4/24/2016

Corat Coret “Masa Hadapan”

Bismillahirrahmanirrahim…

After nearly 4 months of hiatus, I guess this is my first post for this year, 2016. Hai everyone! Smile:)

Secara jujurnya tahun ni merupakan tahun paling berat pernah aku rasa setakat ni. Berada di bulan April menambahkan lagi keberatannya…

Tahun ni insyaAllah merupakan tahun terakhir aku sebagai pelajar degree. Degree in Pharmacy…Bergelar pelajar tahun akhir merupakan suatu perkara yang aku nantikan sebab tak sabar nak balik rumah, after all these years, finally I can make it. Macam tulah perasaannya. Jauh sekali aku memikirkan akan tanggungjawab yang menggunung di hadapan.

Awal Februari tahun ni, aku ditempatkan di salah sebuah hospital di Pahang. Selama 6 minggu berperang di hospital, memerah otak, membelek segala jenis CPG, memaksa diri memcari artikel berkaitan. Aku tak sempat nak fikir masa hadapan. Yang aku fikir hanyalah cepatlah 6 minggu ni berlalu… Setiap minggu aku rasa macam nyawa dah hilang dari badan. Datang hospital tanpa perasaan. Nak kena marah ke apa ke aku macam dah tak peduli. Asalkan 6 minggu ni habis.. Dan masa pun berlalu…

Hujung Mac, aku ditempatkan di industri. 6 minggu juga. Sekarang, saat aku menaip di sini aku berada di hujung minggu ke 4. Kalau dulu di hospital, depressed disebabkan nak siapkan 2 reports setiap minggu, sekarang di industri depressed nya disebabkan perkara yang aku tak pernah terfikir pun…Masa hadapan.. Disebabkan attachment di industri terlalu banyak masa lapangnya sampaikan aku beberapa hari buntu tak tahu nak buat apa. Disebabkan ini adalah sem terakhir aku (insyaAllah), sedikit demi sedikit persoalan mengenai “lepas grad nak buat prp kat mana” sentiasa menghantui malam-malam aku.

Bermula dari minggu kedua attachment di industri. Dan setiap minggu juga begitu. Bila attach dengan senior yang dah setahun grad, macam-macam yang diceritanya. Daripada aku malas nak fikir, makin lama makin hari makin aku fikir. Daripada aku takde plan apa-apa, lama-lama dah bermacam-macam plan aku pikir. Tapi…lama-lama aku sedar, aku sebenarnya takut dengan masa hadapan aku. Aku belum bersedia!

Di saat ini aku fikir, umur itu hanyalah angka semata-mata. Walaupun usiaku tahun ini bakal memasuki suku abad, aku tak rasa aku dah mencapai tahap kematangan. Dan aku terikir, mungkin masa aku untuk berfikiran dengan lebih matang dan berpandangan jauh masih belum tiba lagi. Aku merasakan yang diri aku sebenarnya terperangkap dalam minda aku yang masih keanak-anakan, hidup yang masih bergantung kepada orang lain, ketakutan untuk mengambil risiko dari sesuatu keputusan yang besar, perasaan ragu-ragu dengan pilihan/ jalan yang dipilih. Dan apa yang lebih parah, EGO aku sangat tinggi!

Ya, aku takut dengan masa hadapan aku. Setiap kali persoalan “nak kerja kat mana” timbul, seharian aku jadi depressed. Sebab aku tahu jalan yang aku plan dalam kepala tak sama dengan rakan-rakan aku yang mengambil bidang yang sama dengan aku. Dari aku yakin dengan plan aku, aku jadi tak yakin lepas berbincang dengan orang lain. Dan keyakinan tu sentiasa berubah bila berbincang dengan orang yang berbeza. Dari situ aku sedar, “mana pegangan aku?” Aku tak kuat. Aku belum cukup kuat.

Aku taknak kejar harta. Aku taknak kejar dunia. Aku nak buat apa yang aku suka for the rest of my life dan dalam masa yang sama aku dapat tolong orang lain dan secara tak langsung aku dapat contribute kepada agama Islam. Aku taknak kerja semata-mata nak gembirakan orang lain tapi aku hari-hari makan hati. Aku taknak kerja kalau aku sorang je gembira tapi yang lain merana.

“Stress kamu yang buat sendiri. Cuba enjoy ramai pesakit tu tak ceria….” –> pesan mak aku.
“Kenapa nak susahkan diri ambik bidang lain, lebih baik sambung je belajar dalam bidang farmasi..” “Memangla bagus tambah ilmu lain, tapinya farmasi tu kalau belajar takkan nak terkubur gitu je..” –> pesan kakak aku
“Rugila belajar farmasi 4 tahun tapi last-last kerja bidang lain.” –> kata kawan aku
“Tak semestinya belajar bidang tu kena masuk (kerja) bidang tu..” –> kata kawan aku yang lain 
“Apa definisi ilmu? Ilmu tu adalah sesuatu yang mendekatkan kita kepada Allah.” –>pesan kawan aku sebagai jawapan kepada pepatah “ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah”
“saya nampak awak ni ignorance. Awak minat bidang apa sebenarnya?” –> kata pegawai farmasi di salah sebuah hospital yang aku pernah attach.
“saya nampak awak ni macam tak minat sikit. Kawan-kawan yang lain nanti tolong ajar dia..” –> kata pegwai farmasi di hospital yang lain.

All those words keep on playing in my mind. Always. At first it didn’t bother me at all. Tapi sejak akhir-akhir ni aku selalu terfikir “nak kerja apa lepas ni” menyebabkan all those words keep coming again and again.

Sambil-sambil aku tulis ni, sambil-sambil aku fikir dalam-dalam. Aku tak pernah nak fikir benda ni secara serius sebab aku rasa macam lambat lagi masa tu nak tiba. Lagi aku fikir lagi aku takut. Makin lama makin lambat aku taip sebab aku berfikir…

Aku menulis bukan nak mintak simpati. Tapi aku menulis supaya aku boleh reflect balik. Supaya aku boleh muhasabah diri aku. Boleh je aku nak tulis pakai tangan atas kertas instead of blog, tapi sebab aku tahu aku takkan dapat tulis sampai habis kalau aku tulis atas buku. Aku akan berhenti tengah jalan. Cerita tak habis tapi aku dah malas nak tulis. Takpun tulisan aku makin buruk jadi aku makin tak bersemangat nak teruskan penulisan. Bole je nak tulis dalam microsoft words and simpan untuk diri sendiri, tapi aku taknak sebab bahasa aku akan jadi lebih kasar dan aku akan menulis mengikut emosi.

Jauh di sudut hati aku, aku rasa aku boleh je nak go with the flow. Aku boleh je nak happy with my career. Aku boleh je nak ubah mindset aku. Aku tau aku boleh. Tapi…sebab rasa takut tu lagi kuat. Rasa malas tu lagi tinggi. Rasa nak menidakkan apa yang orang cakap tu lagi superior. Rasa “korang kena dengar cakap aku”, “korang tak rasa apa yang aku rasa”, “korang suka lainla”, “korang takkan sama dengan aku!” lagi menguasai diri. Menyebabkan hati aku tertutup untuk melihat kepada yang positif dan hanya fokus pada kemahuan dan kehendak diri yang negatif.

Terima kasih kepada kalian yang membaca sampai habis. Post kali ni kelihatannya macam lebih kepada luahan hati sendiri. Namun begitu, aku masih berharap agar ada sudut yang positif yang kalian dapat dari pembacaan ini. Aku mohon secebis doa dari kalian agar ditetapkan hati aku atas jalan yang diredhaiNya dan semoga aku tabah dan kuat dalam mengharungi liku-liku kehidupan ni.

Setiap orang ada ujian dan dugaan hidup masing-masing. Dan kita tak boleh nak cakap “ujian aku lagi susah dari ujian kau” sebab kita tak tahu bagaimana peritnya seseorang itu hadapi ujian yang diterima. Kita mungkin nampak sikit je ujian yang orang lain terima, hakikatnya banyak lagi yang kita tak nampak. Kita sendiri tak boleh nak cakap “beratnya ujian yang aku terima”, “susahnya dugaan yang aku hadapi..” sebab setiap ujian yang Allah bagi tu memang bersesuaian dengan kita. Allah tahu kita mampu, sebab tu Dia bagi.
Menangislah duhai hati
Menangislah duhai mata
Jika ujian itu amat berat bagimu
Menangislah jika itu mampu melegakan hatimu
Aku tahu tangisan itu tidak mampu menyelesaikan masalah
Aku tahu dengan menangis secara terus itu akan membuatkanku berasa pening
Aku tahu dengan berjuraian air mata itu hanya memakan masa aku
Tapi aku bersyukur dengan tangisan itu
Kerana tangisan itu mendekatkan aku kepadaNya
Kerana tangisan itu mengingatkan aku kembali
Kerana tangisan itu menyedarkan aku dari lena
Kerana tangisan itu menjadikan aku bersungguh
Bersungguh memohon pertolongan dariNya
Terima kasih semua. Smile:)
Alhamdulillah...

24042016
16 Rejab 1437
Ahad
Kuantan
00:24