku: Nanti, Ayub simpan balik eh kakngah punya.

Ayub: Ok.

Tak lama kemudian, dia pun mulalah bercerita.

Ayub: bla…bla..bla…nanti kakngah naik ni… naik ketapi…. naik tren… naik teksi…nanti kakngah pun sampaila sepital.

Excited benar bunyinya. Aku yang ketika itu tidak mendengar langsung apa yang diceritakannya pada mulanya, mula fokus pada penceritaannya setelah kedengaran perkataan “sepital” disebutkan.

Aku: Ayub tengah ajar kakngah macam mana nak pergi sepital ke?

Ayub: Haah.

Aku: Ok, Ayub ceritalah macam mana.

Maka, dia pun ulangla segala ceritanya. Dan aku pada ketika itu begitu fokus pada penceritaannya. Aku mendapat idea untuk mengambil gambarnya ketika itu kerana dia begitu excited bercerita.

Photo0009

Ayub bersama touch and go.

(Dia posing masa ni sebab aku bagitau dia nak amek gambar.)

Dalam hati, aku hanya mampu berkata, “kakngah tak pergi sepital dala ayub…”

------------------------------------------------------------------------------------

Setelah berakhir sesi touch and go, hari yang sama tapi pada jam hampir 10 malam, di hadapan televisyen.

Ayub sedang asyik menonton cerita kegemarannya, “Tanah Kubur.” Habis je cerita dia, aku pun tukar channel. Nak tengok ada cerita apa. Sedang aku fokus pada cerita, (aku pun tak ingat cerita apa aku tengok), Ayub tiba-tiba bersuara;

Ayub: Kakngah, tutuplah TV.

Aku buat tak tau je. Sekali lagi dia cakap.

Ayub: Kakngah, tutuplah TV.

Dan berkali-kali dia ulang ayat yang sama. Sebab aku buat tak tau je. Akhirnya aku bersuara;

Aku: Kakngah nak tengok ceritala. Nape Ayub suruh kakngah tutup TV? Ayub pergilah masuk tido dulu.

Ayub ni dia takkan tido selagi orang lain tak masuk tido dengan dia. Selagi TV terbukak selagi tula dia tak nak masuk tido. Akhirnya aku mengalah dengan pujukan Ayub yang hampir merimaskan.

Aku: Ok la, kakngah tutup TV ye.

Bagi memastikan TV benar-benar tutup, Ayub pun cakap;

Ayub: Ok, Ayub tutup tekan kat TV ni eh.

Sambil dia tekan butang tengah dekat TV yang memang confirm TV dah ditutup. Aku hanya mampu gelak je. Sebab aku memang niat nak tengok TV balik lepas dia masuk tido.

Sambil dia jalan masuk bilik, sempat dia pesan kat aku;

Ayub: Kakngah, pergi tido. Esok kakngah nak keje kan.

Haha. Memang aku gelak je depan dia.

Aku: Kakngah tak pergi keje dala Ayub…

-Bunyi pintu ditutup-

Aku pun bukak TV balik. Tiba-tiba pintu dibukak semula;

Ayub: Nape kakngah tengok TV?

Memang aku terkejut bila Ayub keluar balik. Tapi aku dah boleh agak. Jadi aku gelak jela and buat tak tau. Akhirnya dia pun masuk tido.

IMG-20150707-WA0009

Si Smart, Si Macho, Si Cute, Si Comel =)

Terima kasih!

17082015

Bangi

19:09

Hospital Attachment (Third Week)

Bismillahirrahmanirrahim.

Third Week (0607105-10072015)

Third week means there’s only 3 weeks left! Yeah!! Masa dah third week ni, kami happy je sebab ada lagi 3 minggu je untuk dihadapi. Walaupun penuh duka tapi Alhamdulillah kami berjaya sampai ke peringkat ni. Third week aku ditempatkan di Drug Information Service atau secara singkatnya DIS unit. Tak banyak sangat benda yang aku boleh cerita dekat unit ni. Sebab banyak masa aku habiskan dekat library je.

Oh ye, untuk pengetahuan rakan pembaca sekalian, DIS ni macam centrela dalam pharmacy department. Segala persoalan berkaitan ubat-ubatan, pendapat ke any comparison ke, unit ni la yang orang rujuk. I mean, Doctors ke nurses ke patients ke kalau dorang ada soalan, queries diorang akan directly call this unit. Depends pada hospital tu. Kalau busy hospital tu, patients asyik ramai je, maka busyla unit ni. Kalau tak ramai patients yang datang maka kurang sikitla busynya (ni based on my observation la). Unit ni jugakla yang cater semua PRP dalam hospital tu.

Sepanjang dalam unit ni, I just got 7 cases including 1 ADR case. And I was able to make a slide presentation for the unit in 2 days. Lepas berjaya buat tu, pegawai tu pun cakap, “Nampak tak, awak berjaya siapkan slide ni dalam masa 2 hari je. Lepas ni kalau saya suruh PRP takde alasan la kalau dorang tak boleh siap dalam masa 2 hari kan? Walaupun mula-mula awak rasa awak tak boleh tapi akhirnya awak boleh jugak kan?”

Ye, aku perasan benda tu. Banyak benda yang pada awalnya aku rasa macam nak give up. Aku tak sabar. Aku kurang sabar untuk sampai ke penghujungnya. Tapi aku paksa diri aku untuk sabar dan teruskan jugak. Dan akhirnya aku mampu tersenyum dan macam, “aku boleh buat rupanya..”

image

Nila slide presentation yang aku berjaya buat. Ada 35 slides semuanya. Banyak gambar je.

Dalam minggu ni jugak aku diberi peluang untuk involve dalam monthly assembly mereka. Kalau ikutkan students tak boleh involve. Tapi mereka beri kami untuk turut serta dalam meeting tu. Usai meeting yang berdurasi selama satu jam tu, preceptor unit aku tanya aku, “apa yang awak dapat dari meeting tadi?” Aku pun selamba cakap, “Kena buat kerja cekap-cekap.” “Ha, betul tu! Awak nampak kan disebabkan kesalahan/kecuaian sikit boleh memberi kesan kepada patients.” Aku pun mampu angguk perlahan je sambil tersengih-sengih.

Kebetulan masa aku attach dekat unit DIS ni, PRP yang turut attach semuanya berbangsa Cina. Aku macam nak prepare sebelum kena tanya dengan preceptor tu regarding drug review. Aku macam tau-tau sikit je. Jadi aku macam nak taula macam mana PRP unit ni buat pasal drug review ni. Jadi, satu hari ni memandangkan tiada pegawai dalam bilik tu masa tu, aku pun beranikan diri tanya sorang PRP ni. “Macam mana nak buat drug review ye?” Aku tak tau yang PRP yang aku tanya tu baru je attach kat unit tu. Jadi dia pun macam tak tau sangat. So, dia pun tanyala dekat PRP senior unit tu. Then PRP laki ni pun tanyala aku, “apa yang u nak tau pasal drug review?” “Saya cuma nak tau drug review tu apa, and macam mana korang buat?” Then dia pun explain everything. Sebab dia pun pernah kena buat. It’s just a comparison la nak senang cakapnya. Tapi in the end aku tak kena buat pun drug review. But it’s ok, at least I know what it’s all about.

Perkara yang aku belajar dalam unit ni, if we think something is not right, prove it. Or maybe there is something better, you need to prove it. Sebab masa kes ADR, aku macam cakapla yang aku ada jumpa journal yang argue some statement. Then pharmacist tu cakapla, kalau betul ada, awak kenala tunjukkan journal tu. Prove it. Selain dari tu, pharmacist tu cakap, “Kita tak boleh question profession doctor. Tapi kalau ada something yang macam pelik kita boleh bagi suggestion and discuss with doctors.” Lebih kurang macam tu la ayat dia.

Lagi satu, kita kena pandai defense ourselves. Provide reasoning. jangan senyap je. Sebab kebetulan masa hari last aku attach kat unit tu, result forensic exam keluar. And pegawai tu panggil one by one PRP yang cannot make it. Antara soalan preceptor tu pada mereka, “Kenapa awak tak boleh lulus? Apa alasan awak?” And from my observation, ada yang provide a very long reasoning and ada yang sit quietly. Then preceptor tu cakap dekat yang bagi reasoning, “at least awak ada alasan, jadi saya bolehlah tolong awak. Kalau takde alasan, macam mana saya nak tau apa masalah awak.”

Tapi, one thing yang aku ponder la kan. Masa bila PRP ni nak study laws yang banyak tu? Pergi kerja pagi-pagi before 8 lagi dah terpacak dekat hospital. Balik dalam 5.30 petang baru gerak keluar. Kalau duduk sekangkang kera dari hospital, logikla malam tu dah hilang sikit penat. Bolehla nak study sikit-sikit malam tu. Tapi kalau yang duduk jauh kena redah jammmeed lagi. Paling awal sampai rumah pun dalam 6.30 – 7.00 malam. Dah nak dekat maghrib. Sah-sah dah mengantuk. Ada masa Sabtu dan Ahad je. Tu pun kalau tak kena on-call. Kalau yang dah beranak tu taktaula macam mana…Jadi, sedikit sebanyak aku macam pahamla kenapa ada yang cannot make it. Those yang lulus tu memang aku rasa superb la. Mungkin gifted dalam bahasa law.

Oh ye, sebelum terlupa. Ada sorang PRP ni, female, chinese which attached dalam unit DIS jugak masa tu. Adala sehari tu, lepas aku jumpa dengan preceptor unit tu, aku terserempak dengan dia, then dia tanya, “You OK tak?” “Ok. ok” Sambil tersengih. Mungkin dia risau aku kena marah kot. Atau mungkin mimik muka aku macam tak gembira ke? Lepas habis attach dekat unit ni, aku sekali lagi terserempak dengan PRP ni, dia tanya aku, “Eh, you attach kat mana sekarang?” “OPD”. “Hari tu macam mana markah you? Ok tak dia bagi?” “ok la dia bagi.” Sambil tersengih juga. Dari jauh lagi kami sudah berbalas senyuman. Sangat baik orangnya. Masa aku attach dekat TPN/CDR, kebetulan dia final week attach dekat unit yang sama dengan aku. First time aku jumpa dia, aku ingatkan dia dah jadi pegawai. Muka dia aku rasa macam aku pernah jumpa sebelum ni. Mungkin sebelum turun ke dunia kot. Aku tak pasti alam apa nama dia.

image

Nila markah yang dia bagi. Ok la kan?

Stay tuned for the next next week! Thanks. =)

16082015

Bangi

21:27

8/15/2015

Hospital Attachment (Second Week)

Bismillahirrahmanirrahim.

Second Week (2906105-03072015)

Second week aku ditempatkan di unit Logistic. Logistic ni kira macam stor penempatan ubat-ubatan dan bukan ubat. Dia stor untuk satu hospitalla kiranya. Dalam ertikata lain, segala barang yang ada dalam hospital tu under logistic ni. And pegawai farmasi yang control. (Kalau salah silalah bagitau ye.)

Kebiasaannya takde kerja apa pun dekat stor ni. Bagi pelajar praktikal la. Selain duduk merempat dekat mana-mana stor atau dengar perbualan staf-staf stor atau disakat oleh staf-staf tersebut. Itu jela kerjanya. Tapi, Alhamdulillah, kebetulan masa minggu aku attach, dorang ada aktiviti pengeluaran or distribution week la gitu. Jadi memang super duper busyla. Aku kenala tolong sekali. Sebab dorang tak cukup staff.

Pengeluaran ni kira macam distribute stok kepada semua department dalam hospital tu. I mean sub-store setiap department. Jadi memang banyakla kerjanya. Mula-mula memang terkial-kial nak cari ubat. Berkali-kali jugak termenung tengah jalan sebab tak jumpa. Tak bolehla tak jumpa terus nak tanya staf kan. Kenala ada usaha mencari sikit. Sampai dah kebuntuan barula staf tu tanya, “awak cari apa?” Sekali dia tunjuk dekat rak yang dah berkali-kali aku pusing. Macam manala tak boleh perasan tadi…Haish..

Staf dekat logistic ni memang happening belaka. Semuanya happy go lucky. Pagi-pagi sebelum masuk stor, dengar dorang bercerita pasal keluarga masing-masing. Pastu gelak-gelak. Aku hanya mampu tersenyum je. Kalau aku gelak sekali kang pelik pulak kan. Tengah-tengah kerja time orang nak rilek-rilek, ada staf yang sempat promote tudung. Bila dah pukul 11 macam tu, tiba-tiba ada sorang staf ni cakap kat aku, “Dahla tu. Kita rilek-rilek dulu. Keje ni kenala berehat sikit. Penat.” Aku hanya mampu tersenyum. Mungkin sebab dia nampak aku dari pagi punggah ubat. Mungin jugak sebab dia angkut-angkut kotak berat-berat. Jadi dia lagi penat, tambah lagi bulan puasa kan. Dalam hati aku hanya mampu berkata, “Bila nak siap kalau asyik berehat. Kerja banyak lagi tak siap.” Aku terus sambung kerja aku.

Hari keempat macam tu, aku dah pandai memilih nak setelkan request yang mana satu. Aku cari yang semua tablet or capsule je. Tak pun aku cari yang quantity dia sikit-sikit je. Kalau ada yang susah, aku buat-buat tak nampak je. Sepanjang dalam stor tu, ada sorang staf ni memang dia bawak laptop, bawak speaker, pasang lagu raya. Jadi memang happeningla stor tu. Nak buat kerja pun rasa happy je.

Antara soalan yang diajukan staf-staf stor tu dekat aku;

“Siapa nama awak?”

“Umur berapa?”

“Agak-agak kitorang ni umur berapa?”—> untuk soalan ni aku pun tekala umur dorang. Layan jela kan…

“Asal mana?” “Kajang.” “Kajang belah mana?” ”Eh, saya pun duduk Kajang.”

Kebiasaannya aku pakai labcoat dalam stor tu. Memang kalau boleh aku nak bukak je. Tapi yelah, takut nanti kena marah ke kan. Sampaila hari ke berapa tah, kebetulan ada sorang pegawai ni masuk stor, dia cakap, “Eh, kalau awak nak bukak labcoat, bukaklah. Kotor nanti labcoat tu.” Aku pun apa lagi, lepastu aku terus bukak labcoat. Lepastu, tengah aku buat kerja, adala sorang staf ni masuk, dia nampak aku dari belakang kot, sampai depan aku dia cakap, “Aku ingatkan ustazah manala yang masuk stor ni. Rabiyah rupanya.” Esoknya, aku pakai balik labcoat. Segan orang cakap macam tu. Sebab bila pakai labcoat, orang mana nampak tudung apa kita pakai.

Hari terakhir aku dekat department tu, aku keluar bersama dengan sorang staf ni. Aku cuba untuk siapkan bahagian aku sebab next week aku dah department lain. Aku tak sedar masa tu dah 4 lebih, nak dekat pukul 5. Then, staf tu cakap, “Dala Rabiyah, sambung nanti je.” “Kejap, saya nak siapkan satuuu je lagi.” Masa nak keluar tu, sempat staf tu cakap, “Beruntung sape yang dapat awak ni. Rajin. Rabiyah dah berpunya?” Aku rasa macam….Memang aku tersenyummm je dengar staf tu cakap. Aku hanya mampu menggeleng. “Umur berapa?” “24”. Then dia sambung lagi, “Berkenalan ke dengan mana-mana laki?” Aku pantas jawab “Takde” sambil geleng-geleng kepala. Seriau aku rasa orang tanya macam tu. (untuk pengetahuan, yang bertanya tu perempuan ye.)

Event yang aku tak boleh lupa minggu logistic ni, smartphone aku rosak masa hari kedua! Dalam stor tu, ekon dia memang sejuk sangaaattt. Aku letak smartphone aku dalam kocek labcoat. Masa tengah takde buat apa-apa, jadi aku decide la nak bukak Qur’an nak baca. (Sebab aku pernah terpikir, bila aku nak baca Qur’an sepanjang aku praktikal? Dala keluar awal pagi. Balik pulak dah penat. Malam nak tido awal. Jadi aku pikir, aku memnag kena pandai curik masa nak baca Qur’an). Sekali aku pegang handset aku, panas semacam. Aku pun risaula kalau dia demam ke kan. Aku on, dia tak nak bukak. Aku dah panic dah. Aku baru teringat yang pagi tadi aku ada bukak Qur’an tu, tapi aku tak tutup apps tu, aku just matikan lampu dia je. Aku lupa yang sepatutnya aku memang kena off apps tu sebab memang dia akan panas.

Jadi, aku pikir takpela, jap g ok la kot. Then masa lepas zuhur, aku try lagi.Demam handset aku tak kebah lagi. Aku pun tak sabar, aku bukak bateri dia. Sebab panas sangat. Aku bukak then aku pasang balik, then try on balik. Tak berjaya jugak. Aku yakin bateri dia banyak lagi. Sebab aku memang selalu cas masa sahur. Sampaila balik rumah, aku tanya adik aku. Dia tanya aku balik, “Kakngah ada biarkan handset kakngah panas dalam sejuk?” Lebih kurangla soalan dia. Aku pun dah tak ingat da. Aku angguk. “Ada…” Itulah puncanya menrut adik aku. Jadi aku pun macam , nantila pikir handset ni.

Jadi, bermulalah hari kedua tu sampaila ke sudah aku punya attachment memang dia dah pergi tak kembali.

Photo0008

Selamat tinggal. Jangka hayat dia bersama aku setahun lebih je aku rasa. Mungkin jugak sebab aku ni “gadget disaster” (taktaula term ni wujud ke tak).

Pemerhatian aku sepanjang berada kat unit ni, ramai lelaki yang bekerja di unit ni. Mungkin kerana keperluan tenaga untuk angkat kotak-kotak berat. Tetapi as I mentioned before, head dia, perempuan.

image

Nila markah yang berjaya aku pungut untuk  minggu ni. Masa bagi markah yang keempat tu, preceptor tu cakap kat aku, “Eh, macam kejam sangat bagi markah sikit. Saya bagi 7 la.” Aku tersenyum je dengar dia cakap macam tu. Aku cakap kat dia, “Takpe, saya tak kisah pun.” Dalam hati aku, “memang patutla aku dapat markah rendah, sebab aku memang tak berapa nak tau sangat.”

Selain tu, masa minggu nilah aku berpeluang pergi ke department IT. tengok bilik komputer hospital tersebut. Semua gara-gara staf stor tu yang mintak tolong aku setelkan kerja dia. Dia cakap kat aku, “Rabiyah boleh tak awak tolong akak isikan dalam sistem data-data ni. Akak tak suka mengadap komputer lama-lama ni. Mengantuk.” Aku pun, ada jeda dulu, then baru jawab, “Ok”. Masalah sekarang, komputer tak banyak dekat logistic, jadi head kami cadangkan buat dekat IT. Masalah lagi sebab takut aku ada banyak soalan nak tanya yelah sebab baru first time kan. Dalam hati aku macam, jauh sangat ke bilik IT tu. Akhirnya setelah bincang-bincang, aku pun pergila bilik IT tu. Tapi, aku kena pergi sendiri. Akak staf tu cakap, “bilik tu kena ada access card. Akak takde access card. Awak pergi je kat sana, and sapae-sape yang nak masuk, awak ikut je.” Aku pun ok je. Terus bergegas ke bilik IT.

Tunggula depan bilik IT tu sampai ada orang datang. Then ahirnya ada orang datang bergegas sambil bawak keluar access card. Aku pun dengan muka tak malu terus tanya, “nak masuk eh? Saya nak ikut sekali.” Mujur orang tu bagi. Masuk je dalam, aku jadi blurr. Komputer mana yang aku boleh guna? Aku pun tanyala sorang akak yang juga pakai labcoat. Aku agak sama ada dia houseman ataupun PRP. Dia pun cakapla yang aku boleh guna mana-mana komputer je dalam bilik ni.

Aku pun masuk and pilihlah mana-mana komputer. Lepas buat apa-apa yang patut, aku stuck. File yang aku cari takde. Sudah. Kalau nak keluar, nak kena tunggu ada orang keluar. Nak masuk balek pun sama. Aku pun macam takpela keluar jela. lepasni tak yah buat da kerja ni. Then aku keluar. Masa nak keluar tu memang aku tunggu je ada orang datang. Barula aku berjaya keluar.

Next, aku kena angkat phone call. Disebabkan aku tak berjaya guna komputer dekat bilik IT, maka aku pun kena guna komputer dekat logistic unit tu je. And dudukla aku dekat mana-mana komputer yang kosong. Kebetulan aku dapat duduk dekat meja sorang pegawai ni sebab dia off pagi tu kalau tak silap. And meja dia of course ada talipon. Aku memnag trauma dengan bunyi talipon dekat hospital ni. Sekali aku khusyuk buat kerja, tiba-tiba talipon tu berbunyik. Aku tengok je talipon tu. Masa tu dalam bilik tu ada 2 orang PRP. Dorang macam assume aku akan angkat. Aku plak pikir aku tak boleh angkat sebab aku student je. Lamala bunyik dia. Sampaila PRP ni nak sambung talian dekat meja yang dia duduk, then talipon tu berenti berbunyik. PRP tu teros cakap kat aku, “Lainkali kalau ada bunyi talipon, awak angkat je.” Aku macam dah pelikla. Macam mana kalau orang yang call tu orang yang penting? Tapi aku iyakan aje. Dalam hati aku, aku doa supaya janganlah bagi ada orang call sepanjang aku duduk meja tu.

Tapi memang takla kan. Esokknye, lagi banyak orang kol. Aku dengan pantasnya angkat talipon tu. “Hello Pharmacy.” Aku memulakan perbualan. Hasil pemerhatian aku setiap kali ada orang kol. Macam tula greeting mereka. Kali pertama angkat, aku macam gugup je. Kali kedua ketiga, aku da macam pekerja kat situ. Orang yang kol pun siap tanya lagi “Siapa ni?” Dengan confidentnya aku jawab, “Rabiyah.” Memang aku rasa nak gelak je. Aku tak sangka sebenarnya masa tu kawan aku ada dekat dengan orang yang tengah kol tu. Kawan aku cakap, orang yang kol tu pelik gila lepas aku cakap nama aku. Dorang tertanya-tanya, “Siapa Rabiyah ni?”. Haha. Suruh lagi aku angkat kol.

Banyak yang aku belajar dari preceptor tu dalam masa yang singkat. Walaupun aku hanya jumpa dia untuk seketika, tapi hari last tu macam-macam yang kami borakkan sampai dia cakap macam ni, “Banyak betul saya cakap sampai saya tak sedar apa yang saya tekan dari tadi. Tangan ni gerak-gerak je. Tapi saya tak tau apa yang saya buat. Lepas ni saya kena check balek apa yang saya tekan.” Kami berdua gelak. Sebab masa dia borak-borak dengan aku, tangan dia pegang keyboard and mouse. Sebab dia memang busy orangnye. Mungkin kerja dia banyak lagi. Aku pun tak sangka boleh borak berjam-jam dengan dia.

Aku belajar tentang amanah, tentang tanggungjawab. Kalau dah tandatangan, kita yang akan dipertanggungjawabkan. Aku ingat lagi kata-kata dia.

“Kita ni bila dah ada kat atas, kena selalu berjaga-jaga dengan orang sekeliling kita. Sebab kita tak tau apa yang orang bawah kita akan buat.” “Saya sendiri pernah saksikan satu kes ni. Sebab orang bawah, orang atas yang kena. Sebab tandatangan tu orang atas punya. Tapi orang atas tak tau apa-apa.”

“Head department untuk unit logistic tak boleh lebih dari 5 tahun. (kalau tak silap). Sebab takut nanti kita dah boleh ada good bonding dengan client. Takut jadi apa-apa. Jadi, lepas 5 tahun kena tukar head.”

“Bila awak dah masuk stor, susah awak nak catch-up clinical. Sebab macam saya ni, kalau saya masuk clinical sekarang, sepatah habuk pun saya dah tak ingat. Saya kena belajar balek sebelum masuk clinical.”

“Saya ni kalau boleh, nak bagi kesedaran kepada generasi Y ni. Sebab diorang ni macam jenis yang tak kisah sangat dengan apa yang berlaku dekat sekeliling.”

image

Antara yang saya belajar. Waktu masuk tu semua saya tulis. Waktu balik tu semua preceptor tu tulis. Setiap kali sebelum dia tulis, dia akan tengok jam dinding bilik dia. As you can see the second day, 5.10 p.m. Sangat accurate. (tulisan saya memang buruk. sekian)

15082015

Bangi

12:34

updated: 16:51

8/14/2015

Hospital Attachment (First Week)

Bismillahirrahmanirrahim.

First Week (2206105-26062015) [sambungan]

Punyala panjang benar cerita aku untuk first week ni. Harapnya post kali ni habislah cerita aku untuk first week attachment. Ok kali ni aku mungkin akan selitkan gambar sikitla.

Photo0007
Ni adalah jadual yang kami terima masa first day. Semuanya telah ditetapkan.

Mata aku masa ditunjukkan kertas ni melilau-lilau cari aku kena department mana dulu. Aku dapat department aseptic which is TPN/CDR dulu.
Setelah dibawa berjumpa dengan semua head department, kami berempat pun berpecah. Maka bermulalah tugas kami sebagai pelatih di hospital tersebut. Head department aku takde untuk 2 hari, jadi aku diberi guide oleh assistantnya. Aku dibawa ke clean room TPN. Work area untuk staff TPN and CDR. Setelah diberi briefing, maka aku pun tercongokla depan bilik clean room tu untuk observe kerja mereka. Aku sangat awkward ketika itu. Sepatah perkataan pun aku rasa susah nak keluar dari mulut aku.

Hari pertama pun berlalu. Perjalanan pulang kami yang pertama membuatkan kami rasa amat sangat mengantuk! Lagi satu aku memang cepat mengantuk kalau naik kereta. Taknak bagi aku tidur senang je, tutup ekon. Gerenti aku terjaga! Kereta bersusun-susun atas jalan raya. Maklumla bulan puasa…Semua orang berkobar-kobar nak bukak puasa kat rumah kan.

Kami gerak keluar dalam 5.30 petang kalau tak silap aku. Kami solat asar terlebih dahulu. Takutla kalau trap in the jam ke, entah bila nak sampai rumah kan. Jadi, better solat dulu. Sampai stesen Kajang dalam 6.30 petang aku rasa tak pun lambat lagi sebab hari Isnin je jam dia luar biasa sangat. Lepastu aku kena tunggu tren. Sampai rumah lagi 5 ke 10 minit nak azan.

Masa bukak puasa tu la yang takle blahnya. Aku macam bengang je kan sebab aku kena jalan kaki dari stesen ktm sampai rumah aku. Punyala aku harap adik aku turun amek aku. Disebabkan aku berharap tula yang menyebabkan aku rasa bengang sangat bila sampai rumah. Sudahlah penat, nak dekat azan pulak tu. Tapi aku cuba control kebengangan aku. Yelah sebab nak iftar da kan. Aku cuba happy la sebab first day aku dah berakhir. Then masa makan, tiba-tiba aku rasa sedih gila. Mujur makanan hari tu macam pedas sikit. Jadi aku macam boleh cover sikitla kan. Memang air mata aku meleleh depan makanan, lagi deras dari pagi tadi punya (sila baca post sebelum ni). Aku punya kepala dah memang tunduk habis dah. Konon macam menikmati gila makanan tu kan. Patu aku takle tahan dah ni, aku kena bangun bersihkan apa-apa yang patut.

Masa makan tu memang senyap gilala…(sorila aku banyak sangat sebut “gila”) Aku tak tau la sebab aku senyap and muka aku masam ke atau sebab lain. Sebab aku rasa penat gila. AKu rasa macam nak give up da. Dah tak nak kerja. Rasa macam takle nak tahan dah nak teruskan praktikal ni. Serius! Da siap makan semua, kemas apa-apa yang patut (ok, aku lupa, aku tak kemas pun. Sekadar basuh pinggan sendiri je). Lepas solat maghrib pun aku menangis lagi. Dalam bilik air pun aku menangis. Memang menangis jela hari tu. Menangis sampai aku rasa kepala aku dah panas. Aku memang dah decide, once start je praktikal aku taknak solat tarawih dekat surau. Sebab aku aim nak tidur pukul 10 malam and aku takut aku tersengguk-sengguk time solat kalau pegi surau.

Pukul 10 malam tu memang aku dah sharp bentang tilam and tidur, tutup lampu semua. Adik-adik aku pun belum balik lagi. Punyala aku rasa penat sangat. takut tak cukup tidur. Dorang balik bila pun aku tak sedar. Hari esoknya pukul 2.30 pagi aku terjaga! Lepas buat apa-apa yang patut, aku pun mulala bukak laptop nak cari maklumat berkaitan dengan TPN/CDR. Nak rujuk balek lecture notes sebelum-sebelum ni. Punyala semangat nak study. Ingat nak tidur balek sebelum sahur. Memang sampai ke sudah aku tak tidur!

Okeh, aku rasa cukupla aku cerita sedetail itu untuk hari pertama aku. Hari-hari seterusnya memang aku tidur awal jugak, tapi takdela sharp pukul 10. Sampai week ke berapa tah aku dah back to normal. Tido lambat. Ada sampai pukul 1 pagi baru aku tidur! Aku siap tengok cerita lagi sebelum tido. Tapi still, memang sepanjang aku praktikal memang aku dah tak solat tarawih dekat surau. Hujung minggu and week before raya je aku pergi. And of course aku terfikir, takkanla nanti bila aku dah kerja betul-betul, aku akan buat macam ni jugak??

First week ni, memang aku rasa agak berat bagi aku. Hampir stress aku rasa. Sebab persekitaran kat tempat aku kerja aku rasa macam sangat kuat aura negatifnya. Aku sangat tak suka situasi macam tu. Ada sampai kawan aku cakap, “Kita salah pilih hospital ke?” Aku siap fikir nak drop terus subjek ni. Aku peduli apa kan. Tapi kami Alhamdulillah manage sampai the very last day. Berhari-hari jugak kami cakap sesama kami, “Kalau tengok kerja dorang takdela stress sangat. Simple je. Tapi dorang yang nak fikir stress. Rasa pressure.” Lama-kelamaan kami berjaya adapt dalam situasi tu. Tapi still kami rasa persekitaran macam tu sangat tak bagus. Dan kami yakin persekitaran tu boleh berubah kalau mereka betul-betul nak berubah.

Pengajaran yang aku dapat daripada first week; minda aku terbukak sikit terhadap kaum lain. Sebelum ni aku rasa aku ni macam racist sikit. Tapi lepas datang hospital tu and setelah apa yang berlaku dalam negara, aku rasa it’s not about race. But, attitude. Malay ke Chinese ke Indian ke, semua sama je. Attitude yang membezakan.

And orang yang banyak ajar aku pun Indian. Dan aku sangat suka cara dia ajar aku. Sangat mudah untuk difahami. Students praktikal yang daftar sekali dengan kami pun Chinese. Mereka yang tegur aku dahulu masa aku tengah leka observe CDR preparation. Dorang siap hapal nama aku lagi. Tapi nama dorang aku tak ingat. Muka, insyaAllah aku ingat. Apa yang aku perasan, Malay yang banyak menjerit. Marah.

Satu lagi yang aku perasan, terlalu ramai ‘Cik’ instead of ‘Puan’. Walaupun dah gred tinggi-tinggi, mereka masih ‘Cik’ ‘Miss’. Lelaki pula boleh dikira dengan jari. Semua unit, head dia adalah perempuan. Sampai aku berbisik dalam hati, “Mana pergi kaum adam ni?” Sampai aku terlupa bahawa dalam kelas aku sendiri, lelakinya tak sampai separuh dari perempuannya. Hmmm…petanda akhir zaman mungkin.
image
Nila komen yang aku dapat di akhir minggu attach di unt TPN/CDR ni. Aku memang suka orang komen dari hati ni. Aku rasa bersemangat nak teruskan ke minggu kedua.

Okeh, sampai sini sahaja untuk fisrt week. Next next week insyaAllah akan menyusul dalam post akan datang. Till we meet again. Thank you!

14082015
Friday
Bangi
20:11

Hospital Attachment (The Very First Day In My Life [work])

Bismillahirrahmanirrahim…

AMARAN: POST INI AGAK PANJANG (tak expect pun sebenarnya)

Untuk post kali ini, rasa macam nak ber”aku kau”. Sebab post kali ni macam santai sikit (bajet macam post sebelum ni berilmiah belaka). Penuh dengan gambar gambur. Okeh, sebenarnya aku nak cerita pasal my experience sepanjang my hospital attachment day. It was worth experience I could say. Although at first I thought I wouldn’t like it. But, turn out to be…Alhamdulillah. =)

Dalam post kali ni, insyaAllah aku akan cerita pasal semua jenis perasaan yang aku alami and apemende yang aku dapat sepanjang praktikal ni. Tapi dari sudut pandang erti kehidupanla. Takdela aku nak cerita pasal pharmacy in-depth sangat. Oh ye, lagi satu aku takle nak bagitau aku attach kat hospital mana. Tapi kalau korang da tau, senyap-senyap jela eh.

Aku punya hospital attachment ni start dari 22062015 sampai 07082015. Aku memang suka tulis tarikh semua nombor ni. Tak suka campur-campur.

Okeh, sebelum aku cerita, aku nak bagitau yang aku tak pernah ada pengalaman bekerja kat mana-mana. Tak pernah sekali pun terlintas kat fikiran aku untuk pergi bekerja cari duit masa cuti smester 3 bulan. Sebab aku tersangatla enjoy habiskan masa duduk dekat rumah je. Yes, aku ni jenis yang nak kata anti-social tak jugak, nak kata social pun tak jugak, jadi aku rasa mungkin aku ni, half half la kot. Ikut mood.

Hospital attachment ni merupakan subjek yang dikatakan elektif masa cuti semester 3 bulan kami. Elektif tapi wajib sebenarnya. Elektif mungkin kerana kami diberi pilihan sama ada nak amek hospital ataupun community. Jadi aku decide nak amek hospital.Aku bertekad nak amek jugak hospital walaupun aku tak suka pun nak pergi hospital. Sebab aku fikir, aku kena jugak cuba cari apa yang sesuai untuk aku supaya aku boleh bertahan dalam bidang farmasi ni. Macam tragis je kan bunyi dia.

Asalnya memang aku nak ambil community sebab aku fikir dekat dengan rumah. Lepastu nak tak nak aku kena beranikan diri jugak bawak kereta. Tapi entah macam mana aku bincang dengan kawan-kawan aku kot, aku terus tukar plan nak ambil hospital. Masa nak pilih hospital pun asalnya aku nak buat kat utara tapi sebab hospital yang aku nak tu macam dah ramai orang, and lecturer aku pun tanya “kenapa awak tak nak buat dekat sekian hospital je, kan dekat dengan rumah awak?” Aku pun macam, memang dekat tapi sebab aku tak pernah jejakkan kaki kat jelapang padi tu yang aku macam nak sangat pergi sana tengok padi yang sangat menghijau. Kira macam ala-ala bercutila sepanjang praktikal kan. Tapi yelah kita hanya merancang, Allah sebaik-baik perancang. Aku cakap kat lecturer aku dalam email, “Saya pilih hospital ni, tapi kalau dah penuh, bolehla letak dekat hospital sekian”.. And keputusan keluar, ternyata lecturer aku tak mengizinkan aku ke jelapang padi.

Jadi, masalah seterusnya.macam mana aku nak pergi hospital tu selama 6 minggu? Siapa yang sudi nak hantar aku hari-hari? Memang pentingkan diri kan aku ni? Dala dah ada lesen, tapi takut nak bawak…apa da…tapi still la, kereta ada tapi tak boleh bawak jauh sangat. Kalau jadi pape kat kereta tu, aku rela tinggalkan kereta tu sorang-sorang. Haha. Satu lagi kereta, ayah aku guna nak bawak pergi pejabat.

Jadi aku pun fikirla sepanjang semester dua tu, dari rumah aku sampai hospital tu nak naik apa. Aku cuma terfikir nak drive sendiri je masa tu. Aku lupa yang adik aku ada je kat rumah. Bila aku teringat terus aku mesej dia tanya boleh tak nak hantar aku ke hospital sekian pada tarikh sekian sampai tarikh sekian. Macam tempah driver kan..Dia kata boleh, aku pun macam okehla. Setel.

Tapi, sampai satu hari tu kawan aku bagitau, “Kak bie, ni …dia pun mintak hospital tu jugak. Akak pergila dengan dia.” Aku pun macam, “oh ye ke?” Then aku pun tanyala kawan yang dimaksudkan, aku siap cakap terus nak pergi sekali selama 6 minggu. Dia pun cakap boleh-boleh. Aku pun jadi sedikit lega. Tapi still sebenarnya aku segan nak tumpang kawan aku ni sebab dia junior aku kat sekolah dulu, and aku pun takdela rapat sangat dengan dia. Sebab dia ada geng dia, and aku pun ada geng aku. Tapi aku boleh je masuk dengan dia aku rasa. Tapi aku macam biar jela…Banyak kali jugakla aku menyatakan kerisauan aku dekat kawan aku sorang ni. “Macam manala nanti dalam kereta…” kawan aku pun jawab, “Ala..lama-lama nanti kak bie okeyhla..”

Pejam celik pejam celik, tunggang langgang turun naik, akhirnya selepas lebih kurang satu minggu ke dua minggu tah aku pun tak ingat, selepas beberapa hari Ramadhan pun aku tak ingat, maka masa yang ditunggu (ditakuti) pun telah tiba…

First Week (2206105-26062015)

Apa yang paling aku ingat ialah, first day aku praktikal tu merupakan hari kelahiran aku. Aku takle nak pikir apa sangat dah hari tu. Sebab nervous punya pikir first day nak pergi kerja tu punyala…Malam sebelum first day tu lagi jantung macam kuda berlari kencang. Preparation malal tu macam first day nak pergi sekolah aku rasa. Check baju dah gosok ke belum, nak pakai baju apa, tudung apa, barang apa lagi nak kena bawak, labcoat ada ke tak, kalkulator, stokin, selkop, handsock, duit tambang, beg, kasut dan segala macam benda lagi. Disebabkan masa tu bulan puasa, jadi macam tak risau sangat nak bangun awal. Tapi still aku akan suruh adik aku buat alarm. Aku pun buat alarm sekali.

Hari pertama aku siap semua pukul 6.15 pagi lagi. Aku keluar rumah. Aku macam dah risau train KTM sampai pukul berapa, Berapa lama dari UKM nak ke Kajang. Aku tak pernah alert sebelum ni. Tapi aku tau sekejap je. Jadi hari first tu, lepas aku dah siap-siap tu, aku dah fikir da kalau takde orang nak hantar ke stesen, memang aku nak jalan kaki je, Sebab pada aku takdela jauh sangat dari rumah aku ke stesen UKM. Adala dalam 10 minit berjalan kaki dengan kencang. Tapi lepas salam tangan mak aku, mak aku cakap, “tunggula abah balik dulu. Biar dia hantar kat bawah jap.” Aku masa tu dah risau dah kalau terlepas train. Tapi aku pun ok je. Aku tercongok depan pintu rumah tunggu ayah aku balik dari surau.

Ayah aku balik je, “kakngah nak pergi dah ke? Sape nak hantar ni? Takpela abah hantar jap.Tak menyempat aku nak susun ayat, ayah aku dah offer. Mungkin sebab muka aku macam dah risau sangat kot. Aku pun terus melompat naik kereta. Dalam kereta tu aku dok terpandang jam je. Dalam hati tu berkali kali aku cakap cepatla cepatla. Risau sangat kalau terlambat! Maklumla aku aim nak sampai dulu sebelum kawan aku sampai. Sebab malam sebelum tu dia bagitau dia InsyaAllah sampai kat stesen tu dalam pukul 6.30. Kitorang sebenarnya takut jem. Jadi kenala keluar rumah awal-awal kan nak elak jamm.

Sampai stesen UKM tu, oh ye, kalau naik kereta, tak sampai 5 minit pun dari rumah aku nak ke stesen tu. Dah sampai tu aku berlari anak menuju ke kaunter tiket. Aku tengok tren dah sampai. And kaunter tiket orang tengah beratur panjang. Aku ada touch & go dalam beg aku, tapi aku pun tak pasti kenapa aku tak guna. Mungkin sebab masa tu tempat nak touch tu rosak kalau tak silap. Tu yang ramai beratur tu. Tren yang sampai tu tren jam 6.23 pagi. Memang on time KTM ni sebenarnya kalau pagi-pagi. Aku tengok next train pukul berapa, 6.36. Aku macam habisla, mesti kawan aku dah sampai. Aku pun dudukla menunggu next train.

Masa tunggu tula, tiba-tiba aku rasa sedih sangat. Aku tak tau sebab apa. Masa tula aku baru terfikir, “eh, hari ni besday aku la.” Tapi aku bukan sedih sebab besday. Tapi perubahan fasa dalam hidup aku. Aku seakan tak percaya aku dah dewasa. Aku dah kena pergi kerja pagi-pagi. Jujur aku cakap, aku sangat penat pagi tu. Penat mental. Memang sepanjang tunggu tren tu, air mata aku mengalir laju. Sederas air sungai yang mengalir mampu menghanyutkan budak. Tapi aku bisik pada diri aku, “dahla, janganla menangis. Nanti kalau orang nampak mesti orang pelik, apala masalah budak ni menangis pagi-pagi. Lari dari rumah ke apa. Kalau nak menangis, tunggula dalam tren nanti.” Sambil aku tahan air mata aku, otak aku ligat berfikir, kat mana lagi aku nak menangis, semua tempat orang boleh nampak. Nak tahan sampai balik rumah pun nanti kat rumah family aku nampak. Tapi aku tahan je. Sakit kot kalau tahan menangis. Macam tak puas. Jadi aku tahan sekejap.

Train 6.36 pun sampai. Tapi dia sampai 2 minit awal. 6.34. And dia gerak tepat 6.36. Memang, first day, mata aku banyak tengok jam. Sebab aku fikir, esok-esok aku bolehla bajet masa, nak keluar pukul berapa. Nak naik train pukul berapa. Dalam train air mata aku tumpah lagi. Sambil badan aku menghadap pintu train, aku menangis. Masih celaru dengan perubahan fasa. Hari first, aku naik koc wanita sebab aku kan wanita. Haha. Tapi aku tengok, ramai wanita tak naik pun koc wanita masa pagi-pagi. Sebab aku perasan, pagi-pagi dalam train kebanyakan orang tidur. Tak kisahla laki ke perempuan. Mujur aku satu stesen je. Jadi aku memang tak pernah duduk.

Sampai je stesen Kajang, aku macam tercari-cari aku patut pergi arah mana. Sebab aku dah lama gila tak turun kat stesen Kajang. Biasanya lalu je tak pernah turun. Mujur kawan aku text aku pagi-pagi tu . Dia tulis, “nanti kak bie keluar yang ke arah masjid tau.” Aku serius tak jumpa masjid. Aku keluar je terus pergi belah yang ramai orang lalu. Tapi kawan aku bagi lagi hint “nanti kak bie ikut yang dia tulis ‘exit Jalan Reko’. Aku pun patah balik, aku keluar belah yang satu lagi. Tapi serius aku tak jumpa sebarang penunjuk “exit Jalan Reko”. Keluar je, first yang aku nampak adalah kuil. Then aku text dia, “jalan yang ada kuil tu ke?” “Haah”. Sambil kaki aku macam dah tak cecah bumi rasanya. Sebab aku lambat punya pasal.

Aku tak pernah tau jalan dari stesen Kajang tu sampai masjid tu panjang mana. Serius aku tak tau. tapi sepanjang jalan tu aku tercari-cari mana masjidnya. Kubah masjid pun aku tak nampak. Akhirnya di hujung perjalanan baru aku nampak masjidnya. Masa tu dalam hati aku, “la…masjid ni ke. Aku dah pernah pergi masjid ni. Apasal la aku boleh lupa ada masjid kat sini.” Dari luar masjid aku dah nampak kereta kawan aku dalam perkarangan masjid. Habisla aku dah lambat! Naik je kereta kawan aku terus tanya, “jauh eh kak bie nak jalan dari stesen tu ke masjid ni?” Aku tengok jam, “jauh jugak. Tapi takdela jauh sangat. Dalam 3 minit je rasanya.”

Hakikatnya, memang jauh gila! Tapi takdela sejauh rumah aku ke stesen UKM. Mungkin sebab masa tu aku terlupa nak tengok jam nak estimate exactly berapa lama dari stesen Kajang ke masjid tu. Lagi satu sebab masa tu memang aku jalan laju gila. Aku memang dah tak peduli apa orang nak kata. Dala pakai baju kurung, jalan seluas-luas kain. Memang tak molek orang pandang. Tapi aku memang serius tak peduli. Aku rasa orang pun takde masa nak tengok sape yang berjalan. Mungkin rasa angin lalu je kot.

Maka kereta pun bergerak. Pada pengamatan aku, hari first tu kami explore jalan. Jadi perjalanan agak lama berbanding hari-hari seterusnya. Lepas je tol Sungai Ramal, aku macam tak percaya je dengan apa yang aku lihat. Mulut aku macam dah melopong masa tu. “Banyaknya kereta….”Tanpa aku sedari kata-kata tu terkeluar dari mulut aku. Maka, secara officialnya, kami pun sama-sama memberi kelazatan kepada jalan raya bermula hari tersebut.

Alhamdulillah kami sampai dalam jam 7.22 pagi setelah bejaya merentasi lautan kereta. Sampai kat luar hospital tu, kereta dah penuh kiri kanan. Kami cari parking, mujur masih ada kekosongan. Terdetik dalam hati, “diorang ni bertolak dari rumah pukul berapala agak-agaknya..”

Masuk je hospital tu, ramai pandang-pandang. Tak taula kalau aku je yang perasan lebih-lebih kan. Sebab kitorang masuk bawak beg. Jalan laju. Patu nampak macam muda kan. Rata-rata orang dah macam berusia, bawak anak. Sebab kami masuk di pintu orang ambil nombor giliran. Malas nak jalan lagi jauh. Masuk je mana-mana pintu yang berdekatan. Sangat ramai patients. Hari first dah nampak dah ke’busy’an hospital tu. Rasa macam berkobar-kobar pulak nak kerja.

Akhirnya kami berempat pun bersua muka. Itulah tempat lepak kami sebelum memulakan kerja hari-hari. Dekat situlah tempat kami saling menguatkan, menyatakan kerisauan, menceritakan pengalaman masing-masing dekat department masing-masing. Kalau pergi hospital tu lagi, mesti akan sentiasa teringat tempat lepak tu.

Kebetulan hari pertama kami sampai, ada jugak students dari uni lain melapor diri pada hari yang sama. Bezanya mereka ramai dan mereka hanya attach 3 hari sahaja. Kami hanya berempat selama 6 minggu lamanya. Semasa melapor diri, lecturer kami pun sampai. Than kami dibawa ke department pharmacy. Setelah diserah kepada pharmacist yang in-charge kami, kami pun dibawa ke setiap department untuk diperkenalkan kepada head department. PRP yang bawak kami. Sangat laju dia jalan. Aku sendiri pun dah confuse jalan mana dia bawak. tak menyempat nak tengok betul-betul setiap head dept.

Sebelum dibawa berjalan, kami diberi jadual attachment kami. Tak menyempat nak cakap apa-apa, kami hanya mampu mengangguk sahaja. Cuti raya kami dah ditetapkan. Kami tak boleh nak nego. Masa tu aku macam tak sedar apa yang aku tengah buat. Aku macam okehhh je. Macam tak fikir apa-apa signifikan pun cuti raya tu. Otak aku masa tu fikir aku terima je semua, cuti raya sekejap pun aku tak kisah. Mungkin sebab raya first kami memang dekat rumha kot. Jadi isu raya ni aku macam tak kisah sangat. Balik kampung pun, balik lepas bergambar raya. Jadi macam takde masalah sangat kalau cuti sekejap pun.

Cuma masa rehat hari tu, kawan aku cakap pasal isu cuti raya. Baru aku sedar yang raya keempat aku dah kena masuk kerja.

Aku rasa macam dah panjang sangatla post ni. Gambar pun tak letak lagi. Baru first day. Tu pun tak habis lagi. Mungkin next post maybe?

14082015

Bangi

1:11

8/01/2015

Cabaran Wanita Bekerjaya Masa Kini [Part 1]

Ramai wanita yang memilih untuk bekerja pada masa kini. Baik yang sudah berumahtangga ataupun yang masih bujang. Hampir semua wanita mengatakan keinginan untuk tidak berada di rumah sebaliknya keluar mencari rezeki.

Saya merupakan seorang perempuan yang dibesarkan oleh seorang emak yang bekerja sebagai surirumah sepenuh masa dan seorang ayah yang mencari rezeki dari sejak sebelum saya dilahirkan hingga kini. Jadi, kemungkinan besar apa yang bakal saya coretkan di sini dipengaruhi oleh bagaimana saya dibesarkan dan pemerhatian saya sepanjang saya dibesarkan.

Pertama sekali saya ingin kaitkan wanita dan fesyen “muslimah” masa kini. Sebelum tu, suka saya nak ingatkan segala apa yang saya tulis ni merupakan pendapat peribadi saya dan berdasarkan pemerhatian dan telahan saya. Pada pendapat saya, tidak salah kalau seorang wanita itu ingin bekerja demi menolong si suami, tetapi si isteri perlu ingat tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan emak (jika sudah punya anak). Maksudnya, jangan kerja berlebihan. Cukup sekadar dan meringankan beban si suami mencari rezeki.

Ok, apa kaitan dengan fesyen? Apa yang saya perhatikan sekarang, perempuan makin cantik. Sangat cantik. Saya juga seorang perempuan, tipulah kalau saya cakap saya takde rasa nak berhias bagai. Tudung sekarang ada berjenis-jenis. Lilit atas bawah depan belakang. Tudung yang elok-elok labuh, dipendekkan, dililit satu kepala. Yang pendek ditarik-tarik bagi labuh. Tutorial shawl pun tersangat dan amatla berlambak dekat youtube. satu dunia boleh tengok regardless of jantina mereka. Lelaki yang tengok pun agak-agaknya lagi pandai pakai shawl dari perempuan kan? Tudung plain, berkilat, glitters, kale terang, cerah, tudung nipis, tebal, macam-macamlah. Tak salah perempuan nak berhias, tapi jangan berlebih-lebihan. Tengok niat balik untuk apa kita pakai tudung.

Ok, kenapa tudung makin banyak yang cantik, lawa-lawa? Sebab perempuan makin ramai yang memilih untuk bekerja. Does it make sense?? Ok, let me explain. Bila perempuan bekerja, mereka akan memilih untuk memakai tudung sekian-sekian dengan baju sekian-sekian supaya ada rasa confident dan bersemangat ke tempat kerja. Perempuan juga, bila dia pakai cantik-cantik and kat tempat keje, dari jauh rakan-rakan pejabatnya nampak,

“Wah…cantiknya tudung kau minah! Kau beli kat mana ni? cantikla kau hari ni! Aku nak beli jugakla tudung ni.”

Jadi, sepanjang hari tu, si minah ni akan lebih bersemangat untuk bekerja. Dan keesokkan harinya, dia akan memakai lagi tudung yang cantik-cantik bagi menaikkan lagi semangatnya untuk bekerja. Begitu juga dengan pemilihan baju dan mekap. Makin cantik, makin banyak mata yang memerhati. Makin semangat seorang perempuan tu untuk bekerja. TETAPI!!! secara tidak sedar, perempuan itu sebenarnya makin terdedah kepada bahaya. Bahaya kerana di tempat kerjanya juga terdapat manusia yang bernama lelaki.

Wanita, selangkah kakiknya ke luar rumah, mudahlah auratnya terdedah dan dilihat tanpa disedari. Makin cantik pakaiannya, makin banyak mata-mata yang tertarik untuk melihatnya.

Tidak kiralah tudung labuh, berniqab atau tudung pendek berhias, sama-samalah kita perbaiki niat kita.

Wallahu a’lam.

To be continued…(insyaAllah)

01082015

Bangi

14:25