12/26/2016

Iklan dan Kanak-kanak

Lepaskan kuasamu...
Mereka akan tahu..
Ini dunia kita...

Siapa peminat boboiboy mesti tahu lagu ni.
Dulu saya tak pernah tahu pun ni lagu apa. Dan saya pelik, manala budak ni dengar lagu macam ni?
Sekali lepas habis cerita mereka, lagu ni keluar, lagu Boboiboy rupanya.
Hari-hari dengar jeritan kanak-kanak menyanyikan lagu ni.
Tak pernah bosan.
Sampai saya suruh dia diam;

"Diamla Ayub. Bising je."

Sebab dia nyanyi bingit sangat bunyinya.
Maklumla lagu tu memang tinggi nadanya. Awal-awal lagu lagi dah menjerit.

Excited budak-budak.

Bukan itu isunya.
Isunya lagu.
Kalau tengok iklan dekat tv, hampir semua iklan pasti ada lagu.
Pasti.
Dan iklan yang keluar setiap kali lepas sesebuah cerita adalah iklan yang sama.
Jadi, kanak-kanak yang melihat, mata terpaku di televisyen tak berganjak ke mana, mula mengingati setiap bait lagu iklan yang keluar.
Termasuk skrip iklan sekali!

Dan dari mereka, saya juga turut terjebak!

Begitu halus permainan media.
Mencucuk sampai ke hati.
Terngiang-ngiang setiap masa.

Mungkin dari segi pemikiran orang bisnes, bagi mereka perkara ini sangat menguntungkan.
Kanak-kanak, paling mudah tertarik.
Dari mereka, ahli keluarga yang lain turut terjebak sama.
Dari adik-adik, naik ke kakak dan abang, seterusnya ibu bapa.

Bila kanak-kanak asyik sebut, apabila pergi ke mana-mana kedai, terjumpa barang yang sama dalam iklan, kanak-kanak adalah yang pertama sekali akan perasan.
Mereka mula menyanyikan lagu iklan barang tersebut.
Menyanyi dan terus menyanyi.
Kemudian merayu ibu bapa untuk membeli.
Kalau iklan yang cakap segala jenis kebaikan, keseron
okan barang tersebut, nanti anak-anak pun akan explain dekat ibu bapa.
Ibu bapa akan buntu memikirkan alasan untuk tidak menuruti permintaan anak-anak.
Jika kemahuan mereka tidak dituruti, anak-anak tadi akan menangis, menjerit.
Jadi, mahu tidak mahu, ibu bapa terpaksa membelikan untuk anak mereka.

Ini namanya strategi bagi orang yang berfikiran bisnes!

Maaf, saya tidak setuju cara ini.

Kerana pada saya, strategi bisnes sebegini seolah memanipulasi pemikiran anak.

Kanak-kanak, mereka tidak tahu kesusahan yang ditanggung ibu bapa.
Apa yang mereka tahu ialah kemahuan mereka dipenuhi.
Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, perkara ini mungkin menjadi masalah bagi mereka.
Tapi bagi keluarga yang berpendapatan tinggi, mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka.

Solusi untuk masalah ini, saya pun tidak pasti bagaimana.
Post ini sekadar untuk meluahkan apa yang saya fikir.

Mungkin ada yang berfikiran, jauhkan televisyen dari kanak-kanak?
Solusi ini bagus, tetapi perlu dilaksanakan secara berperingkat bagi kanak-kanak yang sudah terbiasa dengan televisyen sejak dari kecil.


Terima kasih.

26122016
12:31

No comments: