12/26/2016

Iklan dan Kanak-kanak

Lepaskan kuasamu...
Mereka akan tahu..
Ini dunia kita...

Siapa peminat boboiboy mesti tahu lagu ni.
Dulu saya tak pernah tahu pun ni lagu apa. Dan saya pelik, manala budak ni dengar lagu macam ni?
Sekali lepas habis cerita mereka, lagu ni keluar, lagu Boboiboy rupanya.
Hari-hari dengar jeritan kanak-kanak menyanyikan lagu ni.
Tak pernah bosan.
Sampai saya suruh dia diam;

"Diamla Ayub. Bising je."

Sebab dia nyanyi bingit sangat bunyinya.
Maklumla lagu tu memang tinggi nadanya. Awal-awal lagu lagi dah menjerit.

Excited budak-budak.

Bukan itu isunya.
Isunya lagu.
Kalau tengok iklan dekat tv, hampir semua iklan pasti ada lagu.
Pasti.
Dan iklan yang keluar setiap kali lepas sesebuah cerita adalah iklan yang sama.
Jadi, kanak-kanak yang melihat, mata terpaku di televisyen tak berganjak ke mana, mula mengingati setiap bait lagu iklan yang keluar.
Termasuk skrip iklan sekali!

Dan dari mereka, saya juga turut terjebak!

Begitu halus permainan media.
Mencucuk sampai ke hati.
Terngiang-ngiang setiap masa.

Mungkin dari segi pemikiran orang bisnes, bagi mereka perkara ini sangat menguntungkan.
Kanak-kanak, paling mudah tertarik.
Dari mereka, ahli keluarga yang lain turut terjebak sama.
Dari adik-adik, naik ke kakak dan abang, seterusnya ibu bapa.

Bila kanak-kanak asyik sebut, apabila pergi ke mana-mana kedai, terjumpa barang yang sama dalam iklan, kanak-kanak adalah yang pertama sekali akan perasan.
Mereka mula menyanyikan lagu iklan barang tersebut.
Menyanyi dan terus menyanyi.
Kemudian merayu ibu bapa untuk membeli.
Kalau iklan yang cakap segala jenis kebaikan, keseron
okan barang tersebut, nanti anak-anak pun akan explain dekat ibu bapa.
Ibu bapa akan buntu memikirkan alasan untuk tidak menuruti permintaan anak-anak.
Jika kemahuan mereka tidak dituruti, anak-anak tadi akan menangis, menjerit.
Jadi, mahu tidak mahu, ibu bapa terpaksa membelikan untuk anak mereka.

Ini namanya strategi bagi orang yang berfikiran bisnes!

Maaf, saya tidak setuju cara ini.

Kerana pada saya, strategi bisnes sebegini seolah memanipulasi pemikiran anak.

Kanak-kanak, mereka tidak tahu kesusahan yang ditanggung ibu bapa.
Apa yang mereka tahu ialah kemahuan mereka dipenuhi.
Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, perkara ini mungkin menjadi masalah bagi mereka.
Tapi bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka.

Solusi untuk masalah ini, saya pun tidak pasti bagaimana.
Post ini sekadar untuk meluahkan apa yang saya fikir.

Mungkin ada yang berfikiran, jauhkan televisyen dari kanak-kanak?
Solusi ini bagus, tetapi perlu dilaksanakan secara berperingkat bagi kanak-kanak yang sudah terbiasa dengan televisyen sejak dari kecil.


Terima kasih.

26122016
12:31

11/25/2016

Amanah & Appreciation Post

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu sebelum grad pernah berangan (bercita-cita?) nanti lepas ambil jubah konvo nak ambil gambar depan kulliyyah sendiri (KOP) dengan depan pagar UIA Kuantan. Masa tu macam berangan jela sambil terfikir-fikir, macam manala nak datang Kuantan balik semata-mata nak ambil gambar kan? Macam tak berbaloi pulak. Tapi angan-angan tu macam harapanla jugak...

And now.....



Atas: Gambar depan pagar UIAMK
Bawah: Gambar depan KOP

Lepas dah habis degree, masih belum terasa beratnya amanah pemegang degree in Pharmacy. Macam sambil lewa je. Tak terasa pun sayangnya pada pharmacy. Tapi, bila nak dekat hari konvo, bila nak kena pergi ambil jubah. Perasaan tu tiba-tiba datang. Rasa macam tak layak pun nak berkonvo. Macam, "apalah yang aku belajar selama ni..". Berat..

Masa kali pertama sarung jubah tu, walaupun belum hari konvo pun lagi, tapi dah rasa beratnya amanah pemegang ijazah. Rasa macam ada tanggungjawab yang aku perlu selesaikan. Pakai jubah nak berkonvo bukan sesuatu yang perlu digembirakan dengan hati kosong. Tapi perlu berisi.

Saya masuk UIA Kuantan tahun 2012, dan pada tahun yang sama adik bongsu saya lahir ke dunia. Alhamdulillah pada tahun 2016, saya berjaya tamatkan ijazah saya dalam bidang farmasi. 4 tahun saya di Kuantan bersamaan 4 tahun jugalah umur adik saya.


Tak sempat pun tengok budak ni membesar. Asal balik rumah je, dah besar. Haha. Banyak pulak tu keletah dia.


Dia ada cakap, nanti dia dah belajar dia nak pakai baju konvo jugak. Agak-agak berapalah umur aku masa tu...


Kalau pergi mana-mana berdua dengan budak ni, memang orang selalu cakap he is my son.

4 tahun kalau dilihat pada seorang anak, jelas perubahan yang kita nampak. Tapi 4 tahun jika dilihat pada ilmu yang diperolehi, sungguh sangat sedikit. Belajar mana-mana ilmu pun, 4 tahun takkan pernah cukup. Bak kata pepatah arab;

"اطلب العلم من المهد الى الهد"

Maksudnya; Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sampai ke liang lahad.

Pepatah ni membawa maksud, ilmu itu perlu dituntut sedari kecil sampailah kita mati. Perlu sentiasa rasa ilmu yang kita ada ni tak pernah cukup. Perlu rasa tamak/tak pernah cukup untuk menuntut ilmu. Sentiasa dahagakan ilmu.

Ibarat resmi padi, makin berisi makin tunduk. Tidak merasa bangga dengan ilmu yang kita ada dan lagi banyak ilmu yang kita pelajari, lagi kita merasa tawadhu'.




Masa ambil gambar ni ayah saya cakap, macam anak kamu 3 orang. Haha. Hakikatnya, 2 orang adik, sorang anak sedara.


With my lovely sistah... yang banyak sharing is caringgg gitu.

 

Bersama dua kanak-kanak riang ria remaja. Kakak diorang ni memang tak cukup ketinggian sikit. Apa boleh buat. 


Hari konvo 6 Nov which was his birthday. Tinggi dia pun...Hmmmm...


My backbone...
Gambar ni kawan saya yang tolong ambilkan. Thanks.


Lepas ni InsyaAllah turn dia pulak. My sister currently in IIUMK.

Dua orang lagi hero yang tidak dapat bersama. Terima kasih semua teman ambil jubah, melayan ambil gambar, teman pergi konvo. Terima kasih sebab sabar menunggu majlis sampai habis. Terima kasih sebab sabar dengan kerenah saya yang pelbagai ragam. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.


Special thanks to all my teachers and friends from;
Tadika/taska
SKLA  MGS (2)  SKBP  SRA Al-Hidayah
SMKAKL  KISAS
DQ
CFSIIUM  IIUMK

25112016
19:50

11/07/2016

Pharma-to-be

Bismillahirrahmanirrahim

Throwback postss

6 tahun yang lepas tak pernah terlintas di fikiran pun nak masuk UIAM. Tak pernah tahu pun masuk DQ tu sebenarnya program berkembar? dengan UIA. Which mean lepas habis DQ kena masuk UIA. Hajat di hati nak masuk DQ je. Tak tahu pulak kena masuk UIA.

Masuk UIA PJ mintak kos Allied Health Science. Sepanjang dua tahun masuk UIA PJ tak pernah terfikir pun nanti dekat Kuantan nak ambil kos Farmasi. Sem terakhir dekat PJ, tiba-tiba dapat call dari admin (kot?). Dapat tawaran kos farmasi. Long story short, terima la kos tu. 

Teringat perbualan dengan ayah semasa masih di sekolah menengah rasanya;

"kakngah, kamu taknak ambil kos perubatan ke?"
"boleh tolong-tolong orang. lagi senang nak berdakwah."

"taknakla. tak minat. Tak berani nak menghadap orang."

"kalau macam tu ambikla kos yang tak menghadap orang. ambik kos farmasi. Menghadap ubat je."

Lebih kurangla perbualan ni. 

Somehow that conversation become realistic. Tanpa saya sedar, saya pun terima kos farmasi walaupun tak berapa boleh nak terima.

One of my friend pernah cakap;

"Kenapa Bie terima tawaran farmasi? Haritu kata tak minat. Takpe ke?"

And my answer was;

"Takpe, minat boleh dipupuk."

2012, habis 2 tahun di PJ, masukla saya ke Kuantan. Tahun pertama bergelar pelajar farmasi bukanlah sesuatu yang menarik bagi saya. Lots of struggle. Here and there. Pasrah over markah kuizzes yang tak berapa nak cantik. Seeing my friends crying over markah kuiz. But when I saw her marks I was...ok markah aku lagi rendah dari dia kot. Tak mampu nak nangis.

Masih saya ingat, perasaan masa markah kuiz subjek A keluar harini dalam masa yang sama ada kuiz subjek B hari yang sama. Ohhh. Hilang semangat nak jawab kuiz. Turn out markah kuiz subjek B pun tak berapa nak semangat nak tengok.

Another memories yang saya nak share, during my first year, tidur dalam kelas adalah perkara biasa bagi saya. Sebab tak larat nak dengar lecture yang berderet from 8 to 5 pm. Jadi lecture lepas zohor memang memaksa saya untuk terlelap dalam kelas. Ada lecturer yang suka buat pop quiz. Kebetulan hari dia mengajar tu memang mengantuk yang amat. Lepas habis lecture dia; "Ok, kita buat pop quiz." besar terus biji mata! Memang pengsanla nak jawab kuiz.

During my first year jugak, I'm always thinking about changing my course. Sampai pernah berjalan ke OSC semata-mata untuk ambil borang tukar kos. Tapi end up tak pernah isi pun borang tu. Tengok je. Sebab fikir macam-macam. 

I know my dad want me to work in a hospital. So, during my practical I choose to attach in a hospital instead of retail sebab tak berapa nak minat dengan bisnes-bisnes sangat and dalam masa yang sama nak cuba menyemai minat.

Sejak dari tahun pertama, saya selalu cakap pada diri, kalau aku berjaya survive bidang ni, kalau aku berjaya survive tahun ni, aku akan teruskan bidang ni. 

And...it turn out that yes, finally, I survive! 


Satu perkara yang saya perasan, even dah grad dari farmasi, saya tertanya-tanya pada diri, dah timbul ke minat dekat farmasi ni? Dan pada saya, mungkin 4 tahun belum cukup untuk buat saya jatuh cinta dengan bidang farmasi. 

Mungkin jugak sebab saya jenis yang memang tak suka makan ubat dari kecik. Sakit pun tak suka jumpa doktor. Dapat antibiotik pun sukahati je tak pernah habiskan. Dapat ubat antiviral pun sesuka hati je makan separuh je walaupun doktor suruh habiskan lepastu selamba je pergi dekat kaunter farmasi tu nak pulangkan lagi sepapan yang tak habis. Makan mana-mana ubat pil pun suka-suka je nak gigit-gigit dulu taknak telan terus. Ambil ubat dekat klinik pun sesuka hati je mintak nak ubat cecair instead of pil.

Disebabkan perkara tersebut, saya rasa macam kurang layak untuk digelar ahli farmasi. Kerana tidak meletakkan cinta dalam bidang tersebut dan kerana tidak menjiwai farmasi dalam kehidupan seharian. Jujur saya kata, saya rasa bersalah terhadap bidang farmasi.

Semoga suatu hari nanti saya mampu menjiwai bidang farmasi dalam kehidupan seharian. Mohon doa tulus dari kalian. Terima kasih.

07112016
Isnin
22:17

10/15/2016

My Tension Therapy

Bismillahirrahmanirrahim

Harini aku rasa macam nak tulis sesuatu kat sini. Mengenai apa yang aku buat hari ini. Tapi sebelum tu aku nak tanya; apa yang kalian suka lakukan apabila kalian berasa tertekan atau serabut atau rimas? In english we say, tension therapy?? Maybe laa.

One of my favorite things to do is to bake. Actually, I just found out this year that I was very passionate in baking. Walaupun penat macam mana sekalipun, tetapi saya tetap boleh siapkan satu kek. (resepi dari enjin carian google la). Satu hal plak nak reka resipi sendiri. Mungkin alter sikit-sikit resepi dari google ikut keadaan tekak masing-masing.

The more challenge in doing certain cake, the more I passion I have. Tapi tengok budget jugakla. If, harga barang mahal, I wouldn't do it. Kalau macam tak berbaloi nak beli barang basahla. Macam beli satu kotak, but then guna satu sudu je. Lepastu entah bila nak buat lagi lepasni. So, aku takkan buatla kek gitu. Tak berbaloi kau!

But before I proceed, I want to apologize regarding my language yang really broken and campurization sangat dalam post ni. Well, I can say post kalini sangat ringan pengisiannya. Sorry for that yaaa.

Ok, harini aku belajar 5 jenis brownies. Campur yang basic, altogether 6 la semuanya. I never expect in my life that I would go to bakery class specifically brownies class yang pada aku its a bit expensive. RM300 for one session from 9.00AM till 1.00 PM. Sebab aku dah pernah buat brownies sendiri and again resepi from google/facebook and yes aku ada adjust mana-mana bahan yang aku nakla. So, I was like why should I go then?

It was my mom who suggested for me to attend this kind of class. Mak aku cakap,
"Kata nak buat jual. Kenala pergi kelas."
So, aku pun pergila. More than half of the fees my mom yang bayarkan. Maka berangkatla aku ke kelas brownies yang dibuat di rumah jiran aku je. Dekat sangat.

That session ada 7 students. And I was the youngest. I think so. Maka kelas pun bermula. My teacher ajar from basic of brownies until packaging, pricing and so on. And I think it worth it la pergi walaupun sekejap.

Ada 5 varieties je kami buat which were; red velvet choc cheese brownies, cheese brownies, nestum meringues brownies, almond salted caramel brownies and walnut brownies.

My feeling after making all the brownies was speechless. I stared the brownies and I can feel happiness inside my heart. Dia punya perasaan tu macam segala keserabutan, tekanan dan segala macam mehnah semuanya hilang. Aku macam terlopong sekejap tengok...wahhhhh!!!! Bestnyeeee. Macam tula.

Its like when you do something that you really like, you never feel that the time went away. You never realize that you are tired actually because you don't even feel it at all. And you still can do it all over again with passion. Serious!

So, kalau kalian masih belum jumpa perkara/aktiviti yang kalian memang really into it, explore yourself until you find it. After you find it, try to make it beneficial for yourself and for others. So that takdela wujud istilah aktiviti tak berfaedah atau buang masa. Adjust it if needed.

Actually, my mom who realized the passion inside me. Me myself at first tak realize pun. Tapi macam suka je nak buat berkali-kali and lebih suka bila rumah full house and semua orang suka nak makan. And aku pun akan tiba-tiba je cakap;
"Umi, nak buat brownies la."
"Umi, nak biskut la."
"Umi, nak buat kek la."

Then aku pun buat dengan gembiranya. Cuma setakat ni bila buat biskut mesti rasa down sikit. Sebab macam takde beza pun setiap biskut yang dibuat. Haha.

Pernah jugakla ada niat nak buat bisnes. Tapi macam kurang yakin sikit. Mungkin in the future insyaAllah. Sebab masa dulu-dulu memang pernah ada tulis target nak bukak bakery. Siap ada nama lagi. Tapi tak pastila masa tu dah start suka bake ke belom.

Ok. That's all for now. Thank you for reading.


Gambar kelas pagi tadi.
5 brownies yang kami buat bersama.
Gambar kelas kami yang ada 7 orang tu. Yang ramai-ramai tu kelas deco kek hari yang sama tapi lepas habis kelas kami.
p/s: gambar ni diambil dari fb my teacher. Fb page dia seperti yang tertera dalam gambar. 
https://www.facebook.com/Kekcawan.com.my


Sabtu
15102016
23:00

10/10/2016

Two little cute and handsome boys in my current life


Saya ada seorang adik lelaki.

Namanya Abu Ayub al-Ansari
Umurnya baru 4 tahun.

Dia seorang yang sangat comel
Saya selalu cakap "Ayub ni comel la" walaupun dia tidak menyukainya

Dia sangat tidak suka apabila saya memarahinya
"Ayub tak suka kakngah marah-marah."
Dia boleh membezakan apabila saya benar-benar marah atau hanya sekadar gurauan

Ayub merupakan PA terhebat saya
Sentiasa menyahut setiap kali namanya dipanggil
Dia juga menyahut apabila nama kakak-kakak dia yang diseru
Sentiasa mengikut saya ke mana sahaja
Kalau dia tak cakap dia nak ikut, saya sendiri yang akan mengajaknya.

"Abu Ayub teman Siti Rabiyah nak?"

Dalam sehari pasti ada waktu yang dia akan bermanja terlebih dengan saya.
Dia sudah pandai memakai baju dan seluar sendiri
Tetapi, apabila datang manjanya, dia sengaja mencari saya dan membuat muka comelnya,

"Siti Rabiyah boleh tolong pakaikan baju untuk Abu Ayub tak?"

Maka kakak mana yang mampu nak marah apabila adiknya meminta dengan penuh kecomelan dan sangat innocent.
Tetapi tidak saya.
Saya akan cakap dengan dia,

"Abu Ayub kan dah reti pakai baju sendiri. Kenapa suruh Siti Rabiyah pulak ni?"
"Yela sebab Siti Rabiyah kan sayang Abu Ayub."

Cairrr wehhh.

Tergelak kejap. Lepastu sambung lagi,

"Ok, cepat pakai, SIti Rabiyah tengok kan."

Lepastu dia buat-buat tak reti nak pakai.
Ish budak ni, aku cepuk kang.

Begitulah hari-hari kami.
Sweet kan?


*****************************************************************

Pernah satu hari, Abu Ayub memberitahu keinginannya untuk mempunyai adik.
Saya macam...oh nooo.
Lepastu saya cakap dekat dia,

"Abu Ayub mintakla dekat kakak."

"Kakak, cepatla bagi baby."

hahhaha..

Agak lawak di situ. Yes this conversation do exist but it may not be exactly like this.

And here come Yusufu (gelaran yang saya bagi dekat anak buah saya, Yusuf Al-Razhe).

*****************************************************************
Semasa saya menemani kakak saya bersama Yusufu ke klinik untuk mendapatkan suntikan satu bulan,
Oh macam biasalah Abu Ayub juga turut serta
Saya disuruh kakak untuk duduk di dalam bilik menyusu
Sementara kakak saya pergi memenuhi keperluan doktor
Cek itu ini
Saya pun masukla ke bilik menyusu buat pertama kali dalam hidup
Duduk sambil memegang Yusufu dan Abu Ayub di sebelah
Dikelilingi ibu-ibu sebenar
Hanya saya ibu palsu di situ
Jika orang tidak bertanya, pasti dalam fikiran mereka, dah dua anak budak ni

Sedang asyik semua ibu melayan kemahuan bayi mereka, saya hanya merenung muka Yusufu yang sungguh behave ketika itu
Segan
Malu pun ada
Tapi saya tak pasti kenapa saya perlu segan dan malu
Tiba-tiba ada seorang ibu bertanya,

"Dah berapa bulan?"
Teragak-agak saya menjawab, "Sebulan."

Beberapa minit berlalu.
Senyap.

Ibu yang sama bertanya lagi,
"Dah pergi jumpa doktor ke?"
Lagi lama saya teragak-agak
"emm sebenarnya ni bukan anak saya. Mak dia yang tengah cek dengan doktor sekarang. Saya pun tak pastila."
Akhirnya saya memberitahu perkara sebenar.
"Ohh."

Senyap semula....

Tidak lama selepas itu, ibu tadi menghulurkan kuih kepada Abu Ayub.

"Abang ambikla kuih ni. Dah makan da?"

Ayub segan-segan nak ambik. Tapi tangan macam nak ambik.

"Abang dia ni berapa tahun?"

"4 tahun. Ni adik saya."

"Ohhh. Ingatkan ni abang dia. Adik rupanya. Mesti mak muda lagi."

"Tula Acik ingatkan ni anak, ni abang dia." Beritahu ibu tadi lagi sambil tersenyum mahu gelak.

"Takla. Saya tak kahwin pun lagi."

Puas dapat beritahu perkara sebenar.
Rimas dengan sangkaan sesetengah orang. (Sila baca dengan nada bersahaja)

*****************************************************************

Saya bukanlah seorang yang gemar dengan kanak-kanak.
Serius tak gemar.
Tapi perkara yang kita tidak gemar tula yang sentiasa dekat dengan kita.
Kenapa?
Sebab kita selalu fikir perkara yang kita tidak gemar.
Inilah yang disebutkan "Law of Attraction"
Jadi, banyak-banyakkanlah fikir perkara yang kita gemar-gemar sahaja.

*****************************************************************
Buat adikku Abu Ayub al-Ansari
Moga membesar dengan solehnya
Moga menjadi anak soleh, hamba Allah yang taat
Moga sentiasa menjadi PA kakngah yang setia.
Terima kasih Abu Ayub sebab banyak mengajar Siti Rabiyah
Siti Rabiyah mintak maaf dekat Abu Ayub sebab tak jadi kakak yang baik

Buat anak buah sulungku Yusuf Al-Razhe
Moga menjadi seperti yang mama papa Yusufu mahukan
Auntibie mintak maaf sebab selalu tinggikan suara bila nampak Yusufu
Maklumla auntibie eksaited terlebih
Terima kasih Yusufu sebab mengajar auntibie erti kesabaran dalam berjaga di tengah malam
Nanti Yusufu dah besar, bolehla kita stori mori balik



 
Masa ni Ayub single lagi. Yusufu tak wujud lagi. Jadi Ayub kurang sikit manjanya.


Yusuf +Ayub = Yusuf Taiyoob


Yang sentiasa belajar dari kanak-kanak;
Kakngah @ Auntibie @ Siti Rabiyah

Isnin
9 Muharam 1438H
10102016
00:40

9/24/2016

Tugas Si Penjaga Orang Berpantang =)

Bismillahirrahmanirrahim

Apa khabar pembaca yang budiman sekalian? Genap 3 bulan blog ni tak berusik. Dari bulan puasa hari tu sampai lepas raya haji. Nak masuk Muharram dah. Nak masuk tahun baru hijrah dah pun.

Sebelum nak mula cerita ni (takde apa pun nak cerita sebenarnya), nak cerita sket; my current activities. Currently, I just stay in my home sweet home. Doing some chores here and there. Sometimes sleep for several hours. Bangun, buat kerja. Sometimes, terfikir, nak buat apa eh harini? Oh ye, alhamdulillah starting from last May haritu, secara officialnye, saya dah tamat degree in Pharmacy from IIUM Kuantan. And hopefully, bergunalah degree tu one day. Even degree tu tak berguna sekalipun, hopefully; diri saya sendiri ni bergunalah untuk masyarakat, agama, bangsa dan negara. Doakan saya ye.

Masa mula-mula cuti bulan 6 haritu, sibuk mengemas sana sini. Then bulan puasa. Lepastu raya. Then macam blur blur taktau nak buat apa kat rumah. Pejam celik pejam celik da UPSR plak. Tapi rasa macam tak menyumbang apa-apa dekat adik sendiri melainkan hantar dia pergi bengkel sana sini. Bengkel dia punya banyak macam mengalahkan budak SPM. Taktaula time dia SPM nanti macam mana. UPSR bulan September kan? Cepat je dah lupa. Oktober pun tak masuk lagi ni. Haha.

Ok fokus. Sebelum tu, hujung Ogos haritu, betul-betul Hari menyambut kemerdekaan bagi rakyat Malaysia, maka lahirlah seorang anak teruna. Maka, berubahlah jadual harian saya. Mula-mula macam tak boleh nak adapt dengan tugas yang tiba-tiba rasa macam makin banyak. Lepastu rasa macam waktu tidurku telah dicuri. Sampai one day, semua benda macam tak betul je. Rasa macam nak mengamuk je sepanjang hari. Dari pagi sampai malam! Sudahnya malam tu tidur awal. Lepas isyak. Esok terus ok. Sebab tidur cukup. Gaya macam ada anak sendiri. Padahal anak buah je kot.

So, sekarang while most of my friends trying their best to find a job, I'm just being here in my home. Dengan resume yang tak pernah siap. Semalam baru nak mintak contoh resume yang latest dari kawan. Rupa-rupanya selama ni buat CV je. Sebelum-sebelum ni ada jugakla dok terintai-intai kat kedai-kedai farmasi sekitar kawasan perumahan. Kotla ada yang tengah cari pekerja. Ada je. Bukan takde. Cuma terfikir, bila lah agaknya aku nak start keje ni. Orang dok tertanya-tanya, taknak keje ke? Bila nak keje? Senyum jela mampu wehh.

Because I have plan in my mind. I will start but maybe a little bit late from others. And still not sure, should i do pharmacy? or other jobs? Why a little bit late? Meh sini nak explain. Sebab ada anak teruna kat rumah. His mama needs my help. So, currently, my job is, personal assisstant la kalau ikut professional punya term. Tapi macam asyik dok mengelat je nak buat keje. Haish. tak paham dengan diri sendiri. Tapi rasa macam ada improvement je from day to day. Mula-mula dulu asyik nak kena suruh je. Sekarang ni, takya suruh dah. Dah maklum kena buat apa hari-hari.

Biasalah. Umur je meningkat. Tapi perangai macam serupa budak sekolah lagi. Haish. Ok. Sekarang ni nak cerita apa benda kerja si penjaga orang yang tengah pantang ni. Basically, memang menguruskan orang tu. From she wakes up, until she sleeps. Macam tula. From head to toes. Sebab orang macam ni really needs help from others. Tak bole buat kerja sorang-sorang. Tak bole buat kerja berat. Like my sister said to me, orang yang baru lepas bersalin ni, benda paling berat yang dia bole pegang adalah, baby dia sahaja. Haaa. Jadi, yang lain tu orang lainla kena buat.

1) Sediakan sarapan untuk si ibu
Ok, orang pantang ni boleh sarapan apa je? Kalau macam kakak saya, dia hanya diberi air milo/coklat/koko atau air susu bersama roti bakar bersalut kaya 2 keping. Itu sahaja. Setakat yang saya perasanla.

2) Kejutkan si ibu
Ni kalau si ibunya tidak bangun lagi kalau jam sudah menunjukkan pukul 8. Bukan apa, yela sebab baby tidur tak menentu kan. Terjaga pun tak menentu. Maunya kalau baby tu terjaga dari pukul 2 sampai pukul 6 pagi!! Habislaaa kesian si ibu. Nak tidur lena pun tak mampu.

3) Sediakan air mandi
Orang tengah pantang ni tak bole mandi air biasa macam orang lain. Diorang kena mandi air panas. Sebab taknak bagi angin masuk, nak elak bentan. Gitu..

3)Sediakan baju sepasang lengkap from head to toe
Untuk si ibu dan si anak. Maklumla, mungkin si ibu tak dapat nak capai baju-bajunya, jadi kenala ada orang tolong capaikan.

4) Sediakan air mandi lagi + Mandikan
Tapi ni untuk si anaknya. Yela sementara si emaknya tengah mandi, si anaknya pun kenala ada orang tolong mandikan. Emak saya biasanya isi air paip sikit je letak dalam besen, campur dengan air panas sikit jugak. Tapi air paip tadi kena banyak lagi dari air panas. Supaya takdela air mandian dia panas sangat. Dan kena sediakan satu mangkuk air untuk bilas lepas siap mandi. Satu mangkuk air ni ambik je dari besen tadi. Takde masalah.

5) Rendam baju baby
Ok. Yang ni hampir terlupa. Sebab tak buat on daily basis. Biasanya baju baby ni basuh dua hari sekali. Since masih baby and tak sampai one month pun, baju baby kena basuh asing. Yela takut dia ada alergik (betul ke eja dia?) dengan sabun ke apa ke. Even baju baby ni tak masuk mesin basuh pun. Kalau saya, rendam je dalam baldi then letak sabun biosinar sikittt je. Sekadar syarat. Sabun lain tak boleh. Sebab mak saya percaya dengan biosinar ni tak memberikan alergik kepada kulit bayi. Haha. 

6) Kemas tempat tidur si ibu
Sementara si ibu pergi mandi atau tengah sarapan ke, bolehla kemas tempat tidur. Kibas-kibas sikit katil. Bacalah La hawla wala quwwata illa billahhil 'aliyyil 'azim (3x)

7) Pakaikan baju untuk si anak
Yela da siap mandikan si anak, kenala pakaikan baju untuk anaknya. Sapu minyak, pakai barut jangan lupa! Last skali bedungkan itu budak. Hehe. Bagi dia rasa nak tidur lagi.

8) Panaskan batu tungku
Haaa. Untuk orang berpantang, bagus tungku ni. Untuk kecutkan rahim. Sementara si ibu tengah mandi, bolehla panaskan batu tungku ni. Kalau ada daun tunjuk langit/daun bismillah bolehla lapik batu tungku ni lepas batu dah dipanaskan. Macam mana nak guna? Kat bawah nanti saya explain naa.

9) Sapukan minyak + mengurut
Yang ni kalau si ibu boleh buat sendiri, *thumbs up!!*. Tapi macam lebih baik orang lain tolong buat kan. Yela sebab diorang pun takdela larat mana nak urut diri sendiri. Lenguh kottt dok pegang baby seharian. Nak guna minyak apa tu saya tak pasti. Belilah mana-mana set bersalin. Mesti ada punya minyak tu. Sapu dekat tangan, perut, kaki. Sambil sapu sambil urut. 

10) Bertungku
Lepas mengurut, masa untuk bertungku. Tungku tadi tu jangan panaskan lama-lama sangat. Ok, sebelum tu, tungku ni ada 3 jenis. Tungku batu, tungku herba dan tungku besi. Paling mahal rasanya tungku herba kalau tak silapla. Paling bagus gunala tungku batu/biasa. Nak panaskan macam mana? Panaskan atas dapur je. Letak je atas dapur tu, pastu bukak api. Biar je dia panas situ sorang-sorang. Kalau tungku batu ni, 2 minit je kita panaskan dia. Memang panasla lepastu. Kalau tungku besi macam kena lama sikit. Ok, lepastu nak ambik macam mana tungku tu? Just use your bare hands. Haha. Melecurla tangan hang kalau gituuu. Ambik tungku tu dengan tuala tebal. Tapi janganla tebal sangat. Cukup sekadar kita mampu bertahan untuk pegang tungku tu lama-lama.

Nak tungku kat mana? Ok lalukan tungku tu dekat sekitar pusat (make sure lapik perut dengan kain. Avoid direct contact dengan tungku ye. I mean even tungku dah berbalut pun. Still kena lapik perut. Lalukan tungku tu maksudnya, lalu satu tempat, then tekan lama sikit kat situ sampai rasa panas sikit. Then gerak kat sebelah dia pulak. Sukahatila nak buat berapa pusingan pun. Lepas tu, dekat tangan, kaki, tapak kaki, belakang badan.

11) Pakaikan barut
Ok lepas da siap bertungku, barula kita pakai barut. Barut ni selain nak bagi kurus, saya pun tak pasti apa lagi fungsi dia. Haha. Sorry, bolehla awak try google kat tempat lain. Jadi barut ni, kita ikatla ketat-ketat. Seketat yang boleh tapi jangan sampai menyiksa! Kalau ikutkan, makin hari makin banyak kali kita boleh pusing tali barut tu. Sebab perut makin kempis. Jadi, all the best!

12) Bilas baju baby + Jemur baju
Lepas si ibu dah settle semua, barulah boleh pergi tengok baju baby yang kita rendam tadi. Bilaslah macam biasa. Gosok mana-mana yang perlu. Then jemur. 

Biasanya lepas siap semua yang kat atas ni, paling cepat dan pantas pun dalam pukul 10 pagi dah boleh settle. Except for jemur baju baby. Sebab setakat ni saya biasa jemur lambat sikit. Sebab selalu lupa baju yang dah direndam sejak pagi tadi. Hehe. Kalau lambat-lambat adalah dalam 10.30 atau 11.00 pagi camtu baru siap. 

Ok, kita sambung tugas seterusnya.

13) Sediakan makanan tengahari
Biasanya dalam pukul 11.00 pagi atau 11.30 pagi macam tu dah boleh dah nak prepare lunch untuk si ibu. Lunch dia senang je. Campak-campak siap. Make sure ada
Bawang putih
Bawang merah
Halia muda
Lada hitam
Sayur sawi bunga/lobak putih/lobak merah
ikan selar/tenggiri/bawal cermin/bawal putih/ayam kampung/telur kampung

Nak senang campak je semua kecuali sayur dalam periuk sekaligus dengan air. Rebus. Tutup periuk. Tunggulah sampai mendidih. Then baru letak sayur.

Oh ye, sebelum sediakan makan tengahari, bolehla kupaskan buah untuk si ibu. sebiji buah. Kalau kakak saya, buah oren je setakat ni. Macam biasa, nak tau buah ke sayur ke lauk apa lagi yang boleh, silalah google ye rakan-rakan.

Lepas bagi buah, bolehla masak nasi dulu. Sebab orang pantang ni better makan semua panas-panas. Baru sedap nak masuk perut. 

Habis je sediakan makanan tengahari, barulah boleh nak rehat-rehat saaaaaampailah asar. Hehe. 

14) Sediakan makan malam
Sebijik macam no 13. Memang sebijik. Kecuali tak perlu bagi buah je. Sebab buah tu sekali sehari pun dah memadai. 

Oh ye, pasal air masak, kita kena bagi air suam. Tak bole air masak biasa ni. Kena bagi air yang panas-panas sikit. Kalau ikut emak saya, dia hadkan minum air masak sebab katanya nak bagi kering cepat. Saya pun tak pasti apemende. Haha. Jadi kakak saya ni biasanya minum segelas air setengah jam sebelum atau selepas makan. Tapi depends jugakla. Takdela 2 waktu je dia minum air. Sebab kita memang perlu minum banyak air. 
Pasal pengambilan air ni, rujuklah yang pakar ye. Saya kurang arif bab ni.

Maka, malam pun bermula.....

Kalau boleh tidur awal, tidurlah awal. Sebab waktu tido baby sangat tak menentu. Bagi si ibu, dia bole agak pattern tido anak dia. Setakat pengalaman saya yang tak seberapa ni, adalah dalam 2 3 kali anak buah saya terjaga tengah malam. Atau mungkin lagi banyak kali? Saya pun tak pasti. Sebab 2 3 kali je saya terjaga. Haha. Most of the time macam tido mati je. Sian mama kena berjaga. Hiks.

Kalau boleh sediakanla macam kurma ke untuk si ibu. Sebab tengah malam memang dia akan rasa lapar. Sebab baby akan menyusu dan menyusu. Jadi si ibu pun akan berasa lapar dan lapar. 

Jadi, mohon bertabah buat para ibu sekalian. Jadi, secara kesimpulannya, sepanjang saya "menguruskan" kakak saya, hati saya selalu terdetik; 

"masa mak aku bersalin dulu, macam mana dia buat semua ni ye?"
"Macam manala agaknya kalau orang yang bersalin tapi takde suami kat sisi?"
"macam mana kalau si ibu sorang je yang berjaga tengah malam? dan si ibu juga turut bekerja?"
"Macam mana orang boleh tergamak nak buang anak lepas bersalin?"
"Macam manala....macam mana....macam mana..."

Banyak sangat persoalan yang bermain di fikiran dan akhirnya membuatkan saya rasa kita sebagai anak wajib untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.
Sekali lagi saya tekankan, bukan saya yang mengandung, bukan saya yang bersalin, bukan saya yang berpantang. Saya tiada pengalaman sebegitu lagi. tapi sebab saya berada di tempat kejadian. Saya melihat apa yang mereka rasa. Bukan senang untuk kita berkorban. Lebih-lebih lagi waktu tidur yang dahulunya kita dah terbiasa tidur cukup. Once you have a baby, your sleep pattern will never be the same. You have to sacrifice most of your time. You have to make sure that your emotional is under control.
Tak boleh marah depan anak. Tak boleh marah masa menyusukan anak. Tak boleh menjerit depan anak. Its a lot of tak boleh. 
To husbands out there, please be by your wife side when she needs you the most. Your presence really helps them in term of emotional control. Kalau tak mampu buat semua, please do the least that you can. Thank you.

Ok. Habis dah cerita buat masa ni.
Terima kasih daun keladi.
Sebab baca sampai sini.
Kalau suka bacalah lagi.
=)

24092016
01:03
Bangi
Sabtu

6/21/2016

Domestic Engineering a.k.a Surirumah

Bismillahirrahmanirrahim

Post ni merupakan sambungan dari post sebelum ni

Kalau surirumah (sepenuh masa) ni, meh aku list kan apa kerja dia (ni untuk yang dah ada anakla);

Kejut anak awal pagi suruh diorang pergi mandi.
Nak kejut ni pun satu hal. Kalau anak jenis yang senang bangun, memang takde masalah. Kalau anak yang gerak sekali, tidur balik, gerak lagi, tidur lagi. Haishh memang kena banyak sabarla. Sampai dia bangun siap pakai baju sekolah.

Sediakan sarapan.
Nampak macam senang kan. Tapi nak sarapan apa kena make sure anak-anak boleh terima. Kalau tak kena tekak diorang, sape pulak nak habiskan makanan?

Hantar anak pergi sekolah.
Kalau sekolah belakang rumah, hantar anak depan pintu pagar jela. Tak payah hantar pun takpe sebab dekat. Kalau budak baru nak pergi sekolah, hantarlah dulu untuk minggu pertama ke bulan pertama ke. Kalau sekolah jauh, suruh je anak belajar naik bas. Kalau bas memang tak lalu situ, barulah kita yang kena menghantarnya. Kalau sekali jalan dengan tempat kerja suami, haaa si suamilah yang tolong hantarkan. Tu pun kalau tak jem la.

Sapu, mop rumah.
Kalau terlebih rajin, kena sapu and mop hari-hari. Kurang rajin, buat selang sehari, terlebih kurang rajin, semiggu sekali. Malas yang amat sebulan sekali. Kalau rumah kecik mungkin cepatla siap. Buatnye rumah besar, 2 tingkat ke 3 tingkat ke bertingkat-tingkat, 4 ke 5 ke 6 bilik ada ruang depan belakang atas bawah lagi. Boleh patah pinggang.

Basuh baju, jemur baju, angkat baju, lipat baju.
Yang ni suka ke tak suka ke memang daily routine. Kalau tinggal sehari, esoknye dah berbumbung baju yang tak settle. Kalau family kecik takde anak mungkin boleh nak longgok baju sampai seminggu baru basuh. Kalau ada 4 5 anak? Kanak-kanak ni sehari dia boleh tukar baju 3 4 kali.

Gosok baju.
Baju bukan sehelai dua helai nak kena gosok. Baju budak sekolah je untuk sorang anak dah ada paling banyak 3 pasang. Kalau 3 orang anak yang sekolah? Ha, sorang darabla 3. Campur dengan baju husband lagi. Hari-hari tukar. Paling pantas pun boleh siap gosok semua baju untuk seminggu adalah dalam sejam. Tu pun buat-buat tak nampak je kedutan-kedutan yang degil. Kalau yang jenis cerewet nak kena nampak side sana sini atas bawah tu, tambahla lagi sejam. Biasanya gosok baju ni better buat sekali seminggu je. Tak perlula nak mengadap seterika tu hari-hari. Kalau ada anak kecik lagilaaaaa.

MASAK MASAK MASAK
Bab ni aku tak boleh nak komen sangatla. Sebab aku memang bukan kaki dapur. Jadi secara jujurnya aku pun tak tahu berapa lama masa habis dekat dapur untuk masak sahaja. Tapi seriously, kalau kat dapur ada orang tolong memang rasa lega sikit. Walaupun orang tu takdela tolong manapun sekadar berborak je. But, still kalau ada peneman di dapur lagi best (pada akula).

Kemas rumah.
Termasukla buang habuk-habuk, sawang-sawang, lap frame-frame yang bergantungan (kalau ada), Susun buku dekat rak. Simpan barang mainan budak-budak. Buang barang-barang yang dah tak digunakan. Kemas almari elok-elok. Cuci tandas. Kemas rumah ni kalau dah teruk sangat mungkin boleh buat weekly. Kalau dapat maintain kan bolehla buat monthly.

Menjahit.
Ni depends pada keadaan. Kalau dah banyak sangat yang terkoyaknya, nak taknak kenala cari masa untuk jahit baju-baju yang berkaitan.

 Mengajar anak.
Waktu malam kena suruh anak siapkan kerja sekolah. Kalau takde kerja sekolah kena suruh diorang bacala buku ke buat ulang kaji ke. Tak kisahla ada ke tak peperiksaan atau ujian. Jadi kenala uptodate dengan pembelajaran anak-anak pulak. Kena tau style soalan macam mana. Kena update plak dengan group whatsapp kelas anak. Setiap sorang anak ada group whatsapp masing-masing. Memang bole pengsanla nak update dengan semua group.

Update stok barang dapur.
Barang dapur kadang-kadang cepat habis. Tapi ni depends pada style masing-masing suka nak update berapa kali sebulan or maybe sebulan sekali. Kalau barang basah tu mungkin seminggu sekali atau selang 3 hari.

Yang aku list kat atas tu tak masuk lagi kalau ada anak yang masih bayi. Which we know baby needs full attention for 1 or 2 years macam tu. Baby-baby pulak kadang-kadang muntah, cepat lapar, senang menangis, waktu tido tak menentu, tak boleh berpisah sikit menangisla dia. Mintak tolong orang lain jagakan pun memang dia menangis. Even nak masuk tandas pun, memang menangis!

Ok, dah boleh bayang dah? Kenapa aku cerita semua benda ni. Sebab I am part of it, currently. Aku tulis ni based on my own experience. Aku takde anak lagi (dah laki pun takde lagi..). Tapi aku ada ramai adik. 4 orang yang bersekolah; 2 sekolah menengah, 2 sekolah rendah; 3 daripada 4 ni ada peperiksaan besar tahun ni (mohon doa kalian untuk mereka). Sorang budak kecik comel yang suka bercakap setiap hari. 2 adik lagi dah lepas sekolah. Mungkin jugak lain orang lain style dia.

Siapa yang nak jadi surirumah; eh tak, perempuan memang kena jadi surirumah whether you work or not. Whether you like it or not. Tapi kita belajarlah perlahan-lahan. Mula-mula mungkin susah. Tapi lama-lama dah terbiasa.

Aku percaya sebenarnya banyak lagi kerja surirumah ni. Tapi yang kat atas ni setakat yang terlintas dalam fikiran aku buat masa ni.

Sebab tu kadang-kadang boleh sampai jadi stress. Lagi-lagi kalau bekerja. Balik rumah penat tak hilang kena setelkan rumah pulak. Aku pernah terbaca, perempuan ni (i mean yang dah berkeluarga) kena ada ME TIME. Maksudnya personal time untuk diri sendiri. Mungkin kena cari dalam 2 3 bulan sekali ke, escape dari rutin seharian and do what you would always want to do.

But, when I said this to my mom, she told me;

"tulah kena baca Qur'an. Kalau baca Qur'an takdenye nak stress. Buat kerja ni kena enjoy."

Sebab aku selalu tanya mak aku;

"macam mana umi boleh bersabar eh?"

Sebab aku kadang-kadang atau mungkin selalu mengadu, mengeluh bila buat kerja. Kalau tak mengeluh pun, ada terdetik dalam hati. Kadang-kadang tengah buat kerja, dalam hati asyik membebellll je. Sampai aku sendiri kena nasihatkan diri sendiri;

"sabarlah.. cuba ikhlas sikit buat kerja. Kenapa nak mengamok je ni?"

At one point bila aku rasa serabut sangat, semua adik-adik aku jadi mangsa.

"Berapa kali kakngah nak kena cakap....simpan baju ni."
 "Tolonglah kemas ni..."
"Kakngah taknak tengok dah ada barang-barang kat sini...."
"Dah siap main, kemas balik..."
"Kalau kakngah tak cakap nanti takde orang buat.."
"Korang suka ke tengok rumah bersepah?"

Yes, kata-kata ni akan keluar bila aku dah tak larat nak buat sorang-sorang. Memang gaya mengarah je tak sudah. Tapi kalau aku rasa words aku agak melampau, senyap-senyap aku pergi mintak maaf kat adik-adik aku. Kalau aku sekadar membebel, diorang dah cukup arif.

"Kakngah mintak maafla. Kakngah memang macam ni. Suka benar membebel."
"Kakngah ni memang suka membebel kan?"

Adik aku akan jawab;

"Takpe kitorang dah faham dah. Kakngah memang macam tu."

Marilah kita meneladani kisah puteri Baginda Rasulullah (s.a.w), Sayyidatina Fatimah (r.anha) yang meminta pembantu rumah dari ayahnya. Lalu kata Nabi Muhammad (s.a.w.);

Maukah kutunjukkan kalian kepada sesuatu yang lebih baik dari apa yang kalian minta?” tanya beliau. “Jika kalian berbaring di atas tempat tidur, maka ucapkanlah takbir (Allahu akbar) 34 kali, tahmid (alhamdulillah) 33 kali, dan tasbih (subhanallah) 33 kali. Itulah yang lebih baik bagi kalian daripada pembantu yang kalian minta.” lanjut Nabi (HR. Bukhari dan Muslim).

Untuk mengetahui kisah ini dengan lebih lanjut boleh rujuk di link ini. https://konsultasisyariah.com/15007-dzikir-pelepas-lelah.html


Banyak lagi aku kena belajar. Seriously tabik springg aku dekat semua surirumah sedunia. Thanks mommy. Thanks daddy. I learnt a lot from both of you. Many more i need to learn. Happy parents day!! (suka hati aku la nak sambut bila-bila pun)

Kalau hang lelaki yang baca ni, lepas baca masih takde perasaan kat mak/isteri hang, cek taktau nak cakap apa dah. 


Oh ye, post ni mungkin nampak macam bias to one gender je. Tapi aku tidak menafikan penat lelah seorang lelaki dalam mencari nafkah untuk keluarganya. InsyaAllah jika diizinkan Allah, dan jika diberi super kerajinan untuk terus menulis, nanti aku tulis pulak pasal jerih payah seorang ayah. Aku kena study dulu nih.


Sekian terima kasih :)

21062016
16 Ramadhan 1437
Selasa
Bangi
01:04

*****************************************************************
Sebelum tu, nak buat iklan sikit;

Single?
Married?
Family?

Nahh.. Jangan risau!

Pilih je yang mana berkenan di hati.
Terpulang nak buat baju raya ke, baju kerja ke, baju pergi majlis-majlis korporat ke, baju basahan dekat rumah ke, baju harian ke, baju jalan-jalan ke baju tidur (??) ke










Sebenarnya ada baaaanyak lagi pilihan... Anda klik sahaja link di bawah untuk info lebih lanjut. Semuaaa adaaa. 

Harga
Saiz baju
Pelbagai pilihan warna
Material kain

https://goo.gl/hyLLxh

‪#‎projekrayafelinnaboutique2016‬
‪#‎felinnaaffiliates‬
‪#‎onlinesalepromoters‬
‪#‎sayapromoteandapilihdanbeli‬

6/20/2016

::Cuti:: ::Kerja:: ::Belajar:: ::Kahwin??::

Bismillahirrahmanirrahim

Maka dengan ini bermulalah cuti aku sampai bila pun aku tak tahu. Sebenarnya takdela baru bermula. Dah lama jugakla. Adala nak dekat sebulan. Cuma baru ada feel nak menulis.

Lepas habis belajar ni mungkin ramai orang akan tanya
 "Congrates! ok, what's next?"
"Lepasni keje apa?"
"Kawen??"

Ok, tak kisahla berapa juta soalan pun yang akan ditanya, terpulangla kepada si penerima nak jawab atau nak abaikan soalan-soalan buku teks tu. If it was me, I will just smile and go. Mungkin orang first tanya gigih lagi nak jawab sungguh-sungguh. Masuk orang ke sekian-sekian nak buat-buat tak dengar or tukar topik je. (entah-entah orang kedua tanya pun aku malas dah nak jawab)

Jadi, meh sini aku jawab dalam post kali ni. I'm taking degree in pharmacy, for now what can i say is, not necessarily i will become a pharmacist in the future. This is my answer for now. Mungkin bulan depan ke esok ke minggu depan ke tahun depan ke jawapan ni akan berubah. Why?? Because I'm a human. I have emotions and feelings as well. Barulah dynamic. Jawapan berubah-ubah kan?

For the time being, I just want to explore myself. Aku nak tahu which area yang aku boleh pergi jauh. Which area yang boleh menyebabkan aku jadi workaholic. Bersungguh-sungguh buat kerja tanpa kisah masa, wang dan sebagainya. PASSION. That's it! Jadi, mungkin akan pelik-pelikla post aku lepas ni. Bahasa pun kejap ok kejap tak. 

Sambung belajar. Ok, niat nak sambung belajar tu secara jujurnya memang ada. kalau boleh sampai dapat prof. It's not the title that i want soooo badly, but the knowledge, the patience that i would love mooore. But. not for now. Mungkin 10 tahun lagi? 5 tahun ke? 3 tahun ke? For sure lepas from single to married. InsyaAllah kalau itu yang terbaik. Aku percaya Allah akan mudahkan. Pray for me ok?

Let's not talk about marriage. I'm afraid it would not happen in my life. So, kita KIV eh soalan tu. Nak tanya lebih-lebih straightly ask my parents ok? Don't assume here and there. Nak tanya aku pun...tak payahla. Aku malas nak jawab.

Ok. for the time being, i'm comfortably in my home. Learning about myself from my siblings. Learning on how to train my emotion, learning on how to train my desire. Belajar dari kanak-kanak ribena. Belajar untuk menjadi kakak yang baik, kakak yang penyayang, anak yang boleh diharap, anak yang solehah.

I'm not a good daughter nor a good sister. I believe that. But, as long as I live I will try my best to overcome any parts yang buruk to become the good one. Kita semua nak mati dalam keadaan yang baik kan? I mean, "husnul khatimah". Doa banyak-banyak eh, bulan puasa ni.

Oh ye, memandangkan aku ni bukannya officially surirumah, jadi kat sini aku macam nak cakap sikitla. Jadi surirumah seriously it's not that easy. Aku ni pun kira macam buat kerja sikit je. Tak semua. Itu pun aku dah rasa macam mampu ke aku nak buat nanti? Aku rasa kerja pejabat lagi senang. Pukul 8 masuk office, pumpangpumpangpumpang pukul 5 dah boleh balik. Sampai rumah boleh rehat-rehat (ni kalau still single forever bolehlaaa). Tapi kena meghadap jammmmy everyday lah bagi yang bekerja dekat bandar-bandar famous kan. 

Entry ni aku sambung esokla ye. Takut terpanjang sangat nanti.


20062016
15 Ramadhan 1437
Isnin
Bangi
23:48




KOP: Garden of Knowledge & Virtue

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Entry kali ni aku nak bercerita melalui gambar. Gambar-gambar yang aku post ni mostly aku ambil sendiri. Ada jugak yang aku kutip dari facebook and dari kawan-kawan aku. Semoga adalah tulisan aku kali ni yang bermanfaat.

Sebenarnya saat aku tulis ni, masih tiada lagi idea-idea bernas untuk dimuntahkan ke blog ini. Inilah akibat tangguh-tangguh. Jadi, untuk post kali ini aku nak share la macam mana rupa paras tempat aku belajar selama empat tahun ni. Dan mungkin...gambar-gambar lain yang berkaitan??



Nilah tempat aku singgah hari-hari dari pukul 8 sampai 5 petang. Paling lewat pernah sampai 7 malam!
Cantik kan tangga dia? Biasalah tangga tu hiasan je. Berapa kerat je yang pernah guna tangga tu sebab tengah hari lalu situ memang panas. Kalau lalu lepas hujan memang licin. Tapi rasanya semua pernah guna tangga tu untuk bergambar.


Ni pulak pandangan Kuliyyah of Pharmacy dari sudut pandang yang lain. Orang cakap kalau malam-malam nampak macam mall je KOP ni. Satu-satunya kulliyyah yang bukak lampu sampai tengah malam. And yes, bil letrik sangat tinggi.


Gambar KOP secara keseluruhannya


Jalan nak masuk ke KOP. Gambar ni diambil lepas hujan. Tu yang nampak macam ala-ala sejuk berkabus.


Ok, ni gambar lama. Even before mahallah KAW siap lagi. Rangka baru kat belakang tu haa. Nampak tak?


Pemandangan dari tingkat 2 ke 3 tah. Cantik kan? Subhanallah..


Tangga ni pulak kat belah dalam bangunan KOP. 5 tingkat. Bagi sesiapa yang malas nak pergi exercise petang-petang bolehlah hari-hari lawat lecturer tingkat paling atas guna tangga ni. Boleh kurus!!


Tadaa!
Tak ingat gambar ni sape yang ambik. Ni gambar lepas habis lab masa year berapa pun aku tak ingat. Sopan-sopan je semua.


Gambar ni kat belah dalam mahligai KOP. Gambar ni diambil dari tingkat 5. Kecik je kan nampak orang kat bawah tu.


Ni besar sikit. Gambar diambil dari tingkat satu? Mungkin. Ni gambar lepas presentation untuk subjek drug abuse. Bukan gambar kumpulan aku. Tapi random. Sape tah kumpulan aku pun tak ingat daaa..


Yeahh!! Ni gambar bulan 5 yang lalu. Betul-betul lepas paper pharmacotherapeutics IV. Tak pastila semua ada ke tak. Nampak kan gambar apa yang kitorang cuba nak sampaikan? 
The Legend of Rx11.


Gambar ni dari atas tangga yang tinggi depan KOP tu. Kitorang panggil dia stairway to heaven (KOP)?? Tempat ambik gambar setiap batch every year.


Gambar time first year 2012 ke 2013 tah. The one and only gambar yang ada full RX11.
 138


Gambar dari bawah


Gambar dari atas

Ni la auditorium paling legend dalam hidup aku. Di sinilah tempat kami 138 mendengar lecture hari-hari, berdiskusi, berlakon, presentation, bagi tazkirah, curi-curi tidur, dapat anugerah (some of us), tengok movie masa quarantine, berdebar-debar untuk quizess masa first year (next-next yearss tak berdebar dah. Dah lali), tempat bergossip, tempat gadoh-gadoh, berebut-rebut masa pasar pagi, buat-buat participate dalam setiap undian untuk next sem punya tenure, and the list will never end...

 Excited ambik gamba sebab pakai baju korporat sama-sama. Oh ye, ni lah baju korporat batch kami. Kale biru. Dua gambar berbeza diambil pada tahun yang sama hari yang berbeza.






Kami tak duduk dekat-dekat pun. Masa bergambar je duduk sebelah-sebelah. Masa ni time rehat. Muka kena kasi sikit segar sebab nak bergambar.





Ok, aku nak cerita sikit pasal auditorium kami ni. Batch kami merupakan the one and only (hopefully) batch yang raaaaamai bilangan pelajarnya. Jadi memandangkan auditorium ni satu-satunya tempat belajar paling besar dekat KOP, maka kami berkuasa untuk menetap (bermastautin) di auditorium tersebut sepanjang 4 tahun kat situ. 


White coat ceremony September 2012

Masa kami first year kami dapat tahu bahawa naik second year nanti kemungkinan kami kena pindah lecture hall which is smaller compared to auditorium. And masa first year jugak kami pernah ditakdirkan buat kelas dekat lecture hall. Alhamdulillah satu ke dua kelas je tah masa tu. Kalau tak.....

Masa dapat tau kelas nak buat dekat lecture hall tu, semua orang punya bersedia macam nak pergi berperang! Serius! Sebab nak berebut dapat tempat duduk. Kalau lambat alamatnya berpasarla kat belakang kelas. Kau tengok aku, aku tengok kau. Kau cerita aku dengar. Lecturer cakap apa pun aku tak tahu. Sampai macam tu sekali.

Disebabkan itu, memang aku agak risau macam manalah naik second year nanti. Jadi kami menyuarakan kerungsingan kami kepada pihak berkenaan maka naik second year, dapatlah kami kuasai auditorium tercinta tuuu.

Menariknya auditorium ni, masalah pendingin hawa? yang agak kerap. Maka, ramailah yang membawa kipas sendiri, guna kipas manual. Yang jenis tak heran tu, tidur pun tak jadi masalah (macam aku ni haa). Ada sekali tu, sampai berasap auditorium tu! Ada jugak siling tiba-tiba jatuh! Semua time lecturer tengah mengajar. Air menitik tiba-tiba atas tudung. Lantai basah. Ada yang siap kena tadah dengan tong sebab air menitik banyak sangat.

Tu baru pasal air-cond. Tak masuk lagi dengan PA system. Audio system. Tengah excited lecturer nak mengajar tiba-tiba suara tak dengar. Maklumla aku kan duduk belakang. Jadi bila tak dengar tu macam..... Selain dari itu, PC audi yang penuh misteri. Kejap keluar gamba dekat skrin kejap tak keluar. Projektor pun yang masa ada majlis elok saja. Masa kelas kena guna projektor lain. 

Walaupun banyak ragam audi tu, by hook or by crook we must come to the class despite all the ill-conditions of the audi. It's not because we love the audi toooo much, but because the passion of learning that we have. Up until one point, we just don't care anymore what happen to the audi, what we want is just to finish the class successfully without the needs to postpone it.


Mohon fokus pada gambar kerusi yang tersusun di dalam. Ok, inilah tempat kami berhempas pulas memuntahkan segala ilmu yang kami ada atas beberapa helai kertas sepanjang 4 tahun di sini. Gambar ni diambil exactly after my final paper which was on 20th May 2016. (errr..maybe not. Mungkin 2 hari selepas?) Pintu dewan ni memang sentiasa berkunci seandainya tiada kuiz atau peperiksaan yang dijalankan. Jadilah gambar pun kena ambik macam ni. 

Ni pulak laluan dari bilik ke cafe. Paling seronok pada aku bila lalu time exam week. Kami berempat akan pergi ke cafe bersama-sama dan menggila di laluan ni macam takde orang lain yang lalu. Bergelak sakan, tolak menolak sampai nak terjatuh. Biasalaaa exam fever kan. Tak betul sikit. Tapi ni laluan time kami final year jela. Year lain laluan dia lain.


 Ni laluan masa first and second year. Tapi laluan ni jarang guna. Ada laluan lagi satu nak ke cafe. Gambar ni sebenarnya diambil selepas banjir. Nampak tak pokok tu tumbang?

As it name implies, yes, library. Perpustakaan. Masa first year je aku rajin nak singgah tempat ni. Gigih jalan kaki dari mahallah (masa tu mahallah sebelah hospital sekarang) sampai sini. Hujan panas sanggup aku redahi.. Heh. Tu pun bukan setiap hari. Beberapa hari je. Lepastu study kat masjid. Naik second year, duduk bilik je. Malas nak pergi tempat lain. Time fourth year, tak sampai 5 jari pun aku singgah sini.

 Ok. Aku rasa cukupla sampai sini dulu aku share gambar-gambar ni. Bagi sesiapa yang membaca blog ni and gambar dia ada kat atas tu, saya minta izin share ye. Kalau tak boleh, mohon pm saya, nanti saya delete terus gambar tu. No worries.

*****************************************************************

Sebelum tu, nak buat iklan sikit;

Single?
Married?
Family?

Nahh.. Jangan risau!

Pilih je yang mana berkenan di hati.
Terpulang nak buat baju raya ke, baju kerja ke, baju pergi majlis-majlis korporat ke, baju basahan dekat rumah ke, baju harian ke, baju jalan-jalan ke baju tidur (??) ke









Sebenarnya ada baaaanyak lagi pilihan... Anda klik sahaja link di bawah untuk info lebih lanjut. Semuaaa adaaa. 

Harga
Saiz baju
Pelbagai pilihan warna
Material kain





Sekian terima kasih :)