6/21/2016

Domestic Engineering a.k.a Surirumah

Bismillahirrahmanirrahim

Post ni merupakan sambungan dari post sebelum ni

Kalau surirumah (sepenuh masa) ni, meh aku list kan apa kerja dia (ni untuk yang dah ada anakla);

Kejut anak awal pagi suruh diorang pergi mandi.
Nak kejut ni pun satu hal. Kalau anak jenis yang senang bangun, memang takde masalah. Kalau anak yang gerak sekali, tidur balik, gerak lagi, tidur lagi. Haishh memang kena banyak sabarla. Sampai dia bangun siap pakai baju sekolah.

Sediakan sarapan.
Nampak macam senang kan. Tapi nak sarapan apa kena make sure anak-anak boleh terima. Kalau tak kena tekak diorang, sape pulak nak habiskan makanan?

Hantar anak pergi sekolah.
Kalau sekolah belakang rumah, hantar anak depan pintu pagar jela. Tak payah hantar pun takpe sebab dekat. Kalau budak baru nak pergi sekolah, hantarlah dulu untuk minggu pertama ke bulan pertama ke. Kalau sekolah jauh, suruh je anak belajar naik bas. Kalau bas memang tak lalu situ, barulah kita yang kena menghantarnya. Kalau sekali jalan dengan tempat kerja suami, haaa si suamilah yang tolong hantarkan. Tu pun kalau tak jem la.

Sapu, mop rumah.
Kalau terlebih rajin, kena sapu and mop hari-hari. Kurang rajin, buat selang sehari, terlebih kurang rajin, semiggu sekali. Malas yang amat sebulan sekali. Kalau rumah kecik mungkin cepatla siap. Buatnye rumah besar, 2 tingkat ke 3 tingkat ke bertingkat-tingkat, 4 ke 5 ke 6 bilik ada ruang depan belakang atas bawah lagi. Boleh patah pinggang.

Basuh baju, jemur baju, angkat baju, lipat baju.
Yang ni suka ke tak suka ke memang daily routine. Kalau tinggal sehari, esoknye dah berbumbung baju yang tak settle. Kalau family kecik takde anak mungkin boleh nak longgok baju sampai seminggu baru basuh. Kalau ada 4 5 anak? Kanak-kanak ni sehari dia boleh tukar baju 3 4 kali.

Gosok baju.
Baju bukan sehelai dua helai nak kena gosok. Baju budak sekolah je untuk sorang anak dah ada paling banyak 3 pasang. Kalau 3 orang anak yang sekolah? Ha, sorang darabla 3. Campur dengan baju husband lagi. Hari-hari tukar. Paling pantas pun boleh siap gosok semua baju untuk seminggu adalah dalam sejam. Tu pun buat-buat tak nampak je kedutan-kedutan yang degil. Kalau yang jenis cerewet nak kena nampak side sana sini atas bawah tu, tambahla lagi sejam. Biasanya gosok baju ni better buat sekali seminggu je. Tak perlula nak mengadap seterika tu hari-hari. Kalau ada anak kecik lagilaaaaa.

MASAK MASAK MASAK
Bab ni aku tak boleh nak komen sangatla. Sebab aku memang bukan kaki dapur. Jadi secara jujurnya aku pun tak tahu berapa lama masa habis dekat dapur untuk masak sahaja. Tapi seriously, kalau kat dapur ada orang tolong memang rasa lega sikit. Walaupun orang tu takdela tolong manapun sekadar berborak je. But, still kalau ada peneman di dapur lagi best (pada akula).

Kemas rumah.
Termasukla buang habuk-habuk, sawang-sawang, lap frame-frame yang bergantungan (kalau ada), Susun buku dekat rak. Simpan barang mainan budak-budak. Buang barang-barang yang dah tak digunakan. Kemas almari elok-elok. Cuci tandas. Kemas rumah ni kalau dah teruk sangat mungkin boleh buat weekly. Kalau dapat maintain kan bolehla buat monthly.

Menjahit.
Ni depends pada keadaan. Kalau dah banyak sangat yang terkoyaknya, nak taknak kenala cari masa untuk jahit baju-baju yang berkaitan.

 Mengajar anak.
Waktu malam kena suruh anak siapkan kerja sekolah. Kalau takde kerja sekolah kena suruh diorang bacala buku ke buat ulang kaji ke. Tak kisahla ada ke tak peperiksaan atau ujian. Jadi kenala uptodate dengan pembelajaran anak-anak pulak. Kena tau style soalan macam mana. Kena update plak dengan group whatsapp kelas anak. Setiap sorang anak ada group whatsapp masing-masing. Memang bole pengsanla nak update dengan semua group.

Update stok barang dapur.
Barang dapur kadang-kadang cepat habis. Tapi ni depends pada style masing-masing suka nak update berapa kali sebulan or maybe sebulan sekali. Kalau barang basah tu mungkin seminggu sekali atau selang 3 hari.

Yang aku list kat atas tu tak masuk lagi kalau ada anak yang masih bayi. Which we know baby needs full attention for 1 or 2 years macam tu. Baby-baby pulak kadang-kadang muntah, cepat lapar, senang menangis, waktu tido tak menentu, tak boleh berpisah sikit menangisla dia. Mintak tolong orang lain jagakan pun memang dia menangis. Even nak masuk tandas pun, memang menangis!

Ok, dah boleh bayang dah? Kenapa aku cerita semua benda ni. Sebab I am part of it, currently. Aku tulis ni based on my own experience. Aku takde anak lagi (dah laki pun takde lagi..). Tapi aku ada ramai adik. 4 orang yang bersekolah; 2 sekolah menengah, 2 sekolah rendah; 3 daripada 4 ni ada peperiksaan besar tahun ni (mohon doa kalian untuk mereka). Sorang budak kecik comel yang suka bercakap setiap hari. 2 adik lagi dah lepas sekolah. Mungkin jugak lain orang lain style dia.

Siapa yang nak jadi surirumah; eh tak, perempuan memang kena jadi surirumah whether you work or not. Whether you like it or not. Tapi kita belajarlah perlahan-lahan. Mula-mula mungkin susah. Tapi lama-lama dah terbiasa.

Aku percaya sebenarnya banyak lagi kerja surirumah ni. Tapi yang kat atas ni setakat yang terlintas dalam fikiran aku buat masa ni.

Sebab tu kadang-kadang boleh sampai jadi stress. Lagi-lagi kalau bekerja. Balik rumah penat tak hilang kena setelkan rumah pulak. Aku pernah terbaca, perempuan ni (i mean yang dah berkeluarga) kena ada ME TIME. Maksudnya personal time untuk diri sendiri. Mungkin kena cari dalam 2 3 bulan sekali ke, escape dari rutin seharian and do what you would always want to do.

But, when I said this to my mom, she told me;

"tulah kena baca Qur'an. Kalau baca Qur'an takdenye nak stress. Buat kerja ni kena enjoy."

Sebab aku selalu tanya mak aku;

"macam mana umi boleh bersabar eh?"

Sebab aku kadang-kadang atau mungkin selalu mengadu, mengeluh bila buat kerja. Kalau tak mengeluh pun, ada terdetik dalam hati. Kadang-kadang tengah buat kerja, dalam hati asyik membebellll je. Sampai aku sendiri kena nasihatkan diri sendiri;

"sabarlah.. cuba ikhlas sikit buat kerja. Kenapa nak mengamok je ni?"

At one point bila aku rasa serabut sangat, semua adik-adik aku jadi mangsa.

"Berapa kali kakngah nak kena cakap....simpan baju ni."
 "Tolonglah kemas ni..."
"Kakngah taknak tengok dah ada barang-barang kat sini...."
"Dah siap main, kemas balik..."
"Kalau kakngah tak cakap nanti takde orang buat.."
"Korang suka ke tengok rumah bersepah?"

Yes, kata-kata ni akan keluar bila aku dah tak larat nak buat sorang-sorang. Memang gaya mengarah je tak sudah. Tapi kalau aku rasa words aku agak melampau, senyap-senyap aku pergi mintak maaf kat adik-adik aku. Kalau aku sekadar membebel, diorang dah cukup arif.

"Kakngah mintak maafla. Kakngah memang macam ni. Suka benar membebel."
"Kakngah ni memang suka membebel kan?"

Adik aku akan jawab;

"Takpe kitorang dah faham dah. Kakngah memang macam tu."

Marilah kita meneladani kisah puteri Baginda Rasulullah (s.a.w), Sayyidatina Fatimah (r.anha) yang meminta pembantu rumah dari ayahnya. Lalu kata Nabi Muhammad (s.a.w.);

Maukah kutunjukkan kalian kepada sesuatu yang lebih baik dari apa yang kalian minta?” tanya beliau. “Jika kalian berbaring di atas tempat tidur, maka ucapkanlah takbir (Allahu akbar) 34 kali, tahmid (alhamdulillah) 33 kali, dan tasbih (subhanallah) 33 kali. Itulah yang lebih baik bagi kalian daripada pembantu yang kalian minta.” lanjut Nabi (HR. Bukhari dan Muslim).

Untuk mengetahui kisah ini dengan lebih lanjut boleh rujuk di link ini. https://konsultasisyariah.com/15007-dzikir-pelepas-lelah.html


Banyak lagi aku kena belajar. Seriously tabik springg aku dekat semua surirumah sedunia. Thanks mommy. Thanks daddy. I learnt a lot from both of you. Many more i need to learn. Happy parents day!! (suka hati aku la nak sambut bila-bila pun)

Kalau hang lelaki yang baca ni, lepas baca masih takde perasaan kat mak/isteri hang, cek taktau nak cakap apa dah. 


Oh ye, post ni mungkin nampak macam bias to one gender je. Tapi aku tidak menafikan penat lelah seorang lelaki dalam mencari nafkah untuk keluarganya. InsyaAllah jika diizinkan Allah, dan jika diberi super kerajinan untuk terus menulis, nanti aku tulis pulak pasal jerih payah seorang ayah. Aku kena study dulu nih.


Sekian terima kasih :)

21062016
16 Ramadhan 1437
Selasa
Bangi
01:04

*****************************************************************
Sebelum tu, nak buat iklan sikit;

Single?
Married?
Family?

Nahh.. Jangan risau!

Pilih je yang mana berkenan di hati.
Terpulang nak buat baju raya ke, baju kerja ke, baju pergi majlis-majlis korporat ke, baju basahan dekat rumah ke, baju harian ke, baju jalan-jalan ke baju tidur (??) ke










Sebenarnya ada baaaanyak lagi pilihan... Anda klik sahaja link di bawah untuk info lebih lanjut. Semuaaa adaaa. 

Harga
Saiz baju
Pelbagai pilihan warna
Material kain

https://goo.gl/hyLLxh

‪#‎projekrayafelinnaboutique2016‬
‪#‎felinnaaffiliates‬
‪#‎onlinesalepromoters‬
‪#‎sayapromoteandapilihdanbeli‬

6/20/2016

::Cuti:: ::Kerja:: ::Belajar:: ::Kahwin??::

Bismillahirrahmanirrahim

Maka dengan ini bermulalah cuti aku sampai bila pun aku tak tahu. Sebenarnya takdela baru bermula. Dah lama jugakla. Adala nak dekat sebulan. Cuma baru ada feel nak menulis.

Lepas habis belajar ni mungkin ramai orang akan tanya
 "Congrates! ok, what's next?"
"Lepasni keje apa?"
"Kawen??"

Ok, tak kisahla berapa juta soalan pun yang akan ditanya, terpulangla kepada si penerima nak jawab atau nak abaikan soalan-soalan buku teks tu. If it was me, I will just smile and go. Mungkin orang first tanya gigih lagi nak jawab sungguh-sungguh. Masuk orang ke sekian-sekian nak buat-buat tak dengar or tukar topik je. (entah-entah orang kedua tanya pun aku malas dah nak jawab)

Jadi, meh sini aku jawab dalam post kali ni. I'm taking degree in pharmacy, for now what can i say is, not necessarily i will become a pharmacist in the future. This is my answer for now. Mungkin bulan depan ke esok ke minggu depan ke tahun depan ke jawapan ni akan berubah. Why?? Because I'm a human. I have emotions and feelings as well. Barulah dynamic. Jawapan berubah-ubah kan?

For the time being, I just want to explore myself. Aku nak tahu which area yang aku boleh pergi jauh. Which area yang boleh menyebabkan aku jadi workaholic. Bersungguh-sungguh buat kerja tanpa kisah masa, wang dan sebagainya. PASSION. That's it! Jadi, mungkin akan pelik-pelikla post aku lepas ni. Bahasa pun kejap ok kejap tak. 

Sambung belajar. Ok, niat nak sambung belajar tu secara jujurnya memang ada. kalau boleh sampai dapat prof. It's not the title that i want soooo badly, but the knowledge, the patience that i would love mooore. But. not for now. Mungkin 10 tahun lagi? 5 tahun ke? 3 tahun ke? For sure lepas from single to married. InsyaAllah kalau itu yang terbaik. Aku percaya Allah akan mudahkan. Pray for me ok?

Let's not talk about marriage. I'm afraid it would not happen in my life. So, kita KIV eh soalan tu. Nak tanya lebih-lebih straightly ask my parents ok? Don't assume here and there. Nak tanya aku pun...tak payahla. Aku malas nak jawab.

Ok. for the time being, i'm comfortably in my home. Learning about myself from my siblings. Learning on how to train my emotion, learning on how to train my desire. Belajar dari kanak-kanak ribena. Belajar untuk menjadi kakak yang baik, kakak yang penyayang, anak yang boleh diharap, anak yang solehah.

I'm not a good daughter nor a good sister. I believe that. But, as long as I live I will try my best to overcome any parts yang buruk to become the good one. Kita semua nak mati dalam keadaan yang baik kan? I mean, "husnul khatimah". Doa banyak-banyak eh, bulan puasa ni.

Oh ye, memandangkan aku ni bukannya officially surirumah, jadi kat sini aku macam nak cakap sikitla. Jadi surirumah seriously it's not that easy. Aku ni pun kira macam buat kerja sikit je. Tak semua. Itu pun aku dah rasa macam mampu ke aku nak buat nanti? Aku rasa kerja pejabat lagi senang. Pukul 8 masuk office, pumpangpumpangpumpang pukul 5 dah boleh balik. Sampai rumah boleh rehat-rehat (ni kalau still single forever bolehlaaa). Tapi kena meghadap jammmmy everyday lah bagi yang bekerja dekat bandar-bandar famous kan. 

Entry ni aku sambung esokla ye. Takut terpanjang sangat nanti.


20062016
15 Ramadhan 1437
Isnin
Bangi
23:48




KOP: Garden of Knowledge & Virtue

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Entry kali ni aku nak bercerita melalui gambar. Gambar-gambar yang aku post ni mostly aku ambil sendiri. Ada jugak yang aku kutip dari facebook and dari kawan-kawan aku. Semoga adalah tulisan aku kali ni yang bermanfaat.

Sebenarnya saat aku tulis ni, masih tiada lagi idea-idea bernas untuk dimuntahkan ke blog ini. Inilah akibat tangguh-tangguh. Jadi, untuk post kali ini aku nak share la macam mana rupa paras tempat aku belajar selama empat tahun ni. Dan mungkin...gambar-gambar lain yang berkaitan??



Nilah tempat aku singgah hari-hari dari pukul 8 sampai 5 petang. Paling lewat pernah sampai 7 malam!
Cantik kan tangga dia? Biasalah tangga tu hiasan je. Berapa kerat je yang pernah guna tangga tu sebab tengah hari lalu situ memang panas. Kalau lalu lepas hujan memang licin. Tapi rasanya semua pernah guna tangga tu untuk bergambar.


Ni pulak pandangan Kuliyyah of Pharmacy dari sudut pandang yang lain. Orang cakap kalau malam-malam nampak macam mall je KOP ni. Satu-satunya kulliyyah yang bukak lampu sampai tengah malam. And yes, bil letrik sangat tinggi.


Gambar KOP secara keseluruhannya


Jalan nak masuk ke KOP. Gambar ni diambil lepas hujan. Tu yang nampak macam ala-ala sejuk berkabus.


Ok, ni gambar lama. Even before mahallah KAW siap lagi. Rangka baru kat belakang tu haa. Nampak tak?


Pemandangan dari tingkat 2 ke 3 tah. Cantik kan? Subhanallah..


Tangga ni pulak kat belah dalam bangunan KOP. 5 tingkat. Bagi sesiapa yang malas nak pergi exercise petang-petang bolehlah hari-hari lawat lecturer tingkat paling atas guna tangga ni. Boleh kurus!!


Tadaa!
Tak ingat gambar ni sape yang ambik. Ni gambar lepas habis lab masa year berapa pun aku tak ingat. Sopan-sopan je semua.


Gambar ni kat belah dalam mahligai KOP. Gambar ni diambil dari tingkat 5. Kecik je kan nampak orang kat bawah tu.


Ni besar sikit. Gambar diambil dari tingkat satu? Mungkin. Ni gambar lepas presentation untuk subjek drug abuse. Bukan gambar kumpulan aku. Tapi random. Sape tah kumpulan aku pun tak ingat daaa..


Yeahh!! Ni gambar bulan 5 yang lalu. Betul-betul lepas paper pharmacotherapeutics IV. Tak pastila semua ada ke tak. Nampak kan gambar apa yang kitorang cuba nak sampaikan? 
The Legend of Rx11.


Gambar ni dari atas tangga yang tinggi depan KOP tu. Kitorang panggil dia stairway to heaven (KOP)?? Tempat ambik gambar setiap batch every year.


Gambar time first year 2012 ke 2013 tah. The one and only gambar yang ada full RX11.
 138


Gambar dari bawah


Gambar dari atas

Ni la auditorium paling legend dalam hidup aku. Di sinilah tempat kami 138 mendengar lecture hari-hari, berdiskusi, berlakon, presentation, bagi tazkirah, curi-curi tidur, dapat anugerah (some of us), tengok movie masa quarantine, berdebar-debar untuk quizess masa first year (next-next yearss tak berdebar dah. Dah lali), tempat bergossip, tempat gadoh-gadoh, berebut-rebut masa pasar pagi, buat-buat participate dalam setiap undian untuk next sem punya tenure, and the list will never end...

 Excited ambik gamba sebab pakai baju korporat sama-sama. Oh ye, ni lah baju korporat batch kami. Kale biru. Dua gambar berbeza diambil pada tahun yang sama hari yang berbeza.






Kami tak duduk dekat-dekat pun. Masa bergambar je duduk sebelah-sebelah. Masa ni time rehat. Muka kena kasi sikit segar sebab nak bergambar.





Ok, aku nak cerita sikit pasal auditorium kami ni. Batch kami merupakan the one and only (hopefully) batch yang raaaaamai bilangan pelajarnya. Jadi memandangkan auditorium ni satu-satunya tempat belajar paling besar dekat KOP, maka kami berkuasa untuk menetap (bermastautin) di auditorium tersebut sepanjang 4 tahun kat situ. 


White coat ceremony September 2012

Masa kami first year kami dapat tahu bahawa naik second year nanti kemungkinan kami kena pindah lecture hall which is smaller compared to auditorium. And masa first year jugak kami pernah ditakdirkan buat kelas dekat lecture hall. Alhamdulillah satu ke dua kelas je tah masa tu. Kalau tak.....

Masa dapat tau kelas nak buat dekat lecture hall tu, semua orang punya bersedia macam nak pergi berperang! Serius! Sebab nak berebut dapat tempat duduk. Kalau lambat alamatnya berpasarla kat belakang kelas. Kau tengok aku, aku tengok kau. Kau cerita aku dengar. Lecturer cakap apa pun aku tak tahu. Sampai macam tu sekali.

Disebabkan itu, memang aku agak risau macam manalah naik second year nanti. Jadi kami menyuarakan kerungsingan kami kepada pihak berkenaan maka naik second year, dapatlah kami kuasai auditorium tercinta tuuu.

Menariknya auditorium ni, masalah pendingin hawa? yang agak kerap. Maka, ramailah yang membawa kipas sendiri, guna kipas manual. Yang jenis tak heran tu, tidur pun tak jadi masalah (macam aku ni haa). Ada sekali tu, sampai berasap auditorium tu! Ada jugak siling tiba-tiba jatuh! Semua time lecturer tengah mengajar. Air menitik tiba-tiba atas tudung. Lantai basah. Ada yang siap kena tadah dengan tong sebab air menitik banyak sangat.

Tu baru pasal air-cond. Tak masuk lagi dengan PA system. Audio system. Tengah excited lecturer nak mengajar tiba-tiba suara tak dengar. Maklumla aku kan duduk belakang. Jadi bila tak dengar tu macam..... Selain dari itu, PC audi yang penuh misteri. Kejap keluar gamba dekat skrin kejap tak keluar. Projektor pun yang masa ada majlis elok saja. Masa kelas kena guna projektor lain. 

Walaupun banyak ragam audi tu, by hook or by crook we must come to the class despite all the ill-conditions of the audi. It's not because we love the audi toooo much, but because the passion of learning that we have. Up until one point, we just don't care anymore what happen to the audi, what we want is just to finish the class successfully without the needs to postpone it.


Mohon fokus pada gambar kerusi yang tersusun di dalam. Ok, inilah tempat kami berhempas pulas memuntahkan segala ilmu yang kami ada atas beberapa helai kertas sepanjang 4 tahun di sini. Gambar ni diambil exactly after my final paper which was on 20th May 2016. (errr..maybe not. Mungkin 2 hari selepas?) Pintu dewan ni memang sentiasa berkunci seandainya tiada kuiz atau peperiksaan yang dijalankan. Jadilah gambar pun kena ambik macam ni. 

Ni pulak laluan dari bilik ke cafe. Paling seronok pada aku bila lalu time exam week. Kami berempat akan pergi ke cafe bersama-sama dan menggila di laluan ni macam takde orang lain yang lalu. Bergelak sakan, tolak menolak sampai nak terjatuh. Biasalaaa exam fever kan. Tak betul sikit. Tapi ni laluan time kami final year jela. Year lain laluan dia lain.


 Ni laluan masa first and second year. Tapi laluan ni jarang guna. Ada laluan lagi satu nak ke cafe. Gambar ni sebenarnya diambil selepas banjir. Nampak tak pokok tu tumbang?

As it name implies, yes, library. Perpustakaan. Masa first year je aku rajin nak singgah tempat ni. Gigih jalan kaki dari mahallah (masa tu mahallah sebelah hospital sekarang) sampai sini. Hujan panas sanggup aku redahi.. Heh. Tu pun bukan setiap hari. Beberapa hari je. Lepastu study kat masjid. Naik second year, duduk bilik je. Malas nak pergi tempat lain. Time fourth year, tak sampai 5 jari pun aku singgah sini.

 Ok. Aku rasa cukupla sampai sini dulu aku share gambar-gambar ni. Bagi sesiapa yang membaca blog ni and gambar dia ada kat atas tu, saya minta izin share ye. Kalau tak boleh, mohon pm saya, nanti saya delete terus gambar tu. No worries.

*****************************************************************

Sebelum tu, nak buat iklan sikit;

Single?
Married?
Family?

Nahh.. Jangan risau!

Pilih je yang mana berkenan di hati.
Terpulang nak buat baju raya ke, baju kerja ke, baju pergi majlis-majlis korporat ke, baju basahan dekat rumah ke, baju harian ke, baju jalan-jalan ke baju tidur (??) ke









Sebenarnya ada baaaanyak lagi pilihan... Anda klik sahaja link di bawah untuk info lebih lanjut. Semuaaa adaaa. 

Harga
Saiz baju
Pelbagai pilihan warna
Material kain





Sekian terima kasih :)