10/15/2016

My Tension Therapy

Bismillahirrahmanirrahim

Harini aku rasa macam nak tulis sesuatu kat sini. Mengenai apa yang aku buat hari ini. Tapi sebelum tu aku nak tanya; apa yang kalian suka lakukan apabila kalian berasa tertekan atau serabut atau rimas? In english we say, tension therapy?? Maybe laa.

One of my favorite things to do is to bake. Actually, I just found out this year that I was very passionate in baking. Walaupun penat macam mana sekalipun, tetapi saya tetap boleh siapkan satu kek. (resepi dari enjin carian google la). Satu hal plak nak reka resipi sendiri. Mungkin alter sikit-sikit resepi dari google ikut keadaan tekak masing-masing.

The more challenge in doing certain cake, the more I passion I have. Tapi tengok budget jugakla. If, harga barang mahal, I wouldn't do it. Kalau macam tak berbaloi nak beli barang basahla. Macam beli satu kotak, but then guna satu sudu je. Lepastu entah bila nak buat lagi lepasni. So, aku takkan buatla kek gitu. Tak berbaloi kau!

But before I proceed, I want to apologize regarding my language yang really broken and campurization sangat dalam post ni. Well, I can say post kalini sangat ringan pengisiannya. Sorry for that yaaa.

Ok, harini aku belajar 5 jenis brownies. Campur yang basic, altogether 6 la semuanya. I never expect in my life that I would go to bakery class specifically brownies class yang pada aku its a bit expensive. RM300 for one session from 9.00AM till 1.00 PM. Sebab aku dah pernah buat brownies sendiri and again resepi from google/facebook and yes aku ada adjust mana-mana bahan yang aku nakla. So, I was like why should I go then?

It was my mom who suggested for me to attend this kind of class. Mak aku cakap,
"Kata nak buat jual. Kenala pergi kelas."
So, aku pun pergila. More than half of the fees my mom yang bayarkan. Maka berangkatla aku ke kelas brownies yang dibuat di rumah jiran aku je. Dekat sangat.

That session ada 7 students. And I was the youngest. I think so. Maka kelas pun bermula. My teacher ajar from basic of brownies until packaging, pricing and so on. And I think it worth it la pergi walaupun sekejap.

Ada 5 varieties je kami buat which were; red velvet choc cheese brownies, cheese brownies, nestum meringues brownies, almond salted caramel brownies and walnut brownies.

My feeling after making all the brownies was speechless. I stared the brownies and I can feel happiness inside my heart. Dia punya perasaan tu macam segala keserabutan, tekanan dan segala macam mehnah semuanya hilang. Aku macam terlopong sekejap tengok...wahhhhh!!!! Bestnyeeee. Macam tula.

Its like when you do something that you really like, you never feel that the time went away. You never realize that you are tired actually because you don't even feel it at all. And you still can do it all over again with passion. Serious!

So, kalau kalian masih belum jumpa perkara/aktiviti yang kalian memang really into it, explore yourself until you find it. After you find it, try to make it beneficial for yourself and for others. So that takdela wujud istilah aktiviti tak berfaedah atau buang masa. Adjust it if needed.

Actually, my mom who realized the passion inside me. Me myself at first tak realize pun. Tapi macam suka je nak buat berkali-kali and lebih suka bila rumah full house and semua orang suka nak makan. And aku pun akan tiba-tiba je cakap;
"Umi, nak buat brownies la."
"Umi, nak biskut la."
"Umi, nak buat kek la."

Then aku pun buat dengan gembiranya. Cuma setakat ni bila buat biskut mesti rasa down sikit. Sebab macam takde beza pun setiap biskut yang dibuat. Haha.

Pernah jugakla ada niat nak buat bisnes. Tapi macam kurang yakin sikit. Mungkin in the future insyaAllah. Sebab masa dulu-dulu memang pernah ada tulis target nak bukak bakery. Siap ada nama lagi. Tapi tak pastila masa tu dah start suka bake ke belom.

Ok. That's all for now. Thank you for reading.


Gambar kelas pagi tadi.
5 brownies yang kami buat bersama.
Gambar kelas kami yang ada 7 orang tu. Yang ramai-ramai tu kelas deco kek hari yang sama tapi lepas habis kelas kami.
p/s: gambar ni diambil dari fb my teacher. Fb page dia seperti yang tertera dalam gambar. 
https://www.facebook.com/Kekcawan.com.my


Sabtu
15102016
23:00

10/10/2016

Two little cute and handsome boys in my current life


Saya ada seorang adik lelaki.

Namanya Abu Ayub al-Ansari
Umurnya baru 4 tahun.

Dia seorang yang sangat comel
Saya selalu cakap "Ayub ni comel la" walaupun dia tidak menyukainya

Dia sangat tidak suka apabila saya memarahinya
"Ayub tak suka kakngah marah-marah."
Dia boleh membezakan apabila saya benar-benar marah atau hanya sekadar gurauan

Ayub merupakan PA terhebat saya
Sentiasa menyahut setiap kali namanya dipanggil
Dia juga menyahut apabila nama kakak-kakak dia yang diseru
Sentiasa mengikut saya ke mana sahaja
Kalau dia tak cakap dia nak ikut, saya sendiri yang akan mengajaknya.

"Abu Ayub teman Siti Rabiyah nak?"

Dalam sehari pasti ada waktu yang dia akan bermanja terlebih dengan saya.
Dia sudah pandai memakai baju dan seluar sendiri
Tetapi, apabila datang manjanya, dia sengaja mencari saya dan membuat muka comelnya,

"Siti Rabiyah boleh tolong pakaikan baju untuk Abu Ayub tak?"

Maka kakak mana yang mampu nak marah apabila adiknya meminta dengan penuh kecomelan dan sangat innocent.
Tetapi tidak saya.
Saya akan cakap dengan dia,

"Abu Ayub kan dah reti pakai baju sendiri. Kenapa suruh Siti Rabiyah pulak ni?"
"Yela sebab Siti Rabiyah kan sayang Abu Ayub."

Cairrr wehhh.

Tergelak kejap. Lepastu sambung lagi,

"Ok, cepat pakai, SIti Rabiyah tengok kan."

Lepastu dia buat-buat tak reti nak pakai.
Ish budak ni, aku cepuk kang.

Begitulah hari-hari kami.
Sweet kan?


*****************************************************************

Pernah satu hari, Abu Ayub memberitahu keinginannya untuk mempunyai adik.
Saya macam...oh nooo.
Lepastu saya cakap dekat dia,

"Abu Ayub mintakla dekat kakak."

"Kakak, cepatla bagi baby."

hahhaha..

Agak lawak di situ. Yes this conversation do exist but it may not be exactly like this.

And here come Yusufu (gelaran yang saya bagi dekat anak buah saya, Yusuf Al-Razhe).

*****************************************************************
Semasa saya menemani kakak saya bersama Yusufu ke klinik untuk mendapatkan suntikan satu bulan,
Oh macam biasalah Abu Ayub juga turut serta
Saya disuruh kakak untuk duduk di dalam bilik menyusu
Sementara kakak saya pergi memenuhi keperluan doktor
Cek itu ini
Saya pun masukla ke bilik menyusu buat pertama kali dalam hidup
Duduk sambil memegang Yusufu dan Abu Ayub di sebelah
Dikelilingi ibu-ibu sebenar
Hanya saya ibu palsu di situ
Jika orang tidak bertanya, pasti dalam fikiran mereka, dah dua anak budak ni

Sedang asyik semua ibu melayan kemahuan bayi mereka, saya hanya merenung muka Yusufu yang sungguh behave ketika itu
Segan
Malu pun ada
Tapi saya tak pasti kenapa saya perlu segan dan malu
Tiba-tiba ada seorang ibu bertanya,

"Dah berapa bulan?"
Teragak-agak saya menjawab, "Sebulan."

Beberapa minit berlalu.
Senyap.

Ibu yang sama bertanya lagi,
"Dah pergi jumpa doktor ke?"
Lagi lama saya teragak-agak
"emm sebenarnya ni bukan anak saya. Mak dia yang tengah cek dengan doktor sekarang. Saya pun tak pastila."
Akhirnya saya memberitahu perkara sebenar.
"Ohh."

Senyap semula....

Tidak lama selepas itu, ibu tadi menghulurkan kuih kepada Abu Ayub.

"Abang ambikla kuih ni. Dah makan da?"

Ayub segan-segan nak ambik. Tapi tangan macam nak ambik.

"Abang dia ni berapa tahun?"

"4 tahun. Ni adik saya."

"Ohhh. Ingatkan ni abang dia. Adik rupanya. Mesti mak muda lagi."

"Tula Acik ingatkan ni anak, ni abang dia." Beritahu ibu tadi lagi sambil tersenyum mahu gelak.

"Takla. Saya tak kahwin pun lagi."

Puas dapat beritahu perkara sebenar.
Rimas dengan sangkaan sesetengah orang. (Sila baca dengan nada bersahaja)

*****************************************************************

Saya bukanlah seorang yang gemar dengan kanak-kanak.
Serius tak gemar.
Tapi perkara yang kita tidak gemar tula yang sentiasa dekat dengan kita.
Kenapa?
Sebab kita selalu fikir perkara yang kita tidak gemar.
Inilah yang disebutkan "Law of Attraction"
Jadi, banyak-banyakkanlah fikir perkara yang kita gemar-gemar sahaja.

*****************************************************************
Buat adikku Abu Ayub al-Ansari
Moga membesar dengan solehnya
Moga menjadi anak soleh, hamba Allah yang taat
Moga sentiasa menjadi PA kakngah yang setia.
Terima kasih Abu Ayub sebab banyak mengajar Siti Rabiyah
Siti Rabiyah mintak maaf dekat Abu Ayub sebab tak jadi kakak yang baik

Buat anak buah sulungku Yusuf Al-Razhe
Moga menjadi seperti yang mama papa Yusufu mahukan
Auntibie mintak maaf sebab selalu tinggikan suara bila nampak Yusufu
Maklumla auntibie eksaited terlebih
Terima kasih Yusufu sebab mengajar auntibie erti kesabaran dalam berjaga di tengah malam
Nanti Yusufu dah besar, bolehla kita stori mori balik



 
Masa ni Ayub single lagi. Yusufu tak wujud lagi. Jadi Ayub kurang sikit manjanya.


Yusuf +Ayub = Yusuf Taiyoob


Yang sentiasa belajar dari kanak-kanak;
Kakngah @ Auntibie @ Siti Rabiyah

Isnin
9 Muharam 1438H
10102016
00:40