11/25/2016

Amanah & Appreciation Post

Bismillahirrahmanirrahim

Dulu sebelum grad pernah berangan (bercita-cita?) nanti lepas ambil jubah konvo nak ambil gambar depan kulliyyah sendiri (KOP) dengan depan pagar UIA Kuantan. Masa tu macam berangan jela sambil terfikir-fikir, macam manala nak datang Kuantan balik semata-mata nak ambil gambar kan? Macam tak berbaloi pulak. Tapi angan-angan tu macam harapanla jugak...

And now.....



Atas: Gambar depan pagar UIAMK
Bawah: Gambar depan KOP

Lepas dah habis degree, masih belum terasa beratnya amanah pemegang degree in Pharmacy. Macam sambil lewa je. Tak terasa pun sayangnya pada pharmacy. Tapi, bila nak dekat hari konvo, bila nak kena pergi ambil jubah. Perasaan tu tiba-tiba datang. Rasa macam tak layak pun nak berkonvo. Macam, "apalah yang aku belajar selama ni..". Berat..

Masa kali pertama sarung jubah tu, walaupun belum hari konvo pun lagi, tapi dah rasa beratnya amanah pemegang ijazah. Rasa macam ada tanggungjawab yang aku perlu selesaikan. Pakai jubah nak berkonvo bukan sesuatu yang perlu digembirakan dengan hati kosong. Tapi perlu berisi.

Saya masuk UIA Kuantan tahun 2012, dan pada tahun yang sama adik bongsu saya lahir ke dunia. Alhamdulillah pada tahun 2016, saya berjaya tamatkan ijazah saya dalam bidang farmasi. 4 tahun saya di Kuantan bersamaan 4 tahun jugalah umur adik saya.


Tak sempat pun tengok budak ni membesar. Asal balik rumah je, dah besar. Haha. Banyak pulak tu keletah dia.


Dia ada cakap, nanti dia dah belajar dia nak pakai baju konvo jugak. Agak-agak berapalah umur aku masa tu...


Kalau pergi mana-mana berdua dengan budak ni, memang orang selalu cakap he is my son.

4 tahun kalau dilihat pada seorang anak, jelas perubahan yang kita nampak. Tapi 4 tahun jika dilihat pada ilmu yang diperolehi, sungguh sangat sedikit. Belajar mana-mana ilmu pun, 4 tahun takkan pernah cukup. Bak kata pepatah arab;

"اطلب العلم من المهد الى الهد"

Maksudnya; Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sampai ke liang lahad.

Pepatah ni membawa maksud, ilmu itu perlu dituntut sedari kecil sampailah kita mati. Perlu sentiasa rasa ilmu yang kita ada ni tak pernah cukup. Perlu rasa tamak/tak pernah cukup untuk menuntut ilmu. Sentiasa dahagakan ilmu.

Ibarat resmi padi, makin berisi makin tunduk. Tidak merasa bangga dengan ilmu yang kita ada dan lagi banyak ilmu yang kita pelajari, lagi kita merasa tawadhu'.




Masa ambil gambar ni ayah saya cakap, macam anak kamu 3 orang. Haha. Hakikatnya, 2 orang adik, sorang anak sedara.


With my lovely sistah... yang banyak sharing is caringgg gitu.

 

Bersama dua kanak-kanak riang ria remaja. Kakak diorang ni memang tak cukup ketinggian sikit. Apa boleh buat. 


Hari konvo 6 Nov which was his birthday. Tinggi dia pun...Hmmmm...


My backbone...
Gambar ni kawan saya yang tolong ambilkan. Thanks.


Lepas ni InsyaAllah turn dia pulak. My sister currently in IIUMK.

Dua orang lagi hero yang tidak dapat bersama. Terima kasih semua teman ambil jubah, melayan ambil gambar, teman pergi konvo. Terima kasih sebab sabar menunggu majlis sampai habis. Terima kasih sebab sabar dengan kerenah saya yang pelbagai ragam. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.


Special thanks to all my teachers and friends from;
Tadika/taska
SKLA  MGS (2)  SKBP  SRA Al-Hidayah
SMKAKL  KISAS
DQ
CFSIIUM  IIUMK

25112016
19:50

11/07/2016

Pharma-to-be

Bismillahirrahmanirrahim

Throwback postss

6 tahun yang lepas tak pernah terlintas di fikiran pun nak masuk UIAM. Tak pernah tahu pun masuk DQ tu sebenarnya program berkembar? dengan UIA. Which mean lepas habis DQ kena masuk UIA. Hajat di hati nak masuk DQ je. Tak tahu pulak kena masuk UIA.

Masuk UIA PJ mintak kos Allied Health Science. Sepanjang dua tahun masuk UIA PJ tak pernah terfikir pun nanti dekat Kuantan nak ambil kos Farmasi. Sem terakhir dekat PJ, tiba-tiba dapat call dari admin (kot?). Dapat tawaran kos farmasi. Long story short, terima la kos tu. 

Teringat perbualan dengan ayah semasa masih di sekolah menengah rasanya;

"kakngah, kamu taknak ambil kos perubatan ke?"
"boleh tolong-tolong orang. lagi senang nak berdakwah."

"taknakla. tak minat. Tak berani nak menghadap orang."

"kalau macam tu ambikla kos yang tak menghadap orang. ambik kos farmasi. Menghadap ubat je."

Lebih kurangla perbualan ni. 

Somehow that conversation become realistic. Tanpa saya sedar, saya pun terima kos farmasi walaupun tak berapa boleh nak terima.

One of my friend pernah cakap;

"Kenapa Bie terima tawaran farmasi? Haritu kata tak minat. Takpe ke?"

And my answer was;

"Takpe, minat boleh dipupuk."

2012, habis 2 tahun di PJ, masukla saya ke Kuantan. Tahun pertama bergelar pelajar farmasi bukanlah sesuatu yang menarik bagi saya. Lots of struggle. Here and there. Pasrah over markah kuizzes yang tak berapa nak cantik. Seeing my friends crying over markah kuiz. But when I saw her marks I was...ok markah aku lagi rendah dari dia kot. Tak mampu nak nangis.

Masih saya ingat, perasaan masa markah kuiz subjek A keluar harini dalam masa yang sama ada kuiz subjek B hari yang sama. Ohhh. Hilang semangat nak jawab kuiz. Turn out markah kuiz subjek B pun tak berapa nak semangat nak tengok.

Another memories yang saya nak share, during my first year, tidur dalam kelas adalah perkara biasa bagi saya. Sebab tak larat nak dengar lecture yang berderet from 8 to 5 pm. Jadi lecture lepas zohor memang memaksa saya untuk terlelap dalam kelas. Ada lecturer yang suka buat pop quiz. Kebetulan hari dia mengajar tu memang mengantuk yang amat. Lepas habis lecture dia; "Ok, kita buat pop quiz." besar terus biji mata! Memang pengsanla nak jawab kuiz.

During my first year jugak, I'm always thinking about changing my course. Sampai pernah berjalan ke OSC semata-mata untuk ambil borang tukar kos. Tapi end up tak pernah isi pun borang tu. Tengok je. Sebab fikir macam-macam. 

I know my dad want me to work in a hospital. So, during my practical I choose to attach in a hospital instead of retail sebab tak berapa nak minat dengan bisnes-bisnes sangat and dalam masa yang sama nak cuba menyemai minat.

Sejak dari tahun pertama, saya selalu cakap pada diri, kalau aku berjaya survive bidang ni, kalau aku berjaya survive tahun ni, aku akan teruskan bidang ni. 

And...it turn out that yes, finally, I survive! 


Satu perkara yang saya perasan, even dah grad dari farmasi, saya tertanya-tanya pada diri, dah timbul ke minat dekat farmasi ni? Dan pada saya, mungkin 4 tahun belum cukup untuk buat saya jatuh cinta dengan bidang farmasi. 

Mungkin jugak sebab saya jenis yang memang tak suka makan ubat dari kecik. Sakit pun tak suka jumpa doktor. Dapat antibiotik pun sukahati je tak pernah habiskan. Dapat ubat antiviral pun sesuka hati je makan separuh je walaupun doktor suruh habiskan lepastu selamba je pergi dekat kaunter farmasi tu nak pulangkan lagi sepapan yang tak habis. Makan mana-mana ubat pil pun suka-suka je nak gigit-gigit dulu taknak telan terus. Ambil ubat dekat klinik pun sesuka hati je mintak nak ubat cecair instead of pil.

Disebabkan perkara tersebut, saya rasa macam kurang layak untuk digelar ahli farmasi. Kerana tidak meletakkan cinta dalam bidang tersebut dan kerana tidak menjiwai farmasi dalam kehidupan seharian. Jujur saya kata, saya rasa bersalah terhadap bidang farmasi.

Semoga suatu hari nanti saya mampu menjiwai bidang farmasi dalam kehidupan seharian. Mohon doa tulus dari kalian. Terima kasih.

07112016
Isnin
22:17